AMZAR BAKHTIAR | ORKED DAMIA Gemuk. Tak cantik. Itu dua episod ngeri yang sering ditakuti oleh para wanita sehinggakan mereka takut untuk memulakan salam perkenalan. Itulah yang terjadi kepada seorang Orked Damia. Disebabkan selalu diejek oleh rakan sekelasnya dari zaman sekolah, dia jadi sangsi untuk berkawan rapat dengan mana-mana lelaki. Sehinggalah tiba suatu hari, hadirnya seorang jejaka yang bernama Amzar Bakhtiar yang membuatkan hatinya jadi tidak keruan. "Mia, kau tak rasa ke Amzar buat semua ni sebab kau?" - AISYAH "Kenapa pula?" - MIA "Entahlah. Aku rasa Amzar ada hati dengan kau." - AISYAH Mia serba salah. Tidak tahu adakah patut dia mempercayai kata-kata rakan baiknya itu. Baginya, Amzar sekadar anak kepada rakan baik papanya. Tidak lebih dari itu. Tetapi mengapa tindakan lelaki itu membuatkan hati wanitanya mudah terusik? Adakah benar Amzar ada hati kepadanya? Mia simpan perasaannya sendiri. Tidak sekalipun dia memberi tahu kepada Amzar mengenai rasa yang mula bercambah di dalam hatinya. Dia sedar dia gemuk dan tidak cantik. Dia tidak mahu hubungannya dan Amzar retak disebabkan perasaannya. Bertambah sedih, Mia hanya mampu membiarkan lelaki itu pergi meskipun hatinya tidak rela menerima semua itu. "Mia jaga diri. Jangan kurus selagi aku tak balik." - AMZAR Tahun berganti tahun, akhirnya kedua-dua mereka membawa haluan sendiri demi mengejar cita-cita.
5 parts