Thariq - Tercari-cari ke mana perginya gadis kecil yang dia tinggalkan dengan sehelai sapu tangan merah. Gadis yang buat dia jatuh cinta pada puisi! Firman - Tetap menanti pertemuan kedua mestipun dia pernah terhukum kerana sebuah buku nota hingga terpaksa meninggalkan daerah kelahirannya. Hatinya tetap memuja bunga larangan itu. Thia - Setia menyimpan buku nota yang membakar jiwa juangnya, gigih menyelamatkan mangsa setiap kali kebakaran berlaku. Dan sapu tangan merah sentiasa dalam genggaman bila emosinya merusuh. Itulah penenang jiwanya. Rindunya kepada pemilik buku nota dan sapu tangan itu tak pernah padam. Tapi ke mana harus dicari? "Kalaulah ada cara yang saya dapat tebus dosa ayah terhadap ibu awak, saya sanggup, Firman!" - THIA "Saya sanggup lupakan semua yang berlaku, Thia. Asalkan awak jadi isteri saya!" - FIRMAN "Tapi saya cemburu, Thia. Saya tak mahu ada satu zarah pun dalam hati awak ingatkan Firman!" -THARIQ Api tiba-tiba semarak lagi di Pekan Ketinggi. Thia, Thariq dan Firman berdepan dengan sebuah lagi trajedi yang bagai mementaskan semula kisah yang sudah terkubur. Apakah kali ini, rasa yang sekian lama menyala dalam diri mereka bertiga akan membakar hangus atau terpadam mati?
24 parts