Lembaran Skrip Mitos merupakan karya kolaborasi bersama empat (4) orang penulis iaitu Izatul Husna, Ameentypewriter, KenHendri dan McSyahira. Mata Ledang / IzatulHusna Pusara Hang Tuah / Ameentypewriter Ulek Mayang / Ken Hendri Legenda Bujang Senang / McSyahira Blurb Legenda Bujang Senang: Fiqar, Faizal, Mikhail kembali dengan pengembaraan yang baru iaitu menjejaki si Bujang Senang. Fiqar berazam mahu merungkai mitos lama yang menjadi bualan masyarakat berpuluh tahun lamanya. "Abang ni banyak tengok cerita mistiklah! Tak semua benda perlu nampak depan mata, bro. Lagipun kita sekarang bercakap pasal buaya. Buaya makan orang, kau tahu kan?" -Mikhail "Yang pasti aku tak nak jadi pembuka selera buaya." -Faizal "Kau orang ni penakut juga, kan?Bukan aku suruh diving dalam sungai cari buaya. Naik bot! Sengal." - Fiqar Dapatkah mereka mencari Bujang Senang? Atau kebenaran misteri lain yang terbongkar?