Kataha, sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh banjaran Himalaya. Dahulunya negara ini aman dan makmur, tetapi perebutan takhta menyebabkan berlakunya Perang saudara menyebabkan Kataha berpecah kepada 5 wilayah. iaitu wilayah Dang Nain di selatan Kataha, wilayah Dang Aman di Utara Kataha, wilayah Sang Rimau di Timur Kataha wilayah Sang Garuda di Barat Kataha wilayah Raja Shakti di Tengah Kataha. setiap puak wilayah ini mempunyai kelebihan masing-masing. Sedang negara Kataha bergolak, muncul nya lelaki yang ingin menunaikan permintaan terakhir atuk nya untuk meletakkan abu mayatnya pada Kuil Salama di puncak Himalaya. Namanya adalah Rajan seorang anggota tentera rejimen renjer diraja Malaysia. Mampukah dia tunaikan permintaan terakhir atuk nya walaupun dalam kancah peperangan?