Mi Esposa (TERBIT)

By Hudanajwa__

7.1M 196K 25.9K

Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka pal... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32

Bab 13

124K 5.8K 328
By Hudanajwa__

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi, Tengku Adrean Ruiz mengerling ke arah katil tempat di mana isterinya sedang tidur nyenyak. Jam tangan berjenama Cartier dipakai. Sebelum jacket kulit hitam turut di sarung ke tubuh tegapnya.

Kaki panjang itu melangkah ke arah katil sebelum ciuman nipis diberikan di bibir wanita kesayangannya.

"I'll be back" bisik Tengku Adrean perlahan sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur itu.

"Cuidar a mi esposa" (Take care of my wife) sempat dia meninggalkan pesanan kepada pengawal yang menjaga rumahnya sebelum masuk ke dalam kereta sebelum Lamborghini Avantador itu dipandu laju menuju ke markas.

Sampai saja di markas, dapat dilihat kereta milik Tengku Daniel dan Megat Hafiz sudah berada di tempat parking khas untuk mereka.

"Awal pula mangkuk-mangkuk hayun ni datang' bisik Tengku Adrean didalam hati sebelum dia melangkah keluar dari kereta.

"Buenos dias, joven maestro" (Good morning, young master) sapa salah seorang anak buahnya yang sedang berkawal di bahagian hadapan. Tengku Adrean hanya diam melangkah masuk dengan wajah dinginnya.

"Penganti tak berapa nak baru dah sampai" sapa Tengku Daniel apabila melihat wajah dingin sepupunya.

"What happen?" Soal Tengku Adrean mendatar sebelum dia melabuhkan duduk di kerusi khas untuknya. Kaki disilangkan.

"Se trata de la seguridad de la señora " (It is about the safety of the madam) jawab Haider dengan wajah serius. Laptop miliknya di letakkan di hadapan Tengku Adrean.

"Dritto al punto" (Straight to the point)

"Aku dah siasat orang yang follow isteri kau, their target is not you but your wife, mungkin diorang tahu yang diorang takkan berjaya jatuhkan kau so diorang target kelemahan kau and it's her, Arisa Rania" terang Megat Hafiz panjang lebar,

Tengku Adrean memintanya untuk menyiasat orang yang selalu mengikuti isteri lelaki itu setelah Rania merasa seperti sering diperhatikan oleh seseorang.

"Ini rakaman CCTV tempat-tempat yang dikunjungi oleh Puan Muda, dan ini adalah lelaki itu" Haider menunjukkan rakaman CCTV di laptop miliknya.

Pandangan beku tadi bertukar tajam. Anak mata kelabunya memerhati setiap gerak geri lelaki misteri itu.

"Where is Kevin?" Soal Tengku Adrean dengan nada tertahan.

"Budak tu keluar belikan air McDonald untuk aku" selamba Tengku Daniel berkata dengan wajah tidak bersalah.

Tengku Adrean memandang tajam kearah sepupunya, sebelum pandangan tajam itu beralih kearah Megat Hafiz pula.

"Apa? Aku tak terlibat, aku sampai je Kevin dah tak ada" Megat Hafiz terus mengangkat kedua belah tangannya.

"Kenapa tak suruh budak-budak lain?" Soal Tengku Adrean kegeraman, masa-masa nak bincang lah sepupunya itu buat perangai.

"Saja lah, dah lama aku tak buli budak tu" kaki dinaikkan keatas meja kecil dihadapannya.

"Turunkan kaki kau" arah Tengku Adrean tegas.

"Sabarlah, lenguh ni, Hafiz tolong picitkan kaki aku"

"Mampus kau lah, kaki kau ke kaki aku?" Megat Hafiz menjeling tajam kearah sahabatnya. Suka hati dia je nak suruh orang picitkan kaki.

"Turunkan atau aku patahkan kaki kau"

Melihat pandangan tajam sepupunya, Tengku Daniel terus menurunkan kaki ke bawah semula dengan wajah masam. Wajah Tengku Adrean dijeling tajam.

"Haider, tell Kevin.."

"Bos! McDonald dah sampai!" Pintu yang terbuka secara tiba-tiba itu mengejutkan mereka.

"Tu..tu..tuan muda!" Terkejut Kevin apabila melihat Tengku Adrean memandang tajam kearahnya.

"Lepasni kalau dia suruh kau keluar belikan dia makanan, kau buka je sangkar Leon, biar dia yang jadi makanan" tegas Tengku Adrean sebelum menjeling sekilas kearah Tengku Daniel yang sudah memasamkan wajahnya.

"Bak sini makanan aku" Tengku Daniel merampas kasar paper bag McDonald dari tangan Kevin.

"Eh bos, saya punya ada sekali dalam tu" kalut Kevin mengambil burger nya semula sebelum lengannya di siku kuat oleh Haider.

Terus Kevin menelan liur apabila melihat pandangan tajam Tengku Adrean kepadanya.

"La..lapar bos" perlahan saja Kevin menjawab.

"Back to our discussion, Kevin jaga isteri aku dari jauh, tambahkan budak-budak untuk ikut dari jauh, incase kalau kau kena serang sekurang-kurangnya masih ada backup and Haider, cari semua maklumat tentang lelaki itu dan hantar pada aku"

"Alright!" Jawab Kevin dan Haider serentak.

"Whoever touch my woman shall die!" Bisik Tengku Adrean keras.

"Macam mana dengan weapon baru?" Soal Megat Hafiz setelah agak lama mendiamkan diri.

"Korang berdua tolong uruskan weapon yang akan sampai minggu depan, nanti aku akan double check semula senarai, pastikan tak ada apa-apa kesilapan" tegas Tengku Adrean.

"Okay then, leave it to us" Megat Hafiz mengenyitkan mata kearah Tengku Daniel sebelum mereka berdua tersenyum nakal.

"Don't do any silly things" tegas Tengku Adrean lagi. Sepupu dan sahabatnya ini kalau bergabung boleh sakit saraf dia melayan.

Arisa Rania melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah itu dengan senyuman lebar. Setelah sekian lama dia tidak keluar untuk bershopping semenjak kejadian di Tesco dulu.

Hampir tiga hari juga dia memujuk Tengku Adrean supaya membenarkan dia keluar. Sampaikan dia terpaksa menggunakan helah air mata palsu. Eyeglow dititikkan kedalam matanya sebelum dia berpura-pura menangis sehingga lelaki itu memberikan keizinan.

Rania melepaskan ketawa kecil apabila mengingat kan apa yang berlaku semalam, kalaulah Tengku Adrean tahu muslihat air mata ajaibnya itu mahu putus badannya dicincang lelaki itu.

"Kau dah kenapa ketawa tiba-tiba? kau overdose ubat ke?" Soal Erla Diana kehairanan. Tiba-tiba je ketawa, betul ke tak betul kawan aku ni?

"Aku teringatkan suami akulah" balas Rania dengan tersenyum lebar.

"Wowo jangan bagitu buk saya masih single disini, iri saya sama ke sweetan ibu Rania sama bapak Adrean" sengaja ditekan perkataan sweet itu kepada Rania.

"Itulah kau, aku suruh kahwin cepat-cepat taknak" perlian dari Rania mengundang jelingan tajam sahabatnya.

"Kalau kahwin terus dapat pakej macam suami kau tak apa, buatnya dapat biawak hidup tak pasal aku pula kena tanggung dia lepas kahwin" bebel Erla Diana.

"Ah cakap pasal pakej, baru-baru ini sepupu suami aku yang dekat luar negara tu balik Malaysia" Rania tersenyum kecil apabila teringatkan Tengku Daniel.

"Dah tu? Apa kena mengena dengan aku?"

"Kau nak yang pakej kan? Dia handsome, tinggi, kaya, murah senyum apa lagi ya?" Arisa Rania mengetuk perlahan dagunya memikirkan kelebihan-kelebihan Tengku Daniel yang lain.

"Kau tak payah lah nak puji lelaki lain sangat, sekali si Adrean tu lesing, bersepai otak kau" Diana menggeleng perlahan. Tapi mungkin boleh jadi juga kalau dilihat dari perwatakkan dingin lelaki itu.

Di Royal Airline, Tengku Adrean yang sedang menyemak kertas kerta di pejabatnya mengangkat kepala apabila pintu biliknya dibuka dari luar.

"Yes, Tengku Daniel Louis?" Soal Tengku Adrean malas apabila melihat sepupunya itu melangkah masuk dengan senyuman lebar.

Tengku Daniel hanya tersengih sebelum menjuling kan mata ke atas selepas melihat apa yang sedang dilakukan oleh lelaki dingin itu.

"Workaholic betul kau ni, kau tahu tak sekarang dah masuk waktu lunch" kata Tengku Daniel sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan meja Tengku Adrean.

"So?" Jawab Tengku Adrean tenang sambil menyemak kertas kerja.

"Sooooo kau kena teman aku pergi makan, aku dah lapar ni" kata Tengku Daniel sambil tersengih seperti kerang busuk.

Tengku Adrean memejamkan matanya seketika untuk mencari ketenangan yang sudah terbang entah kemana setelah datangnya makhluk halus itu.

Semenjak Tengku Daniel membeli sebuah syarikat baharu dia Malaysia hidupnya tidak pernah aman, ada sahaja lelaki itu datang menganggu hidup nya setiap hari.

Setelah berbincang dengan kedua ibu bapanya, Tengku Daniel telah membuat keputusan untuk membeli sebuh syarikat di Malaysia kerana dia ingin menetap disini. Kononnya dia sudah lama hidup di luar negara.

Kebetulan ada syarikat yang sedang jatuh merudum saham nya dan pemiliknya ingin menjual syarikat tersebut, setelah berbincang dengan pemilik syarikat itu sendiri, Tengku Daniel bersetuju untuk membeli syarikat itu sekali dengan pekerjanya dengan harga RM30 juta.

Tengku Adrean gembira dengan hal itu, apa yang membuatkan dia kurang gembira adalah kerana syarikat itu berada di SEBELAH Royal Airline iaitu syarikat miliknya!

Memandangkan syarikat mereka tersangatlah dekat boleh dikatakan hampir setiap hari lelaki itu datang ke Royal Airline untuk menganggu ketenangan Tengku Adrean.

"Jomlah Rean, kau tak kesiankan aku ke? Kalau aku kebulur macam mana?" Mata sengaja dikerdipkan beberapa kali.

Tengku Adrean melepaskan keluhan sebelum bangun berdiri, dompet dan iPhone miliknya diambil sebelum dia terus melangkah keluar dari pejabatnya tanpa berkata apa.

Tengku Daniel yang melihat sepupunya sudah melaangkah keluar mula bersorak riang, sebelum dia turut bangun mengejar langkah sepupunya.

"Kita makan nasi kandar eh? Aku dah lama mengidam nak bantai nasi kandar dekat jalan depan tu" semangat Tengku Daniel berkata namun Tengku Adrean hanya diam menayangkan wajah bekunya.

Sekumpulan pekerja perempuan yang sedang memandang kearah mereka terus berlari ke meja masing-masing apabila melihat pandangan tajam CEO mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

689K 39.7K 57
ON- GOING [1๐“ข๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ฝ๐“ฒ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
370K 23.1K 64
๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
314K 1K 14
Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Yang si jejaka...
1.5M 63.7K 23
Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose