Bidadari Adra Medina [ Slow U...

By misszatull

920 84 18

Dan aku harap , kenal kita menghubung dekat , cinta Dia . [ cover by : @reenmedina ] More

Sinopsis
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6

Bab 3

84 8 1
By misszatull

Adra memerhati setiap novel yang tersusun di rak. Macam-macam tajuk ada. Rambang matanya mahu memilih. Lagi pula dia memang gemar membaca buku. Ikutkan hatinya memang satu rak dia mahu ambil. Namun ditahankan sahaja niatnya.

Sedang dia ralit memerhati setiap novel-novel tersebut, matanya tertancap pada satu novel yang agak menarik perhatiannya.

Dia syurgaku

Adra merenung lama buku itu. Entah kenapa hatinya sedikit tertarik. Agak lama dia berfikir sama ada mahu mengambil atau tidak. Kakinya mula lenguh. Dia mengeluh dalam hati. Baru berdiri sekejap, dah mula rasa lenguh. Tanpa berfikir panjang, tangannya mula mengambil buku itu namun terbantut apabila ada satu tangan lain terlebih dahulu mencapai buku tersebut.

Hatinya mendongkol geram. Sudah lah buku itu hanya tinggal satu sahaja. Mungkin satu stock sahaja yang tinggal.

Akibat geram yang melampau, kepala nya laju menoleh ingin melihat hamba Allah yang mana sesuka hati sahaja merampas hak orang.

Eh, masa bila buku itu jadi hak dia?

Sebaik sahaja Adra menoleh, dirinya bagai terkaku. Hatinya yang tadi mendongkol geram, serta merta hilang. Matanya mula panas.

"Cik?" tegur pemuda itu.

Adra tersentak. Dia berpusing laju membelakangi pemuda itu. Air mata yang ingin jatuh, dikesat perlahan. Adra segera istighfar bagi menenangkan dirinya. Dia sedar yang dia terlalu ikutkan perasaan.

Tak apa Adra, mungkin pelanduk dua serupa. Ramai lagi yang muka macam dia.

Adra cuba menyedapkan hatinya sendiri.

"Hello. Cik okay tak ni?" sekali lagi suara itu menegur.

Adra menarik nafas panjang sebelum menghembus perlahan. Dia berpusing semula menghadap pemuda itu. Tapak tangannya diangkat ke arah pemuda itu menandakan 'sekejap'.

Kemudian tangannya menyeluk beg sandang tepinya dan mencapai satu objek kecil. Pemuda tadi yang hanya memerhati mula hairan. Agak pelik dengan sikap gadis di hadapannya ini.

Tidak lama kemudian kening pemuda itu berkerut apabila matanya tertancap pada satu objek yang dipegang oleh gadis di hadapannya ini.

Buku? Pen?

Adra pantas membuka buku tulis miliknya dan menulis sesuatu. Mujur sahaja ada rak kosong yang berdekatan dengan mereka. Habis sahaja menulis, Adra menghulur buku tersebut dengan berhati-hati kepada pemuda itu.

Pemuda itu hanya menyambut walaupun hatinya masih diserbu dengan perasaan hairan. Dia menunduk memandang buku itu sebelum matanya tertancap pada tulisan yang ditulis oleh gadis itu sebentar tadi.

Saya minta maaf banyak-banyak Encik. Saya tak boleh bercakap. Saya bisu. Kalau tak keberatan boleh Encik pulangkan buku saya balik?

Terkejut pemuda itu sebaik sahaja membaca ayat itu.

Bisu? Patutlah..

"Eh, buku ni saya yang dapat dulu. Kalau awak nak buku macam ni jugak, awak boleh cari yang lain. Masih berlambak lagi dalam kedai buku ni." ujar pemuda itu selamba. Tidak sedar wajah gadis di hadapannya ini sudah berkerut seribu bahasa.

Adra terlongo sendiri apa yang dibicarakan oleh pemuda itu yang dia sendiri tidak faham. Tidak tahu kah pemuda itu bahawa orang bisu sepertinya bukan sahaja tidak boleh bercakap?

Harap saja ada rupa, tapi otak tersangatlah cetek.

Kutuk Adra dalam hati. Namun Adra cepat-cepat istighfar setelah tersedar dia sudah mengutuk pemuda itu.

Pemuda itu sudah menepuk dahi sendiri kerana tersedar kesilapannya. Kenapa lah dia boleh jadi bodoh sekarang ini. Kalau orang bisu tak boleh bercakap, bermakna tak boleh mendengar sekali lah.

Tiba-tiba dia berasa malu dengan gadis dihadapannya ini. Pasti gadis itu sudah fikir lain.

Tanpa membuang masa pemuda itu segera menulis sesuatu dan serahkan semula buku itu kepada pemiliknya.

Saya minta maaf cik. Saya lupa yang cik tak boleh bercakap. Btw nama saya Syed Zayyan Qaiser. Cik boleh panggil saya Zayyan atau apa saja yang cik suka. Abang pun cik boleh panggil.

Membulat mata Adra membaca ayat terakhir lelaki itu.

Abang?

Laju kepalanya mendongak memandang wajah lelaki yang bernama Syed Zayyan Qaiser. Zayyan hanya tersengih. Lucu melihat Adra yang membulatkan mata.

Walaupun hanya nampak mata dan dahi tetapi masih nampak yang wajah gadis itu sungguh manis.

Sengih Zayyan mati apabila terpandang jelingan gadis itu. Sungguh tajam.

Adra berpusing kebelakangan untuk melangkah pergi. Sudah tiada mood mahu membeli novel. Sudah lah lelaki itu mengambil novel yang dia mahu juga. Sungguh menyakitkan hati.

Setapak demi setapak kaki Adra berjalan, namun tak sampai beberapa saat, kakinya berhenti mengejut apabila ada satu susuk tubuh yang menghalangnya dari terus berjalan.

Adra mendongak dan hatinya mula mendongkol geram. Apa lagi lelaki ini mahu? Takkan tak cukup dah rampas buku orang?

Dahi Adra berkerut menahan geram. Zayyan pula sudah tersengih seraya mengangkat kedua-dua tangannya memohon maaf.

Kemudian dia membuat bahasa isyarat untuk menanyakan sesuatu pada Adra. Mujur sahaja dia pandai guna bahasa isyarat kerana salah seorang dari ahli keluarganya ada juga yang tidak boleh bercakap. Jadi tidak hairan lah jika dia pandai dalam membuat bahasa isyarat.

Cik. Boleh saya tahu apa nama cik?

Adra memandang wajah Zayyan tanpa riak. Tidak ada rasa mahu menjawab soalan lelaki itu. Yang dia rasa sekarang ini mahu sepak orang sahaja.

Zayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih kekok. Nak kata dia tersalah mengguna bahasa isyarat rasanya dah betul. Atau perempuan dihadapannya ini tidak berminat nak berkenalan dengannya?

Zayyan mengeluh perlahan. Kemudian kakinya melangkah ke kaunter bayaran. Tidak sampai seminit, dia melangkah semula ke arah gadis tadi. Plastik yang berada ditangannya dihulur ke arah gadis itu. Perasan wajah gadis itu berubah hairan, segera dia beritahu niatnya.

Ambil lah. Saya belanja. Jangan risau, saya ikhlas.

Adra pantas menggeleng kepala. Dia mengangkat tapak tangannya sebagai tanda 'tidak apa'. Bukan niatnya mahu menolak cuma dia berasa segan. Sudah lah tadi dia memarahi lelaki itu.

Tolong lah ambil. Saya ikhlas. Anggap saja hadiah ini sebagai pemberian dari seorang kawan.

Adra menjadi sebersalah. Mahu menolak tidak sampai hati. Malas mahu berfikir panjang, tangannya perlahan-lahan mengambil plastik yang dihulur oleh lelaki itu. Dah rezeki takkan mahu menolak.

Adra menyeluk beg sandang tepinya dan mencapai telefon bimbit miliknya. Dan dia segera membuka aplikasi keep notes dan terus menaip. Kemudian telefon bimbitnya menghulur ke arah Zayyan.

Zayyan yang melihat akan itu terus mengambil tanpa berkata apa-apa. Matanya mengecil membaca setiap ayat yang ditaip oleh gadis itu.

Terima kasih Encik bagi hadiah ini. Buat susah-susah saja. Nanti saya ganti balik ya? Untuk pengetahuan Encik, nama saya Nur Adra medina. Encik boleh panggil saya Adra saja. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu ya? Assalamualaikum.

Nur Adra medina.. Cantik nama. Terbit satu senyuman kecil dibibir Zayyan. Namun cepat-cepat dikawal agar gadis dihadapannya ini tidak perasan.

Zayyan membalas.

Sama sama kasih. Tak perlu ganti balik. Saya ikhlas. Kalau nak ganti juga, ganti dengan benda lain. Contoh, kahwin dengan saya ke. Ha macam tu. Oh ya, nama awak cantik sangat. Secantik dan semanis macam tuan dia. Saya minta diri juga ya? Waalaikumusalam.

Berona merah wajah Adra sebaik sahaja membaca balasan daripada Zayyan. Gatal sungguh. Ini pertama kali dia berjumpa lelaki seperti ini. Nakal dan selamba.

Tidak tahan berdepan dengan lelaki itu lama-lama, kaki nya laju beredar pergi dari situ. Harapannya ini kali pertama dan terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu.

Lelaki paling gatal di dunia ini!

Sebaik sahaja susuk tubuh Adra hilang dari pandangan Zayyan. Bibirnya automatik tersengih lucu. Niatnya hanya mahu mengusik Adra sahaja. Sungguh menggeli hati melihat tingkah laku gadis itu.

"Hoi gila!." terperanjat Zayyan mendengar satu suara pekikan dari arah belakangnya.

"Kau beli buku ke kau buat buku? Penat kau tahu tak aku tunggu dekat luar macam orang dah tak betul. Call tak angkat. Whatsapp tak balas. Kau buat apa dekat sini? Ni ha tangan kau, buku satu pun tak ada. Ya Allah Zayyan!" jerit Aryan kuat tanpa pedulikan orang lalu lalang yang sudah memandang hairan mereka berdua.

Sekarang ini hatinya sahaja. Menggelegak panas! Siapa sahaja yang tidak naik angin, dari tadi lagi dia tunggu dekat luar kedai macam orang gila. Bila call tak angkat. Whatsapp jauh sekali nak balas. Tunggu punya tunggu sampai lah dia buat keputusan nak cari dalam kedai buku.

Zayyan pula sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih kekok. Kenapa lah dia dikurniakan kawan yang suara seperti tertelan speaker.

Astaghfirullah hal adzim.

"Sorry lah Aryan. Aku cari buku lah tapi tak jumpa lagi yang mana aku nak. Kau ni kecoh betul lah. Tak malu ke orang pandang pelik dekat kita? Suara dah lah mengalahkan mikrofon. Mikrofon pun tak kuat macam ni." kutuk Zayyan selamba. Kisah apa kalau Aryan nak marah. Ingat dia seorang sahaja ada perasaan marah.

"Ha melawan!"

"Tengok tu. Kau ni masa kecik, makan apa eh? Nak kata makan speaker, takkan lah mummy kau yang baik tu kejam nak bagi kau makan speaker. Ke kau ni tak sengaja tertelan mikrofon? Maklum lah orang kuat karaoke kan.." sindir Zayyan pedas. Puas hatinya. Itu lah padahnya untuk orang yang suara kuat. Sakit betul telinganya mendengar suara Aryan.

Zayyan tergelak melihat wajah Aryan yang seakan-akan budak merajuk tak dapat aiskrim. Tangannya merangkul erat bahu sahabatnya itu. Macam mana pun perangai Aryan, lelaki itu tetap sahabatnya yang ada masa dia susah senang. Sahabat dari kecil sehinggalah masing-masing ada kerjayaan masing-masing.

Tbc

__
19january2021

Continue Reading

You'll Also Like

5.5M 224K 67
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally โฃ๏ธ Cover credit...
200K 15.5K 35
๐•๐ˆ๐‡๐€๐€๐ โ™ก ๐‘๐”๐‡๐€๐๐ˆ๐Š๐€ Ruhanika, a quiet introvert with a passion for books and study. She thrives in the world of words, finding solace in...
543K 18.3K 137
Read and find out...
249K 7.3K 44
แ€…แ€แ€บแ€แ€ฝแ€”แ€บแ€”แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บ= แ€™แ€„แ€บแ€ธแ€œแ€ฐแ€žแ€แ€บแ€›แ€„แ€บ แ€€แ€ญแ€ฏแ€šแ€บแ€€แ€กแ€œแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€ธแ€–แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€•แ€ฑแ€ธแ€™แ€šแ€บแ€ทแ€™แ€ฒแ€ทแ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€•แ€ซ baby Gumkino =แ€€แ€ปแ€ฝแ€”แ€บแ€™แ€€ แ€•แ€”แ€บแ€ธแ€€แ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€›แ€แ€ฌแ€‘แ€•แ€บ gunแ€€แ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€›แ€แ€ฌแ€•แ€ญแ€ฏแ€žแ€˜แ€ฑแ€ฌแ€€แ€ปแ€แ€ฒแ€ทแ€™แ€ญแ€”แ€บแ€ธแ€€แ€œแ€ฑแ€ธแ€แ€…แ€บแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€™แ€ญแ€ฏแ€ท แ€›แ€พ...