RAID'S QUEEN

By Aerithatthaphan

3K 62 11

Hidup dalam kemewahan menjadikan seorang Lashira Auliya biadap. Tambahan pula dari kecil dia sudah kehilangan... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
ATTENTION📢🐰
44
45

28

59 1 0
By Aerithatthaphan

"Daddy!" tempikan Nia membuatkan Raid tersenyum lebar dia dan yang lainnya sudah kembali ke Kuala Lumpur setelah zohor tadi. Walaupun mereka hanya meluangkan masa di vila selama 3 hari 2 malam , mereka sudah melepaskan tekanan sedikit sebanyak walaupun Raid dan Aulia hilang di hutan. Bagi Raid, masanya diluangkan dengan berharga terutamanya di hutan bersama Aulia.

Banyak kemungkinan mereka akan terus di sana jika Aulia dan Raid tidak hilang di hutan. Memandangkan Raid dah terseliuh kaki mereka terus postpone segala aktiviti yang pastinya mereka akan bercuti bersama-sama lagi.

" Daddy kenapa tak turun?" tanya Nia apabila Raid terus mengangkatnya masuk ke dalam kereta.

"Kaki daddy sakit sebabtu daddy tak turun, Nia dah salam Tok Umi ke huh? Atok ada?" ucap Raid.

"Dah! Atok tak ada, Atok ada jemputan dekat JB. Uncle Faiq tidur rumah Tok Umi eh?" tanya Nia.

"Ha'ah. See u later ,sugar" ucap Faiq lalu dia mengucup lembut dahi Nia. Nia terus menyalami tangan Faiq dan dikucup pipi Faiq. Faiq tersenyum dan dia terus menyatu penumbuknya dengan tangan Raid serta Nael.

"See u bro! Kirim salam dekat Umi, nanti kitaorang datang ramai-ramai" ucap Nael. Faiq mengangguk. Nael terus menekan pedal minyak . Rizq dan Aisy sudah berada di rumah , mereka berdua menghantar Aulia, Mia dan Zafrel ke rumah masing-masing.

"Daddy, kenapa kaki daddy sakit? Ada orang tolak daddy jugak ke?" tanya Nia polos sambil bermain dengan jari jemari Raid.

"Tak lah, daddy jatuh. Sikit je. Tangan Nia macam mana? Okay tak?" tanya Raid. Bandage juga sudah dibuka dari tangan Nia. Nia mengangguk.

"Dah! Tok Umi suruh nenek tu urus . Tapi kalau Mommy buat tak sakit pun" adu Nia.

"Urus? Urus tu apa ,sugar?" tanya Nael.

"Urus lah , like this like this" ucap Nia lalu dia terus mengurut tangan Nael. Nael dan Raid tersenyum.

"Urut lah ,urus tu arrange" ucap Raid memperbetulkan Nia.

"Ha ,ye lah tu. Daddy suruh mommy urut jugak lah" ucap Nia lagi. Raid tersenyum dan mengangguk.

"Nia suka ke dekat aunty Lia?" tanya Nael sengaja nak memancing Nia, mahu melihat kepekaan si kecil itu.

"Bukan aunty! Mommy! I love her! Mommy Nia cantik, Mommy Nia baik. Uncle Nael tak suka mommy Nia ke?" tanya Nia pula.

"Esh , kenapa tak suka pulak? Tapi , uncle rasa daddy lagi suka mommy dari uncle. Dah anak approve apa salahnya kalau masuk jarum, kosong tu" usik Nael.

" Yeke daddy?! Bagus lah kan!" ucap Nia teruja.

"Tak payah ajar benda pelik-pelik lah dekat anak" ucap Raid. Nael mengerling Raid dengan senyuman.

"Aku kenal kau lama, kau adik aku Aid. Aku kenal adik- adik aku macam mana. Sebagai yang paling hebat dan berpengalaman kat sini meh aku nasihatkan kau" ucap Nael. Jejaka itu lebih tua 2 tahun dari Raid dan pernah berkahwin namun isterinya sudah meninggal dunia.

"Jodoh adalah benda yang dah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tapi macam mana kita nak tahu dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi kita kena gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan."

"Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Betul ke macam tu?" tanya Raid.

"Okay, antara tanda-tanda dia ditakdirkan untuk kita dari segi pengalaman aku. First, dia tak hipokrit. Sikap dia bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa atau cara makan dan minum.  Spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita boleh mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tak, dia mungkin bukan jodoh kita"

"Second, Senang Bersama. Walaupun kita selalu dengan dia, tak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang . Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia pun rasa benda sama. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan"

"Next, Terima Kita Seadanya. Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia tak ambik kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita"

"Ni antara benda yang penting. Which is , sentiasa jujur. Dia tak kisah apa yang kita lakukan asalkan tak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur dia menambat hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat detect sesuatu bila dia tipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran jadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Bila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan"

"Dan kena saling percaya mempercayai. Setiap orang ada rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bila kita ada rahsia dan nak share dengan dia, rahsia kita tu selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada pasangan berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya"

"Senang bekerjasama, kira macam kamcing ah. Bagi kita yang nak hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan pasangan kena bekerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting sebab mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya"

" Next, understanding.  Kita mestilah memahami diri pasangan .  Contoh, bila kita sakit dia bawa ke klinik. Masa kita sedih , dia menjadi penghibur. Kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'"

"Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa"

"Last but not least, istikarah dan tawakal.  Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita buat Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa"

Nael mengangkat kening , handbrake ditarik. Takzirah dia cukup padat dan ringkas dan ngam-ngam dengan jarak ke rumah mereka. Raid hanya diam dan bersahaja, macam- macam terisi di dalam kepalanya. Jodoh? Takdir? Dia dan Lashira Aulia?

[A/N :    Nael share tanda-tanda dia jodoh kita. Yay or Nay?]

Continue Reading

You'll Also Like

223K 7.2K 55
ရိပ်ချေ ကိုကြီးကိုချစ်တယ် ။ ကိုကြီးလည်း ရိပ်ချေကိုချစ်လာရင် ဖွင့်ပြောပေးနော် ။ နွေဦးရိပ်ချေ 🍀 နေမခန်း & နွေဦးရိပ်ခ...
151K 4.3K 40
I was taught from birth, through force, how to be perfect for him, how to obey everything he said, and how to be his devoted follower. I was being pr...
116K 15.3K 33
#Book-3 Last book of Hidden Marriage Series. 🔥❤️ This book is the continuation of the first and second book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If...
4.3M 287K 61
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...