[C] SUAMI HIGH CLASS โ€ขJK โ˜‘๏ธ

By menantuPakcikJeon

115K 12.3K 3.6K

Laki dia si High Class vs Bini dia Si minah dobi. Ahn Yeonha dan Jeon Jungkook dipertemukan didalam keadaan m... More

SHC 1
SHC 2
SHC 3
SHC 4
SHC 5
SHC 6
SHC 7
SHC 8
SHC 9
SHC 10
SHC 11
SHC 12
SHC 13
SHC 14
SHC 15
SHC 16
SHC 17
SHC 18
SHC 19
SHC 20
SHC 21
SHC 22
SHC 23
SHC 24
SHC 25
SHC 26
SHC 27
SHC 28
SHC 29
SHC 31
SHC 32 โ€ข BARISAN WATAK โ€ข
SHC 33
SHC 34
SHC 35
SHC 36
SHC 37
SHC 38
SHC 39
SHC 40
SHC 41
SHC 42
SHC 43
SHC 44
SHC 45
SHC 46
SHC 47
SHC 48
SHC 49
SHC 50
SHC 51
SHC 52
SHC 53
SHC 54
SHC 55
SHC 56
SHC 57
SHC 58
SHC 59
SHC 60
SHC 61
SHC 62
SHC 63
SHC 64
SHC 65
SHC 66
SHC 67
SHC 68
SPOILER โ€ข 69 & 70 โ€ข
SHC 69
SHC 70 โ€ข FINAL โ€ข
Season 2 is Coming !

SHC 30

1.1K 138 51
By menantuPakcikJeon

Jungkook merebahkan badannya di atas katil yang bersaiz king tersebut.
Fikiran nya mula terbang entah ke mana.

Dia masih belum dapat meyakinkan siapa Yeonha sebenarnya. Mustahil dia Taeha.
Taeha dah mati.

Aduh ! Kusutnya kepala.

Namun bila difikirkan balik comel juga Yeonha tu.

Tambah-tambah lagi bila muka dia yang baru bangun tidur tu.
Aishh —boleh pula aku terskodeng dia masa tengah  'mengecapi kenikmatan hidup '.

Haishh !
Kenapa aku boleh terkenang kan muka Yeonha tu.

Sebab wajah dia iras Taeha ke atau ...?

" Jungkook ! Kau jangan main-main eh ?! Ingat, Yeonha tu bukan level kau. Tu kepala kau bengkak gara-gara dia juga. Silap hari bulan kepala kau pun boleh tercabut. Dengan noona kau yang tiber balik lepas tu boleh pula dia rapat dengan Yeonha tu. Kenapa semua orang dalam rumah ni boleh terlalu baik dengan kau eh ? Tak faham aku ! ".

Jungkook mengangguk lemah. Ada benar juga.

Yeonha bukan level dia. Cubalah berpijak dibumi yang nyata ni .

Taeha bukan Yeonha dan Yeonha bukan juga Taeha.

Mereka berdua adalah orang  yang berbeza.

" Lantak dialah Jungkook .
Malas dah nak ambil port. Sekarang noona dah balik korea. "

" Apa aku nak buat sekarang dengan Yeonha. Aku belum cukup nak kenakan dia lagi tau. "
Diakhir bicara ketawa Jungkook meletus.

Entah kenapa dia berasa lucu.
Adehh ! Macam-macam hal la.

***

" saya nak naik dululah ambik barang. Lepas tu nak balik terus rumah omma ".
Ujar Yeonha sambil menutup pintu kereta Jiyoon.

Jiyoon memandangnya dengan kerutan didahi.

" Kejap, balik rumah omma ? "
Soalnya balik.

Yeonha mengeluh serabut.
" ye ye balik rumah omma appa saya. Ada masalah ? "

" Takdelah. Cuma eonnie rasa baik ajak Jungkook balik sekali. Korang kan dah jadi suami isteri. Apa salahnya biasakan Jungkook balik rumah keluarga Yeonha. Belajar hidup susah ".

Cadangan Jiyoon untuk menyuruh dia dan Jungkook balik bersama- sama adalah satu keputusan yang sangat darurat.

Sirheo !

" Boleh,Yeonha ? Nanti ajak Jungkook eh ? "
Pinta Jiyoon sambil tersenyum girang. Siap gelak-gelak lagi.

" Hmm bukan tak nak ajak Jungkook balik cuma tadi omma suruh balik seorang katanya ada hal keluarga. Betul, tak tipu ! "
Bersungguh - sungguh Yeonha menyakinkan jawapannya .

" Geurae , Yeonha nak balik seorang diri pun terpulanglah. Eonnie okay je. Jomlah kita masuk. Hari dah nak senja ni ".

***


" Penat gila ! Habis patah tulang pinggang aku macam ni. "
Yeonha mengomel sendirian sambil memulas tombol pintu bilik Jungkook.

Dia berlalu menuju ke arah wardrobe sederhana besar yang sudah Jungkook sediakan untuknya.

Kata Jungkook lagi, pakaian Yeonha dan dia tidak boleh dicampur bersama dan maksudnya Yeonha tak boleh sentuh tentang pakaian Jungkook .

Sendiri jagalah.

Yeonha memerhatikan sekitar ruangan bilik Jungkook. Sunyi sepi.

" Dia tak balik lagi kut. Hmm—lantak dia la. Siapa suruh cari pasal dengan aku. Malulah tu nak balik rumah. HUHUHU ! "

Sakan Yeonha bergelak ketawa.
Sambil laju tangannya memasukkan dua tiga helai baju untuk dibawa pulang .

Jungkook yang baru keluar dari bilik air yang hanya bertuala sahaja mengalihkan pandangannya ke arah susuk tubuh seseorang dari belakang.

Jungkook memerhatikan gerak geri Yeonha. Dari atas sampai bawah.

" Nice time —" senyumnya meleret.

" Aku nak balik rumah omma, aku nak makan puas-puas. Aku tak tahan duduk rumah Jungkook ni. Langsung takde yang boleh mengenyangkan perut aku. Aku rindu masakan Seokjin. Hmm—"
Yeonha mengomel sendirian lagi sambil membayangkan keenakan masakan yang disajikan oleh Seokjin.

Memang berkejar-kejaran dalam kepala lah .

" Oh, kau mengutuk pasal aku eh . Siap kau"getus hati Jungkook.

Perlahan-lahan kaki Jungkook menapak ke arah Yeonha . Dan tanpa Yeonha sedar...

***

" Lama ke Cik Jiyoon balik ? "
Datang Yoongi dengan segelas air oren ditangannya.

Dia memang suka kalau Jiyoon balik sini. Senang sikit nak berborak , banyak topik lah katakan.

Kadang-kadang tu ajak battle rap. Natang apo !

" Bukan setakat lama tapi selama-lamanya. Awak jangan risaulah, Yoongi. Saya akan berada disisi keluarga saya sampai bila-bila. Ingat sedap sangat ke duduk luar negara lama-lama. "
Ujar Jiyoon dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya.

Happy go lucky  kut.

" Elok sangatlah tu Cik Jiyoon berlama-lama disini. Saya bukan apa , saya risaukan..."

" Jungkook ? "
Soal Jiyoon yang sudah tahu air muka Yoongi.

Anti betul dengan Jungkook , lebih-lebih lagi kalau Jungkook buat perangai dia yang tak semenggah tu.

" Bukan-bukan. Saya tak pernah langsung nak risau pasal Tuan Jungkook tu. Saya lebih risaukan Yeonha ".
asal bergosip pasal Yeonha mesti kena sebut slow-slow part nama dia tu.

Manalah tahu Yeonha tu telinga gajah.
Nampak je rumah ni tiga tingkat. Mahunya Yeonha dengar orang dok menyebut namanya.

" Eh, apa yang nak dirisaukan pasal Yeonha tu. Dia baiklah Yoongi."

" Aigoo,saya tak cakap pun dia jahat. Saya gerunlah dengan Yeonha tu. Dia pernah tolak saya tau. Nasib baik tulang punggung saya ni masih available. Hmm—kalau tak takde lah montoknya di situ. "

Pada akhirnya Jiyoon hanya mampu mengelakkan Yoongi.

Apa lah nasib malang tukang masak rumah aku ni. Haihh, macam -macam hal.

" Asal je awak tak lawan. Kata lelaki, mesti kuatkan ? "

" Tak sempat nak lawanlah. Dia dah tolak saya awal awal lagi. Haihh—malu sungguh. "

Arghh ! ! !

Pergi la pakai baju woi !

Jiyoon  yang baru sahaja ingin menghabiskan sisa air dalam gelas hampir tersedak . Dia dan Yoongi berpandangan pelik.

" Awak dengar tak apa yang saya dengar, Yoongi ? "
Soal Jiyoon dengan raut wajahnya yang terkejut.

" Saya tak nak dengar, Cik Jiyoon. Tapi boleh ke saya nak dengar sekali lagi ? "

Mereka berdua duduk diam sambil mengamati bunyi bising dari tingkat atas. Sampai ke dapur bunyi nya.

Ni tak lain tak bukan suara Jungkook dengan Yeonha la ni.

Tak malu ke ?

Eii, janganlah tunjuk depan aku ! Aku tak nak lah !

Jungkook !

Kau pakai macam ni aku campak tuala kau luar tingkap !

" Saya buat kerja dululah , Cik Jiyoon. Apa-apa nanti panggil saya eh . Risau saya ".
Dengan kelam kabut Yoongi mengambil gelas di tangan Jiyoon dan berlari ke dapur belakang.

Jiyoon tersenyum gembira. Haihh, tak lama lagi sempat lah daddy nak main dengan cucu.

Aku ? Aku bakal jadi aunty lerr. hahaha !

***

" Eii ,tak payahlah dekat dekat dengan aku . Aku tak suka lah Jungkook ! "
Bebel Yeonha dengan muka dibuat takut.

Matanya memang tak lepas dari memandang ke arah tempat lain.

Jungkook sengaja menayangkan tubuh badannya di hadapan Yeonha dengan senyuman nakal.

" Kau cakap apa tadi ? Nak campak tuala aku luar tingkap ? Amboi, berani nya dia. Meh la try, aku pun tak pernah rasa lagi ada perempuan tanggal tuala aku ni. Kau orang first kut. My minah dobi..."
Ketawa Jungkook galak.

" Tch ! Sirheo, eii kau ni memang tak reti malu ke ?! Aduh, cubalah senonoh sikit . Aku kena cepat ni, nak balik rumah omma ! "
Yeonha menutup kedua dua belah matanya dengan tangan.

Tak kuasa nak melayan Jungkook ni.

" Balik je lah, tapi sebelum tu aku nak tanya something dekat kau ni tu pun kalau kau masih ingatlah ".

Yeonha buat muka menyampah. Soalan apa lagi kau nak tanya ni , risau duh duduk berdua lama-lama dengan kau Jungkook oii.

" Haa, apa ?! "

" Belum tanya lagi dah marah. Nampak sangat kau tak sabar, kan ?"
Soal Jungkook balik dengan wajah nakalnya.

Eii, please lah !

" Bukanlah ! Kau jangan macam macam Jungkook. Aigoo,tolong lah jangan rapat-rapat dengan aku sangat !"

" Eleh—rapat macam ni pun tak boleh . Taklah hari tu kan, kau ingat lagi tak masa kita pergi fitting baju kahwin kita . Kau ada bagitahu depan aku dengan daddy yang kau kata kau nak berseksi seksi dengan aku . Bila tu ? "

Tersembul biji mata Yeonha dengan pertanyaan Jungkook itu.
Eiii ! Aku main main je pun masa tu bukannya aku nak buat betul Jungkook oii.

Aigoo ! Apesal la kau ni bengong sangat percaya, jangan berharap la bengong woi !

" Ingat tak ? "

" Aku tak ingat ! Bila masa aku cakap macam tu ?! Eh, dah-dah aku dah lambat nanti kita cakap lain kali,okay ? "
Yeonha ingin berganjak dari situ namun Jungkook mendepakan tangannya seolah olah melarang Yeonha dari pergi.

" Mana boleh macam tu . kau dah janji kan hari tu mana boleh mungkir. Kan,kan ? "

Yeonha mengetap bibir malu. Takkan kata-kata dia dulu pun Jungkook ambil serius.

" Err, aku balik dulu . Aku betul betul dah lambat ni. "
Tergopoh gapah Yeonha ingin melepaskan diri dari Jungkook namun tiba-tiba sahaja kakinya tersadung karpet berbulu yang ada di bilik Jungkook itu.

Jungkook yang masih memegang bahu Yeonha itu ikut jatuh dengannya.

Dan kesimpulan nya mereka berdua terjatuh ke lantai dengan tubuh Jungkook elok menghempap tubuh Yeonha.

Tak semena kena bibir Jungkook terchup bibir Yeonha tanpa sengaja.

Oh My !

Terbeliak mata mereka berdua dengan perkara yang tak dijangka itu.

Pertama sekali seumur hidup.

By the way, tahniah la,ya





_____________________________
To Be Continue

bymenantuPakcikJeon 🌼

Continue Reading

You'll Also Like

5.4K 532 43
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
473K 47.9K 36
Semuanya perlu berada di dalam genggamannya. Gelar si dia, Jeon Jungkook. Si Mr Sexy. Start: 18/10/2018 End: 02/12/2018 Photo [Using For Cover]: Cred...
3.8K 303 10
Akhir nya aku jumpa jugak kau-Jimin Tolong selamat kan saya Jimin..-Jihyo Love teach us about pain, appreciate, lovely and don't be afraid to doing s...
8.5K 923 40
Semakin lama aku menyelami hidupnya, semakin aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku Dia ada masalah ke? Dia selalu diam je... Kawan pun tak ada...