King Haidar (PUBLISHED)

By AnjellHomosapien

677K 27K 3.5K

Kisah Raja Haidar x Suria Andreana -- Seperti biasa, cerita tak akan habis di wattpad. Bacaan di sini adalah... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER

BAB 3

31.4K 1.2K 211
By AnjellHomosapien

~not-edited~

BAB 3

A sunflower in the needing of its source of life will always turn and search for the sun. Just like me to my little sun – Raja Haidar

Aku hanya berdiri di belakang krew penggambaran itu. Memerhatikan semua yang ada di situ membuat kerja masing-masing. Sesekali aku mendengar arahan yang dikeluarkan oleh jurugambar, lalu si model pula mengikutnya tanpa gagal. Air muka sangat memainkan peranan. Sungguh profesional.

"You Suria Andreana, kan?" Hampir saja aku melompat sebaik sahaja mendengar teguran itu. Laju kepala menoleh ke sebelah.

Ada seorang wanita cantik dalam bath robe putih berdiri di sebelahku. Wajahnya pan-asian. Rambut panjang distail agar nampak sedikit drizzly, kena dengan konsep penggambaran kali ini. Dia adalah model lain yang bekerjasama dengan Lufya untuk penggambaran kali ini. Sekarang ini giliran Lufya untuk penggambaran solonya.

Bila perasan akan pandanganku, dia hanya senyum. Senyum lawa dan mesra. Berbeza dengan Lufya, dia langsung tak nampak sombong. Kemudian aku teringatkan soalannya tadi. Masih tergantung dan belum terjawab. Dia sebut namaku. Terus aku mengeyakannya. Walaupun tertanya-tanya, macam mana dia dapat tahu?

"Oh, I, Atisha !" Dia memperkenalkan diri. Hulurkan tangan untuk berjabat salam denganku. Tanpa ragu, terus aku menyambut tangan lembutnya itu.

"You kenal I?" Aku bertanyanya. Sekadar diplomasi.

"Haah. You're quite famous. I selalu juga tengok gambar dan video mekap you. I suka. Teringin nak you mekap muka I. Tapi, I tak duduk Malaysia."

"Oh, ya? You duduk mana?" soalku. Adakah seperti Lufya, baru pulang dari Los Angeles? Tapi mengikut cerita Azira, si model kerek itu memang tinggal di Malaysia. Cuma hari itu ada projek di LA.

"Manhattan. I'm American. Half-Malaysian. Arwah daddy I orang sana. Mommy I orang Malaysia," ceritanya.

"Oh, ya? Tapi Bahasa Melayu you lancar!" Aku agak kagum. Tiada langsung slang bahasa Inggerisnya.

Atisha senyum dulu.

"I ada ramai kawan dari Malaysia kat sana. Maid I pun malay. Dan bila ada cuti, memang famili I akan selalu balik melawat datuk dan nenek di Malaysia." Atisha ramah bercerita kepadaku. Aku dapat rasakan dia datang dari keluarga yang bukan sembarangan.

"Mommy I kenal you," tambahnya tiba-tiba.

"Mommy you?"

"Nama mommy I, Muna. Dia jumpa you masa cruise ke Phuket, kalau you masih ingat dia."

Sehabis saja dia berkata, terus suis memoriku kembali terbuka. Lantas membawa kepada pelayaran kapal persiaran yang aku naiki dulu.

"Aunty Muna is your mom? How's she?" Aku teruja.

Sudah tentu aku mengingati Aunty Muna. Kami berkenalan ketika aku sedang merayau-rayau sambil meneroka kapal. Dia merupakan klien aku. Sekarang aku tahu dari mana kecantikan Atisha datang. Malah, sikap peramah juga diwarisi dari ibunya itu.

"She's fine. Healthy and still beautiful," balasnya berbaur gurauan.

Aku cuma senyum. Walaupun aku tahu memang itu hakikatnya. Bertubuh seperti anak dara di usia senjanya. Aku masih ingat lagi cerita Aunty Muna. Dia pernah menjadi model. Selepas bersara, Aunty Muna membuka syarikat berasaskan fesyen dan kecantikan di luar negara. Ketika di atas kapal dulu, aku diupah untuk memekap wajah dua orang modelnya untuk satu pertunjukan fesyen.

"Mommy selalu puji you. Dia suka dengan personaliti you. Dia cakap you jenis bubbly and cheerful, macam nama you."

Aku ketawa pula. Bukan kali pertama aku mendengar komen seperti itu. Aku seorang yang periang dan ceria. Seperti sang suria yang menyinari alam. Dan tunggu saja aku meletup. Bahangnya mengalahkan teriknya suria di tengah musim kemarau. Ya.. sangat ironi!

"I think she's interested in you." Atisha memang tak menipu. Aunty Muna pernah memujukku supaya mengikutnya ke New York. Supaya aku dapat mengembangkan lagi bakat dan menimba lebih banyak pengalaman. Katanya aku ada potensi.

Namun, harus saja aku menolak. Aku belum ada niat lagi mahu berjauhan dengan orang tuaku walaupun tawaran itu sememangnya menarik. Apatah lagi aku punya cita-cita sendiri. Teringin bekerjasama dengan MUA taraf antarabangsa. Dan cita-cita terbesar aku adalah menghasilkan produk kecantikan di bawah namaku sendiri. Sebab itulah Aunty Muna itu menjadi idolaku.

"Dia nak I jadi menantu dia kut. Tapi nak buat macam mana, you perempuan," gurauku pula.

Giliran Atisha pula ketawa.

"Mungkin. Tapi.. you nak tahu apa yang lebih menarik?" Atisha senyum senget. "I ada abang. Dan abang I handsome tau." Sempat dia jual saham abang dia padaku. Dengan keyakinan seratus peratus. Tapi kalau dah begini rupa Atisha, pasti saja dia yakin dengan abangnya. Pasti tidak mengecewakan.

"Oh, ya? Too bad, I'm taken." Aku layankan aje sebelum tolong ketawa bersamanya. Dah tentu aku tahu dia hanya bergurau. Gila apa nak cakap macam itu kepada seseorang yang baru dikenali tak sampai lima minit? Abang dia pun aku tak kenal siapa.

"Mommy pasti excited kalau I cerita I jumpa you."

"Dia kat Malaysia?"

"Yup. Cakap pasal mommy, Sabtu depan, mommy ada anjurkan fashion show. Kalau I kata I berminat untuk gunakan khidmat you untuk fashion show tu, apa kata you?" Tiba-tiba dia masuk mod business. Betul-betul maksudkannya.

Aku terdiam. Rapatkan kedua-dua bibir.

"I'll pay you twice." Belum pun sempat aku mula berfikir, dia menyambung lagi. "US Dollar."

Terdiam. Tertarik dengan tawarannya. Bukan sebab duit semata, tapi sebab terfikirkan aku dapat bertemu dengan Aunty Muna. Juga aku mahu berkenalan dengan lebih dekat dengan Atisha. Dia seorang yang menyenangkan. Dapatku rasakan kami punya keserasian.

Seperti tadi, tak sempat aku berkata apa-apa, apatah lagi memberi jawapan, kedengaran suara ketua jurugambar memanggil Atisha. Tiba gilirannya pula untuk mengambil gambar solo. Atisha hanya genggam tangan kananku bersama ucapan supaya aku mempertimbangkannya.

----

Beberapa kali aku pejam-celikkan mata. Apabila terasa masih pedih, aku terus jauhkan kepala dari skrin MacBook itu. Sandarkan pada headrest dengan mata terpejam. Beberapa detik aku sebegitu untuk merehatkan mataku. Akibat terlalu lama di depan skrin komputer riba, mataku mula penat. Lupa pula bawa Eye Mo.

Kemudian aku bawa jari telunjuk ke kelopak mata. Diurut perlahan-lahan beberapa saat sebelum aku buat keputusan untuk kembali membuka mata. Perlahan-lahan cahaya mula menerobos masuk ke iris.

Aku menggeliat. Terasa lega pada bahu yang tegang. Tulang pinggang pun berbunyi sekali, memeperbetulkan kedudukannya kepada norma. Tanda aku memang terlalu lama duduk di atas kerusi ini. Khusyuk sangat membaca beberapa artikel daripada kajian yang lepas-lepas sehingga lupa masa berlalu.

Terus aku kerling jam kecil yang berada di atas meja kerjaku itu. Pukul 4.30 petang. Maksudnya, tiga jam sudah berlalu. Lama! Patut sahaja segala sistem tubuhku mula mogok. Memberi amaran supaya tuannya beristirahat rupanya.

Aku kini berada di pejabatku. Meskipun aku seorang freelance MUA, tapi aku tetap punya pejabatku sendiri. Pejabat ini menjadi tempat untukku menyimpan segala peralatan mekapku. Juga menjadi tempat bila aku menganjurkan kelas mekap yang sering kali mendapat sambutan hangat.

Pejabatku sunyi-sepi. Aku hanya sendirian. Sebenarnya aku punya seorang penolong peribadi yang bernama Mijah. Dia menguruskan segala jadualku. Tapi hari ini dia dah cabut awal-awal. Dengan izinku dah tentunya. Selalu aku berada di pejabat ini bila jadualku kosong. Kebiasaannya, aku akan membaca research paper berkaitan dengan produk kecantikan. Banyak benda yang aku mahu kaji sebelum meneruskan impianku untuk mencipta produk sendiri. Aku mahu produkku berkualiti.

Dan sekarang aku berura-ura. Mahu teruskan membaca atau berhenti? Rasa macam mahu teruskan, tapi segala anggota tubuhku bagaikan memprotes. Belum lagi dengan asid hidroklorik perut yang dah macam berkoir.

Berhenti nampaknya.

Lalu aku menutup macBook itu sebelum masukkan ke dalam sarung berwarna merah jambu itu. Buat keputusan untuk pulang ke rumah. Masih awal lagi, jadi aku tak perlu menghadap kesesakan lalu-lintas yang teruk.

Usai memastikan semua lampu tertutup dan mengunci pejabatku, aku turun menggunakan tangga. Pejabatku hanya berada di tingkat satu, jadi jangan nak jadi pemalas sangat. Bersenam sedikit walaupun dengan stiletto tiga inci.

Laluan untuk ke tempat letak kereta agak sunyi walaupun kereta masih banyak lagi. Mungkin sebab masih belum habis waktu pejabat. Tapi aku dah biasa dengan keadaan sebgini. Ini bukannya kali pertama. Bukan tak pernah aku pulang dengan langit di luar bertukar hitam dan hanya keretaku satu-satunya yang tinggal.

Ya.. aku tahu bahaya! Tapi, kalau mama tak tahu, aku masih okey. Tiada apa yang lebih mengerikan daripada mendengar mama membebel.

Beberapa meter lagi menghampiri keretaku, aku melihat ada satu susuk yang terbaring di atas satu tepian batu rata yang rendah. Boleh tahan panjang tubuhnya. Ada satu bagasi sederhana besar berada di tepi kakinya. Wajahnya ditutup dengan satu jaket kulit berwarna hitam. Sedang tidur mungkin.

Lelaki ini dah kenapa? Tak ada rumah ke? Atau kena halau bini? Tapi.. selesa sungguh dia punya landing! Tak pandang kiri kanan. Tapi, kut ya pun pergilah check in hotel! Tengok bagasi dah jenama MontBlanc, takkan hotel pun tak mampu kut?

Aku pandang kiri dan kanan. Menganalisa keadaan. Curiga dah tentunya. Seharusnya aku memastikan tiada apa-apa yang membahayakanku. Apatah lagi aku harus melintasi lelaki itu untuk ke keretaku.

Buat-buat biasa. Menapak selangkah, tapi bunyi klik dari tapak kasut tumit tinggiku cukup menggegarkan kawasan sunyi itu. Aku berhenti. Takut dia terjaga.

Rasa nak sumpah diri sendiri. Dah tiba masanya kut untuk aku belajar pakai kasut jenis lain pula. Kasut jenis ini merupakan satu sumpahan dalam keadaan genting, andai saja aku diapa-apakan. Selain dari boleh kasi dahi penjenayah tembus, memang tak membantu langsung untuk melarikan diri.

Bila dia masih pegun, aku sambung berjalan dengan kelajuan dia kali ganda. Hampir saja aku tiba di keretaku, ada bunyi kurang enak menyapa telingaku. Seolah-olah bunyi ciuman. Gaya biadap seseorang untuk memanggil orang lain. Aku tahu bunyi itu datang dari lelaki itu.

Janganlah aku jumpa pula Mr. Pervert 2.0!

Aku buat pekak. Terus aku genggam tempat pemegang pintu kereta untuk membukanya.

"Laju-laju nak ke mana, cik adik?"

Pergerakanku mati. Kalau tadi rasa macam nak sula orang, sekarang ni rasa.. well.. rasa nak sula orang juga, tapi bercampur dengan keterujaan. Dan keterujaan itulah yang buatkan aku berpusing seratus lapan puluh darjah mengalahkan kilat.

"Haidar!" Mataku meluas bila melihat dia yang hanya berbaju-t putih dan berseluar jeans biru. Jaket kulit yang menjadi penutup mukanya tadi disangkut pada lengan bawah kirinya. Senyum manis walaupun rambut coklat tuanya nampak sedikit messy.

"Yeah, it's me! A fairy godmather told me in my dream last night, Cinderella was missing his prince charming. And he misses her too," katanya dengan suara nakal.

Aku julingkan mata ke atas. Banyaklah Cinderella dia!

"Awak buat saya terkejut! Saya ingatkan ada pervert lagi." Dalam hati berbunga-bunga baru lepas jumpa buah hati, masih rasa nak marah juga. Andai saja aku bertemu pervert 2.0, memang tak teragak-agak aku rasmi flying kick yang dah lama aku tak gunakan ini. Memang tiada kompromi!

"Lagi?" Hanya dengan satu perkataan itu, riak wajah Haidar bertukar serius. Hanya itu yang ditangkap dari ayat aku yang panjang lebar itu.

"Apa maksud awak, lagi? Awak pernah jumpa sebelum ni? Did someone sexual harass my little sun?" Dah keluar dah mood detektif dia.

Aku tak tahu nak balas apa. Aku tak pernah cerita peristiwa yang terjadi pada tiga hari yang lepas padanya. Aku rasa tak perlu kut. Lagipun, benda sudah selesai. Tiada apa-apa yang teruk pun berlaku padaku.

"Just a coward pervert. Nothing happened," jawabku seringkas mungkin.

"Should I hunt him down and teach him a lesson?" Aku tak tahu sama ada dia bergurau atau tidak, tapi ekspresi wajahnya serius. Aku pula yang jadi teragak-agak. Haidar ini boleh tahan gilanya juga.

"Eh, tak payahlah! Bukannya jadi apa-apa. Saya pun tak ingat dia." Tetap juga aku menjawab.

Namun, mendengarnya seakan-akan protective denganku itu, buatkan hati perempuanku cair juga. Aku yang tali pinggang hitam taekwondo pun boleh buat-buat amnesia, semata-mata mahu jadi damsel in distress untuknya.

"Dan awak.. kenapa awak ada kat sini?" soalku pula bersama satu kerutan di dahi. Hairan. Kemudian tersedar sesuatu.

"Did you.. just return?" Teragak-agak aku bertanya sambil mataku bergilir-gilir memandangnya dan bagasi hitam di sebelahnya. Kalau bukan kena halau rumah, sudah tentu dia baru pulang dari Milan. Meskipun firasat kuat mengatakan yang kedua.

"Yeah. Surprise!" jawabnya dengan sengih lebar. Walaupun aku dapat rasakan awal-awal, tetap saja mataku membuntang bila dia mengeyakannya.

"Dah tu kenapa awak datang sini? Kenapa tak balik?"

"I miss you!"

"You're crazy!" Risau aku tengok dia. Cukup bersahaja. Ada gegaran ke masa dalam penerbangan berjam-jamnya tadi?

Oh, Allah! Adakah sebab aku selalu buat kerja gila maka Engkau menghantar lelaki yang boleh tahan gila juga untukku?

"Dah berapa lama awak baring kat sini?"

"Setengah jam agaknya. No worries. It was quite comfortable. You know.. a hard surface could be therapeutic to your spine especially when you just had sixteen hours flight journey," bicaranya selamba umpama dia baru lepas baring di atas tilam hotel. Kemudian nampak dia menggeliat, bagaikan baru habis membuat chiroparactic untuk tulang belakangnya.

"At least bagi tahu la saya." Aku tak puas hati. Kalau aku tahu, dah tentu aku turun awal-awal. Dia ni pun.. punyalah banyak tempat, kat sini juga dia pilih untuk landing! Apalah orang lain cakap bila nampak dia? Tapi.. sejak bila pula Haidar kesah dengan pandangan orang lain?

"Well.. saya nak surprisekan awak. Really.. saya betul-betul rindukan awak, little sun," sambungnya lagi. Panahan anak matanya ketika itu sungguh redup, menandakan dia betul-betul ikhlas.

"Saya pun rindukan awak juga." Aku jujur. Gila tak rindu? Berbulan tak jumpa kut! Mana aku tak gembira bila akhirnya dapat menatap wajah kacaknya itu? Dalam nak marah dia yang membuat kerja gila itu, jujurlah hatiku tetap berbunga-bunga bila aku yang dicarinya dulu sebaik sahaja kapal terbangnya mendarat.

Gila, kan? Betullah tu.. aku gila, dia pun sama gilanya juga!

Sekarang ini pun masih tak percaya dia berada di depan mata. Yalah.. kebiasaannya hanya melalui telefon. Kali terakhir berhubung pun dua hari lepas. Dan sekarang aku baru tahu kenapa dia hilang dari radar. Ingatkan dia kerja. Rupanya dah berada di dalam kapal terbang. Apa-apa pun, aku bersyukur penerbangan Haidar selamat.

"Sekarang ni awak nak buat apa?" Aku soal Haidar.

"Lapar. Jom, makan! Lepas tu awak hantar saya balik." Seronok dia buat perancangan.

Tak pasal-pasal aku jadi Airport Taxi dia. Tapi, takpelah. Sayang punya pasal, kan?

----

"Oh, My God! I miss Malaysian food!" Aku dengar Haidar mengomel sebelum melahap macam orang kebulur setahun. Aku rasa macam baru lepas kutip pelarian pun ada. Aku hanya menggelengkan kepala beberapa kali.

Ketika itu, kami berada di sebuah food truck di tepi jalan. Haidar mengidam mahu makan char kuey teow. Lebih spesifik lagi, Char Kuey Teow Pak Ali. Aku hanya ikutkan saja. Aku bukanlah seorang yang berkira bila makan di tempat-tempat macam ini. Janji sedap dan bersih, aku okey saja. Dan usahlah bertanya tentang Haidar. Dia juga sama. Kadang-kadang aku rasa sebab itulah kenapa aku senang dengannya.

"Awak balik berapa lama?" Aku mulakan pertanyaan.

Aku melihat ada pelanggan baru datang dan duduk di selang dua meja dari kami. Sedari tadi aku hanya berdua dengan Haidar. Food truck Pak Ali beroperasi dari jam empat setengah petang sehingga dua belas tengah malam. Sebab itulah masih belum ramai lagi. Kebiasaannya makin ramai setelah waktu maghrib. Itu kata Haidar yang selalu menjadi pelanggan tetap di sini.

"Lima hari. Saya ada kerja yang nak kena selesaikan sebelum balik ke Milan."

Kami teruskan makan. Sekejap sahaja, pinggan Haidar dah licin. Dan kini hanya menunggu aku habis makan. Biasalah, perempuan. Makannya mengalahkan sloth. Penuh ayu. Kunyah-kunyah pun kadang-kadang seperti mengikut sunnah nabi.

Aku pandang wajah Haidar. Wajahnya kelihatan penat. Haruslah. Baru lepas mendarat dari penerbangan berbelas jam kut. Belum lagi kesan jet lag.

"Kalau awak balik rumah, sekarang ni dah sedap tidur," bebelku. Berharap dia menyesal dan terbayangkan katil empuknya.

Haidar hanya senyum, menampakkan lesung pipit trademarknya di kedua-dua belah pipi.

"Biarlah. Saya nak tengok my little sun puas-puas!." Sebaik sahaja dia habis berkata, ditolaknya pinggannya ke tepi sebelum kedua-dua sikunya diletakkan di atas meja. Kemudian kepalanya ditompang oleh kedua-dua tapak tangannya. Tepat-tepat memandangku dengan mata penat dan senyum manisnya.

"Selalu panggil saya little sun. Habis, awak tu apa? Betelgeuse?" sindirku.

Haidar geleng kepala.

"Nope. I'm sunflower."

"Sunflower?" Rasa nak tergelak. Punyalah banyak nama ganas yang lain, bunga matahari juga yang dipilihnya?

Dia angguk.

"A sunflower in the needing of its source of life will always turn and search for the sun. Just like me to my little sun." Haidar bermadah.

"So, perlu ke saya tukar nama awak kepada sunflower dalam contact saya?" gurauku.

"Hmm.. letak Ahmad kat depan. Bunyi maco sikit. Ahmad Sunflower."

Aku ketawa mendengarnya. Pun boleh!

Tawaku mati bila aku mendengar bunyi notifikasi telefon pintarku. Ada whatsapp baru masuk. Dah tentu mamaku sedang menjalankan tugasnya untuk menjadi alarm bergerakku. Masuk yang ni dah tiga kali. Takde kerja lain agaknya. Pergilah berenang sana!

Tanpa sedar, aku mendengus perlahan.

"Kenapa?" Aku dengar Haidar bertanya.

"Mama. Bagi reminder. Dia takut saya ponteng esok," jawabku sebelum julingkan mata ke atas.

Kalau mamaku berbuat begitu, pasti ada sebabnya. Sebabnya dah tentulah aku kaki ponteng bila ada majlis formal. Kebiasaannya kami sekeluaga dijemput ke majlis makan malam korporat papa. Boleh kira berapa kali aku tunjuk muka. Entahlah.. aku bosan! Melainkan makanan yang sedap, tiada apa lagi yang menyeronokkan.

"Takkanlah nak ponteng? Penting kut." Aku membebel tak puas hati.

"Abang awak nak kahwin, kan?" Haidar ternyata masih ingat dengan ceritaku.

Laju aku angguk. Malam esok diadakan kenduri doa selamat untuk abangku. Sebagai doa supaya semuanya dipermudahkan Allah untuk majlis akad nikah dan persandingannya pada keesokan harinya. Majlis itu adalah majlis tertutup. Hanya ahli keluarga, kawan-kawan rapat abangku dan beberapa orang masjid saja yang dijemput.

Aku angkat kepala pandang Haidar. Gigit bibir bawah. Tiba-tiba muncul idea rawak.

"Err.. awak nak pergi ke majlis tu?" pelawaku. Sebelum ini tak pernah terlintas. Mungkin sebab dia nan jauh, jadi aku memang tak pernah ada niat mahu mengajaknya. Dan sekarang, aku ajak pun sebab majlis itu adalah majlis tertutup. Jadi hanya ahli keluargaku saja yang tahu. Sesuailah untuk sesi berkenalan tanpa disoal siasat yang lebih-lebih.

Pada masa yang sama, aku berdebar-debar juga. Sebab kali ini sedikit berbeza. Kami tak pernah berbincang soal hubungan kami dengan lebih terperinci. Kami juga tak pernah berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing. Jangankan jumpa, tahu kewujudan pun tidak. Dan bila kini aku mengajaknya untuk bertemu keluargaku, itu maksudnya kami setapak lebih serius.

Persoalannya, mahukah Haidar? Atau sebenarnya semuanya masih terlalu awal? Aku rasa aku dah bersedia untuk memberitahu tentang hubungan kami kepada orang lain. Jadi, boleh mulakan dengan ahli keluargaku dulu. Tapi, adakah Haidar berfikiran serupa?

Haidar hanya diam. Nampak seperti dia berfikir jauh. Melihatkannya, lagi berdebar-debar aku. Takut pula dia fikir aku tersua-sua. Aku taknak dia fikir aku nak ajak dia terus kahwin.

"Awak nak saya datang?" soal Haidar pula. Serius.

"Kalau awak takde apa-apa hal. Tapi, kalau awak.."

"Then, I'll go!" potongnya sebelum sempat aku buat ayat sedih.

"Awak serius?" Aku pula yang seperti tak percaya. Pada masa yang sama rasa teruja.

"Ya, serius! Malam besok, bakal menantu mama awak yang handsome ni akan tunjukkan muka. Just give me the address." 



7/12/2020

Continue Reading

You'll Also Like

211K 6.8K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
153K 4.3K 22
Ini hanyalah sample. Hanya ada beberapa bab sahaja. Kombo Heroin terdiri daripada dua ebook: 1. His Name Is Lucca (Spin-off novel Dheo's) 2. Bukan Pi...
341K 18K 49
Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17...
1.1M 58.9K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...