THE NEXT HEIR [Completed]

Por purple_rea

303K 24.6K 1.7K

Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu p... Más

Notis
Bab 1~|Twin|
Bab 2~|Worse Birthday Party|
Bab 3~|Mother's power|
Bab 4~|Hometown|
Bab 5~|Pertemuan Tak Diduga|
Bab 6~|Kekeliruan Si Kembar|
Bab 7~|Kejutan Hari Pertama|
Bab 8~|Kael|
Bab 9~|Emosi|
Bab 10~|Keterujaan Pertunjukkan|
Bab 11~|Kemarahan Iezzi|
Bab 12~|Pertemuan|
Bab 13~|Aurora Biru|
Bab 14~|Kedinginan Remaja|
Bab 15~|Cabaran|
Bab 16~|Semangat Alexa|
Bab 17~|Save Them, please!|
Bab 18~|No Need You Anymore|
Bab 19~|Ego dan Dendam|
Biodata Watak
Bab 20~|Meet With The Guardian|
Bab 21~|Time To Wake Up|
Bab 22~|Desakan Jawapan|
Bab 23~|Who?|
Bab 24~|Papa!|
Bab 25~|Ruby and Her Brothers|
Bab 26~|Trap For You Little Girl|
Bab 27~|Damn You, Kael!!|
Bab 28~|Jiwa Yang Terseksa|
Bab 29~|Rahsia yang Terungkai|
Bab 30~|New Person|
Contoh Gambaran Watak
Bab 31~|Ladies Battle|
Contoh Gambaran Watak 2
Bab 32~|Amarah Si Kembar|
Bab 33~|Leo|
Bab 34~|Ryan's Family|
Bab 35~|Edora's Cursed|
Bab 36~|Kill Her!|
Bab 37~|Iezzi's Wish|
Bab 38~|Plans|
Bab 39~|Rinzler|
BAB 40~|Crystal Island|
Bab 41~|Madness|
Bab 42~|No Title|
Bab 43~|Dinner|
Bab 44~|Dragon Crystal|
Bab 45~|Meeting|
Bab 46~|What Now?|
Bab 47~|Short Story|
Bab 48~|The Truth|
Bab 49~|Massage|
Bab 50~|Surprise|
Bab 51~|Laporan|
Bab 52~|Preparation|
Bab 53~|Happy Birthday|
Bab 54 ~|Chaos|
Penghargaan
Bab 55~|Black Aura|
Bab 56~|Lost|
Bab 57~|Broken|
Bab 58~|Command|
Bab 59~|Whisper|
Bab 60~|For Their Sake|
Bab 61~|Fight|
Bab 62~|Zasry's Ego and Battle in Dark Market|
Bab 63~|Fire and Ice|
Bab 64~|Advice and Evira's Rage|
Bab 65~|Evira's Plan and Darkness Inside Iezzi|
Bab 66~|I Got You, Boy|
Bab 67~|Queen Lilith Death|
Bab 68~|Violet's Feeling|
Bab 69~|Drake, Lucy and Alexa|
Bab 70~|Pertemuan Arean|
Bab 71~|Iezzi's Secret|
Bab 72~|Pesanan Iezzi|
Bab 73~|Time to Act|
Bab 74~|Perlawanan Bermula|
Bab 75~|Permata|
Bab 76~|Sacrifice|
Bab 77~|Kebangkitan Kegelapan|
Bab 78~|Who Is Vera?|
Bab 79~|Vera's Story I|
Bab 80~|Vera's Story II|
Bab 81~|Training|
Bab 82~|Meeting with The Kings|
Bab 83~|Date with Aydan?|
Bab 84~|The Thing They Will Know|
Bab 85~|The Hidden Secret|
Bab 86~|Aydan's Birthday|
Bab 87~|A Night with Alex|
Bab 88~|Morning Activity|
Bab 89~|Q & A|
New Story Reveal
Bab 90~|A Little Chat and Warning|
Bab 91~|Aydan & Alexa|
Bab 92~|Attack by the Unseen Creatures|
Bab 93~|Darren|
Bab 94~|Tree of Life|
Bab 95~[Hazel The Guardian]
Bab 96~[Scarlet and Hazel Reunion]
Bab 97~[It's About Time]
Bab 98~[The Assasins]
Bab 99 ~ [Power of Berry The Keeper]
Bab 100~[Strength Behind the 5 Generals]
Bab 101~[Darren and His Past]
Bab 102~[Family Fighting]
Karakter tambahan
Bab 103~[My Precious One]
Bab 105~[Twin Relationship]
Bab 106~[The Reborn of A King]
Bab 107~[Forgiveness and The End]
Bab 108~[New Start]
Extra 1
Extra 2
Extra 3
Extra 4
Extra 5 [Last]
Pemberitahuan

Bab104~[Intense Battle]

1.3K 129 11
Por purple_rea


Flora telah menggunakan kuasanya untuk menghidupkan semula Marcus dan kini, mereka hanya perlu menunggu respon dari lelaki itu saja.

Beberapa minit kemudian, kelopak mata Marcus kelihatan bergerak-gerak.

Athilia yang perasan akan keadaan itu, segera mendapatkan lelaki itu dan melakukan pemeriksaan.

Setelah melakukan pemeriksaan, Athilia menghela nafas lega dan tersenyum.

"Dia masih hidup."

Selepas saja Athilia berkata sebegitu, Marcus terus membuka matanya secara perlahan-lahan.

"Marcus." Mereka semua berasa gembira melihat Marcus yang sudah sedar.

"Abang!" Alexa mencelah dan segera mendapatkan Marcus.

"Kita kena cepat. Arean dalam bahaya dekat luar sana."

Marcus kelihatan masih terpinga-pinga. Namun Alexa lansung tidak ambil peduli. Dia sanagt risaukan keadaan Arean yang berda di luar sana sendirian.

"Athilia, kawal keadaan dekat sini. Dragna, ikut aku," arah Iezrin pada dua wanita itu.

Iezrin dan Dragna mengekori langkah Marcus dan Alexa.

Sementara itu, di luar kawasan istana pula Arean langsung tidak berkutik. Dia tertiarap di atas tanah dengan kesan cedera dan darah melumuri tubuhnya.

Scarlet duduk di atas takhtanya di hadapan Arean yang kaku.

"Hmmm... mereka tak nak keluar ke?"Scarlet mengeluarkan pedangnya.

"Nampaknya kau ni tak berharga pun pada mereka semua. Tak mengapa, Arean. Aku lebih memerlukan kau dari mereka semua."

Scarlet mengangkat pedangnya dan bersedia untuk menikam Arean.

Saat pedang itu berada di udara, satu serangan terkena pada pedang itu lalu ia terpelanting.

"Jauhkan diri kau dari abang aku!" Alexa berteriak marah. Urat- urat hijau kelihatan timbul pada dahi dan lehernya yang putih.

Melihat keadaan Arean membuatkan dirinya sakit dan amarahnya tidak dapat ditahan.

Penutup mata kiri Alexa terbakar dan terhasillah api pada kelongsong mata kirinya yang kosong.

Scarlet tersenyum sinis.

Isaac dan Scarlet berbalas pandangan.

Tanpa berkata apa, Isaac terus maju dan bersedia untuk berlawan dengan Alexa.

Tetapi, saat dia membuka langkah, tiba-tiba tanah merekah. Semakin lama semakin banyak rekahan yang terhasil dan setiap rekahan itu menghasilkan jurang yang besar.

Api dari kerak bumi menjulang naik ke permukaan.

Melihat keadaan itu, Scarlet tidak dapat berdiam diri lagi. Dia segera berdiri dn mahu melakukan sesuatu. Namun dia terlambat apabila tiba-tiba saja suasana sekelilingnya berubah.

Scarlet memandang sekeliling.

Apa yang ada di sekelilingnya kini adalah jam. Puluhan jam dan nombor.

TING!

TIK! TOK!

Bunyi detikan jam serta bunyi loceng jam memeriahi suasana yang janggal itu.

Scarlet tidak tahan mendengar bunyi yang membingitkan teliga itu. Dia menyerang  satu demi satu jam yang berada di depan matanya. Tetapi, usaha wanita itu hanyalah sia-sia. Kerana setiap kali dia menghancurkan jam-jam yang ada, ia pasti akan kembali kepada asal semula dan terus berbunyi lagi.

"Argh!" Scaret meledakkan kemrahannya lalu dalam sekelip mata, semua jam yang ada di sekelilingnya hancur dan menghilang.

Namun begitu, dia masih tersangkut di dalam dunia yang tidak diketahuinya itu.

Pada masa yang sama, di dunia luar pula, Isaac terkejut dengan kuasa yang dihasilkan oleh Alexa. Dia menoleh pada tempat ibunya berada untuk meminta bantuan, namun kelibat wanita itu langsung tidak kelihatan.

"Kau pandang ke mana tu?" Alexa tiba-tiba muncul di depan mata Isaac.

Mata kanan gadis itu berwarna merah menyala dan kedua-dua belah buku limanya menghasilkan kuasa api.

"Jangan sesekali kau berpaling dari aku!" Alexa menumbuk Isaac dan lelaki itu tercampak jauh.

"Arean!" Dragna dan Iezrin mendapatkan Arean.

"Kita kena bawa dia ke Athilia dengan segra," cadang Dragna dengan riak risau.

"Tak apa, aku boleh sembuhkan Arean dari istana. Lagipun aku yakin, Alexa nak Arean ada bersama dengannya." Athilia bersuara dari istana.

Iezrin dan Dragna memandang ke arah Alexa.

Remaja perempuan itu berdiri tegak degan kedua-dua belah buku limanya berapi.

"Alexa perlukan Arean untuk menenangkan dia." 

BUM!

Lava tiba-tiba muncul berhampiran dengan mereka.

Nasib baik Iezrin cepat bertindak dengan melindungi mereka bertiga.

"Untuk hentikan ni, kita kena hentikan Alexa."

Iezrin mengangguk faham.

"Lakukannya, Athilia." Iezrin mengeluarkan arahan.

Tika itu juga, tubuh Arean bercahaya dan proses pemulihan dijalankan.

*****

Scarlet memandang sekeliling  dan dalam masa yang sama, dia berjaga-jaga jika adanya serang hendap dilakukan.

"Scarlet."

Marcus muncul entah dari mana.

"Kau masih hidup?"

Mereka berdua berbalas pandangan.

"Pulangkan semula hak Iezzi. Kau tak layak untuk mengawalnya."Marcus bersuara dengan tegas.

Scarlet tersenyum sinis.

"Cubalah dapatkan kalau mahu."

Serangan bayang keluar dari belakang badan Scarlet dan ia menerpa ke arah Marcus.

Marcus memejamkan matanya kejap dan membukanya semula. Pada tika itu, terhasillah pentagram masa pada kedua-dua belah mata Marcus.

Serta-merta serangan Scarlet terhenti di udara lalu terbatal begitu saja.

Scarlet terkejut. Dia tidak pernah tahu bahawa kuasa masa yang dulunya pernah dimiliki oleh Iezzi mampu melakukan sesuatu seperti itu.

"Apa yang kau buat?" Scarlet bertanya dalam nada marah.

"Selamat datang ke Dunia Masa." Tika Marcus memperkenalkan dunia itu pada Scarlet, tiba-tiba latar bertukar putih dan sekali lagi, mereka dikelilingi oleh jam dan nombor-nombor.

"Aku lupa nak beritahu kau, Scarlet. Tak semua kuasa yang aku peroleh dulu mampu melakukan apa yang diakukan oleh Marcus." Iezzi membisikkan kata-kata sinis itu pada Scarlet.

Scarlet mengetap gigi mendengarnya.

"Argh! Kau boleh mati dengan dunia kau!" Semua jenis kuasa dikeluarkan dan serangan terus dilakukan secara rawak.

"Tak ada gunanya, Scarlet. Ini adalah dunia aku dan hanya aku yang mengawalnya," kata Marcus dengan tenang.

Sekali lagi semua serangan itu terhenti dan menghilang.

Scarlet menghulurkan tangannya. Pedang milik Iezzi yang diambilnya dari Marcus muncul di dalam genggaman.

Marcus turut melakukan hal yang sama lalu sebilah pedang berwarna keemaasan terhasil di dalam genggamannya.

Pedang milik Marcus sangatlah unik. Pada permukaan pedang itu terdapat pantulan jam dan ia berdetik setiap saat.

TING! 

Permukaan pedang berlaga antara satu sama lain.

*****

Isaac kembali berdiri. Serangan mengejut tadi membuatkan adrenalin dalam badannya mengalir dengan cepat.

Susuk Alexa muncul dari balik lava yang menjulang naik.

"Mari kita habiskan apa yang kita mulakan tadi."

Isaac mengetap gigi. 

"Aku terpaksa gunakannya." 

Alexa menujahkan diri ke arah Isaac.

Dalam masa yang sama, Isaac tiba-tiba diselubungi oleh bebola hitam dan serangan Alexa langsung tidak memberi sebarang kesan kepada bebola hitam itu.

Alexa mengepal buku limanya dengan lebih erat lagi.

"Pengecut!" Permukaan bebola hitam itu ditumbuk bertubi-tubi dengan sepenuh tenaga.

Beberapa minit kemudian, tiba-tiba terhasilnya kepulan asap hitam dan ia keluar dari bebola hitam milik Isaac.

Alexa segera menjauhkan diri.  Dia tahu, kepulan asap itu bukanlah asap yang biasa. Ia beracun dan mampu membunuh sesiapa saja yang menghidunya dalam beberapa saat

"Apa bendanya tu?" Dragna dan Iezrin turut tertanya-tanya apabila melihat keadaan itu.

"Alexa." Tiba-tiba Aren bersuara daam nada yang perlahan.

Iezrin dan Dragna menoleh pada Arean dengan serentak.

Arean mengangkat tangan dan menghalakannya ke arah Alexa.

Alexa yang berdiri kaku dan sibuk memerhatikan keadaan Isaac, tiba-tiba menoleh apabila dia merasakan aura yang kembali hidup.

"Alexa hati-hati!" Iezrin menjerit.

Alexa menoleh dan Isaac kini berdiri di depan matanya.

"Jangan alihkan pandangan kau dari aku."

Aura kegelapan menyelubungi Isaac. Auranya lebih kuat dari sebelum ini dan tahulah Alexa bahawa nyawanya sedang dalam bahaya.

Isaac mencengkam leher Alexa lalu tubuh gadis itu diangkat ke udara.

"Kau suka bermain dengan api, bukan? Baiklah, aku akan bawa kau ke dalam sana." Isaac tersenyum sinis.

Alexa bergelut mahu melepaskan diri, tetapi usahanya hanyalah sia-sia.

Isaac berjalan menghampiri tebing rekahan yang ada di sekelilingnya. 

Alexa mulai cuak apabila melihat lava menggelegak yang berada di bawahnya saja.

"Ibu aku mungkin mahukan kau, tapi kau buatkan aku rasa meluat. Pergi sajalah kau berjumpa dengan ibu kau tu."

Usai berkata sebegitu, Isaac terus melepaskan cengkamannya dari leher Alexa.

Alexa menjunam jatuh ke dalam lava panas itu.

Jeritan kesakitan kedengaran nyaring.

Tiga orang yang menjadi saksi kepada kejadian tersebut tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Arean terkedu dan terkaku.

Jeritan Alexa bergema di dalam kepalanya.

Isaac muncul di depan pelindung mereka. Dia mencangkung di hadapan mereka bertiga.

Matanya yang hitam penuh serta sepasang sayap hitam yang dimiliki oleh lelaki itu membuatkan Iezrin teringatkan Iezzi.

Iezzi juga mempunyai kuasa yang sama.

"Sekarang giliran kalian pula." Isaac tersenyum sinis.

*****

Scarlet termengah-mengah. Nafasnya laju dan tidak teratur. Bukan itu saja, malah tubuhnya juga turut dipenuhi oleh luka.

"Scarlet, aku ingatkan kau adalah seorang permaisuri yang kuat dan disegani. Tapi tengoklah kau sekarang. Lebih lemah dari Iezzi yang aku kenal." Marcus lancang berkata-kata dengan tujuan untuk memprovok wanita itu.

Scarlet mengetap gigi.

Dia berasa sangat marah apabila setiap serangan yang dilakukannya berjaya dihentikan oleh Marcus. Bukan itu saja, Marcus juga berjaya melukakan dirinya.

Pada ketika itu, tiba-tiba saja Dunia Masa milik Marcus bergegar dan beberapa rekahan terhasil.

Satu aura kegelapan yang kuat dirasakan oleh mereka berdua.

Scarlet tersenyum sinis.

"Hei, Marcus. Dah masanya untuk aku tunjukkan kuasa seorang permaisuri Shadow yang sebenar-benarnya."

Selepas Scarlet berkata sebegitu, dia terus bertukar kepada seseorang yang lain.

Lakaran hitam terhasil pada badan bahagian kanan. Warna matanya berubah merah sepenuhnya. Dua pentagram kegelapan terhasil pada kedua-dua belah belakang tangan. Sepasang sayap hitam yang besar terbuka luas dari belakang badan Scarlet. sebuah mahkota serba hitam turut terhasil di atas kepada Scarlet.

Scarlet tersenyum sinis.

"Selamat berkenalan, Marcus."

Semua jam yang ada di dalam dunia itu berhenti serentak.

Scarlet mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Pentagram pada tangan diaktifkan. Beberapa detik kemudian, kelihatan makhluk serba hitam merangkak keluar dari kedua-dua pentagram yang berada di belakang tangan Scarlet. 

Bukan seekor dua yang keluar, malah banyak lagi.

"Sujudlah pada permaisuri kalian!" Scarlet bersuara nyaring.

Semua makhluk yang muncul terus menyembah Scarlet.

"Mari kita tamatkan apa yang telah aku mulakan. Selepas itu, kita akan menawan semua manusia! Pergilah wahai anak-anakku. Santapanmu sedang menunggu di luar sana."

Dengar saja kata-kata itu, semua makhluk terus bertukar menjadi bayang dan meluncur keluar dari dalam Dunia Masa itu melalui celah-celah rekahan yang terhasil.

Scarlet memandang pada Marcus.

"Untuk kau pula, aku ada sesuatu yang istimewa."

Marcus menoleh.

Matanya membulat besar apabila melihat Iezzi sedang berdiri  menghadapnya. Bukan sekadar wanita itu saja, malah adik-adiknya serta ibu bapanya yang sudah lama mati turut berada di depan mata.

"Semoga berjaya." Scarlet berbisik pada Marcus sebelum dia menghilangkan diri.

*****

Scarlet muncul di sebelah Isaac.

"Apa yang kamu lakukan?" Scarlet bertanya dengan nada serius.

Isaac menoleh dan hanya tersenyum pada Scarlet.

Scarlet memandang pada Arean lalu dia pun turut tersenyum sinis.

"Arean."

Arean mendongak, memandang tepat pada Scarlet.

Pandangan remaja lelaki itu tidak beremosi dan kegelapan mula memakan dirinya secara perlahan-lahan.

"Ikut aku. Aku janji kau tak akan tersakiti lagi."

Scarlet menghulurkan tangan.

Arean memandang kosong huluran itu.

Dia kemudiannya memandang sekeliling. Bandar itu sudah musnah sepenuhnya. Tiada walau satu binaan pun yang tinggal. Pandangan beralih pula pada Iezrin dan Dragna yang kini dalam rupa naganya. Mereka berdua ternyata tidak setanding dengan Isaac.

"Kau nak lindungi mereka semua, kan? Aku akan tunaikan permintaan kau tu. Aku akan berikan kau kuasa yang mampu digunakan untuk melindungi semua orang-orang yang kau sayang."

Ingatan Arean terkenangkan ibunya, Iezzi dan adik kembarnya, Alexa.

Hatinya membisikkan kata-kata putus asa. Akal fikirannya turut sama menyetujui kata hati apabila dia mengenangkan bahawa hidupnya tidak lagi bermakna tanpa ibu dan adik yang tercinta.

Arean kembali memandang pada huluran tangan Scarlet.

Perlahan-lahan dia mengangkat tangannya.

BOOM!

Satu serangan mengejut terkena pada tangan Scarlet.

"Aku tak akan izinkan ia berlaku." Drake dan Lucy muncul dan menghalang Arean dari melakukan perkara yang bodoh.

"Arean, Alexa masih hidup. Dia cuma terperangkap dekat dalam lava sana," beritahu Drake

Arean terus tersentak apabila mendengar kata-kata Drake itu.

"Pergi dapatkan dia, Arean. Dia sangat perlukan kau sekarang," kata Lucy lalu tersenyum.

"Kau jangan risau, kami akan alihkan perhatian mereka ni dan lengahkan semampunya."

Arean berdiri.

"Terima kasih Drake, Lucy."

Arean berdiridi tepi tebing rekahan. Dia memandang ke arah lava yang menggelegak di bawah sana.

Matanya dipejam rapat.

"Alexa, tunggu aku." Tanpa ragu, Arean terjun masuk ke dalam lava menggelegak itu.

"Tak guna! Menyusahkan! Mati sajalah!" Scarlet mengamuk apabila segala yang diakukannya gagal.

"Lawan kau adalah aku, Scarlet." Drake berdepan dengan Scarlet manakala lawan Lucy pula adalah Isaac,


Seguir leyendo

También te gustarán

111K 7.3K 42
PERHATIAN❗ FF NI DITULIS KETIKA ZAMAN SAYA MASIH MENTAH LAGI. JADI AYAT DLM FF NI MMG MACAM BUDAK² SEKOLAH DAN PLOT TUNGGANG-LANGGANG. SEKIAN.🙃 ...
745K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
116K 11.3K 44
" Aku ingatkan Dark Web ni khabar angin ja tapi rupanya .. aku silap " -Haneul search : www.kqdαrkfєllαz.cσm " Hi , welcome to ' Dark Web World ' . s...
13.3K 596 18
[ Wattys Award Winner 2019 ] [Extremely slow update] Previously known as Damia Sofia Previously known as Kawan atau Lawan Apabila seorang puteri raj...