Alisa: The Vampire's Girl

By Arandelova

101K 7K 186

"Siapalah saya ni nak jadi sebahagian daripada hidup encik. You deserve better." ~ Alisa "You're the best for... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
𝑽𝑨𝑴𝑷𝑰𝑹𝑬'𝑺 𝑭𝑨𝑪𝑻𝑺
𝑨𝑲𝑯𝑰𝑹 𝑲𝑨𝑻𝑨

Bab 20

1.5K 105 8
By Arandelova

"Kau tengok cerita apa ni?" tegur Ryan. Dia duduk di atas sofa single yang bersebelahan dengan tempat Alisa duduk.

"Train to Busan. Encik pernah tengok ke cerita ni?"

"Tak pernah," balasnya dengan nada acuh tak acuh. Memang dia tak pernah tengok pun. Tangannya disilangkan di dada. Matanya dihalakan ke televisyen. Tidak ada yang menarik baginya. Hanya ada penumpang yang sedang duduk di dalam kereta api.

"CD cetak rompak je. Semalam masa saya keluar, saya singgah beli. Hehe..." Alisa mempamerkan sengihan.

Ryan buat tak endah. "Cerita pasal apa ni?"

Alisa tersenyum penuh makna. "Entah. Saya pun tak pernah tengok cerita ni. Encik tengok sekalilah."

"Ceh." Ryan mencebik bibir. Pandangannya difokuskan ke arah tv. Dari scene seorang budak perempuan yang mencari tandas yang kosong sehinggalah scene seorang gadis yang ditemui dalam keadaan ganjil oleh seorang train attendant.

Oh, kena sawan.

Semasa cuba mendapatkan pertolongan, tiba-tiba si gadis yang tadinya menggeletak di atas lantai kereta api bangkit lalu menerkam ke arah train attendant wanita itu sekaligus menjadikan leher wanita itu sebagai sasaran gigitannya.

Dia tergamam. "What the.."

Tidak lama selepas itu, keadaan di dalam kereta api itu berubah huru-hara. Penumpang-penumpang yang masih selamat berebut untuk masuk ke gerabak lain. Mangsa yang sudah digigit akan bangkit dan turut menggigit orang lain. Seolah-olah ianya merupakan sesuatu yang berjangkit.

Ianya mengingatkan dia kepada sesuatu. Sesuatu yang membuatkan dia tidak senang duduk sekarang. Alisa yang sedang khusyuk menonton filem itu dikerling. Emosi di wajah gadis itu berubah-ubah seiring dengan jalan cerita itu. Apabila gadis itu menoleh ke arahnya, dia pantas mengalihkan pandangannya ke arah TV semula.

"Encik tak suka tengok cerita ni ke?"

Dia tidak membalas soalan itu. Tidak lama selepas itu, dia pun bangkit.

"Eh, encik. Encik tak nak tengok sampai habis ke?"

Matanya jatuh ke arah Alisa. Soalan gadis itu dibalas dengan jelingan daripadanya. Tanpa menghiraukan gadis itu, dia pun berlalu pergi.
Dia cuba membuang apa yang dirasakan pada saat itu jauh-jauh.

"I'm not a monster."

.

Selesai saja dia menonton cerita Train to Busan itu, dia mematikan TV lalu pergi ke dapur untuk minum. Sewaktu dia baru saja mahu pergi dari situ, Ryan tiba-tiba muncul. Lelaki itu membuka peti sejuk lalu mengeluarkan botol air kosong.

"Ambilkan aku gelas," pinta Ryan.

Dia yang berada berhampiran dengan rak gelas menghulurkan gelas kepada Ryan. Ryan menuangkan air ke dalam gelas itu lalu meneguk air itu. Alisa diam memerhati Ryan.

"Rugi encik tak tengok habis cerita tadi tau. Cerita tu best. Kalau encik tengok sampai habis confirm encik takkan menyesal. Ending dia sangat menyentuh hati."

Ryan mencebik bibirnya, langsung tidak mahu peduli.

"Aku ingatkan kau ni penakut. Berani juga kau tengok sorang-sorang ea."

"Err..." Memanglah berani. Bukannya tak pernha tengok pun. Dia tipu je yang dia tak pernah tengok sebab dia ada rancangan tapi rancangan dia tak berjalan seperti yang dirancang pula.

"Takpe. Tu cerita zombie. Bukan cerita hantu pun. Kalau cerita hantu, saya takut sikit. Hehe." Dia mempamer sengihan.

Ryan menjeling. Muncung gelas didekatkan ke bibirnya. Air di dalam gelas itu diteguk dengan perlahan. Saja nak rasa nikmat air sejuk menuruni kerongkongnya. Segar rasanya.

"Encik rasa zombie ni makan otak atau minum darah?"

Ryan hampir menyemburkan air di dalam mulutnya. Air itu tersekat di kerongkongnya. Bersusah payah dia cuba menelannya.

"Ingatkan vampire je yang minum darah." Alisa berkata dengan selamba.

Dia meletakkan gelas yang dipegangnya di atas meja. "What? Vampire?"

Alisa menganggukkan kepalanya. "Ha'ah. Vampire.. Vampire minum darah kan?"

Dia menelan air liurnya yang terasa kelat. "Kau percaya there are vampires out there?"

Alisa blur seketika. "Err... Saya tak cakap saya percaya vampire tu wujud. Tapi berdasarkan mitos, vampire dengan zombie tu kan berbeza."

Dia membersihkan tekaknya. "Of course they are different. A lot different. What makes you think they are the same?"

"Eh. Saya tak cakap pun zombie dengan vampire ni sama," tukas Alisa.

Dia berpeluk tubuh. "Unlike vampire, kisah zombie ni pada pendapat aku more to science related. Basically, human created zombie from science. Tu biasa dalam cerita fiksyen," ujarnya, menyatakan pendapatnya.

"And vampire? Macam mana diorang boleh wujud."

Dia melakarkan segaris senyuman. Bahunya dijongketkan. "Who knows... Kalau kau baca kisah pasal vampire ni, diorang ada pelbagai versi. But in the end, it remains a big mystery."

"Wow." Alisa memandang kagum. "Tak sangka encik ni tahu juga pasal kisah dongeng. Ingatkan encik ni tak suka pun kisah dongeng."

Dia tersenyum penuh makna. "Well. Kenapa kau tanya aku? Aku pun tak sangka kau minat cerita dongeng." Ada serius di dalam nadanya.

"Pengaruh tengok cerita tadi kut. Hehe." Alisa tersengih.

"Okey. Good night. Aku nak naik atas. Oh ya. Minum air sebelum dan selepas tidur. Bagus untuk kesihatan," pesan Ryan sebelum dia menghilangkan diri.

Alisa tersenyum sendiri. "Apa-apa jelah."

.

"Jemput minum, encik," pelawa Kak Huda sebelum dia berlalu pergi.

Aryan mencapai pemegang cawan. Kopi yang masih mengeluarkan asap di dalam cawannya ditiup perlahan sebelum disisip di hujung bibir.

"Mana orang gaji kau yang lagi satu tu?" tanya Aryan sambil tersenyum penuh, sengaja mahu melihat reaksi daripada sepupunya itu.

"Maksud kau Alisa?"

"Yep."

Ryan memutarkan bola matanya ke atas.

"Hey, come on. Kau kenal aku macam mana. Of course, kau boleh tahu apa yang aku nak. Ryan, you are my partner in crime. I want this girl," ujar Aryan separa berbisik. Kata-katanya dibalas dengan jelingan tajam daripada Ryan.

"Selambanya kau cakap. Kalau kau nak, cari orang lain, Aryan. Not my maid. Aku takkan benarkan. Jangan cuba nak rancang benda buruk dalam kepala otak kau tu. Aku tak nak disebabkan kau, aku dapat masalah. Kau lupa few days ago, kau tinggalkan apa dalam rumah aku ni?"

Aryan mendengus nafas. "Tu aku tak sengaja. My mistake."

"Huh..." Ryan menyisip kopi di dalam cawannya. Terasa hangat menuruni kerongkongnya.

"Ryan, please. Aku dah terlanjur tertarik dengan perempuan tu. Let me taste her a little bit. I promise I'll make it quick and painless."

"No."

"Kau ni... Aku ni sepupu kau kut. This will be the first and last. Lepas tu, aku tak kacau dia lagi. Janganlah biarkan aku kempunan," pinta Aryan seolah-olah tidak peduli dirinya kelihatan seperti seorang lelaki yang terdesak.

Ryan menggeleng-gelengkan kepalanya. "Aryan. Aryan... Aku tak nak terlibat and aku tak nak kau apa-apakan Alisa atau orang gaji aku yang lain. Jangan bagi masalah dengan aku. Kau cari jelah orang lain. Tak mati pun kau kalau tak dapat apa yang kau nak," tegasnya.

Aryan terdiam sejenak. "Ryan, kau kenal aku ni macam mana kan?" ujarnya, penuh dengan kesinisan.

"Yup and I'm aware of it."

Aryan mendesis sinis. "Ceh. Whatever. Aku boring ni. Malam nanti kita pergi hiking. Malam ni bulan penuh." Matanya terpandang satu susuk tubuh yang sedang menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

Aku akan pastikan aku akan dapatkan kau sebelum aku pergi dari sini, bisik hati jahatnya. Dia meleretkan senyuman. Dia nekad mahu mendapatkan gadis itu.

"Aryan," tegur Ryan.

Dia menoleh ke arah Ryan yang memandangnya dengan wajah tegang. "Chill. Aku tengok je kut. Kau ni tak rilek la."

Ryan menjeling. Dia turut memandang kelibat Alisa yang sedang menaiki tangga. Jauh di dalam hatinya, dia risau Aryan bernekad untuk mengapa-apakan gadis itu.

Continue Reading

You'll Also Like

965K 54K 79
Siri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurf...
611K 22.9K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...
58.1K 7K 90
Dua dunia berbeza. Vampire dan Manusia. Semua tahu manusia dan vampire tidak boleh bergaul kerana perbezaan alami mereka. Namun sesuatu terjadi. Du...
52.3K 5K 53
[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #...