My Adore, Dr. Annoying

By liayurina

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 PROLOG II
🤍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 31🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 38🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 44🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 57🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 61🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 11
🦋Bab 13
🦋Bab 19

Bab 65🤍

1K 67 107
By liayurina

Kamera DSLR yang dipegang dibetulkan kedudukannya dengan teliti agar kualiti gambar yang diambil cantik dan menarik. Iris birunya didekatkan pada lensa kamera. Imej menara condong Pisa yang dilihatnya di dalam kamera membuatkan Airil Adryan lebih semangat untuk mengabdikan gambar itu sebagai kenangan.

KLIK! KLIK! KLIK!
Beberapa keping gambar berjaya ditangkap. Pelbagai sudut posisi dia mengambil gambar menara itu. Lama selepas itu, dia menilik gambar yang ditangkapnya tadi di skrin kamera miliknya. Gambar terakhir yang ditangkap, membuat dia tergelak kecil.

Gambar menara condong Pisa, tetapi ada dua jari iaitu jari telunjuk dan jari hantu yang mengacau di dalam gambar itu. Sungguh dia kenal siapa pemilik jari itu.

(GAMBAR HANYALAH EDIT SEMATA-MATA. NAK JUMPA DALAM GOOGLE DAN PINTEREST MEMANG TAK AKAN JUMPA.)

"Hana..."

"Ya," sahut Hazwini pendek yang berdiri ditepi Airil Adryan sambil melihat telefon pintarnya.

"Abang nak tangkap gambar Hana, tapi Hana tak nak. Bila abang tangkap gambar menara sibuk je jari tu nak kacau. Jealous ke?"

Hazwini mengangkat keningnya. Jealous?  Buat apa? Tak tahu ke menara Pisa itu sudah menjadi sebahagian dalam senarai scandalnya tahun 2020? Ops! Hehe.

"Tak ada maknanya... Ingat Hana macam abang ke? Hana cakap dengan pokok kelapa pun abang nak cemburu," kata Hazwini selamba. Tangan kanannya sempat membetulkan shawl  berwarna merah jambu gelap yang dipakainya disapa dek angin.

"Huh, bila masa?"

"Bila-bila masa?" Hazwini bermain kata-katanya. Niatnya memang nak mengusik si suami.

Lantas Airil Adryan menarik pinggang kecil Hazwini lalu dengan selamba dia mencium sekilas bibir comel milik isterinya itu. Perlakuannya sering tak tumpah seperti di dalam drama China moden dan drama Korea.

Tak berkelip mata Hazwini.

Kemudian dia menampar bahu Airil Adryan dengan kuat.

"Sabar. Ni bukan Malaysia... Ini negara Eropah. Orang sini mana ambil peduli pun." Jawapan dari Airil Adryan membuatkan mata Hazwini meluas. Dan sekali lagi bahu suaminya menjadi mangsa kekejamannya.

"Memang lah ni negara Eropah. At least tak ada ke perasan malu orang sekeliling tengok?" Kata Hazwini dengan geram. Wajah putih bersihnya mula berbahang.

"Cium tu dapat pahala kan, sweetheart?  You see. Mana ada orang tengok pun. Masing-masing buat hal sendiri kan?"

Hazwini diam. Matanya meliar sekeliling. Memang benar kata-kata suaminya. Tiada siapa pun melihat mereka berdua. Tapi... Rasa malu tetap ada! Dahlah, public place!

"Sekarang ni jom kita tangkap gambar sama-sama dulu."  Tutur Airil Adryan setelah sekian lama senyap di antara mereka berdua. Kamera DSLR yang dipegangnya diletakkan kembali di dalam backpack yang digalasnya.

"Camera or phone?"

"My iphone. It's okay, nanti gambar kita dalam iphone abang buat poloroid nanti. Okay?"

"Okay!"  Sahut Hazwini seraya jari ibu dan jari telunjuk dicantumkan lalu ditayangkan kepada Airil Adryan.

Airil Adryan tersenyum kecil.  Pinggang Hazwini ditarik lalu dibawa rapat kepada tubuhnya. Iphone 12 pro max miliknya bersiap sedia untuk menangkap beberapa keping gambar yang akan menjadi kenangan untuk mereka berdua kelak. Kini senyuman manis terhiasi dibibir mereka berdua.  Dibelakang mereka berlatarkan menara condong Pisa yang tersergam indah serta terkenal di seluruh dunia.

RUTIN harian selesai pulang berkerja, dia akan mengemas rumahnya yang bersepah dek angkara anak lelakinya. Berpuluh-puluh kali berleter tetap sama juga. Ikut siapalah perangai pemalas anaknya itu?

"Adik, tolong ibu pergi kedai sekejap!" Laung Pn. Hawa.  Mop  yang dipegangnya diletakkan kembali dalam baldi. Peluh yang merenik di permukaan dahinya diseka dengan lembut. Penat. Tetapi tanggungjawab seorang ibu tunggal tetap diteruskan apa jua sekalipun.

"Adik tengah jawab soalan matematik ni..."

Pn. Hawa mengeluh kecil. Baldi berisi air serta mop yang di dalam di bawa menuju ke bilik air.

"Tak apalah. Nanti ibu pergi." Kata Pn. Hawa lagi. Kemudian dia menyambung menyiapkan kerjanya.

Selesai membilas mop sehingga kering, Pn. Hawa menggantung mop itu di dinding.  Selepas itu dia mengambil air wudhu untuk menunaikan solat Asar. Apabila dia ingin melangkah keluar dari bilik air dia di terjah oleh seseorang.

"Bah!"

"Allahuakbar!" Terjerit dua harakat Pn. Hawa.

Terbahak-bahak Haziq Raiyyan melepaskan ketawanya. Tak cukup lagi dia menampar dinding berkali kali kerana geli hati melihat ibu terkejut sebegitu rupa.

Pak!

Kali ni Pn. Hawa menampar bahu anak terunanya. Geram!

"Hei kamu ni. Kalau ibu mati terkejut macam mana? Ha, kalau ibu mati, kamu dah tak boleh makan masakan ibu lagi. Padan muka!" Marah Pn. Hawa. Sambil itu dia mengusap-usap dadanya bagi menghilang sisa terkejutnya tadi.

"Ala, ibu! Adik gurau je... Alololo jangan marah nanti ibu jadi macam nenek kebayan. Kalau ibu jadi nenek kebayan nanti adik jadi anak kebayan. Tak mo lah! Tak handsome nanti." Jawab Haziq Raiyyan. Dirinya tidak boleh bayangkan jikalau ibunya benar pergi meninggalnya seperti mana ayah dan abangnya pergi meniggalkan ibu, kakak dan dirinya. Walaupun ketika itu dia masih lagi melangkah ke alam remaja dia tahu apa itu mati.

"Nenek kebayan? Nah, ni kamu punya nenek kebayan!"

"Aduh.... Jangan ibu! Adik gurau je. Adoi jangan cubit kuat sangat nanti hilang sixpack adik baru nak timbul tu..."

Lagi Haziq Raiyyan meronta lagi itulah Pn. Hawa menguatkan cubitannya. Itulah, siapa suruh cakap ikut mulut je kan?

"Okey, okey! Ibu tolonglah berhenti. Sebagai tanda maaf adik pergi kedai," cepat-cepat Haziq Raiyyan membawa tubuhnya jauh dari Pn. Hawa apabila cubitan tidak rasa di perutnya lagi. Habislah sixpacknya... Ey, tak kacak nanti!

"Pergi kedai beli..."

"Beli hati adik." Pintas Haziq Raiyyan sambil mengeyitkan mata pada ibunya.

"Nak ni?"

Laju Haziq Raiyyan menggeleng kepala tatkala ibunya menayang ibu jari dan jari telunjuk. Insaf dah dia ingin mengusik ibunya. Siapa tak sayang perut woi...

"Beli gula. Gula dah habis."

"Lah. Kalau dah habis pakai gula perang lah..."

"Pun habis. Dah cepat pergi beli. Duit ibu dah letak dekat meja TV. Cepat balik, ibu nak buat cekodok pisang untuk makan petang nanti." Tutur Pn. Hawa lalu dia menuju ke bilik tidur dengan cepat kerana tidak baik melambatkan waktu solat.

"Uwoh, cekodok pisang! Yeah!"

"Gediknya..."

"Ala, gedik dengan ibu je."

"Buat apa gedik dengan ibu? Fatini kan ada," kata Pn. Hawa yang berada di dalam bilik tidurnya.

"What?  Perempuan pendek tu? Euw... Doraemon pun tak nak dekat dia. Menyusahkan orang je."

"Ha yalah. Sekarang benci... Esok-esok?"

"Esok-esok adik handsome." Balas Haziq Raiyyan selamba. Kemudian dia mengorak langkah ke ruang tamu. Duit yang dikatakan oleh Pn. Hawa di meja TV di ambil lalu diletakkan dalam poket seluar.

"Sudah! Pergi kedai. Kang ibu kahwinkan bebetul nanti kamu dan Fatini. Asyik nak bergaduh je."

"Ibu perempuan. Mana boleh jadi tok kadi."

"Haziq Raiyyan!!" Kedengaran suara Pn. Hawa memetir kuat dengan itu kelam kabut Haziq Raiyyan melarikan diri sebelum ibunya mengamuk. Kang hilang perut naya je nak hidup. Huhu.

                                 😝😝😝😝😝😝
USAI membaca doa, Pn. Hawa melipat sejadah. Sambil itu jarinya menyeka sisa air mata kerana menangis semasa doa. Setiap kali dia membaca doa, memang dia akan menangis. Dalam tiap doanya terselit kerinduannya kepada sang suami serta anak sulungnya yang lama meninggalkannya tanpa sepatah kata. Kematian yang tak diduga dan tak dipinta terjadi. Semoga arwah suami dan anak sulung lelakinya itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Insya Allah.

Ikatan tali telelung dirungkaikan. Baru sahaja kefua-dua tangannya hendak membuka telekung, telinga menangkap bunyi pintu bilik dikuak perlahan dari luar.

Pn. Hawa tersengih. Ada-ada je anak terunanya yang satu itu. Nak terkejut orang lagilah tu!

"Hei, ingat ibu tak tahu ke kamu, dik? Dah beli gula? Baki duitnya ada lagi tak tu? Kalau ada, kamu ambil je.  Upah tolong ibu pergi kedai... Ni dah asar belum ni? Asar lama dah berlalu. Tak elok melambatkan solat. Tak berkat nanti." Kata Pn. Hawa tanpa memandang ke belakang. Telekung yang dibuka itu di sangkut di penyangkut baju. Begitu juga dengan kain telekung. Selesai menyangkut telekung dia melepaskan rambutnya di paras bahu lalu diikat kembali dengan getah rambut.

Berkerut dahi Pn. Hawa seketika. Tadi dia dengar seperti ada orang menguak pintu biliknya. Dia tahu itu anak lelakinya. Dia dan anaknya yang sahaja dalam rumah ni. Tetapi, kalau anaknya pasti akan bising. Ini tidak. Senyap. Keraguan mula bermain di tangkai hatinya.

"Kau masih macam dulu... Cantik. Hm wangi rambut kau ni, sayang..."

Pn. Hawa terdiam. Suara itu...

Lantas dia menoleh ke belakang. Matanya membulat besar.

Kamal.

Secekap yang mungkin dia mencapai selimut di ataa katil lalu menutupi rambutnya yang terdedah dari pandangan lelaki itu.

"Kau nak apa kamal?! Macam mana kau boleh masuk rumah aku? Eh, kau berambus boleh tak?!" Jerit Pn. Hawa. Bantal yang tersusun di atas katil dicapainya lalu di baling kepada lelaki itu. Tak cukup dengan itu botol bedak serta barang-barang alat solek di meja solek di baling juga. Tetapi lelaki itu hanya mengelak.

Kamal hanya ketawa. Ketawa ketawa ketawa ketawa. Ketawa je tahu. Ey! Aku bunuh kang. Dah lah hodoh! (Sabar, sabar, sabar weihh. Kang aku kena darah tinggi naya je beb haha)

"Aku masuk ikut hati kau. Kenapa? Rindu aku ke, sayang? Hmm?"

Pn. Hawa menggeleng pantas. Dia mengundur setapak ke belakang. Kemudian dia bersuara. "Kau dah gila ke Kamal? Sudah-sudah lah kau dengan cinta  sampah kau tu. Aku hanya cintakan Zamarul. Jangan lah ganggu hidup aku lagi. Kenangan lama biarlah berlalu. Aku merayu dekat kau, Kamal. Tolonglah jangan ganggu hidup aku lagi."

"Hahahahahaha. Jantan perampas dah mati tu pun kau sayang lagi? Apa aku perlu buat supaya kau kembali dekat aku ha? Cuba cakap!" Suara Kamal berubah kasar. Dia melangkah kedepan untuk menghampiri wanita itu.

Pn. Hawa yang sedar Kamal ingin menghampirinya dia mengundur kebelakang lagi. Tangannya pantas mencapai jam loceng lalu diangkat untuk baling ke arah lelaki itu. Tetapi perbuatannya semerta-merta tidak jadi dilakukan apabila lelaki itu mengacu sepucuk pistol tepat ke arahnya.

"Cuba kau cakap. Apa yang aku perlu buat supaya kau kembali dekat aku?!" Jerkahnya.

"Jangan kacau hidup aku lagi! Aku tak cintakan kau! Kau faham ke tak?! Dasar gila! Psiko! " Jerkah berbalas jerkah.

Kamal hanya gelak. Pistol ditangan dipusing-pusing selamba.

"Aku tak boleh lupakan kau sayang... Aku cintakan kau."

"Ya Allah! Kamal kau sedar tak apa kau cakap ni... Kau dah ada isteri tapi kau masih ada perasaan dekat aku. Suami jenis apa kau ni?!"

"Dia dah mati!" Jerit Kamal kuat.

Terangkat bahu Pn. Hawa apabila mendengar jeritan lelaki itu.

"Ha ha ha ha... Aku  yang bunuh dia... Aku boleh buat apa-apa yang aku nak. Asalkan aku dapat kau balik. Anak-anak kau kau aku boleh bunuh!"

Laju Pn. Hawa beristighfar panjang.

"Asaalamualaikum! Ibu... Adik dah balik!" Tiba-tiba kedengaran suara Haziq Raiyyan laung di hadapan rumah.

Kelam kabut Kamal menghampiri Pn. Hawa.

"Kau ingat. Kalau nak anak-anak kau mati ditangan aku, jangan kau lapor pada polis kedatangan aku. Kalau kau lapor, kau tunggu nasib kau dengan anak-anak kau! Bye sayang... Jumpa dalam mimpi nanti hahahaha." Usai tamat memberi amaran tangkas Kamal melarikan diri. Kemungkinan lelaki itu masuk melalui pintu belakang?

"Ibu... Oh ibu... Ni duit baki lebih beli gula. Ya Allah! Ni bilik ke ni tempat perbuangan jin ni?! Bersepah Ya Rabb..." Alangkah terkejut Haziq Raiyyan melangkah masuk dalam bilik ibunya. Bantal yang yang terabur dilantai serta barang-barang alat solek kepunyaan ibunya turut berada di lantai. Hampir plastik yang dipegangnya yang berisi paket tepung jatuh dari lantai tetapi nasib baik dijinjit dengan kuat.

Pn. Hawa hanya terdiam. Dirinya terkaku serta mulutnya untuk berkata-kata.

"Ya Allah ibu! Jam loceng ibu pegang tu buat apa? Jangan cakap nak baling kat adik sudahlah." Kata Haziq Raiyyan lagi. Bertambah pelik melihat ibunya menutup kepalanya menggunakan selimut.

"Ibu?"

Pn. Hawa menggeleng kepalanya berkali-kali. Spontan dia terduduk lemah.

"Ada lipas tadi..."

Haziq Raiyyan menghambur ketawanya kuat.

"Ceh, dulu ibu ejek adik takut labah-labah tak apa kan... Baru rasa apa adik rasa macam dulu. Ibu gelikan?"

Pn. Hawa angguk pun tidak. Geleng pun tidak.

Haziq Raiyyan mengeluh perlahan. Mungkin ibunya trauma dengan lipas sehingga tidak mampu bersuara. Kemudian dia melangkah menghampiri ibunya yang tersandar didinding bilik.

"Nah tepung. Ibu masak cekodok. Adik lapar ni. Tak apa, bilik ni adik yang kemas. Duit ibu yang lebih ni..."

"Kamu ambil lah." Bersuara juga akhirnya Pn. Hawa.

"Oh okey... Sayang ibu!"

Pn. Hawa hanya terdiam. Telinganya terngiang-ngiang bait-bait amaran yang diberi Kamal tadi.

Ya Allah, tolonglah hambaMu ini. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk menghadapi ujianMu seorang diri. Hanya Kau sahaja yang mampu... Dan aku mohon kau jauhilah keluarga kami dari malapetaka yang berbahaya untuk kami, Ya Allah. Sesungguhnya kau Maha berkuasa dan Maha mengetahui...

Continue Reading

You'll Also Like

366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
151K 13.4K 59
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
157K 10.1K 32
Adam Hirdy | Azalea
374K 11.7K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...