TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN)...

Por Syaf_Asriqa

34.9K 2.2K 1.6K

Perigi mencari timba? Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Melati Dahlia Melur. Si gadis sengal yang... Más

🌹 Bahagian 1 🌹
🌹 Bahagian 2 🌹
🌹 Bahagian 3 🌹
🌹 Bahagian 4 🌹
🌹Bahagian 5🌹
🌹Bahagian 6🌹
🌹Bahagian 7🌹
🌹Bahagian 8🌹
🌹Bahagian 9🌹
🌹Bahagian 10🌹
🌹Bahagian 11🌹
🌹Bahagian 12🌹
🌹Bahagian 14🌹
🌹Bahagian Akhir🌹

🌹Bahagian 13🌹

2K 140 71
Por Syaf_Asriqa

LIMA BULAN KEMUDIAN...

KELIBAT Faliq hanya diperhatikan saja dari tadi. Usai saja Melati bersiap untuk memulakan tugasnya hari itu dia terus menuruni anak-anak tangga rumahnya. Mahu dibantu Faliq menguruskan diri tapi Faliq tu macam nak tak nak aje layan dia. Nanti pengakhirannya dia kena marah dengan Faliq pula. Sudahlah sejak dua menjak ni emosi dia sendiri tak stabil. Tambahan pula, dia juga sibuk dengan lawatan orang luar ke galeri seninya itu. Tapi, Melati tetap jalankan tugasnya sebagai seorang isteri.

Malamnya pula kadang-kadang dia yang tertidur di meja makan tunggu kepulangan Faliq. Terasa jugalah hati dia bila Faliq tak jamah langsung makan malam yang dia hidang.

"Sayang, saya pergi dulu..."

"Fal... minumlah dulu. Aduh ni tali leher ni mari sini saya betulkan. Katanya hari ni kan ada kes perbicaraan. Kenalah nampak smart depan hakim nanti. Nanti sejuklah hati hakim tu kalau dia tengok muka tenang awak ni sayang," omel Melati seraya menghampiri suaminya.

Faliq sudah mati langkah bila lengannya ditarik lembut agar menghadap Melati yang berbaju blouse berwarna merah jambu itu. Matanya ralit memandang jam dinding yang sudah menginjak ke pukul lapan pagi. Sebab kesibukannya uruskan kes baru ni dia lambat bangun. Melati pun sama. Dua kali lima saja.

Usai membetulkan tali leher Faliq, Melati capai sekeping roti dan secawan teh panas lalu dihulurkan pada lelaki itu. Terus Faliq hirup teh panas yang Melati hidangkan sebelum diusapnya lembut kepala Melati yang dibaluti dengan selendang biru muda itu.

"Fal! Ni, makanlah sikit roti ni. Sikit je..."

"Melati sayang, tolonglah faham saya. Suami awak ni dah lambat sangat tak ada masa nak jamah makanan. Dah, saya pergi dulu. Malam ni jangan lewat balik macam semalam. Jangan buat saya risau sangat tentang awak. Jangan degil. Saya pergi dulu, Assalamualaikum." Sempat lagi Faliq bagi pesanan ringkas buat Melati yang masih tercegat berdiri di muka pintu sambil memakai kasut hitamnya. Tangan Melati yang ingin menyalami tangannya hanya dipandang kosong sebelum dia menerbos masuk ke dalam kereta.

Berubah terus air muka Melati dengan tingkah Faliq itu. Ada rasa sebak bertandang di dalam hati dengan layanan Faliq.

Aduh, kenapalah dia ni nak sensitif sejak dua menjak ni. Macam dia tak biasa dengan layanan Faliq kalau Faliq lambat masuk kerja. Faliq memang tak akan layan orang sekelilingnya lagi bila dia dah terlambat. Tapi entahlah, macam ada sesuatu aje yang selalu buat Melati sensitif bila Faliq buat dia macam tak wujud.

Tiba-tiba Melati terasa mual. Cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam tandas sebelum dikeluarkan segala isi di dalam perutnya. Berkerut-kerut dahinya dengan rasa pening yang kembali menyerang. Usai berkumur-kumur, dia terus terduduk di kerusi makan. Dipandangnya sepi nasi goreng yang sudah dihidangkan buat Faliq itu. Tubuhnya yang lemah dibiarkan begitu saja. Teragak-agak tangannya mengusap perutnya yang kempis itu. Kenapa ya sejak dua menjak ni dia asyik muntah-muntah tiap-tiap pagi? Takkanlah secepat itu ada benih sedang membesar dalam rahimnya?

Kalau betul, bahagianya hati dia. Bahagia sebab dia yakin mesti Faliq suka dengan berita gembira ni.

TANGAN digenggam erat. Matanya ralit memandang figura seorang lelaki yang sedang duduk bertentangan dengan seorang wanita di sebuah kafe. Sesekali perbualan mereka diselitkan dengan gelak tawa dari wanita itu. Merah wajah Melati memandang suaminya sudah duduk berduaan dengan wanita yang mengenakan dress lengan panjang tapi pendek paras paha itu. Menampakkan pahanya yang putih melepak. Sungguhlah, rasa nak meletup jantung Melati bila dia nampak adegan itu.

Sebab ini ke hubungan mereka tiba-tiba dingin? Sebab hati Faliq sudah berubah kepada wanita elegen itu ke? Dia tahulah dia ni tak elegen dan nampak kekampungan. Asyik pakai baju kurung aje pergi kerja. Jarang sangat pakai baju kasual macam yang Faliq inginkan sangat. Ya, Faliq nak dia jadi wanita moden dan bukan kekampungan dengan pakai baju kurung. Tapi, dah dia memang suka sangat pakai baju kurung. Nak buat macam mana lagi.

Terus ditariknya tangan Tina yang sedang membelek menu di luar kafe itu. Pergi jauh dari situ. Rasa nak meraung pun ada juga tapi tak mahulah dia nampak lemah depan Faliq.

Terpinga-pinga Tina dibuatnya bila tangannya sudah ditarik kasar oleh Melati. Hailah Melati ni. Tadi bukan main lemah lagi masa dia datang galeri seni tu. Dengan bilik seni yang penuh dengan bau minyak kapak. Buat dia teringat masa dia mengandungkan anak sulung dia ajelah Melati ni.

"Mel, boleh tak kau jangan jalan cepat sangat. Tak teratur nafas aku dengan kau ni. Berhentilah Mel!" marah Tina. 

Melati terus mati langkah bila dia terlanggar satu susuk tubuh yang baru keluar dari 7 eleven.

"Maaf encik, saya tak sengaja." Kelam kabut Melati bantu pemuda berkaca mata itu mencapai barang-barang yang berhamburan dari plastik. Terkebil-kebil Tina melihat adegan itu. Terus matanya tertancap ke laman wajah pemuda yang dirempuh Melati secara tak sengaja.

"Ahmad si pembuli?"

Jelas ada nada teruja di balik suara Tina. Melihat parut di dahi pemuda itu memang meyakinkan dia bahawa pemuda itu ialah Ahmad yang pernah menampar Melati sepuluh tahun yang lalu.

"Ya saya? Dan..." Ahmad pandang wajah pucat Melati itu. Cuba ditafsir wajah manis yang bertukar menjadi merah. Macam nampak tengah marah pun ada perempuan cantik depan dia ni.

"Bukan kau ni Melati ke? Couple Faliq. Kan? Eh kau couple Faliq pengawas kerek tu kan?" ujar Ahmad sambil tertawa suka.

Mendengar tawa daripada Ahmad membuatkan Melati dan Tina saling berpandangan. Apa yang kelakarnya kalau memang realiti dia dan Faliq sudah bersatu? Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan pertemuan mereka bertiga dari jauh. Senyuman pemerhati itu juga sudah hilang melihat wajah manis Melati. Baru saja dia mahu melangkah mendekati, namanya sudah diseru dari belakang.

Terpaksa jugalah dia batalkan niatnya mahu mendekat.

Malam itu, keluhan berat sudah terbit di bibir Melati bila dia nampak Honda Civic milik Faliq sudah diparkir di garaj rumah teres dua tingkat mereka itu. Aduh, kenapalah Faliq tiba-tiba balik awal harini? Takut pula dia nak masuk rumah. Takut kena marah dengan Faliq di saat dia tengah sakit hati melihat Faliq duduk berduaan dengan wanita tak cukup kain itu.

Saat dia melangkah masuk, kelihatan ruang tamu rumahnya begitu gelap. Terus saja dia tekan suis lampu. Pintu rumah terus dikunci sebelum dia kalih. Terjerit kecil Melati dibuatnya bila figura Faliq sudah berdiri sambil berpeluk tubuh di depannya. Dia sengih. Alamak, nampaknya mood Faliq betul-betul tak baik malam itu. Muka garang macam bapa singa. Takut dia nak tengok.

"Awak dah makan?"

Senyap.

Melati tetap senyum biarpun hati dia tengah berteka teki dengan kejadian tengah hari tadi. Positif Melati. Positif. Perempuan tu mesti klien Faliq. Tapi kalau klien kenapa perbualan mereka nampak mesra? Duhai hati, jangan negatifkan pemikiran.

"Saya naik..."

"Dah pukul berapa dah sekarang ni? Tak nampak jam?" soal Faliq dengan nada suara yang dingin.

Melati tilik jam tangannya. Tepat pukul 10 malam. Dia sengih aje depan Faliq sebelum lelaki itu mara ke depan menghampirinya. Perlahan-lahan, langkah Melati juga sudah berundur setapak demi setapak ke belakang sampailah dia tersandar di belakang pintu. Faliq berdiri sejengkal di depan Melati. Tangan kanannya sudah dilekap pada pintu, menahan Melati dari bergerak.

"Saya pesan apa dekat awak Mel? Jangan pulang lewat tak faham bahasa ke?"

Dingin.

"Sa... saya... tu..."

"Saya apa? Hah? Dating dengan lelaki lain sampai pulang lewat macam ni!" Terhinggut bahu Melati bila Faliq punya ketenangan sudah digantikan dengan tengkingan. Berkerut dahi Melati dengan tuduhan Faliq itu. Sejak bila pula dia dating pun dia tak tahu. Pandai-pandai aje Faliq tuduh dia bukan-bukan.

"Saya terlelap dekat office tadi sebab tu lambat balik. Bukannya saya sengaja nak balik lewat sampai buat awak tertunggu macam ni."

"Terlelap dengan siapa? Lelaki..."

Faliq mati kata bila dadanya ditolak kasar oleh Melati. Turun naik nafas Melati dengan tuduhan Faliq itu. Ditampar-tamparnya dada lelaki itu sepuas hatinya. Geram, marah, kecewa dengan sifat Faliq yang menyakitkan hati itu.

"Sampai hati awakkan tuduh saya yang bukan-bukan!"

"Bukan-bukan apanya? Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri! Bukan main lagi kan awak gelak-gelak dengan lelaki tu! Siapa dia? Kekasih gelap awa?" Faliq kembali menaikkan suaranya pada Melati yang sudah menggenggam erat bajunya itu. Digenggamnya juga tangan Melati. Menghalang wanita itu dari terus memukul tubuhnya. Sakit juga pukulan Melati tu. Perit.

"Awak ke saya yang curang Faliq? Oh, lelaki tadi? Bodoh ke apa awak ni hah! Saya keluar dengan Tina dan saya tak sengaja pun terserempak dengan lelaki tadi! Awak ingat saya tak nampak awak duduk berdua dengan perempuan gatal tak cukup kain tu? Duduk berduaan macam sepasang kekasih aje. Awak jangan pandai-pandai tuduh saya yang bukan-bukan Faliq! Sejak kebelakangan ni awak memang dah berubah! Drastik!" marah Melati. Wajahnya serta merta memabahang panas.

Faliq sudah terkedu dengan penjelasan Melati itu. Dia kematian kata. Jelas wajah Melati sudah berubah merah dengan dahi yang berkerut seribu. Baru dia perasan, wajah Melati pucat sangat. Pucat tak berdarah.

"Saya tunggu awak setiap malam dekat meja makan macam orang bodoh Faliq. Masakan saya awak tak jamah langsung. Apa awak dah bosan ke hidup dengan saya? Selama ni saya simpan aje dalam hati sebab saya tahu awak sibuk tapi bila saya tengok awak dengan betina tu hati saya sakit sangat! Sekarang ni, saya cuba nak positifkan fikiran saya tapi bila awak tuduh saya macam saya ni perempuan murah saya tak boleh lagi nak positifkan fikiran saya. Saya balik lambat sebab saya ada kerja! Saya tak nak bawa balik kerja saya sebab saya nak habiskan masa saya dengan awak aje! Tapi, awak tak faham saya. Tak pernah nak faham saya."

Melati sudah tertunduk sambil menumbuk kuat dada Faliq. Air matanya mengalir lagi ke pipi. Sakit hatinya dengan tuduhan Faliq itu.

"Mel... saya... saya minta maaf sayang."

"Sayang? Jangan nak sayang sayanglah kalau awak dah bosan hidup dengan saya. Nak sentuh saya pun awak nak tak nak aje sekarang ni! Saya tahu Faliq... saya yang terhegeh-hegeh nakkan awak dari dulu. Tapi hati saya..." Melati pandang wajah Faliq dengan mata yang berkaca dengan air mata. Ditepuk-tepuknya dadanya yang terasa perit tika ini.

"Hati saya ni sakit sangat dengan perangai awak ni! Dahlah Faliq. Awak buatlah apa je yang awak suka. Saya tahu saya ni perigi mencari timba. Saya memang patut terima nasib macam ni. Saya faham. Maafkan saya..."

Faliq terkedu. Tak mampu dia nak bersuara dengan tangisan sayu Melati itu. Perempuan itu terus melangkah menaiki anak-anak tangga. Tak betah dia nak pandang wajah Faliq. Sakit hati. Rasa nak lari dari rumah pun ada juga.

Bersambung...

Haish Faliq ni buat hal 🤦🏼‍♀️ geram tak geram tak? 🤣 anyway thanks korang sudi baca 😊🌹🌹

Seguir leyendo

También te gustarán

3.2K 277 5
Kisah Rais dan Raisa yang bertemu pertama kali dalam ETS.
WILDAN ✓ Por m e l e e 🎭

Misterio / Suspenso

184K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡�...
26.4K 1.9K 49
"Saya memang keras kepala dan menjengkelkan Apa kata Encik utarakan pada pihak atasan supaya gantikan saya dengan pegawai lain." - NAJLA KHAIRIYYAH...
234K 7K 52
Tak pernah dijangka dalam hidup Zara yang dia akan berkahwin dengan seorang pelakon popular, Hafiey. Dia tidak pernah meminati lelaki itu, bahkan dra...