TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN)...

By Syaf_Asriqa

34.9K 2.2K 1.6K

Perigi mencari timba? Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Melati Dahlia Melur. Si gadis sengal yang... More

🌹 Bahagian 1 🌹
🌹 Bahagian 2 🌹
🌹 Bahagian 3 🌹
🌹 Bahagian 4 🌹
🌹Bahagian 5🌹
🌹Bahagian 6🌹
🌹Bahagian 7🌹
🌹Bahagian 8🌹
🌹Bahagian 9🌹
🌹Bahagian 10🌹
🌹Bahagian 12🌹
🌹Bahagian 13🌹
🌹Bahagian 14🌹
🌹Bahagian Akhir🌹

🌹Bahagian 11🌹

2.1K 148 85
By Syaf_Asriqa

LUKISAN di setiap ruang galeri seni itu membuatkan Faliq terpukau. Sentuhan lukisan dan kombinasi pelbagai warna yang menyimpan seribu maksud yang tersirat. Melati, gadis itu memang betul-betul buat dia terharu dengan lukisan yang membuatkan kenangan di antara dia dan Melati kembali terimbas di memori. Saat ini, akhirnya langkahnya terhenti di hadapan sebuah lukisan pemandangan sawah padi. Tangannya sudah ligat menyentuh lukisan realistik tersebut.

Inilah pemandangan kali terakhir sebelum dia dan Melati terpisah sepuluh tahun lamanya.

"Kau tahu, lukisan ni ambil masa lima tahun baru siap sebab aku betul-betul rasa bersalah pergi macam tu je. Inilah kenangan terakhir kita bertemu kan?" Melati sudah berdiri di sisi Faliq. Seketika, Faliq pandang wajah Melati sebelum dia angguk.

"Masa tu aku nak sangat ucapkan selamat tinggal dengan kau tapi... masa tu kau nak hadap SPM. Aku risau kalau kau tak boleh fokus. Aku minta maaf ya aku pergi tak ucap selamat tinggal dekat kau."

"Mel... kita dah janji kan kita tak akan cakap pasal benda yang menyakitkan lagi?" Faliq tarik satu nafas panjang. Mahu membebaskan semua rasa gundah yang sedang bermain-main di lubuk hatinya tika ini. Tangan kanannya sudah menggagau sesuatu di dalam poket seluar jeansnya.

"Memanglah kita dah janji tapi..."

"Melati Dahlia Melur, sudi tak kau jadi isteri aku? Kita bina cerita cinta kita dengan anak-anak kita suatu hari nanti?"

Tak semena-mena, Melati tergamam dengan lamaran Faliq. Rasa nak pengsan saat ini juga bila Faliq dah hulurkan sebentuk cincin bertakhtakan berlian pada dia. Tak mampu dia nak pandang wajah Faliq tika ini. Sungguh, dia kaget.

"Aku tak nak kau datang meminang aku. Aku tak nak dengar orang-orang mengata pasal kau. Lagipun tok wan tak suka kalau kau yang datang meminang aku. Dia nak aku sendiri yang datang jumpa keluarga kau. Aku tau aku tak gentleman tapi..."

"Aku tak kiralah semua tu! Apa yang aku tahu aku memang serius nak kahwin dengan kau. Bukan suka-suka. Aku dah sedia jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri kau. Sekali lagi Faliq Ridhwan, kau buat aku terharu sampai tak boleh bernafas. So bilanya kita nak kahwin? Minggu depan eh?" Cincin terus Melati tarik dari bekasnya lalu disarung ke jari manis. Tersengih-sengih dia pandang wajah Faliq yang sudah tersenyum manis melihat tingkahnya tika ini. Hailah Melati sekejap aje reaksi terkejutnya itu. Kalau boleh nak aje Melati meloncat dekat sini. Nasib baik ada pengujung.

SUNGGUH, doa yang sedang dibaca Faliq demi kesejahteraan rumah tangga mereka tika ini buat air mata Melati semakin merembas laju mengalir ke pipi. Dia di belakang menjadi makmum hanya mampu mengaminkan doanya Faliq. Memang dia tak pernah salah pilih lelaki ini untuk dia jadikan sebagai pembimbingnya dunia akhirat. Sepuluh tahun terpisah, kerana jodoh mereka bersatu juga. Baru sehari mereka diijab kabulkan Melati dah rasa bahagia sangat-sangat.

"Mel... awak okey tak ni?"

Melati terkedu. Diaminkan terus doa Faliq sebelum air matanya dikesat lembut dengan telekung. Tangannya terus ditarik lembut oleh Faliq dan dia hanya membiarkan suaminya itu mengusap lembut air matanya.

"Terima kasih Faliq... bahagiakan ak... sa... saya." Ganjil sungguh Melati nak guna 'saya' 'awak' dengan Faliq tika ini.

Tapi tak pula bagi Faliq, macam memang dah bersedia nak guna ganti nama yang lebih sopan dari 'aku' 'kau'. Faliq pun dah mula cakap berlembut dengan dia. Tak marah-marah dia macam dulu lagi. Kadang-kadang Melati rasa dia tak kenal Faliq pun ada juga.

"Kalau bahagia, kenapa menangis macam ni? Tahu tak bila saya tengok awak dengan adikkan rasanya adik lagi matang tau daripada awak. Adik suka sangat bebel awakkan. Kesian Kak Mel ni. Asyik kena bebel aje."

"Yelah... awak kena terima isteri awak ni lahir tak cukup bulan sebab tu otak isteri awak ni pun kadang-kadang tak waras. Dah biasa dah kena bebel. Tapi sekarang ni kan awak ada jadi hero saya kalau saya kena bebel dengan mama atau adik lagi." Melati sengih. Terus kata-katanya dijadikan bahan jenaka oleh Faliq. Lelaki itu sudah ketawa-ketawa sambil cubit-cubit pipi Melati. Comel.

"Fakta mana yang awak dapat tu Mel? Akta tahun berapa yang awak research menyatakan lahir tak cukup bulan boleh jadi otak tak waras?"

"Fuyoo... dah keluar dah akta dan kanun-kanun dia tu. Tak ada fakta yang menyatakan pun Encik Peguam. Tapi fakta baru ni daripada Melati Dahlia Melur tahun 2016." Sekali lagi Faliq ketawa. Diusapnya lembut kepala Melati sebelum dia bangun dari duduk. Hailah Melati ni, ada aje modulnya nak buat dia ketawa geli hati. Hilang terus tekanan kerja. Dahlah kes kali ni bertambah rumit bila kliennya itu jenis yang cerewet.

"Awak nak tahu satu benda tak? Benda ni tak ada siapa yang tahu... saya seorang je yang tahu," ujar Faliq.

Usai menanggalkan telekung, Melati terus duduk di atas riba Faliq di birai katil. Terkedu lelaki itu bila Melati spontan saja duduk di atas ribanya. Memanglah kalau sudah namanya Melati Dahlia Melur suka sangat buat sesuatu secara mengejut.

"Apa dia?"

Faliq capai tangan Melati lalu digenggamnya erat. Tangan yang akan dia pimpin menuju ke syurgaNya, InsyaAllah.

"Kali pertama saya tengok awak sepuluh tahun yang lalu, awak buat saya teringat dekat arwah Tania. Cara awak, sikap awak tak ubah macam dia. Sebab tu saya selalu berkasar dengan awak sebab saya tak suka bila awak menyendeng dengan saya. Sebab... saya rasa arwah Tania masih ada di sisi saya biarpun dia dah pergi. Saya sedih sangat bila saya terpaksa tengking awak, marah-marah awak tak tentu pasal sebab saya rasa bersalah. Saya tak patut buat macam tu dekat awak, Mel. Saya tahu tapi saya buat juga sampailah satu haritu... saya dah fed up dengan perangai mental awak ni."

Tangan Melati lantas dikucup lembut sebelum terasa tubuhnya hangat dengan pelukan isterinya itu. Seketika mereka hanya diam. Melati sudah terkedu dengan kata-kata Faliq itu. Diusapnya lembut ubun-ubun Faliq. Bibirnya semakin mekar dengan senyuman. Saat pelukan dileraikan, Faliq sudah saling berbalas senyuman dengan Melati. Tak ada sebarang respon daripada isterinya itu. Hanya sebuah senyuman manis sahaja. Bahagia.

"Saya mengantuklah. Awak tak nak tidur lagi ke?" soal Faliq. Dia sudah menguap sambil menekup mulutnya dengan tangan.

Berubah terus riak wajah Melati bila Faliq sudah tepuk-tepuk bantal untuk dia baring. Pucat. Matanya terus dilarikan dari menatap anak mata redup Faliq itu. Sungguh, dia tak bersedia. Kenangan buruk itu sudah mulai hadir di benak fikirannya.

"Mel..."

Melati menurut. Lambat-lambat dia baring bersebelahan Faliq. Saat ini juga dia tak mampu lagi mahu menatap wajah Faliq. Masa-masa macam ni jugalah dia punya trauma tu datang balik. Inilah yang dia takutkan. Takut tak mampu layankan kehendak suaminya itu.

"Awak tak nak pandang muka saya ke Mel?" Faliq baring menghadap Melati yang membelakanginya saat itu. Tangannya sudah liar mengusap lembut rambut ikal mayang Melati itu. Wangian rambut Melati menyentak jiwanya tika ini.

"Melati sayang..."

Melati terus bangun dari baringnya bila tangan Faliq sudah melingkar di pingganya saat itu. Rasa sesak dadanya tika ini. Sungguhlah, memori buruk yang sudah berlalu berbelas tahun itu betul-betul menghantuinya sampai dia tak sanggup disentuh oleh Faliq. Berkerut dahi Faliq tengok reaksi Melati itu.

"Maaf Fal... saya... awak... err... izinkan.... saya tidur kat sofa tu malam ni. Ya Faliq? Maafkan saya sebab tak dapat turutkan kehendak awak." Bantal terus dicapainya sebelum dia melangkah ke arah sofa namun tangkas tangannya ditarik kuat oleh Faliq. Melati sudah tertunduk-tunduk.

"Saya tak paksa pun kalau awak tak nak. Tak apa, awak tidur kat sini biar saya tidur kat sofa tu." Bantal yang dipeluk Melati ditarik lembut. Sudah berkira-kira mahu melangkah duduk di sofa malas itu.

"Tapi nikan rumah mama. Saya..." Melati mati kata bila jari telunjuk Faliq sudah singgah di depan bibirnya. Anak rambut Melati diselit ke belakang telinga lalu dicuit dagu isterinya itu agar memandangnya.

"Mel... tak kiralah ni rumah mama awak atau pun bukan. Kenapa? Awak anggap saya ni tetamu dekat rumah ni ke?"

Geleng.

"Bukan macam tu Faliq... saya cuma nak awak selesakan diri awak kat rumah ni je." Antara dengar tak dengar aje suara Melati tika itu.

Faliq tersenyum nipis. Ala, Melati ni memang goda iman dia betullah. Nasib baik dia boleh kawal lagi. Comel sangat bila dia tengok Melati versi polos macam ni.

"Sayang... awak ada dekat sisi saya pun saya dah selesa tau tak. Dah sekarang ni awak tidur. Awak kena rehat secukupnya. Nanti awak tak cukup rehat, jatuh sakit saya juga yang susah hati. Rehat ya," ujar Faliq.

"Saya sayangkan awak Faliq," luah Melati. Senyumannya semakin terasa pahit dengan rasa bersalah bertamu di dinding hati.

"Saya sayangkan awak juga Mel. Saya cintakan awak sepenuh hati saya."

Akhirnya, lega juga hati Melati bila kata-kata indah itu terbit daripada hati Faliq. Bahagianya dia tika kata-kata indah itu dihadiahkan. Rasa berada di awang-awangan saja bila Faliq ucap kata cinta buat dia. Rasa ada taman bunga tumbuh mekar dalam hati.

Bersambung...

Kesian Mel. Trauma sebab abah dia tu 🤦🏼‍♀️ thanks korang sudi baca karya lama syaf ni 😁

Continue Reading

You'll Also Like

234K 7K 52
Tak pernah dijangka dalam hidup Zara yang dia akan berkahwin dengan seorang pelakon popular, Hafiey. Dia tidak pernah meminati lelaki itu, bahkan dra...
1.2M 35.6K 59
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina ke...
55.1K 5.9K 62
﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iai...
6.6K 230 30
Seorang gadis bernama Qaisara Melissa terpaksa bekerja di sebuah restoran untuk menampung kehidupan dia dan neneknya iaitu Sariah. Namun semenjak d...