【C】Bad Boy :: Save ME |I 요시

By ysnnaa

6K 844 32

❝ he is actually good but people always think badly -❞ More

00 :: intro
01 :: Bad boy
02 :; Bad Boy
03 :: Bad Boy
04 :: Bad Boy
05 :: Bad Boy
06 :: Bad Boy
08 :: Bad Boy
Finale :: Bad Boy

07 :: Bad Boy

447 77 1
By ysnnaa

■💎■

Jiseol's Pov

Prapp~

Gegendang telinga milik aku telah menangkap pada bunyi objek yang tiba-tiba jatuh membuatkan aku yang nyenyak tidur itu terus terjaga .  Dengan itu  , aku cuba untuk membuka kelopak mata  secara perlahan-lahan . Baru aku nak bergerakkan tubuh ni walaupun sedikit  , aku dapat rasa seperti tubuh aku ni sudah diikat dengan sesuatu yang amat ketat dan sukar untuk aku membuat sebarang pergerakkan . Yang boleh bergerak hanya bahagian kepala aku sahaja  .

Manakala mulut aku pula terasa seperti sudah diikat ketat dengan kain menyebabkan aku yang ingin menjerit ni langsung tak kesampaian  . Apabila kelopak mata ni dah terbuka luas  , benda pertama yang aku nampak adalah  .. Aku seorang diri saja yang duduk atas kerusi dengan sekeliling aku tampak gelap dan hanya dengan satu sumber bantuan cahaya lampu yang tergantung atas kepala aku .  Serius dowh  , gelap gelita aku langsung tak nampak apa-apa melainkan diri aku yang sudah seperti diculik  .

Aku dekat mana siot  ? Asal macam tak ada sesiapa pun dekat sini  ?

Dengan keadaan yang diikat ketat atas kerusi ni  , aku cubalah untuk mengerakkan kerusi yang aku duduk tu sehinggalah kerusi tu membuat sebarang bunyi  , aku haraplah ada seseorang dapat tolong selamatkan aku ni  .  Namun hampanya , tiada sesiapa yang muncul dihadapan aku . Melainkan tiba-tiba ada sebilah pisau yang telah dicampak oleh seseorang dan pisau tersebut mendarat terpacak atas rumput dihadapan aku , terperajat teruk aku . Nasib tak kena aku weyy  , taccodd gilerss  ..

Trapp~

Kali ni aku terdengar pula bunyi tapak kasut seseorang yang berjalan dalam gelap ingin menghampiri ke arah aku  . Bayangan itu aku langsung tak nampak sebab keadaan aku kan dipenuhi dengan kegelapan melainkan hanya cahaya di atas kepala aku saja.
Kalau semuanya gelap gelita memang aku tak nampak apa-apa pun  .

Trap~

Bunyi tersebut semakin menghampiri ke arah aku  , tetapi bunyi tapak kaki tersebut aku dengar macam datang dari arah kiri aku  , terus itu aku melirikkan anak mata ke arah kiri  . Dan ya  .

Ada seorang lelaki berpakaian serba hitam yang muncul didalam penglihatan aku ni  , dia berdiri tidak jauh daripada aku  . Aku pula dah cemas gila dan cuba untuk menjerit sekuat tenaga tetapi usaha tu sia-sia je  . Suara aku hanya berbunyi tengah mengumam saja  .

" urmmmmmmm—"

Jantung aku sudah berdegup laju bagaikan ingin tercabut apabila aku melihat lelaki itu mencabut sebilah pisau yang terpancak di atas rumput tersebut  , kemudian lelaki itu memandang setiap anggota tubuh aku seperti pandangan psycho  . Tolong jangan bunuh aku nih  .. Aku tak buat apa-apa kesalahan kot  ..

urmmm—" tubuh aku meronta-ronta apabila dia mahu menghampiri ke arah aku ni  . Aku dah cemas nak mampus ni  .. Pisau tadi dia mula mengacukan ke arah aku ni  .  Oh no  ! Jangan bunuh aku bodo  ..

■💎■

Yoshi yang lena dibuai mimpi itu terus terjaga tatkala dia telah mengalami mimpi buruk  . Kelihatan dia tersedar dalam keadaan nafas tidak teratur dan jantungnya berdegup cemas  . Yoshi memandang sekelilingnya  , langsung tiada bayangan rakan dia dua orang tu  .. Dan hanya dia seorang saja yang terlantar atas katil  .

Trap~

" bongoklah kau ni ruto  , dah macam tak ada kerja lain je nak usya nurse  .. " kedengaran bunyi suara jeongwoo dan haruto masuk ke dalam wad yoshi  .

" ala kau ni bukan ... "

" yah  , korang berdua  " panggil yoshi  . Jeongwoo dan haruto yang tengah rancak berbual tu terus terhenti dan memalingkan wajahnya ke arah bayangan yoshi  , yang tadi memanggil dia  .

" yoshi  , kau dah sedar  !" dengan itu  , haruto dan jeongwoo terus berlari ke arah yoshi  . Yoshi memandang kedua orang kawannya itu  . Jeongwoo haruto yang tengah membelek-belek keadaan yoshi  .

" sana , lemas aku dibuatnya  " terus yoshi menolak tubuh jeongwoo dan haruto yang mengerumi ke arahnya itu  . Lalu dia dengan berdayanya turun daripada katil seperti orang dah sembuh sepenuhnya saja  .

" yah yoshi  , kau kena berehat lah  .. Lagipun keadaan kau masih tak sembuh sepenuhnya lagi  .. " jeongwoo nak pegang tangan yoshi namun yoshi terus menepis  .

" aku dah okay lah  .. Setakat kena sepak bukan sakit sangat pun  .. " selambar badak je yoshi berkata dan dia mula mengatur langkah mahu keluar daripada wad dengan berpakaian pesakit  .

" yah kau nak pergi mana  ? Jangan nak keluar hospital sudah .. " haruto yang tinggi galah tu terus mendepakan tangannya mahu menghalang laluan yoshi yang baru hendak menapak keluar  . Yoshi menggulingkan bebola matanya ke atas  , apalah masalah budak galah ni  , dia cuma nak keluar bersiar-siar je dekat halaman hospital  .. Nak hirup udara  .. Bukannya nak terperap dalam wad 24 jam saja  ..

" aku nak keluar ambil udara je  , dah kau sana  .. Sibuk jelah  " yoshi menolak tubuh tinggi haruto untuk memberi dia laluan  .

Ting~

Jeongwoo menyeluk poket seluarnya tatkala smartphone miliknya berdering menandakan ada sebuah pesanan yang baru masuk. 

Lantas dia menekan nombor mesej yang tidak dikenali tu . Bila dia buka saja kotak mesej tu terus terbuntang luas anak mata milik jeongwoo  ..

" yoshi  ! " jeongwoo keluar daripada wad dan mahu menghampiri ke arah bayangan yoshi yang tengah berjalan disepanjang kaki lima hospital  . Terus terhenti langkah yoshi bila jeongwoo memanggil namanya  . Nak apa lagi budak ni  , dia nak ambil udara pun tak senang ha  .

" kau tengok ni  , jiseol dalam bahaya siot .. Seunghun and the geng dia tu nak umpan kau dengan menggunakan jiseol  .. Dia nak kau datang sana sebelum dia bunuh jiseol  .. " panjang lebar jeongwoo berkata tanpa berhenti  , dan macam seorang rap yang terkenal  .

" sial lah dia ni main ugut-ugut pula  . Dah aku nak pergi selamatkan jiseol  .. " tanpa berfikir panjang  , yoshi berlari menuju ke arah kita untuk turun ke bawah  .

" asal jeongwoo  ? Yoshi tu dah kenapa lari tiba-tiba  .. " tanya haruto yang masih tidak tahu apa-apa  .

" budak seunghun buat masalah lagi bodoh  , kali ni dia ugut yoshi datang ke sana  .. Masalahnya dia culik jiseol sebagai umpan untuk yoshi .. "
Jelas jeongwoo lagi  , rasanya dah kering tekak dia ni sebab cakap tak henti-henti  .

" dasar anjing seunghun tu  " haruto pula berlari meninggalkan jeongwoo yang masih statik dekat situ  , disebabkan lif lambat sampai  , haruto terpaksa berjalan turun ke bawah dengan menuruni anak tangga  . Ah  , lantaklah penat  .  Jeongwoo yang masih berada dekat situ tercengang  , tanpa membuang masa yang lama dia terus masuk ke dalam perut lif  . Yang haruto ni pun satu juga  , rajin betul guna tangga  .

■💎■

—jiseol's Pov

" lambat betul budak tu nak sampai  , ke dia tak nak tolong selamatkan kau dan  .. Dia nak kau mati  .. Nampak sangat dia tak sayangkan kau budak—" kata lelaki tu sambil dia tersenyum nakal ke arah aku yang masih diikat dengan tali dan mulut pun tak boleh nak cakap  . Aku diam dan berharap agar yoshi datang selamatkan aku  .. Tapi—

Kalau yoshi tak datang memang aku akan mati tak lama lagi  , alamak singkat betul hidup aku ni  .. Baru nak pergi konsert treasure tapi tak kesampaian  .. Huhu janganlah bunuh aku sekarang  .. Aku nak tengok husband aku dulu  ..

" kau tahu tak dah berjam-jam boyfriend kau tu masih tak datang lagi  .. Ni memang dia tak ikhlas nak jadi boyfriend sehidup semati kau  .. Kesian kau dapat fakehope—"kata lelaki itu dalam nada sayu dan bersimpati  . Jap apa masalah jantan ni  , bila masa entah yoshi jadi boyfriend aku.

" yah  , ermmmmm .. Aku—" aku nak cakap tapi masalahnya tak kesampaian juga  .. Sebab mulut aku ni dah diikat dengan kain jadi lebih sukar nak bergerak  . Cakap pun mengumam sajalah  ..

" apa yang kau nak cakap ni budak  , aduhai parah betul " akhirnya dia membuka ikatan kain putih yang ikat dekat mulut aku tu  . Ah  , lemas aku dibuatnya  ..

" yah jantan tak guna  , dia bukan boyfriend akulah  ... " marah aku sambil menjeling dia geram  , main khabar je berita palsu  .. Aku dengan yoshi masih belum Official lagi eh  ..

" ceh—girlfriend dah tak mengaku boyfriend pula  .. Hubungan memang tak sampai jannah  " dia berdecit perlahan  . Masalah betul jantan ni  ,  kang aku tukar jadi hulk kau dulu yang aku bunuh  .

" wey engkau lepaskan aku lah jantan tak guna  , aku tak buat apa-apa pun dekat kau ni  .. Asal tetiba nak culik aku bagai  .  Ni memang dah tak ada kerja lain ke  .. Benda jahat juga kau nak buat  , baik kau insaf sebelum terlambat  .. " habis aku membebel dekat dia  , dia pula dah mengguling bebola mata ke atas  . Meluat tengok aku ni  .

" cis  , kata aku jantan tak guna pula  ..yang engkau tu betina sundal  .. Yoshi memang tak pandai nak cari jenis type dia betul-betul .. Kau pun dia on je .. Euww perangai pun macam hanat sama dua kali lima je dengan budak yoshi tu .. "

" hotak kaulah bana  .. " hati aku ni rasa nak sepak terajang dia je  , tunggu lah kamu nanti kalau yoshi datang habis riwayat kau  .. Tapi—yoshi dekat hospital  , mana mungkin dia dah sedar diri  . Bodohlah aku ni baru terfikir pasal tu  .. Nanti siapa nak tolong aku kalau yoshi masih terlantar dekat hospital  . Ha jeongwoo dengan haruto ke  ?

" lambat betul dia ni nak sampai  , nampaknya memang mereka nak kau mati dekat tangan aku kot  .. Baru dia datang  .. " lelaki tu dah mula mengeluarkan sebilah pisau yang bakal akan menusuk diri aku ni  .. Huwarghh  , habang treasure saya tak dapat nak datang konsert kamu  .. Huhu  , kalau nak bunuh aku ni  , bagilah dulu aku tengok muka para husband-husband aku ni  sebelum mati  .

Aku dah pejam lama mata ni apabila lelaki tu mahu menikam aku  .. Terpaksalah aku menahan kesakitan nanti  , wahai hero cepatlah selamatkan heroin ni  .  Hidup dah tak lama ha  . 

Push—

" apa punya kerja lah nak bunuh orang ha  , memang dah tak ada life lain ke  ? " serentak itu aku membuka kelopak mata ni dan pandang ke arah insan yang baru muncul tu  .

Akhirnya kau datang juga wahai hero  .....

💎—■ TBC



















Continue Reading

You'll Also Like

489 133 8
ft. lee chaeyoung - completed sunlistbot, bot telegram yang memberi rekomendasi playlist mengikut cita rasa genre masing-masing. KECUALI LAGU BROKEN...
1.3K 368 5
+ pesan aku , jangan tidur dalam almari . © ssawvaend storyline
762 156 6
⌈ complete ! ⌋ our love is timeless ft. lee jaehyun. © -sarahee :: 2022
8.1K 1.3K 32
❝ Hand sanitizer ni aku punyalah bangang! ❞ + kiyowo cover by Pinterest + choi seungcheol's fan fiction + svtbbuing's storyline 2O2O start : O1O72O ...