07 :: Bad Boy

446 77 1
                                    

■💎■

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

■💎■

Jiseol's Pov

Prapp~

Gegendang telinga milik aku telah menangkap pada bunyi objek yang tiba-tiba jatuh membuatkan aku yang nyenyak tidur itu terus terjaga .  Dengan itu  , aku cuba untuk membuka kelopak mata  secara perlahan-lahan . Baru aku nak bergerakkan tubuh ni walaupun sedikit  , aku dapat rasa seperti tubuh aku ni sudah diikat dengan sesuatu yang amat ketat dan sukar untuk aku membuat sebarang pergerakkan . Yang boleh bergerak hanya bahagian kepala aku sahaja  .

Manakala mulut aku pula terasa seperti sudah diikat ketat dengan kain menyebabkan aku yang ingin menjerit ni langsung tak kesampaian  . Apabila kelopak mata ni dah terbuka luas  , benda pertama yang aku nampak adalah  .. Aku seorang diri saja yang duduk atas kerusi dengan sekeliling aku tampak gelap dan hanya dengan satu sumber bantuan cahaya lampu yang tergantung atas kepala aku .  Serius dowh  , gelap gelita aku langsung tak nampak apa-apa melainkan diri aku yang sudah seperti diculik  .

Aku dekat mana siot  ? Asal macam tak ada sesiapa pun dekat sini  ?

Dengan keadaan yang diikat ketat atas kerusi ni  , aku cubalah untuk mengerakkan kerusi yang aku duduk tu sehinggalah kerusi tu membuat sebarang bunyi  , aku haraplah ada seseorang dapat tolong selamatkan aku ni  .  Namun hampanya , tiada sesiapa yang muncul dihadapan aku . Melainkan tiba-tiba ada sebilah pisau yang telah dicampak oleh seseorang dan pisau tersebut mendarat terpacak atas rumput dihadapan aku , terperajat teruk aku . Nasib tak kena aku weyy  , taccodd gilerss  ..

Trapp~

Kali ni aku terdengar pula bunyi tapak kasut seseorang yang berjalan dalam gelap ingin menghampiri ke arah aku  . Bayangan itu aku langsung tak nampak sebab keadaan aku kan dipenuhi dengan kegelapan melainkan hanya cahaya di atas kepala aku saja.
Kalau semuanya gelap gelita memang aku tak nampak apa-apa pun  .

Trap~

Bunyi tersebut semakin menghampiri ke arah aku  , tetapi bunyi tapak kaki tersebut aku dengar macam datang dari arah kiri aku  , terus itu aku melirikkan anak mata ke arah kiri  . Dan ya  .

Ada seorang lelaki berpakaian serba hitam yang muncul didalam penglihatan aku ni  , dia berdiri tidak jauh daripada aku  . Aku pula dah cemas gila dan cuba untuk menjerit sekuat tenaga tetapi usaha tu sia-sia je  . Suara aku hanya berbunyi tengah mengumam saja  .

" urmmmmmmm—"

Jantung aku sudah berdegup laju bagaikan ingin tercabut apabila aku melihat lelaki itu mencabut sebilah pisau yang terpancak di atas rumput tersebut  , kemudian lelaki itu memandang setiap anggota tubuh aku seperti pandangan psycho  . Tolong jangan bunuh aku nih  .. Aku tak buat apa-apa kesalahan kot  ..

【C】Bad Boy :: Save ME  |I 요시Where stories live. Discover now