【C】Bad Boy :: Save ME |I 요시

ysnnaa tarafından

6K 844 32

❝ he is actually good but people always think badly -❞ Daha Fazla

00 :: intro
01 :: Bad boy
02 :; Bad Boy
03 :: Bad Boy
04 :: Bad Boy
06 :: Bad Boy
07 :: Bad Boy
08 :: Bad Boy
Finale :: Bad Boy

05 :: Bad Boy

488 80 2
ysnnaa tarafından

■💎■

—Author's Pov

Ting~

Yoshi menguak daun pintu kedai bunga yang terletak tidak jauh daripada kafe . Di atas kedatangannya itu telah disambut ramah oleh pekerja wanita disitu  . Anak mata Yoshi memandang sekeliling bunga yang berada disekitarnya  , agak nyaman saja dan bunga-bunga disitu nampak cantik bila dilihat .

" awak nak pesan bunga apa ya  ? " tanya pekerja wanita yang berpakaian gaun bercorak bunga-bunga  , dalam nada suara yang ramahnya dia bertanya yoshi .

" saya nak bunga yang sesuai untuk confess  dekat seseorang yang saya sayangi ... " kata Yoshi lalu tersenyum manis  . Wanita itu mengangguk kepalanya dan pergi mencari bunga yang sesuai untuk Yoshi.
Tidak lama kemudian  , wanita itu tiba bersama sejambak bunga yang sudah siap dihiasi menampakkan cantik dan kemas walaupun agak simple tapi bagi yoshi  , itu sudah nampak cantik dipandangannya  .

" ni bunga awak ya  ,  .. Semoga hubungan awak dengannya akan bahagia selama-lamanya  ..  " sempat dia melemparkan ucapan memberi semangat kepada Yoshi  .

" gomawo " Yoshi menunduk hormat sebelum dia mempamitkan diri daripada situ bersama dengan sejambak bunga yang dibeli olehnya  . Didalam perjalanan ingin ke kafe dia tersenyum lebar melihat sejambak bunga tu , hatinya tidak sabar untuk confess dekat gadis yang dia sukai tu  .

" Hey  , yoshi lama tak jumpa .." tegur seseorang yang muncul dihadapan Yoshi  . Senyuman yoshi terus pudar tatkala dia perasan akan insan yang berada dihadapannya  . Musuh Ketatnya  , Kim seunghun yang sedang memeluk tubuh sambil melemparkan senyuman nakal . 

" cis  , bukankah kau sekarang sepatutnya berada dekat dalam hospital  .. Takkan dah sihat  ? " sindir Yoshi sambil melepaskan tawaan nakal  . Dia pun terkejut dengan kemunculan seunghun ni dan tak sangka dia terserempak dengan Seunghun dekat lorong sini  .

" herh  , kau fikir aku ni manusia lembik sangat ke  .. "

" wow  , bunga tu untuk siapa  ? Dah  ada kekasih kah  ? " Seunghun memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah sejambak bunga yang dipegang oleh yoshi  .

" yang kau nak sibuk pahal  , sana aku malas nak cari gaduh dengan kau  .. Nanti buat masalah je  ..  " yoshi menolak tubuh seunghun ke tepi untuk memberi laluan kepadanya  , namun secara tiba-tiba seunghun menendang tubuh yoshi  , membuatkan lelaki itu terhentak pada dinding  . Perut yoshi mula terasa sesak dan sakit  , dia merintih perlahan sambil memegang perutnya yang sakit dek kena tendang dengan seunghun  .

" cis  , kau memang tak ada hati perut kan  .. Kau dah buat aku sensara dalam hospital dan bila dah bersua muka dengan aku  , kau buat-buat macam tak kenal pula  .. " sinis saja nada suara seunghun berkata  , dia ketawa melihat keadaan yoshi yang tengah menahan kesakitan tu  . Manakala sejambak bunga yang dibeli oleh yoshi terus terjatuh dan tak tahulah apa yang jadi  , rasanya dah rosak teruk  .

" aku dah cakap  , yang aku tak nak buat masalah dekat sini  .. Yang kau ni dah kenapa tiba-tiba tendang aku  .. " Mendengus Yoshi geram lalu dia cuba sedaya untuk menahan kesakitan pada bahagian perutnya  . Dia menikam tajam anak mata seunghun  , bibirnya diketap geram  . Baru saja dia mahu membalas  , tiba-tiba ada seseorang menumbuk wajahnya menyebabkan yoshi terhuyung-hayang  . Dia merintih kesakitan  .

" baru kau nak datang  , sudah pergi kerjakan dia tu sampai dia tak sedarkan diri  .. " arah Seunghun kepada orang-orangnya  . Lalu orang-orang suruhan seunghun mula memukul tubuh yoshi tanpa belas kasihan  .

■💎■

—Jiseol's Pov

Dah berapa jam aku duduk dalam kafe ni nak menunggu si yoshi yang masih belum tiba daripada tadi  , dia ni pergi mana pula  ? Jangan kata dia tinggalkan aku dekat sini  , andwae  ... 

Aku menilik jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari . Maka  , kelibat dia pun masih aku tak nampak-nampak daripada tadi  . Dengan itu  , mulalah perasaan risau ni nak mengusai diri aku  . Kenapa dia lambat sangat  ? Aku dah penat menunggu ni  ?

Hesy  , kalau macam tu aku pergilah tengok dia  .. Nak tahu juga kenapa dia ni lambat sangat  .. Tanpa membuang masa yang lama  , aku menapak keluar daripada kafe tersebut dengan niat mahu mencari yoshi yang entah pergi kemana  , padahal motor dia ada je parking dekat situ  .. Entahlah kenapa aku rasa macam tak sedap hati pula dengan keadaan yoshi  ..

" arghh—" aku yang kebetulan mahu melalui kawasan lorong terus terhenti tatkala gegendang telinga aku ni terdengar bunyi suara seseorang tengah merintih kesakitan .  Dengan perasaan yang ingin tahu apa benda yang tengah berlaku tu  , aku pun mula mengorak langkah mahu meninjau keadaan tu .  Tong sampah yang bersaiz besar menjadi tempat untuk aku bersembunyikan diri  . Walaupun bau busuk semerbak  , aku just tahan je  .

Anak mata aku tertangkap pada bayangan sekumpulan lelaki yang tengah memukul seorang pelajar sekolah  , wait baju seragam tu macam aku kenal sekali dan lebih tepatnya itu adalah seragam sekolah aku  , ia memang benarlah. 

Aku memperkecilkan anak mata aku untuk cuba mengenal pasti lelaki yang kena buli teruk tu  , bila aku dapat cam wajah budak yang pakai seragam sekolah aku tu . Terus membulat anak mata aku tatkala lelaki yang kena pukul tu adalah yoshi  .

SIAL  ! yoshi kena pukul teruk gilerss  .. Aku kena call polis ni  ... Tapi  .. Ah  , lantaklah baik aku call polis sajalah  .. Lantas itu  , aku mengeluarkan smartphone aku dan cuba nak mendail nombor polis  .. Tapi tak sempat apabila ada seseorang telah merampas smartphone milik aku  ..

" yah telefon ak—"

" shhh  , kau tak payah call polis  . Nanti makin kecoh keadaan " tercengang aku dibuatnya apabila insan tersebut adalah haruto dan jeongwoo  , mereka berdua merupakan kawan kepada yoshi  . Huh—nasib korang ada.
" kau duduk sini diam-diam  , biar aku yang uruskan geng tak guna tu  .. Berani pula dia pukul kawan kita ya  " sempat lagi haruto dan jeongwoo berkata sesama sendiri .  Dengan acah bergayanya mereka menghampiri ke arah situ ,  masing-masing mula jadi acah gengster  . Aku pula hanya duduk diam-diam dekat situ dan pasang mata melihat suasana tu  . Aku nak tolong but aku kan insan yang lemah  .

" yah budak tak guna  " dengan adanya bantuan haruto dan jeongwoo mereka terus menumbuk satu per satu orang-orang jahat tu  . Aku yang menonton dekat situ hanya tercengang  , terkejut melihat aksi-aksi membahaya tu depan mata aku sendiri .

Push—

Bamm—

Akhirnya  , orang-orang jahat itu pun telah dikalahkan oleh jeongwoo dan haruto  . Serius dowh  , aku tak sangka haruto dan jeongwoo tu kuat orangnya  . Bila mereka sudah terlantar dengan keadaan cedera teruk  , aku terus menghampiri ke arah yoshi yang dalam keadaan lemah longlai  .

" yah  , gwenchana  ? " aku menyoal yoshi dengan wajah penuh kerisauan  , air mata aku ni nak saja menitis keluar namun aku pandai cover  , aku kesian bila tengok orang dalam keadaan macam ni  .  Dah tak kacak wajah yoshi kerana banyak calar balar  .

Yoshi yang terbaring lemah itu hanya mampu tersenyum nipis saja  , perlahan-lahan tangan miliknya mencapai sesuatu lalu dihulurkan ke arah aku  . Aku pandang sejambak bunga yang sudah hancur tu  .

" Mungkin aku tak dapat confess dengan cara yang lebih sweet macam orang lain dan aku mahu cakap i love you—" lepas yoshi melontarkan luahan itu terus tubuh milik aku dibawa masuk ke dalam dekapannya  , dengan eratnya dia memeluk tubuh aku . Aku ni pula acuh tak acuh  . Sebab malu sial bila haruto dengan jeongwoo pandang kitorang macam tu  ..

" yoshi-ah kau cedera teruk ni biar aku bawa kau pergi hospital " kata aku dan cuba untuk meleraikan pelukan tu  , namun langsung tiada tindak balas daripada yoshi  . Dia hanya melentokkan kepalanya pada bahu aku  .

" yoshi—" aku panggil nama dia dan cuba untuk melihat keadaanya yang macam tak bergerak apa-apa pun  . Bila aku meleraikan pelukan tu,  kelihatan keadaan yoshi sudah tidak sedarkan diri  .

" bawa dia dekat hospital sekarang  .. " lantas itu aku mengarahkan haruto dan jeongwoo untuk memapah yoshi ke hospital  . Dia dah tak sedarkan diri sebab keadaan dia begitu lemah .  Dan tenaga dia pun kekurangan  .

💎—■TBC





























Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

16K 3K 13
❝Aku tinggalkan kau bukan bermaksud aku dah tak cintakan kau❞ // COMPLETE ☾︎ ft. 창빈 'strayhanjisung ☽︎
14.9K 2.2K 31
⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ give love letter? nah, that's too cliche. cuba bagi dia sesuatu yang jarang orang lain buat. maybe dengan cara tu, akhirnya di...
26.5K 3K 35
" Aku akan sentiasa ada dengan kau " - junkyu Kisah seorang gadis yang dijual oleh abang tirinya hyunsuk dan sudah terlanjur dan tidak mahu jihoon me...
396 85 21
𝑭𝒊𝒇𝒕𝒉 𝑩𝒐𝒐𝒌 𝙽𝙲𝚃 🌸 ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ʟᴇʟᴀᴋɪ ʏᴀɴɢ ᴘᴀᴅᴀ ᴍᴜʟᴀɴʏᴀ ɪɴᴛʀᴏᴠᴇʀᴛ ʙᴇʀᴛᴜᴋᴀʀ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴇxᴛʀᴏᴠᴇʀᴛ ᴀᴘᴀʙɪʟᴀ ʙᴇʀᴛᴇᴍᴜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ꜱᴇɴɪᴏʀ ᴘᴇʀᴇᴍᴘᴜᴀɴ. ...