TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN)...

Galing kay Syaf_Asriqa

38.2K 2.3K 1.6K

Perigi mencari timba? Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Melati Dahlia Melur. Si gadis sengal yang... Higit pa

🌹 Bahagian 1 🌹
🌹 Bahagian 2 🌹
🌹 Bahagian 3 🌹
🌹 Bahagian 4 🌹
🌹Bahagian 5🌹
🌹Bahagian 6🌹
🌹Bahagian 8🌹
🌹Bahagian 9🌹
🌹Bahagian 10🌹
🌹Bahagian 11🌹
🌹Bahagian 12🌹
🌹Bahagian 13🌹
🌹Bahagian 14🌹
🌹Bahagian Akhir🌹

🌹Bahagian 7🌹

2.1K 150 70
Galing kay Syaf_Asriqa

SAPU TANGAN biru yang disulam itu dipandang kosong. Faliq sudah baring di atas katil sambil matanya tak lekang dari memadang sapu tangan pemberian Melati dulu. Tangan kirinya dijadikan sebagai alas untuk dia baring sementelah tangan kananya asyik membelek-belek sapu tangan tersebut. Ada namanya yang disulam di hujung sapu tangan tersebut. Terngiang-ngiang di gegendang telinganya saat Rian bersungguh-sungguh menyatakan bahawa Melati sudah kembali.

Setelah sekian lama, setelah dia sah menjadi tunangan orang, mereka tak lagi membahaskan tentang Melati. Sudah tiga tahun dia berhenti menunggu. Tapi hari ni, tiba-tiba pula Rian membahaskan tentang gadis itu. Gadis yang buat dia was was dengan perasaan sendiri. Gadis yang kadangkala dia rindukan. Hanya doa yang mampu disampaikan andai dia rindu setengah mati pada seorang Melati.

"Kalau betul apa yang Rian cakap, kenapa baru sekarang kau muncul Mel? Sepuluh tahun Mel, kau pergi macam angin. Kau cakap aku ni kawan kau, tapi kenapa kau buat aku merana sebab rindukan kau?" Keluhan berat terus dilepaskan. Dijatuhkan sapu tangan di wajahnya. Mata dipejam rapat. Penat. Penat dengan bebanan kerja dan saat ini soal Melati tiba-tiba muncul pula. Betul kata Rian, dia memang perlukan rehat saat ini. Cuti seminggu pun jadilah asalkan dia boleh tenangkan diri.

Dalam masa yang sama, di sebuah bilik yang penuh dengan lukisan dan kanvas kelihatan Melati sedang melorek potret seseorang di atas kertas kanvasnya. Sesekali dia tersenyum nipis melihat potret yang hampir siap itu. Lampu malap menemani malamnya tika ini. Diusapnya lembut potret yang dilakar. Rindu. Ya, dia juga rindu pada pemuda itu. Nafas panjang ditarik. Ada perasaan sebak bertandang di dalam hati tika ini.

"Aku rindukan kau Fal. Aku teringin sangat nak jumpa kau lagi. Tapi... aku takut... kalau aku jumpa kau cuma kekecewaan aje jadi peneman setia aku."

"Siapa?" Suara dari belakang mematikan lamunan panjang Melati. Dia kalih. Riana sudah melangkah ke arahnya sambil fokus memerhatikan potret yang baru disiapkan Melati itu. Diusapnya lembut potret indah tersebut sebelum tangannya ditepis kasar oleh Melati. Geram pula Melati bila Riana pergi usap muka Faliq kesayangan dia.

"Amboi Kak Mel ni, garangnya. Adik cuma nak rasa aje sentuhan kasih akak tu. Siapa mamat ni? Handsome."

"Apa ni adik, masuk bilik akak sesuka hati adik aje. Ganggu privasi akak tahu tak?"

Riana ketawa. Suka tengok muka kakak dia yang sudah merah. Malu.

"Eleh dia masuk bilik orang sesuka hati macam bilik dia boleh pula. Ni jawablah soalan adik, siapa cik abang yang berjaya curi hati Kak Mel ni? Apa ingat adik tak tahu berapa banyak potret mamat ni yang akak lukis."

Melati bangun dari duduk. Dikemasnya alatan lukisan. Mahu mengelak soalan Riana itu. Sungguhlah, setelah sekian lama akhirnya tertangkap juga dia suka lukis potret seorang Faliq Ridhwan.

"Patutlah akak tak terima lamaran lelaki yang nak jadikan akak isteri dia orang. Rupanya akak dah ada seseorang eh?"

"Adik..."

Riana senyum nipis. Diusapnya lembut bahu Melati yang sedang ligat menyusun alatan lukisan itu.

"Akak kena kahwin cepat-cepat. Adik tak boleh kahwin sebab akak tau. Mama tak nak adik langkah bendul. Kalau akak dah berpunya, akak cakap jelah dengan mama. Kenalkan dengan mama. Tak payahlah sorokkan macam ni. Kesian abang Amin tu, kita orang nak kahwin tapi mama tak izinkan sebab Kak Mel tak kahwin lagi," keluh Riana.

Melati pejam mata buat seketika. Rasa bersalah pada Riana kembali muncul. Terus dia pegang kedua bahu Riana. Matanya sudah menikam tepat anak mata milik Riana Sofia Adara itu.

"Akak minta maaf kalau sebab akak, adik tak boleh kahwin dengan Amin. Tapi, masalahnya akak memang tak boleh terima semua calon yang datang. Akak dah buat silap besar dekat mamat dalam lukisan tu dik. Akak dah buat dia tertunggu sepuluh tahun lamanya. Sekarang ni... akak tak boleh bersama dengan dia."

Berkerut dahi Riana dengan kata-kata Melati itu. Tak faham kata-kata kakaknya.

"Kak Mel buat apa dekat dia? Kenapa tak boleh bersama pula?"

Melati tarik satu nafas panjang. Dia kembali melangkah ke arah potret Faliq. Dipandangnya potret itu sepuas-puasnya sebelum ditutup dengan kain hitam.

"Kak Mel tak ucap selamat tinggal masa mama nak bawa kita pindah dekat Singapore dulu. Dia dah bertunang dan tak lama lagi dia menikah. Sebab tu akak tak boleh bersama dengan dia. Besar salah akak dekat dia, akak buat dia tertunggu. Akak pergi tanpa khabar. Kesian Faliq..." Melati tertunduk buat seketika. Digenggamnya erat kedua belah tangannya. Marah dengan diri sendiri. Terasa wajahnya sudah membahang. Pipi yang mulai terasa basah dia sentuh. Cepat-cepat disekanya air mata itu dengan belakang tangan. Sebak jiwanya saat ini.

Riana sudah tergamam. Dia kematian kata dengan penjelasan Melati itu, terus diusapnya lembut belakang Melati. Menenangkan hati kakaknya yang tengah bersalah tika ini.

"Kalau macam tu, tak apalah. Adik bukan apa, umur akak dah nak masuk 30 tapi sampai sekarang akak tak tunjuk pun akak ada relationship dengan sesiapa. Adik tak akan paksa kalau akak tak bersedia lepaskan abang Faliq tu lagi. Okey?" pujuk Riana.

Melati lantas memeluk erat tubuh adiknya. "Terima kasih sebab faham akak wahai adikku sayang."

Riana ketawa kecil. Jarang betul dia orang buat sesi kasih sayang macam ni. Selalunya asyik bertekak aje kerjanya. Dipandangnya lagi setiap lukisan kanvas di bilik lukisan kakaknya ini. Dia yakin, setiap warna-warna yang dicalit pada lukisan tersebut mempunyai sejuta maksud yang tersirat dan hanya Melati saja yang faham maksud di sebalik lukisan tersebut.

"TOLONGLAH Kak Mel, dah banyak kali adik cakap lepas keluar dari ATM jangan masukkan duit dalam purse macam tu. Mama pun dah banyak kali pesan dekat Kak Mel kan. Akak ni memang jenis yang tak makan saman ke? Nanti bila nasi dah jadi bubur baru padan muka akak."

Melati hanya sengih dengan omelan Riana. Terkejut dia dengan kehadiran Riana di depan Bank Islam berhampiran galeri seninya itu. Dompet terus dimasukkan ke dalam beg tangannya sebelum dia menonong jalan tanpa mempedulikan kehadiran Riana tika itu. Riana hanya mampu geleng kepala saja dengan tingkah selamba kakaknya. Boleh pula Melati buat dia tak wujud tadi. Apa punya kakaklah macam ni.

"Kak Mel! Dengar tak adik cakap apa ni?" Riana sudah membuntuti Melati dari belakang. Bibir diketap. Geram dengan sikap endah tak endah Melati itu. Terus dia halang langkah Melati. Terkebil-kebil Melati pandang wajah Riana yang sudah berkerut itu.

"Boleh ke tepi tak? Saya tak kenal anda ni siapa. Peminat lukisan saya ke? Okey. Mari sini saya sign."

"Kak Melati!" Bahu Melati terus dihempuk dengan beg sandang Riana. Dinaikkan terus suaranya satu oktaf. Boleh pula Melati main-main bila dia tengah serius sekarang ni. Siap ketawa-ketawa pula tu. Nasib baik sekeliling mereka lengang saat ini. Kalau tak mesti dia orang dah jadi tumpuan ramai sebab buat drama tiga suku Melati tu.

"Kak Mel gurau jelah. Ala, janganlah marah-marah macam tu. Ok, Kak Mel janji lain kali..." Melati mati kata bila bahunya dirempuh kasar dari belakang sehingga membuatkan dia terduduk. Berkerut dahinya menahan perit pada bahunya yang terasa sengal saat itu. Saat matanya tertancap pada figura yang merempuhnya sebentar tadi, lantas matanya terus membulat melihat beg tangannya sudah diragut oleh lelaki asing itu.

"Woi! Beg aku!!" Melati segera bangun. Kasut Conversenya ditanggalkan seraya dibaling tepat ke arah si peragut namun hampa. Peragut bertubuh cekung itu sudah berlari laju. Melati segera melangkahkan kakinya mengejar peragut yang sudah meragut begnya itu. Namun langkahnya mati bila Riana tarik kasar lengannya.

"Lepaslah adik! Akak...."

"Bang! Tolong kami bang.... beg kakak saya kena ragut dengan lelaki kat depan tu. Tolong kejar peragut tu cepat!"

Terpinga-pinga seorang pemuda yang baru keluar dari kedai 7 eleven bila Riana tarik lengannya yang berlapik. Berkerut-kerut dahinya pandang dua gadis yang sedang berada dalam keadaan cemas itu.

"Siapa abang kau hah!"

Riana cebik. Dilepasnya kasar lengan pemuda itu. Geram betul dia tengok lelaki tak berperikemanusiaan ni. Boleh pula dia marah Riana bila Riana minta tolong. Tak ada adab ke apa?

"Okey encik! Encik cepat kejar..." Riana mati kata bila pemuda itu sudah mengatur langkahnya mengejar peragut yang semakin hilang dari pandangan itu. Melopong mulutnya melihat larian laju pemuda itu. Ini mesti atlet larian masa dekat sekolah dulu. Lesap macam tu je? Laju gila dia lari. Sempat lagi tu Riana memuji dalam diam.

"Kita pun kena kejar dia jugalah adik, janganlah tercongak kat sini aje." Melati lantas tolak kasar tubuh Riana. Perasaan risaunya tiba-tiba menjengah buat pemuda yang sudah membantunya tika ini. Lantas dia menonong tanpa mempedulikan Riana yang sudah menjerit-jerit namanya di belakang.

"Kak Mel! Nanti kalau peragut tu buat benda buruk dekat Kak Mel macam mana?"

Melati pandang sekilas wajah Riana yang sudah membuntutinya. "Dahlah adik. Kalau adik fikirkan pasal akak, fikir pasal orang yang adik minta tolong tadi. Kalau dia yang kena dengan peragut tu akak tau yang kena tanggung."

Hanya keluhan saja yang terbit di bibir Riana. Degil. Sungguhlah susah benar dia mahu menasihati kakaknya yang degil itu.

Di belakang lorong kedai yang sunyi, akhirnya peragut yang dikejar pemuda berkemeja hitam itu sudah temui jalan mati. Peragut itu sudah memeluk erat beg tangan milik Melati. Dia berdiri kaku di situ. Membiarkan Faliq berada di belakangnya. Dipandangnya dinding batu yang menghalangnya dari terus melarikan diri.

"Bagi balik beg perempuan tu."

Diam.

Faliq mengeluh. Malang betul nasib dia hari ni. Dahlah kereta dia rosak sampai masuk bengkel. Sekarang ni, dia kena masuk campur hal peragut dengan mangsanya pula. Terus Faliq melangkah mencengkam kuat baju si peragut yang tak mahu kalih menghadapanya. Menyedari dia sudah berada di cengkaman kuat Faliq, peragut itu terus menepis kasar tangan pemuda itu. Dia kalih.

Mereka sudah saling berpandangan antara satu sama lain. Tajam anak mata peragut itu merenung anak mata Faliq. Tangan kanannya sudah menggagau sesuatu di dalam poket hoodie yang dipakainya.

"Kau pehal pandang aku macam tu? Ni beg ni aku nak. Kau blah sebelum...." Faliq mati kata bila wajahnya terteleng ke kanan akibat tumbukan padu peragut itu.

"Kau nak sangat beg ni? Kau ingat semudah tu ke aku nak bagi! Baik kau berhambus sebelum pisau ni melekat dekat badan kau tu. Melainkan kalau kau nak mati awal, kau cubalah rampas beg ni dari aku!" ugut peragut tersebut sambil mengacukan pisau lipat ke arah Faliq yang sudah mengesat kasar darah yang mengalir dari birai bibirnya. Perit. Rasa sengal betul rahangnya lepas kena tumbuk.

"Kau ni memang nak mati..."

"Diamlah! Jangan cabar aku!"

Peragut yang sudah terduduk dengan tendangan maut Faliq sudah berkerut dahi. Sekelip mata saja dia dapat tendangan maut daripada pemuda itu. Geram. Beg yang diragutnya juga sudah dirampas kasar oleh pemuda itu. Segera Faliq melangkah meninggalkan peragut yang sudah mengetap bibir memerhatikan langkahnya itu. Baru Faliq dapat tarik nafas lega bila dia dah dapat jatuhkan peragut itu.

"Hoi!"

Faliq kalih bila bahunya ditepuk kasar dari belakang. Terus tubuhnya ditolak kasar ke belakang dinding. Turun naik nafas peragut yang sudah berdiri di hadapa Faliq tika itu. Tiba-tiba, Faliq merasakan perutnya terasa perit dengan benda tajam. Tak dapat dilihat benda tajam yang membuatkan dia tak rasa nafas sendiri tika ini. Bau hanyir darah meloyakan tekaknya. Rintik-rintik peluh terus mengalir dari dahinya. Perlahan-lahan Faliq mengangkat  tangannya lantas dihayun menumbuk wajah peragut itu.

"Sakit... lah tak guna!" jeritnya sekuat hati sebelum beberapa orang lelaki menghampiri peragut yang sudah terduduk menyeringai kesakitan itu. Sungguh, terasa lemah lutut Faliq mahu berdiri tegak tika ini. Namun digagahkan juga dirinya melangkah menghampiri gadis yang sudah tercungap-cungap menghampirinya itu. Tangannya sudah melekap pada abdomennya yang terasa nyilu.

"Bang, beg saya selamatkan bang?"

"Kau nikan... kau tanya..." Faliq mati kata saat matanya sudah tertancap pada laman wajah gadis bertudung selendang Custard di depannya tika ini. Masing-masing dengan riak terkejut saat mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Faliq!"

"Melati?"

Melati angguk lemah. Senyuman terus terukir di bibir gadis itu. Nafas panjang ditarik sebelum dia tertunduk buat seketika. Mata dipejamnya rapat. Tak, mesti semua ni mimpi. Susah dia nak percaya bahawa Faliqlah pemuda yang dah bantu dia dapatkan beg yang kena ragut tadi.

"Kau... kau pergi... mana je Mel?" Kedengaran suara Faliq begitu lemah di gegendang telinga Melati. Pandangan Faliq juga semakin kabur. Dipandangnya sekilas tangannya yang sudah dibasahi dengan darah sebelum dia terduduk. Nafasnya sudah turun naik. Sesak. Sungguh, perit yang tak terkata abdomennya saat ini.

"Faliq... Faliq!" Sayup-sayup kedengaran suara Melati di gegendang telinganya dan wajah manis itulah wajah terakhir yang dia lihat sebelum matanya terpejam rapat. Diharapkan inilah mimpi yang paling indah buat dia. Mimpi indah di saat setelah sepuluh tahun berlalu akhirnya dapat juga dia ditemukan dengan Melati yang dia rindu. Gadis yang sudah lama dia tunggu agar muncul semula dalam hidupnya.

Bersambung...

Thanks guys sudi baca 😊 maaf ye kalau banyak kekurangan dalam ceritani 🤭

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

369K 27.6K 39
Raja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di ma...
28.4K 1.7K 17
Mukhlis Irsyad ❤ Nur Najla
461K 13K 43
[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut. "Boleh tak...
116K 5.1K 65
(complete) ⁺✧ - SIRI CG #1 blurb di dalam.