TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN)...

By Syaf_Asriqa

34.9K 2.2K 1.6K

Perigi mencari timba? Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Melati Dahlia Melur. Si gadis sengal yang... More

🌹 Bahagian 1 🌹
🌹 Bahagian 2 🌹
🌹 Bahagian 4 🌹
🌹Bahagian 5🌹
🌹Bahagian 6🌹
🌹Bahagian 7🌹
🌹Bahagian 8🌹
🌹Bahagian 9🌹
🌹Bahagian 10🌹
🌹Bahagian 11🌹
🌹Bahagian 12🌹
🌹Bahagian 13🌹
🌹Bahagian 14🌹
🌹Bahagian Akhir🌹

🌹 Bahagian 3 🌹

1.8K 144 115
By Syaf_Asriqa

"KAU lagi! Kau buat apa hah dekat rumah aku? Kau tak ada kerja lain ke selain ganggu hidup aku? Aku rimas tahu tak! Kau nikan memang nak makan pelekung aku eh? Ish, aku bagi kang ha, baru serik kau kacau hidup aku!" Melati sengih. Tangannya ligat memotong kek coklat untuk dihidangkan buat Faliq yang masih berdiri di tangga kayu. Sekali lagi, Melati datang rumah dia tanpa diundang. Dia ingatkan bolehlah dia tenang buat seketika memandangkan dia kena serang demam panas. Tak datang sekolah selama tiga hari. Inipun, nenek dia yang tak bagi dia datang sekolah.

"Bagi jelah pelekung kau tu. Larat ke nak pelekung aku? Dengan muka merah dahi bertampal dengan cool fever. Lawaklah kau ni. Eh meh lah sini, aku ada bawakan kek coklat dari rumah aku. Special untuk kau."

Keluhan berat terbit di bibir pucat Faliq. Dengan langkah yang lemah dia menghampiri Melati yang sudah menarik kerusi makan untuk dia duduk. Makin dilarang makin menjadi-jadi sikap Melati ni. Tambah stress dia dibuatnya.

"Sampai bila kau nak kacau hidup aku Mel? Kau seksa aku kau tahu tak?" Mereka berdua sudah duduk bertentangan. Sesekali Faliq terbatuk-batuk. Belum lagi demamnya beransur kebah dia dikejutkan dengan kedatangan Melati tanpa diundang itu.

"Kau kan kawan aku apa salahnya aku lawat kawan aku yang tengah sakit. Ala, relakslah. Tak lama mana pun aku seksa kau lagipun kau ni jual mahal sangat. Aku nak kawan dengan kau pun tak boleh. Aku pun tak tahulah kenapa kau anti sangat dengan aku. Rasanya perangai aku taklah teruk mana pun."

"Mel..."

"Ha, lagi satu tak lama lagi kau blah dari sekolah tu. Mesti aku rindu kau gila-gila nanti. Eh, nanti kau nak sambung study kat mana? Nanti bolehlah aku join kau sekali. Aku nak sambung study sama-sama dengan kau juga." Terbuntang Faliq dengan kata-kata Melati. Siap tersengih-sengih lagi Melati tu. Hancur. Memang hancur ketenangan dia selagi Melati ada di sisi. Geram. Sungguh, dia hilang punca dengan sikap Melati yang semakin memeningkan kepala otak dia tu.

Dipandangnya sepi sepotong kek coklat di depan mata. Tak ada selera dia nak makan kek coklat tu. Tekaknya terasa payau saat ini. "Penting ke untuk kau tahu aku nak sambung mana nanti?"

Melati tepuk meja. Kuat. Terhinggut bahu Faliq dibuatnya. "Kau pehal..."

"Pentinglah Fal! Nanti kalau kita sambung study sama-sama bolehlah aku pandang muka kau lagi kan? Aku suka kau, kau tahu kan? So, aku tak nak berpisah dengan orang yang aku suka. Aku tak kesahlah kau tolak cinta aku tapi apa yang aku nak kau tahu, walau sejauh mana pun kau pergi aku tetap akan kejar sampai hati kau terbuka nak terima aku." Terus Faliq tersedak dengan kata-kata spontan yang terbit dari bibir Melati itu. Terbatuk-batuk dia dibuatnya sampai makin merah kulit kuning langsat dia tu.

Terkocoh-kocoh Melati bangun dari duduk. Mengambil segelas air suam buat Faliq lalu dihulur pada pemuda itu. Berkerut-kerut dahi Melati tengok keadaan Faliq makin teruk. Terus, Faliq teguk rakus air suam tersebut. Sungguhlah, dia rasa lemas dengan kata-kata Melati itu.

"Kau nikan... mental! Kau nak bunuh aku ke apa hah? Pergilah balik!! Menyemak aje..."

"Haip Fal! Kenapa cakap macam tu dekat Mel? Tak kesian apa dengan Mel. Lepas balik sekolah terus datang sini nak lawat kamu. Cuba berlembut sikit dengan Mel. Ni tak, ada aje kesalahan Mel yang kamu cari. Cepat minta maaf dengan Mel." Melati sudah tersenyum-senyum bila dia kena back up dengan tok wan, neneknya Faliq. Makin terseksa jiwa Faliq bila dia kalah dengan Melati. Pandai betul budak tak cukup vitamin tu hasut tok wan supaya berlembut dengan dia.

"Dahlah tok wan, makin sakit kepala Fal dibuatnya bila budak ni datang. Pak Daud mana? Fal cari tak jumpa-jumpa."

"Pak Daud kamu pergi pekan kejap. Nanti kejap lagi dia baliklah tu. Baik kamu rehat aje dalam bilik. Makin teruk pula tok wan tengok muka kamu tu. Serabut." Tok wan keluarkan bekas berisi ikan dari peti sejuk. Bersiap untuk menyiang ikan tersebut. Melati sudah membantu tok wan mencuci ikan. Segera tangannya ditepis oleh tok wan. Menghalang Melati dari membantunya.

"Macam mana tak serabut tok wan, tengok budak tu datang tambah seksa Fal dibuatnya." Melati terus kalih, pandang wajah Faliq yang sudah bangun dari duduk. Siap dengan pandangan tajam pula tu.

"Kau pehal? Tak puas hati? Blah ajelah dari rumah aku. Menyemak! Sakit mata aku tengok muka kau ni."

"Ya Allah, Faliq Ridhwan! Apa lagi yang kamu tak puas hati dengan Mel ni? Dia diam-diam aje kan. Tak fahamlah tok wan dengan kamu ni. Bukannya Mel pergi buruk-burukkan kamu pun." Sekali lagi, tok wan membebel dengan perangai dingin Faliq itu. Pemuda itu terus bagi jelingan maut pada Melati yang masih tersenyum memandangnya tanpa berkedip sebelum dia berlalu naik anak-anak tangga.

'Lagi-lagi kau yang kena back up. Bodoh punya perempuan!'

"Tok wan janganlah marah Fal lagi. Mel yang salah, asyik kacau hidup dia aje. Mestilah dia rasa rimas sebab Mel ni asyik menyemak dekat rumah tok wan. Tapi, Mel ok aje kalau dia tak suka Mel. Mama kata, kalau orang tak suka kita diam aje. Jangan balas apa yang orang buat dekat kita." Mati terus langkah Faliq bila dia tangkap kata-kata Melati yang buat dia tersentak. Tangannya yang ingin memulas tombol pintu terus dijatuhkan. Positifnya gadis itu, buat dia rasa bersalah sebab asyik berdingin dengan Melati. Tengking Melati untuk lepaskan rasa marah dia.

"Maafkan cucu tok wan tu ya Mel. Dia memang macam tu, tak mudah untuk dia terima orang baru dalam hidup dia. Dari kecil Fal tu memang jenis yang suka memendam, bila dia dah geram inilah jadinya. Cakap tak bertapis." Melati pandang sekilas wajah tok wan. Sudah lama dia nak tanya tentang kehidupan Faliq.

"Tok wan... ibu bapa Faliq..."

"Ibu bapa dia dah lama meninggal Mel. Waktu dia baru sebulan dalam kandungan arwah ibu dia, arwah ayah dia meninggal dalam nahas kapal terbang. Lepastu arwah ibu dia pula menyusul masa lahirkan dia. Dia tak pernah rasa kasih sayang arwah ibu dan ayah dari kecil lagi," ujar tok wan sambil tangannya ligat menyiang ikan. Melati tersentak. Ada debaran di lubuk hatinya mendengar kisah Faliq itu. Serta merta matanya sudah bertakung dengan air mata. Sebak.

"Sebab tu ke Fal susah nak terima saya jadi kawan dia?" Seketika Melati dan tok wan saling berpandangan.

"Mungkin. Dia ada kisahnya yang tersendiri Mel. Tok wan tak naklah cakap pasal kisah dia tu. Kisah yang buat dia tak nak dekat dengan kamu. Eh, Mel janganlah nangis. Nanti tok wan piat telinga Fal eh." Melati terkedu. Kisah? Kisah apa? Terus Melati usap air matanya yang sudah mengalir ke pipi. Dia ketawa, buat-buat ketawa untuk sembunyikan rasa sebak. Tragisnya hidup seorang Faliq Ridhwan.

"Mana ada nangis tok wan. Ni, bawang ni pedas sangat." Tok wan ketawa.

"Haih Mel, potong bawang putih aje pun dah nangis? Macam-macam betul kamu ni." Dan Melati hanya tersengih kelat. Bibir diketap. Air matanya terus-terusan mengalir tanpa henti. Entah kenapa, tapi tak tertanggung rasanya bila dia tahu kisah seorang Faliq Ridhwan yang tragis itu. Sedangkan selama mama dan ayah dia bergaduh siang malam pun sudah cukup buat dia terseksa apatah lagi bila dia terbayangkan kisah Faliq. Tak pernah merasai kasih sayang ibu bapa.

MELATI tarik gebar. Menyelimuti seluruh tubuhnya yang kedinginan dengan dingin malam. Hujan lebat turun lagi malam itu. Di luar biliknya, kedengaran suara Puan Afina dan Encik Amru sedang bertekak. Melati terus memeluk teddy bearnya sekuat hati. Sungguh, dia tertekan dengan pergaduhan ibu bapanya itu. Semuanya hanya disebabkan Puan Afina tak mahu Encik Amru bertemu dengan Melati.

"Melati tu anak aku juga Fina! Bukan anak kau seorang. Baik kau bagi aku jumpa dia kalau kau tak nak benda buruk jadi dekat Mel!" Puan Afina terus menampar pipi Encik Amru sekuat hatinya. Turun naik nafasnya dengan ugutan Encik Amru itu. Sungguh, kemarahannya semakin meluap-luap. Geram.

"Anak kau? Kau masih nak mengaku Mel tu anak kau lepas apa yang kau buat dekat dia dulu hah?! Kau ni binatang! Syaitan bertopengkan manusia kau tahu! Baik kau keluar dari rumah aku sebelum aku report polis." Samsung di atas meja sudah dicapainya. Bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi. Wanita itu sudah berjalan ke hulu hilir cuba menghindarkan diri dari Encik Amru.

"Apa yang aku buat dekat dia hah?! Eh, aku ni bapa kandung Mel. Kau tak ada hak nak halang aku dari jumpa Melati, Afina!" Puan Afina sudah ketawa sinis. Benci dia melihat wajah Encik Amru yang beriak tidak bersalah itu.

"Kau tanya aku kau buat apa dekat dia? Eh! Kau dah lupa ke setan kau cuba nak rogol anak aku dulu?! Kalau aku tak datang masa tu mesti... mesti anak aku dah rosak sebab bapa durjana dia macam kau ni!" Encik Amru sudah terkedu. Dia mati langkah dari terus menghampiri Puan Afina. Seketika, dia tertunduk sebelum diraupnya wajahnya berkali-kali.

"Ha, kenapa diam? Kenyat..."

"Aku tak berniat nak rosakkan Mel, Afina! Kenapa kau tak faham lagi apa yang aku cakap ni hah?! Masa tu aku mabuk dan aku tak sengaja nak rogol dia! Bagilah aku jumpa Mel, Fina. Aku merayu. Aku janji aku tak akan buat benda buruk dekat Melati lagi."

"Tak sengaja? Mudahnya kau cakap macam tu Amru! Sebab kaulah Mel terseksa! Tiap-tiap malam dia meraung, meracau dalam tidur sebab trauma Amru!! Aku benci..."

"Mama! Ayah!! Dahlah tu, Mel tak nak dengar lagi mama dengan ayah cakap pasal benda tu. Tolonglah diam! Mel nak tidur, Mel nak rehat. Ada benda yang lagi penting Mel kena buat selain dengar pergaduhan mama dengan ayah." Melati sudah keluar dari bilik. Sungguh, dia tak tahan dengar kisah gelap itu. Kisah gelap yang menakutkan dia. Kisah gelap yang dia sembunyikan dengan berpura-pura menjadi seorang gadis happy go lucky.

"Mel, anak ayah. Sini sayang, dekat dengan ayah." Encik Amru sudah melangkah menghampiri Melati. Serta merta gadis itu berundur setapak ke belakang, menggigil badannya tika itu. Bagaikan pita rakaman yang bermain di mindanya saja saat tubuhnya hampir dijadikan kerakusan ayah kandung sendiri. Wajah Encik Amru yang kejam itu buat dia rasa jijik. Tak mampu dipandangnya wajah ayah kandungnya itu.

"Kau nak buat apa dekat anak aku lagi tu Amru?!" Puan Afina cepat-cepat menghampiri Melati. Takut andai pisang berbuah dua kali.

Saat Melati sudah temui jalan mati. Encik Amru sudah tersenyum sinis. Matanya sudah liar memandang wajah polos Melati. Gadis itu membuatkan jiwanya digasak hebat. Nafsu sudah bermaharajalela. Cantik. Serta merta, tangannya terus membelai wajah Melati. Gadis itu terus menepis kasar tangan kotor itu.

"Jom, ikut ayah. Ya sayang?" Melati geleng. Dia sudah tertunduk. Terasa sesak nafasnya tika itu.

"Amru!! Kau ni memang jahan..." Encik Amru lantas menolak kasar tubuh Puan Afina yang mahu menghalangnya. Terus laju saja tangannya menghempas kepala Puan Afina di balik dinding batu. Melati sudah terjerit-jerit sambil menghalang Encik Amru dari terus mencederakan mamanya itu. Gadis itu sudah menangis teresak-esak, sungguh dia gerun. Melihat saja bekas isterinya sudah tak bergerak dengan darah pekat mengalir di dahi, terus ditariknya kasar tangan Melati masuk ke dalam kamar.

"Ayah... jangan buat macam ni dekat Mel. Tolonglah ayah, Mel minta maaf kalau Mel buat salah dekat ayah." Rayuan Melati hanya dipandang enteng saja oleh Encik Amru. Butang baju kemejanya sudah ditanggalkan. Teresak-esak Melati menangis sebelum bajunya direntap kasar oleh ayah durjananya itu. Terkoyak terus bajunya dibahagian bahu. Sungguh, apa yang dia takutkan sedang berlaku saat ini.

"Tolonglah ayah... jangan... tolong.... Mel merayu ayah.... jangan!!"

"Melati Dahlia Melur!!" Kedengaran nama penuhnya dijerit kuat oleh Puan Afina. Dengan nafas yang tercungap-cungap, Melati terus memeluk erat tubuh ibunya. Ternyata semua itu hanya mimpi buruk. Mimpi buruk yang sentiasa menjadi peneman setianya sejak dua tahun yang lalu. Sebak hati Puan Afina melihat keadaan Melati yang kusut itu.

"Mama... Mel takut ma. Mel takut dengan ayah..." Melati terus mengogoi dalam pelukan mamanya. Matanya dipejam rapat. Peluh sudah membasahi dahi gadis itu. Sungguh, jiwanya tak tenteram dengan memori pahit itu tika ini. Memori pahit yang kembali menyerangnya.

"Syhh.... mama dah halau ayah sayang. Ayah tak akan berani buat benda buruk dekat Mel lagi sebab mama dah lapor dekat pihak polis.  Dahlah, mama ada. Mama tak akan biarkan benda buruk jadi dekat anak gadis mama ni. Jangan nangis lagi ya sayang? Tenang," pujuk Puan Afina sambil dikucupnya lembut ubun-ubun Melati yang eresak-esak itu. Sungguh, seksa hatinya sebagai seorang ibu melihat anak gadisnya terseksa. Diketatkan lagi pelukannya sebelum Melati kembali terlelap.

Bersambung...

Karya ni awal2 plot saja berlatarkan zaman sekolah.

Bahasa dia pun bahasa yang tak matang sebab Syaf tulis karya ni pun dah lama. 4 tahun yang lalu. Jadinya, Syaf  post terus je tanpa edit.

Continue Reading

You'll Also Like

WILDAN ✓ By m e l e e 🎭

Mystery / Thriller

184K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡�...
13K 1.1K 11
Cinta itu wujud saat dia sudah tiada :') #shortstory
311K 11.6K 42
• First book of the Her Series • "Never thought you were the one." Hidup aku memang sejak dulu tak pernah bernasib baik. Kematian mama kesayanganku s...
191K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...