TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN)...

By Syaf_Asriqa

34.9K 2.2K 1.6K

Perigi mencari timba? Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Melati Dahlia Melur. Si gadis sengal yang... More

🌹 Bahagian 2 🌹
🌹 Bahagian 3 🌹
🌹 Bahagian 4 🌹
🌹Bahagian 5🌹
🌹Bahagian 6🌹
🌹Bahagian 7🌹
🌹Bahagian 8🌹
🌹Bahagian 9🌹
🌹Bahagian 10🌹
🌹Bahagian 11🌹
🌹Bahagian 12🌹
🌹Bahagian 13🌹
🌹Bahagian 14🌹
🌹Bahagian Akhir🌹

🌹 Bahagian 1 🌹

4.6K 181 120
By Syaf_Asriqa

GADIS bertocang satu itu melangkah ke kantin bersama dengan seorang kawan perempuan yang bermulut becok. Banyak betul cerita yang disampaikan oleh kawan baru dia yang berbadan gempal itu.

Bermula dengan perkara yang penting sampailah yang merapu. Siap gossip mana budak yang selalu buat dajal dan budak yang popular dekat sekolah ini lagi. Tapi budak baru itu buat dengar tak dengar sajalah dengan kata-kata kawan baru dia itu. Ingat dia nak sangat ke tukar sekolah ni? Semuanya sebab mak dengan bapa dia bercerai dan dia kena ikut arahan mak dia pindah sekolah di sebuah kampung.

Hilang terus semangatnya nak belajar bila duduk dekat kampung yang tak ada bangunan tinggi-tinggi. Shopping mall pun tak nampak bayang. Mesti hidup dia akan bosan lepas ni. 

Setibanya mereka di kantin, kelihatan suasana begitu riuh dengan pelajar-pelajar yang beratur ingin membeli makanan. Terkebil-kebil Melati dibuatnya bila Tina sudah menjadi sebahagian pelajar yang sedang beratur itu. Aduh, ini kalau dekat tempat lama dia tak adanya dia jadi budak baik kena beratur. Main terjal, potong que adalah. Ketat betul peraturan di sekolah baru dia ni.

"Kau pehal do! Habis tumpah air aku!" Melati sudah tercengang bila satu suara garau yang garang memetir di belakangnya. Lebih-lebih lagi melihat baju kurung putihnya sudah bertukar warna merah. Kesan daripada air sirap yang tertumpah.

"Kau yang pehal! Aku tak ganggu hidup kau pun. Aku duduk diam dekat sini je okay! Kau yang jalan tak guna mata. Dah nampak ada orang tengah berdiri dekat sini yang kau jalan tak guna mata tu apahal?"

Ahmad kerut dahi. Tak pernah lagi ada budak yang berani lawan dia macam budak Melati ni. Dipandangnya gadis itu dari bawah sampai atas. Tak pernah tengok pula budak kurang ajar ni.

"Wowooo berani giler minah ni pergi sound kau Mat! Nak kena penumbuk ni. Kau tak makan penumbuk Mat lagi ke pompuan!" Terhinggut bahu Melati bila seorang lelaki berparut di bahagian dahi tengking dia. Matanya sudah mencerlung ke arah tiga pelajar lelaki yang sudah memandangnya umpama dia ini seekor tikus yang nak kena baham dengan helang.

"Ingat aku takut? Aku tak takutlah kalau kau orang nak tumbuk. Ha tumbuklah! Tum..." Melati mati kata bila dia sudah kena tampar oleh Ahmad, terteleng mukanya dengan tamparan maut itu. Pijar! Melati terus ketawa sinis sambil melekapkan tangannya ke wajahnya yang sudah merah. Panas pula hati Ahmad bila tamparannya itu dijadikan bahan lawak oleh Melati. Macam tak makan saman betul.

"Heysh! Kau ni cabar aku betullah! Sini! Ikut kita orang." Tangan Melati lantas direntap kasar oleh Ahmad. Tercengang pelajar-pelajar yang lalu-lalang berhampiran mereka saat itu. Mahu dibantu tapi mereka juga takut dengan Ahmad and the geng yang sangat terkenal dengan keganasan mereka itu. Terjerit-jerit Melati minta dilepaskan. Tak sangka, tak sampai sehari pun dia jadi budak baru dia dah dijadikan bahan buli.

Kejam!

"Hoi! Apa yang kau orang buat hah?" Ketiga-tiga mata sudah menikam tepat figura seorang pengawas berbaju biru laut. Ketua pengawas yang sememangnya terkenal dengan ketegasannya. Budak nakal pun boleh tunduk dengan sikap tegas si ketua pengawas merangkap senior tingkatan lima mereka itu. Terus Ahmad matikan langkahnya.

"Tak ada buat apa pun, saja nak berkenalan dengan budak ni."

Seketika, Melati pandang pengawas yang sudah memandangnya dengan pandangan kosong itu. Gadis itu sudah kaku. Tak nak pandang tempat lain bila mata dia dan mata ketua pengawas itu sudah bersatu. Jantung sudah berdegup kencang. Inikah yang dinamakan cinta? Cinta pada pandangan pertama? Mungkin kalau dalam drama atau filem mesti ada muzik latar bila jatuh cinta. Sempat lagi tu Melati berangan.

"Nak berkenalan ke nak belasah budak perempuan ni? Apa kau orang ingat aku buta ke tak nampak kau tampar budak ni tadi?"

Ahmad cebik.

"Kau ni nak jadi hero Hindustan pula dah. Menyemak jelah kau ni, dahlah aku chow dulu! Hilangkan mood aku jelah tengok muka kau tu. Meluat!" Lalu, Melati akhirnya ditinggalkan dengan ketua pengawas yang sudah menghantar pemergian Ahmad itu. Gadis itu sudah tersenyum-senyum sendiri. Wah, tak sangka hari pertama dah jumpa crush baru. Rasa nak meloncat aje bila dia kena backup dengan ketua pengawas handsome tu.

"Name tag mana?"

Diam.

"Budak! Name tag kau mana?"

Hanya pandangan tajam saja yang Melati bagi pada Faliq. Berkerut dahi Faliq tengok Melati dah tersengih-sengih pandang dia. Sudahlah tag nama tak ada, lencana sekolah pun tak ada. Tak ada peraturan dalam hidup apa Melati ni.

"Hoi! Aku..."

"Hoi! Kau handsome! Jom couple!" Tambah berkerut dahi Faliq bila Melati tiba-tiba melatah dengan sergahannya sebentar tadi. Disebabkan Melati melatah kuat macam tu jugalah buat dia orang dah jadi tumpuan pelajar yang lalu-lalang berhampiran mereka.

Bila Faliq sedar dia orang berdua dah jadi tumpuan pelajar, terus kecil besar saja dipandangnya figura Melati. "Kau jangan nak main-main dengan aku. Name tag tak ada, lencana tak ada. Apa kau ingat sekolah ni bapa kau punya?"

Terkulat-kulat Melati di situ. Membahang wajahnya saat itu. Bukan sebab bahang panas tapi sebab dia melatah kuat-kuat. Itulah, asyik sangat usya muka anak orang lain. Tak pasal-pasal kena tanggung malu.

"Kau dengar tak aku cakap apa? Terkulat-kulat, tersengih-sengih! Bagi nama penuh kau cepat!" tegas Faliq sambil dibeleknya buku kecil yang sentiasa menjadi penemannya. Pen ditekan, bersedia untuk catat nama budak tak ikut peraturan macam Melati.

"Mel."

"Mel apa? Mak bapak kau tak bagi nama penuh?" Sinis.

"Nama manja Mel." Faliq angkat muka, dipandangnya wajah Melati yang sudah tersenyum lebar itu. Dah kenapa perempuan depan dia ni? Boleh pula senyum-senyum bila dia nak dikenakan tindakan disiplin. Macam mental pun ada juga.

"Ada aku tanya nama manja kau?"

Melati ketawa. Comel aje pengawas depan dia ni marah-marah. Ingat dia takutlah tu. Lagi tertarik adalah.

"Kau gelak apahal! Aku suruh kau gelak ke?" Makin panas hati Faliq dibuatnya bila Melati acuh tak acuh. Macam main-main pun ada juga, ingat dia ada masa ke nak main-main.

Melati kembali ke mood serius. Dijelingnya sekilas tanda nama Faliq. Cantik juga nama mamat ni. Sesuai dengan tuan dia. Sempat lagi tu dia puji Faliq dalam diam.

"Tak adalah. Saja nak gelak, nak sejukkan hati kau yang tengah panas dengan mental aku ni. Nak nama penuh aku eh, Melati Dahlia Melur binti Amru. Kelas 4 Biru. Oh ya, by the way nama kau cantik. Faliq Ridhwan. Selamat berkenalan Faliq Ridhwan."

Tangan Faliq terus mencatat nama Melati dalam buku poketnya. Buku 555 yang akan jadi mangsa setiap pelajar yang tak berdisiplin macam Melati.

"Kau pula kelas mana? Tingkatan..." Melati mati kata bila Faliq sudah berlalu pergi. Laju saja kaki gadis itu membuntuti Faliq dari belakang.

"Faliq Ridhwan, aku tanya nikan. Jawablah. Janganlah sombong..."

"Kau ni dah mental ke? Apa kau ingat aku tak ada kerja lain ke selain hadap muka kau ni? Eh kau dengar sini, kejap lagi kau tunggulah nasib kau. Aku hantar nama kau dekat Cikgu Hans, biar Cikgu Hans ambil tindakan untuk budak yang tak pakai tag nama dan lencana macam kau. Kau tak baca buku peraturan sekolah ke hah!"

Terpinga-pinga Melati dibuatnya bila kena tengking oleh Faliq. Terasa hati jugalah dia bila kena tengking depan-depan pelajar-pelajar lain. Tapi, disebabkan Faliq dah jadi hero dia hari ni ditabahkan ajelah hati dia tu. Lagipun rasanya Faliq dah bagi aura untuk dia.

Aura yang pastinya akan hilangkan rasa bosan dia pindah dekat kawasan kampung.

"Bukan tak..."

"Mel!" Melati kalih belakang bila nama manja dia kena seru. Kelihatan Tina sudah tercungap-cungap dengan tin minuman pepsi di tangan berlari ke arahnya. Merah wajah Tina dengan rintik-rintik peluh yang membasahi dahi.

"Kau lari ke mana pula ni Mel? Puas aku cari. Kau nak seksa aku ke Mel? Dahlah panas. Kau nak panaskan hati aku lagi?"

"Ala, sorrylah Tina. Aku nak berkenalan kejap dengan Fal..." Terus Melati cemberut bila Faliq sudah berlalu pergi. Jauh. Hanya mampu pandang langkah Faliq dari belakang aje.

"Berkenalan dengan siapa pula?" Melati dan Tina saling berpandangan. Ada seribu tanda tanya di wajah Tina tika itu. Tiba-tiba pula budak baru sebelah dia ni berminat nak berkenalan dengan orang dekat sekolah ni. Tadi bukan main jual mahal.


"Faliq Ridhwan. Hah, kau mesti kenal dengan Faliq tukan? Ala peng..."

"What? Fal... Faliq Ridhwan? Ketua pengawas dekat sekolah ni? Eh, aku tak salah dengar kan Mel, kau nak berkenalan dengan pengawas kerek tu?" Tina goncang-goncang bahu Melati. Membulat matanya dengan kata-kata Melati itu. Susah nak percaya yang kawan baru dia ni nak berkenalan dengan satu-satunya pengawas yang patut dijauhi oleh semua pelajar. Kata-kata yang pedas lagi menyakitkan itulah yang patut dijauhi.

"Haah, yelah Faliq Ridhwan. Apahal kau cakap dia kerek? Dia baik je aku tengok. Dahlah, sebab kau... aku tak dapat berkenalan dengan dia. Ni mana aku nak cari kelas dia. Mesti kau tahu kan kelas dia kat mana?" Ditepisnya tangan Tina. Melopong mulut Tina bila Melati bersungguh-sungguh nak berkenalan dengan Faliq. Aduh! Tempah maut betul kawan dia yang seorang ni. 

Bersambung...

Cliche kan🤣 ni syaf tak edit tau so korang dapatlah nampak struktur bahasa Syaf sebelum masuk degree macam mana 🤭

Continue Reading

You'll Also Like

13K 1.1K 11
Cinta itu wujud saat dia sudah tiada :') #shortstory
67.3K 3.7K 51
⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi ala...
6.6K 230 30
Seorang gadis bernama Qaisara Melissa terpaksa bekerja di sebuah restoran untuk menampung kehidupan dia dan neneknya iaitu Sariah. Namun semenjak d...
WILDAN ✓ By m e l e e 🎭

Mystery / Thriller

184K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡�...