DENDAM MR DEVIL

By farnazamri

846K 29.4K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104 - Tamat
Thank you.

Bab 67

5.5K 229 76
By farnazamri

Sebaik tiba di balai polis, Iskandar, Fasha dan Kalida diminta untuk mengikuti seorang pegawai. Ketiga-tiga mereka hanya mengikut tanpa sebarang kata.

"Sila masuk, cik." Pegawai itu senyum sambil mempelawa Kalida masuk. Kalida cuma mengangguk lalu memulakan langkah. Iskandar dan Fasha turut menyusun langkah dari belakang.

"Encik Iskandar?" Seorang pegawai yang ada di dalam bilik itu menyapa secara tiba-tiba. Tangan dihulurkan ke arah Iskandar.

Iskandar membalas huluran itu. Dengan wajah yang sedikit terkasima, Iskandar senyum nipis mencerlung ke arah wajah seseorang. Wajah yang sangat dikenalinya sebelum ini. Ya, dia sudah agak.

"Ini ialah suspek utama dalam kes Puan Fasha." Seorang anggota polis mula membuka mulut. Polis itu berdiri tegak di sebelah Iskandar. Matanya turut memandang ke arah suspek utama itu.

Nur Fasha dan Kalida melihat tanpa senyuman. Mereka terpana. Masing-masing tidak mampu membalas kata-kata anggota polis itu.

"Kaa... kau? Gina?" Kalida tahan kata. Dia terkejut. "Kiranya... kau yang rancang semua ni..." Kalida berujar secara tiba-tiba. Lama berdiri, dia jatuhkan punggung ke atas kerusi. Dengan riak wajah tak percaya, gadis itu meraup mukanya.

Gina tersenyum sinis. Kepalanya diangguk-anggukan, dia mengaku tanpa rasa bersalah.

"Aku dah agak!" Kalida ketap gigi, geram. Selama ini apa yang dia fikirkan memang benar dan nyata. Cuma dia belum ada kepastian.

Fasha diam tak bersuara. Dia masih kaku selepas mengetahui hal sebenar. Semua kelihatan seperti mimpi baginya. Kalau boleh, dia mahu keluar dari mimpi ini. Ta... tak mungkin...

"Kiranya kaa... kau yang upah Danish selama ni? Kau upah dia untuk tolong kau, kan?" Kalida tergamam memikirkan soalannya tadi. Ini kali pertama dia diperbodohkan.

"Yes! aku yang upah dia untuk rogol kakak ipar kau ni." Gina terus senyum mengejek selepas memuntahkan kata. Hatinya langsung tidak gentar walaupun sekarang berada di dalam tahanan polis. Baginya, ini semua permulaan rancangan jahatnya.

"Kau memang tak ada hati perut. Kau memang tak guna!" Kalida tarik nafas panjang. Dia cuba membawa diri bertenang. Emosi sudah mengawal satu tubuhnya. Jujur, dia sebenarnya rasa ingin membunuh saja perempuan itu. Mujur saja, perempuan itu sudah ditahan oleh pihak polis.

Iskandar memaut erat bahu Fasha sebelum diusapnya lembut. Jelas kelihatan Fasha cuba menerima kenyataan ini. Namun, tidak senang seperti disangka.

"Aa... anak dalam perut kau tu anak sapa?" Akhirnya Fasha membuka mulut. Dia teringat akan hal itu. Sekarang waktu yang sesuai untuk mengetahui segalanya. Hujung baju blousenya digenggam erat, cuba menghilangkan rasa gelisah di dalam diri.

Gina tergelak kecil. Soalan itu buat hatinya geli seketika, entah mengapa. "Aku tak pasti. Mungkin anak suami kau. Mungkin anak orang lain." Perempuan itu menjawab tanpa teragak-agak.

Mendengar saja jawapan dari Gina, Fasha terus menarik nafas panjang. Jawapan itu buat dia lagi sesak nafas. "Aku yakin tu bukan anak suami aku!" Fasha hilang sabar. Nada suaranya naik mendadak. Cukup menggambarkan perasaannya kini.

Wajah Gina berubah cuak. Lambat-lambat dia menyimpul senyuman pudar. Makin berani.

"Sayang..." Suara lembut Iskandar menyapa tiba-tiba. Iskandar sendiri tidak pasti tentang anak dalam kandungan itu. Dia tak mahu bertindak melulu. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh perempuan itu.

Fasha tarik nafas dalam sebelum berujar, "Permainan kau sudah tamat, Gina." Sebaik menghabiskan kata, Fasha beredar dari bilik tahanan itu. Dia sudah tidak mahu lagi memanjangkan perbalahan ini. Iskandar dan Kalida hanya diam dan turut beredar.

Malam sudah tiba, Fasha tetap seperti tadi. Diam tanpa sepatah kata. Makanan yang sudah terhidang di atas meja hanya dipandang sepi olehnya.

"Kenapa tak makan lagi ni, sayang?" Iskandar bertanya selepas menyedari yang isterinya masih termenung jauh. "Sayang?"

Seperti tersentak, Fasha mengangkat wajah. Dia seolah tersedar dari mimpi. "Iya?" Wajah tampan Iskandar menjadi tatapannya sekarang.

"Kenapa tak makan lagi ni? Cepat makan sayang."

Fasha geleng kepala. Senyuman nipis turut menghiasi bibirnya. Lambat-lambat dia turut menjamah makanan itu.

Pintu bilik dikuak dari luar. Iskandar menjengul kepala sebelum menyusun langkah ke dalam. Fasha yang sedang duduk di birai katil ditatap dengan gelengan.

"Sayang!"

"Ke... kenapa awak?" Fasha berpaling dengan wajah cuak. Dia terkejut mendengar suara Iskandar yang tiba-tiba. Iskandar yang sedang menghampiri dipandang tak puas hati.

"Asyik termenung ja, kenapa ni? Sayang fikir benda tadi eh?" Iskandar jatuhkan tubuh di sebelah Fasha. Tangannya sengaja dijatuhkan pada peha perempuan itu.

"Taklah." Fasha geleng kepala. Bibirnya terjungkit satu senyuman nipis. Tangan Iskandar memang tak reti duduk diam-diam, mesti ada saja kerja yang nak buat. Eyy!

Rambut Fasha yang terjuntai di dahi ditolak ke belakang telinga oleh Iskandar. Wajah polos Fasha jelas menunjukkan keletihan. "Time to sleep dear." Iskandar senyum kecil sebelum pipi gebu Fasha menjadi sasarannya. Aum! Aum!

"Hmm... Awak!" Fasha kemam bibir. Tubuh Iskandar ditolak agar menjauhinya. Perbuatan Iskandar sebentar tadi buat dia tak cukup nafas. Gatal!

"Ya sayang..." Iskandar beriak seolah dia tak bersalah. Buat kali kedua tangannya naik memicit pipi gebu isterinya. Aaaaa, geram!

"Awak! Eyy, awak ni!" Fasha pantas mengelak. Tangan Iskandar ditolaknya berani. "Sakit pipi saya." Fasha mengusap pipinya yang kelihatan sudah bertukar warna.

"Alahai, merah terus pipi sayang."

Bibir Fasha tercebik tak puas hati. "Ingat pipi kita ni bola ke apa?" Fasha tarik wajah masam. Pandangannya turut bertukar ke arah lain. Iskandar jahat! Huaaaaa!

"Hahahahaha!" Iskandar ketawa jahat melihat kata balas daripada isterinya. Amboi, dah pandai merajuk sekarang.

"Hik... Hik... Aaa... awak jahat... " Suara Fasha berubah sayu. Dalam diam, perempuan itu menangis halus. Iskandar yang mendengar hanya tercegat tanpa sebarang reaksi. Fasha menangis?

"Hey... Kenapa nangis ni? Abang gurau jelah." Iskandar cuba mengintai wajah isterinya yang sedang tertunduk-tunduk ke bawah. Perempuan itu seperti sedang menggosokan mata. "Sayang..."

Lambat-lambat Fasha angkat wajah.

"Hey, nangis pulak dia..." Dagu Fasha disentuh lembut sebelum wajah Fasha dipaksa untuk menghadap wajahnya. Air mata yang terlekat pada pipi Fasha disekanya. Alahai, manja betul sayang ni.

"Awak..."

"Ya sayang?"

"Ngantuk."

"Ish, jom sleep." Iskandar turun dari katil. Sejurus itu, dia menutup lampu dan memanjat naik ke atas katil semula. Fasha yang sudah terbaring dipandang dengan gelengan. Ngantuklah sangat!

"Awak..."

"Ya sayang? Kenapa?"

"Buka lampu."

Iskandar angkat kening. Permintaan Fasha buat dia terkaku seketika.

"Awak..."

"Hmm... Kenapa?"

"Buka lampu."

"Yelah. Kalau buka lampu tidur, tak boleh ka?" Iskandar masih menyoal. Dia tidak mahu tidur mereka ternganggu disebabkan cahaya terang daripada lampu siling.

"Boleh. Buka lampu tidur."

Lantas Iskandar membuka lampu tidur yang ada di sebelah katil mereka sebelum dia kembali terbaring di sisi Fasha.

"Awak..."

"Ya, nak apa lagi sayang?" Iskandar jungkit kening. Fasha yang sedang sibuk termenung menatap siling dipandang dengan penuh tanda tanya.

"Nak anak."

Mendengar saja kata-kata itu, Iskandar terus bangun menduduk. Anak? Seriuslah sayang ni? "Ha? Anak? Sayang kenapa tiba-tiba cakap nak anak ni?" Iskandar sudah tidak senang duduk. Semua permintaan Fasha buat dia naik pelik!

Pelik tapi best. Eh?

"Sayang?" Iskandar masih menantikan jawapan. Fasha diam tiba-tiba. "Sayang, dah tidur ke?" Mendengar saja dengkuran halus Fasha, Iskandar sudah tergeleng kecil. Alahai, boleh pulak dia tidur macam itu saja eh. Penat sangat agaknya.

Perlahan-lahan tangan Iskandar naik menyentuh wajah isterinya. Perempuan itu kaku ke alam mimpi. "Selamat malam sayang." Iskandar berujar sendiri. Melihat saja wajah Fasha yang tenang, dia tersenyum sendiri. Serentak itu, mulutnya dirapatkan ke telinga Fasha. Ada sesuatu yang ingin dia ucapkan.

"Esok abang tunaikan permintaan sayang. Hehehe."

Saya cuma nak bagitau yang hari ini (7November), tarikh di mana saya dilahirkan di muka bumi ni muehehe. Happy birthday to me!


Sebelum tu, ada tak yang sama tarikh dengan saya? 🙉

Continue Reading

You'll Also Like

290K 14.1K 56
~I hate the way you make me forget about her~ TENGKU DAYREN DANIEL satu nama yang tidak asing di dunia perniagaan. Darah muda yang menjadi jutawan. S...
405K 10K 102
KARL AIDYN ? Mafia yang di takuti semua pengikutnya , kekayaan dan ketampanannya menarik semua perempuan untuk mendekatinya walaupun mengetahui sikap...
944K 31.4K 73
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...
144K 5.6K 58
[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan pel...