Pelepah Emas

By Merci_Misha

4.9K 709 128

Noctu Aviary, terbahagi kepada empat kota utama. Kota Flightwest, Kota Northwing, Kota Aveast dan Kota Feasou... More

Pengenalan
|| Prolog ||
|| 1 ||
|| 2 ||
|| 3 ||
|| 5 ||
|| 6 ||
|| 7 ||
Perhatian
|| 8 ||
|| 9 ||
|| 10 ||
|| 11 ||
|| 12 ||
|| 13 ||
|| 14 ||
|| 15 ||
|| 16 ||
|| 17 ||
|| 18 ||
|| 19 ||
|| 20 ||
||21||
||22||
||23||
||24||
|| 25 ||
|| 26 ||
|| 27 ||
|| 28 ||
|| 29 ||
|| 30 ||
|| 31 ||
|| 32 ||
|| 33 ||
|| 34 ||
|| 35 ||
Noctu Aviary

|| 4 ||

233 37 15
By Merci_Misha

Bunyi pintu rumah diketuk pada waktu tengahari ini mengejutkan penghuni rumah yang sedang enak berehat. Seorang wanita bangkit dari duduknya sebelum menuju ke pintu bagi menyambut kedatangan tetamu yang tiba-tiba itu.

"Welcome?" Wanita itu menjengukkan kepalanya ke luar apabila tiada sesiapa yang berada di luar pintunya. Hairan sungguh.

Setelah itu, dua pelepah yang berlainan warna gugur di hadapan matanya. Serta-merta kepalanya didongakkan ke atas.

Kelihatan seorang remaja sedang tersenyum senget dengan tangan yang menahan dirinya dari jatuh ke bawah. Sayapnya pula kelihatan tersepit di atas kerana tiada ruang untuk dikibarkan.

"Raeya..."

"Ya, makcik?"

"Kau turun sekarang!" Marah wanita itu lalu menarik beg Raeya yang tergantung ke bawah. Tanpa dipinta, Raeya terjatuh menyembah lantai namun sempat melenyapkan sayapnya sebelum dihimpap badannya.

"Apa makcik ni, sakit tahu tak?" Marah Raeya yang baru sahaja duduk lalu mengusap kepalanya.

"Apa ni Aleida, anak buah kita tu." Tegur seorang pemuda kemudian membantu Raeya untuk bangun. Kepala anak buahnya itu diusap lembut sebelum tubuh remaja itu dipeluk perlahan. "Lama tak jumpa, Raeya."

Raeya hanya tersengih sambil membalas pelukan pakciknya itu. "Lama tak jumpa juga, pakcik. Apa khabar?"

Tuan Asher melepaskan pelukan. Dia kembali berdiri di sebelah Puan Aleida sebelum memeluk pinggang isterinya itu. "Baik-baik sahaja di sini. Ayuh, kita masuk ke dalam." Ajaknya.

Dengan gembiranya, Raeya melangkah masuk. Keadaan tempat tinggalnya itu dilihat dengan penuh kagum kerana sudah lama dia tidak pulang demi melanjutkan pelajaran. Tiada banyak perubahan pun di situ.

"Okey, kenapa datang sini tiba-tiba?" Soal Tuan Asher sebaik sahaja mereka semua berjaya mengambil tempat duduk di ruang tamu.

Wajah Raeya yang tadinya tersenyum kini bertukar serius. Dia segera menyeluk begnya lalu mengeluarkan sehelai kertas yang mengandungi beberapa soalan.

"Saya nak tanya tentang keluarga saya. Berkenaan pekerjaan papa yang dahulunya merupakan seorang Pyromancer dan mama yang tidak saya tahu asal-usulnya. " Tutur Raeya seraya menekan pennya. Matanya tidak lepas daripada memandang kedua-dua penjaganya itu.

Tuan Asher dan Puan Aleida saling berpandangan. Jelas terpampang riak risau pada wajah masing-masing.

"Sebenarnya, mama kamu-"

Kring!

Deringan daripada alat komunikasi mengganggu perbincangan mereka pada hari itu. Tanpa membuang masa, Raeya segera mengangkat panggilan video daripada sahabatnya. Wajah Raeya berubah tatkala terlihat suasana universiti yang sedikit riuh daripada panggilan video tersebut.

"Taikuri, kenapa tak hantar surat? Alat komunikasi hanya digunakan pada waktu penting sahaja." Tutur Raeya bagaikan ingin marah. Taikuri ditenungnya garang.

Taikuri yang pada mulanya sedang membelakangi Raeya segera berpaling dan menggertak. "Tak nampak ke keadaan universiti kita macam mana? Kot ya pun nak hantar surat, aku bukannya tahu kau dekat mana!"

"Okey, okey. Apa jadi sebenarnya?" Tanya Raeya lembut bagi menenangkan Taikuri yang sedikit kalut.

"Nampak tak ni?" Soal Taikuri sambil menunjukkan beberapa helai bulu pelepah bewarna emas yang berada di atas dataran universiti. "Semua ni sebiji yang macam kita jumpa dekat Flightwest."

Mata Raeya membulat melihat setiap pelepah itu. "Woah, maksudnya memang adalah orang yang bersayap emas?! Lagipun, aku memang dekat hujung Kota Flightwest sekarang ni. Dekat rumah makcik dan pakcik aku." Balasnya, teruja.

Puan Aleida yang turut menonton perbualan dua pemuda itu terus mengambil tempat di sebelah Raeya. "Taikuri." Panggilnya.

Taikuri mengalihkan perhatiannya pada wanita yang memanggil itu. Meskipun wanita itu tiada di situ, dia menundukkan kepala sebagai tanda hormat. "Hai, makcik Aleida!"

"Hai!" Balas Puan Aleida mesra bersama lambaian. Tiba-tiba sahaja, tangannya mengeluarkan sehelai pelepah emas dan menunjukkannya pada Taikuri. "Rupa pelepah-pelepah tu macam ni ke?" Soalnya.

Raeya dan Taikuri menarik nafas kuat kerana terkejut. Bagaimana makcik itu boleh mendapatkannya sedangkan dia berada di sini?

"Mana... Makcik dapat?" Soal Taikuri, sedikit terkejut.

Kerutan di dahi jelas terlihat pada dahi Tuan Asher yang melihat pelepah yang berada di tangan isterinya itu. Puan Aleida pula merenung serius ke arah Raeya.

"Makcik dapat ni daripada Raeya. Tadi masa dia sampai, bukan sahaja pelepah kelabu yang gugur malah pelepah emas sekali." Selepas itu, muncul pula pelepah bewarna kelabu pada tangan Puan Aleida.

Diam. Tiada sesiapa yang mampu bersuara.

"Kalau benar..." Taikuri berpaling pada Raeya. "Kau akan diburu, Raeya. Pihak universiti dah pun panggil pegawai khas untuk menyiasat kehadiran pelepah emas ni." Ujarnya serius, menerbitkan rasa seram sejuk pada setiap bahagian tubuh Raeya.

Raeya pada mulanya ingin mengeluarkan sayapnya namun berasa takut apabila pelepah emas dalam pegangan makciknya itu dipandangnya. Jika benar, mampukah dia untuk menerima kenyataan?

"Taikuri, kamu datang sini boleh?" Tuan Asher bersuara setelah semua tidak mampu untuk berkata apa.

Anggukan laju Taikuri berikan buat pakcik sahabatnya itu. "Baik, nanti saya sampai."

☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆

Setelah hampir setengah jam menunggu, akhirnya insan yang ditunggu hadir menjenguk ke muka pintu. Taikuri sempat bersalaman dengan Tuan Asher dan Puan Aleida sebagai tanda hormat terhadap mereka yang lebih tua.

Tempat kosong di sebelah Raeya diambil Taikuri. Sambil itu, dia sempat memberikan senyuman kepada Raeya yang sedang memandangnya.

"Jadi, kenapa makcik dan pakcik panggil dia ke sini?" Soal Raeya, tidak berkenan dengan kehadiran sahabatnya itu.

Tuan Asher kembali duduk ke atas kerusi, menghadap dua orang remaja itu. Kepalanya ditolehkan kepada isterinya yang mengambil tempat di sebelah sebelum berpaling ke arah Raeya dan Taikuri semula. Tangannya disatukan kemudian diletakkan di bawah dagu sebagai tongkat.

"Kamu berdua... Nak sertai quest tak?" Soal Asher, penuh serius.

Sebagai orang muda, ajakan untuk menyertai sesuatu 'quest' sentiasa mengujakan. Pengembaraan yang dirasai, acara lawan yang bakal mereka tempuhi serta pelbagai jenis benda baharu akan dijumpai. Semuanya pasti akan menimbulkan rasa teruja buat sesiapa sahaja.

Lagi-lagi mereka yang masih mentah dalam menyertai 'quest' ini. Hal ini demikian kerana, mereka masih lagi belajar dan masih belum boleh untuk keluar mengembara sesuka hati.

"Gila tak nak! Pastilah nak!" Raeya membalas dengan bersemangat sekali. Taikuri yang berada di sebelah pula terangguk-angguk setuju.

Senyuman nipis tersungging di bibir Tuan Asher melihatkan reaksi kedua sahabat itu. Pengembaraan yang bakal diberikannya bukan kecil-kecil, malah besar sekali. Setiap pintu, portal, rahsia dan punca kuasa bakal dibongkarkan dengan menyertai 'quest' ini.

"Quest yang bakal diberikan ini, demi kebaikan kamu ya Raeya. Pakcik dan makcik sudah berjanji untuk tidak masuk campur akan hal keluarga kamu. Maka dengan ini, pakcik akan gunakan peluang ini untuk berikan kamu masa untuk cari identiti kamu sendiri."

Raeya mengerutkan dahinya setelah kata-kata itu dilontarkan oleh pakciknya itu. Identiti? Adakah dirinya yang sekarang ini, bukan dia yang sebenar?

"Adakah ia..." Taikuri mengeluarkan sehelai pelepah emas. "Ada kena mengena dengan pelepah ini?" Soalnya.

Soalannya itu dijawab dengan anggukan yakin oleh Tuan Asher.

"Buat pertama kalinya pakcik sendiri yang bagi quest dekat orang. Biasanya pakcik sendiri yang pergi quest. Tapi sebab dah tua ni ha, tak larat dah nak ikut mengembara dengan mereka yang darah muda." Tutur Tuan Asher jujur, mengundang tawa mereka semua di situ.

Puan Aleida diarahkan oleh Tuan Asher untuk mengambil segulung kertas yang berada di atas almari tidak jauh dari mereka. Gulungan kertas yang telah diambil itu dibuka dan dibentangkan ke atas meja.

Warna kertas yang sudah seperti warna teh itu menunjukkan bahawa kertas itu sudah lama disimpan. Bentuk peta yang tidak asing di atasnya ditunjukkan pada mereka berdua.

"Inilah peta Noctu Aviary." Terang Tuan Asher. "Noctu Aviary ada empat kota kecil yang mana setiap daripadanya mempunyai kerajaan tersendiri."

"Kota utama negara kita ialah Kota Flightwest, tempat yang kita duduki sekarang. Kota yang kaya dengan jualan pelbagai jenis teras alchemy, bahan ubat-ubatan serta senjata lawan."

Kini, bermulalah kisah berkenaan negara Noctu Aviary yang mana bakal membosankan Raeya dan Taikuri.

Namun, demi menyertai quest yang bakal diberi, terpaksalah mereka menadah telinga untuk mendengar. Kepada mereka yang membaca, haruslah mereka buka mata luas-luas dan memahami setiap bait kata si Tuan Asher.

"Kedua, Kota Northwing yang sentiasa dikunjungi ramai mage dan necromancer kerana tempat itu banyak pasaran gelap. Jangan risau, penduduk di sana tidak jahat. Cuma gemar melanggar undang-undang. Itu sahaja."

Raeya melihat wajah Tuan Asher yang menerangkan kota itu dengan senyuman. Dia sudah sedia maklum bahawa pakciknya itu berasal dari Kota Northwing. Maka dengan itu, dia ketawa di dalam hati kerana tidak berani untuk mengata pakciknya itu depan-depan.

"Seterusnya ialah Kota Aveast. Tempat tinggal makcik." Sambung Puan Aleida pula. "Aveast merupakan kota yang menyeronokkan kerana terdapat banyak rumah kecil dan bangsal. Boleh dikatakan Aveast merupakan kota sumber tanaman dan ternakan negara kita."

Anggukan faham Taikuri berikan. Dia juga pernah melawat kampungnya di Aveast. Jadi, dia sangat faham dengan keadaan kota itu yang amat damai.

"Akhir sekali, Kota Feasouther. Kota yang sangatlah biasa dan tak ada benda yang menarik sangat di sana." Itu sahaja yang diceritakan oleh Tuan Asher berkenaan kota itu.

Di hujung kertas yang mengandungi peta itu, Tuan Asher menuliskan beberapa perkara penting sebelum menggulung peta itu semula dan dihulurkan pada Raeya. Sambil mengangguk yakin, Raeya menyambut huluran tersebut.

"Baiklah!" Tuan Asher menepuk tangannya kuat. "Quest kamu berdua bermula dengan... Bertemu Nicholas di bengkelnya."

"Pula dah." Keluh Raeya sambil menepuk dahinya. Dia baru sahaja bertemu dengan lelaki tua itu beberapa hari lepas. Kena pula berjumpa dengannya lagi.

Sudahlah dia sudah memperdaya lelaki itu dengan bayaran pelepah emas yang dijumpainya. Ini pula bertambah fakta bahawa pelepah emas itu hadir daripada sayapnya!

Taikuri bangkit dari duduk lalu meminta diri untuk bergerak keluar. Tuan Asher dan Puan Aleida turut berlalu keluar bagi memberikan semangat buat dua remaja itu.

"Sampai sahaja di bengkel sana tu, jangan lupa beli stock makanan dan keperluan di gerai berdekatan. Berkenaan universiti kamu, pakcik akan cari alasan dan hantarkan surat. Bahaya kalau Raeya balik sekarang ni." Pesan Tuan Asher.

Raeya menyarung kasutnya pantas. Dia segera berdiri di tengah halaman seraya bercekak pinggang.

"Sebelum tu..." Ucapnya kemudian melebarkan sayapnya dengan gah. "Ada sedikit kelainan?" Soalnya.

Wajah ketiga-tiga insan yang berdiri di belakangnya itu terus sahaja berubah.

"Di sebalik pelepah kelabu yang memenuhi sayap kau ni, aku dapat lihat beberapa pelepah warna emas. Biasanya kalau sayap kelabu ni, campuran hitam dan putih. Tapi kau ni Raeya, mak ayah kau punya sayap warna apa?" Tanya Taikuri yang sibuk meneliti sayap sahabatnya itu.

Jongketan bahu Raeya hadiahkan buat Taikuri. Dia memandang ke arah makcik dan pakciknya yang sudah menjaganya sejak kecil tetapi, kedua-duanya sekadar menggeleng menandakan mereka tiada jawapan untuk itu.

"Baik kau, jangan terbang. Bahaya kalau ada orang nampak." Saran Taikuri dalam nada sedih. Dia amat faham dengan perasaan Raeya jika diarahkan begitu kerana sahabatnya itu benar-benar gemar menggunakan sayapnya.

Raeya melepaskan keluhan perlahan. Sayapnya lekas dilenyapkan semula.

"Ah, aku tak ada masa nak sedih-sedih sekarang ni. Jomlah kita pergi bengkel Datuk Nicholas. Terima kasih ya makcik dan pakcik atas informasi yang tak menarik dan tak seberapa." Ujar Raeya lalu berlari pantas meninggalkan kediaman itu diikuti Taikuri yang mengejar dari belakang.

Puan Aleida sudah mengetap giginya geram. "Ish budak ni kan, mulut tak reti jaga langsung!" Marahnya sendiri.

Sambil memerhati larian anak buahnya itu, Tuan Asher tersenyum sendiri.

"Biarlah dia. Biar dia gembira dulu sebelum tahu kebenaran yang bakal menghilangkan senyuman dia satu hari nanti."

Continue Reading

You'll Also Like

89.2K 5.7K 60
BOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus me...
20.8K 1.4K 21
Better korang baca s1 dulu. kang,tak paham pulak. hye,guys ! I'm back with S2 of Princess Verellyn. Author cikzul akan tunaikan permintaan anda di S...
12.7K 944 47
Karakter yang ada didalam novel saya menceritakan gadis muda yang termasuk dalam sebuah dunia novel yang dibacanya. Gadis tersedut telah menjadi Pute...
268K 1.7K 6
Kisah kehidupan pasangan muda yg berjiran