MRS HARRAZ! [ S1+S2 ]✔️

By _sabbrinaaa_

677K 26.6K 1.4K

[COMPLETED FOR SEASON 1 AND SEASON 2] Sabrina Arissa dan Harraz Hazrief Kahwin!!! Yang sorang jenis hyper yan... More

01
02
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56 (ending)
special chapter
me nak cakap🤙
ready for season 2.0?
chapter 1 S2
chapter 2 S2
chapter 3 S2
chapter 4 S2
chapter 5 S2
chapter 6 S2
chapter 7 S2
chapter 8 S2
chapter 9 S2
chapter 10 S2
chapter 11 S2
chapter 12 S2
chapter 13 S2
chapter 14 S2
chapter 15 S2
chapter 16 S2
chapter 17 S2
chapter 18 S2
chapter 19 S2
chapter 20 S2
chapter 21 S2
chapter 22 S2
chapter 23 S2
chapter 24 S2
chapter 25 S2
chapter 26 S2
chapter 27 S2
chapter 28 S2
chapter 29 S2
chapter 30 S2
chapter 31 S2
chapter 32 S2
chapter 33 S2
not an update
chapter 34 S2
chapter 35 S2
chapter 36 S2
chapter 37 S2
chapter 38 S2
chapter 39 S2
chapter 40 S2
chapter 41 S2
chapter 42 S2
chapter 43 S2
chapter 44 S2
chapter 45 S2
chapter 46 S2
chapter 47 S2
chapter 48 S2
chapter 49 S2
chapter 50 S2
Epilogue
HEART STORY

03

10.1K 337 5
By _sabbrinaaa_

Klinik dalam kem askar.

Harraz pov.

"Bila cedera ni?" Tanya Dr. Hazira, salah satu doktor yang bertugas dalam kem askar.

"Hari tu masa Harraz bertugas," kata aku jujur.

"Nampak macam teruk," Dr. Hazira memandang Harraz. Harraz tersenyum kecil.  

"Harraz kenapa baru datang hari ni, semalam kan dah balik sepatutnya terus jumpa akak. Boleh kena jangkitan kuman tahu tak?" Dr. Hazira hanya menggeleng kepala perlahan.

"Adik Harraz masuk hospital." Jawab aku perlahan.

"Allahuakbar! Sakit ap-" Belum sempat Dr. Hazira habis kan percakapan dia, tiba-tiba pintu dikuak dari luar.

"Doktor ada patient dekat luar!" kata pembantu Dr Hazira.

"Ramai ke?" tanya Dr. Hazira

"Ada dalam empat lima orang macam tu," jawab pembantu tu. Dr. Hazira mengangguk.

"Okey, boleh cakap dekat diorang tunggu sekejap?" Pembantu itu terus mengangguk lalu terus keluar. Pintu ditutup semula.

"Akak tinggal cuci luka jek ni, Harraz tunggu sekejap boleh? Akak settle kan patient luar dulu." Jahitan terakhir Dr Hazira di kemaskan.

Lagi sekali pintu yang sama dikuak untuk kali kedua. Aku dah Dr Hazira pandang ke arah pintu serentak.

"Ops sorry! Ada patient dekat dalam ingat baru nak mula," kata gerangan yang hadir tadi. Kepala aku ditoleh kan menghadap ke hadapan.

"Hah alang-alang dah datang tolong cuci luka patient akak ni, akak ada ramai patient kat luar!" Dr. Hazira meminta pertolongan dari orang tu membuatkan aku mengerutkan dahi.

Sejak bila dia ada pembantu lagi?

Aku nampak Dr. Hazira dengan seorang perempuan berdiri di hadapan aku. Mata dia tak lepas memandang aku membuatkan aku rasa tak selesa.

Dah kenapa pulak minah ni, buang tebiat agaknya? Pandang orang macam nak makan.

"Harraz ni adik ipar akak, dia pon doktor jugak. Memandangkan hari ni macam tak cukup kaki tangan, akak minta tolong dia boleh?" Soal Dr. Hazira lembut.

"Ouhh o-okey," aku sedikit tergagap. Mata aku memandang perempuan itu. Dia still dalam keadaan yang sama. Pandang aku macam nak makan. Aku terus mengalihkan muka.

"Okey lah, akak keluar dulu,"

Lagi sekali aku curi memandang dia.

Serius lah mata dia memang tak boleh alih ke? Tak selesa lah.

_______

Ina pov

Ya Allah!

Aku tak percaya manusia di depan aku ni bunian ataupun orang?

Perfect sungguh.

MasyaAllah.

"Ina tolong akak boleh?" Soal Kak Zira. Aku memandang Kak Zira. 

"Of course!" Kata aku teruja.  Aku tersenyum lebar.

Gila kau tak nak! Macam ni aku pon nak bukak klinik sendirilah, ramai mamat hensem boleh jumpa. Alang-alang sekali buat jodoh terus.

Mak pon dah bising aku tak cari-cari jodoh. Adik aku pon dah tunang ni kakak dia single mingle lagi. Tapi aku bukan tak laku ea, cuma aku yang tak mau.

"Akak  dah jahit, tinggal nak cuci. Ina tahu nak buat apakan so macam gitu akak keluar dulu," Aku hanya mengangguk kan sahaja. Lepas tu Kak Zira terus keluar.

Kerusi dekat depan crush aku ni ditarik!

Larhhhh tiberrr!

Baru jumpa dah jadikan crush.

Kau tengok!

Kau tengok!

Perlahan-lahan punggung aku dilabuh di atas kerusi tersebut. Dengan penuh sopan santunnya aku duduk.

Wehhh sumpah lah mata aku ni buat hal, dia tak bagi aku tengok tempat lain selain muka kacak dia! Sila bincangkan?

Lama aku menatap dia sebelum dia bersuara keras ke arah aku.

"Nak cuci ke nak berangan?" Soal dia dingin. Aku terus terkedu. Mata aku terkedip-kedip memandang dia.

Fuhh tak boleh bawak main-main dia ni! Garang!

Aku cepat-cepat mencapai barang-barang yang sudah tersedia untuk mencuci luka.

Jantung aku berdegup laju. Adakah ini dinamakan cinta? Arhh! Tolong aku!

Aku dengan penuh berhati-hatinya memulakan kerja aku.

Baju dia diselak perlahan-lahan. Dia turut memberi bantuan untuk memegang baju dia.

Benda pertama aku lihat, bukan luka dia tapi roti dekat perut dia.

Six pack cukup nyah! Memang perfect nak jadi ciri-ciri shuben material ni.

Astaghfirullahalazim. Cepat-cepat aku menggeleng kan kepala.

Ina fokus bukan tengok tuh tengok luka.

Nampak macam 7 atau 6 jahitan ni. Bapak arhhh mamat ni buat apa siut. Bukan kaleng-kaleng ni.

Nak tanya ke tak eh?

Aku buat keputusan untuk tanya waktu dah habis cuci. Okey!

Suasana sunyi lagikan murni, buat aku tak selesa bro.

Kapas yang terakhir tadi aku buang dalam tong sampah.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"
Aku bertanya dengan penuh berhati-hati lemah lembut sambil mengemas barang-barang yang digunakan tadi.

"Bukan urusan kau!" Kata dia dingin. Aku terkejut dengan balasan dia. Baju yang diselak tadi terus dia tutup pastu dia terus turun dari katil and terus blah tanpa melihat muka cantik aku. Eh!

Mulut aku ternganga melihat layanan dia ke arah aku. I just like wow!

Aku cakap dah teramat sopan dah, tata tertib cukup tapi dia layan aku macam aku tak wujud gaes. Nak nanes!!!

Betullah tak boleh dibawak main dia ni.
Sempat aku kerling dekat kad atas meja kak Zira. Aku mengecilkan mata.

Perlahan-lahan senyuman aku terukir panjang.

Harraz Hazrief.

Nama yang elok tertulis di rekod pesakit itu ditatap dengan senyuman yang terlalu teruja.

Nice name!

Tersenyum buat kali ke berapa entah untuk encik crush yang digilai!

Aku pon apa lagi keluar jugak lah. Nak lepak dengan kak Zira dia macam busy. Aku buat keputusan untuk balik rumah dia jek lah. Ruang mesej aku dengan dia ditekan. Aku menghantar chat memaklumkan bahawa aku sudah pulang ke rumah dia.

For your information, kak Zira tinggal  dalam kem ni dengan abang aku. Walaupun diorang tak berkhidmat sebagai askar kat sini, kak Zira ditugaskan untuk handle klinik di sini. So, dia kenalah duduk sini.

Abang aku pulak Danial Haziq nama diberi, dia handle company bapak kak Zira. Lepas jek kematian arwah bapak kak Zira,  abang aku ambil alih sepenuhnya, tetapi nama company still atas nama kak Zira.  Arwah tak ada family lain selain kak Zira.

Kak Zira pulak bukan dalam bidang bisnes, dia tidak tahu selok belok tentang company yang diusahakan oleh arwah bapak dia. Tak ada pilihan lain selain abang aku yang handle.

Skip.

Waktu aku melangkah menuju ke tempat parking kereta, mata aku terpandang seorang mamat yang lengkap berpakaian sukan.

Aku mengerutkan dahi.

Macam ku kenal? Bila dipandang lama-lama, aku baru tersedar siapa dia.

Encik crush aku! Aku menekup mulut tak percaya.

Dia tengan stretching. Seriously mamat ni?

Pala otak dia! Perut baru lepas kena jahit dia  nak bersukan. Aku menepuk dahi aku. Aku berdecit halus.

Tanpa membuang masa, aku memberanikan diri untuk datang ke arah dia. Nak bagi nasihat!

"Assalammualaikum." Aku beri salam dengan berhati-hati. Dia ni bukan boleh dibawa main.

Dia pandang aku atas bawah kemudian dia sambung semula stretching badan.

"Waalaikumsalam." Dia menjawab sambil mengalihkan muka dari memandang muka aku.

"Awak nak buat apa ni?" Soal aku dengan penuh berhati-hati. Dia diam!

Aku mengetap bibir.

"Awak kan baru lepas kena jahit!" Kata aku sambil mengangkat kening. Dia masih sama, diam dan meneruskan aktiviti dia.

Aku menggigit bibir.

"Awak tahukan jahitan tu baru," kata aku.  Dan buat sekian kalinya, dia masih sama tidak menyahut dan terus memilih untuk berdiam.

Aku mengetap rahang geram. Tangan mula naik bercekak pinggang. Pantang betul tahu tak kalau cakap dengan manusia seperti cakap dengan benda. Contohnya ada di depan dia sekarang ni.

"Nanti kalau terbukak macam mana. Bahaya tau, kalau tak jaga. Silap-silap boleh kena jangkitan. Awak jangan main-main dengan benda macam ni," mood membebel aku sudah bermula.

Kali ni muka aku serius dah betul-betul berubah geram. Aku membuat muka tak percaya apabila dia lansung tak melayan bebelan aku.

Aku berdecit.

"Awak?" Aku memanggil dia.

Dia still selamba teruskan niat dia yang memang nak mintak pelempang aku ni. Tangan memang dah get ready dah ni.

Sabar Ina! Aku menarik nafas panjang.

"Hello! Adakah saya ber cakap dengan tiang elektrik depan kita ni?" Soal aku mula naik bengang. Dia pandang aku dan satu jelingan tajam diberi. Aku terus terbungkam dan mulut aku ternganga.

Selepas dia siap memanaskan badan, dia memusingkan badan dia menghadap aku yang sedang bercekak pinggang ni.
Muka dia ditayang riak selamba.

Perlahan-lahan dia melangkah setapak demi setapak mendekati aku yang tadi hanya berdiri 5 meter dari dia.  Sesampai sahaja dia di hadapan aku, muka dia perlahan-lahan di dekat kan dengan aku muka aku.  Almaklumlah pendek.

Aku kau jangan tanya lah.

Ya Allah sesungguhnya jantung aku macam nak terkeluar. Kaki aku pon dah gigil. Badan aku terus kaku tak bergerak.

Dia nak buat apa ni?

Please lah. TACOD.

Bila muka dia betul-betul berhenti dekat dengan telinga aku, dia memulakan sesi ayat mintak penumbuk, penampar dan seangkatan dengannya.

"Bukan urusan kau, perlu ke aku nak ingatkan banyak kali!" Suara dia dingin. Mata dia tajam menikam anak mata aku.

"S-saya b-bukan nak campur urusan awak. T-tapi!"

Belum sempat aku habis bercakap apa-apa lagi dia terus meninggalkan aku. Mata aku dikelip kan banyak kali. Tak percaya dengan apa yang baru terjadi.

Aku mengusap dada aku.

"Sabar Ina! Sabar itu separuh dari iman," dada aku diusap lagi. Cuba tenangkan diri.

Bila aku perasan dia seakan jeling aku semasa berlari, hati aku bertukar panas.

Otak dia lah!

Dasar jantan!

Boleh dia berlari lagi.

Lantak kaulah! Malas aku!

Aku ingatkan jek.

Aku sebagai bakal seorang isteri eh seorang doktor perlu lah mengingatkan dia.

Dah lah tak berterima kasih langsung.
Kira untung aku nak bersihkan luka, ingatkan dia jangan berlari.

Tapi apakah daya seketul Sabrina Arissa. Benor dok???

Lantak hengkau lah! Buat sakit otak!

Aku terus meninggalkan tempat tu dan melangkah ke arah tempat parkir kereta dengan geram.

Crush sombong!



To be continued......

Continue Reading

You'll Also Like

884K 35.8K 98
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
3.7M 142K 74
[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini di...
561K 20.5K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
1M 40K 60
[𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] DANIEL HANZ ANAQI × DAMIA IZARA Dikhianati oleh satu-satunya orang yang dipercayai dan dijual menjadi pelacur murahan d...