My Adore, Dr. Annoying

Galing kay liahhanaa

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... Higit pa

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 PROLOG II
🤍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 31🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 38🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 44🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 61🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 65🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 11
🦋Bab 13
🦋Bab 19

Bab 57🤍

1.3K 83 91
Galing kay liahhanaa


_________________________________________________

"Love is like the wind. You can't see it, but you can feel it."
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Siapa Mark?" sekali lagi Hazwini menyoal. Tetapi kelihatan Airil Adryan masih lagi diam tidak berkutik.

"Abang?"

Jeda. Masih lagi seperti keadaan sebelumnya.

Berapa banyak rahsia yang disimpan oleh Airil Adryan masih belum diketahuinya lagi?

"Hana jumpa pendrive ni atas meja tv. Ambil lah! Hana mengantuk ni..."Kata Hazwini sambil menahan mata dari tertutup. Mengantuk. Agaknya, dah pukul berapa sekarang ni?

"Oh..." sahut Airil Adryan. Pendrive  yang dihulur oleh si isteri, di ambil pantas lalu diletakkan dalam poket seluar tracksuitnya. Pelik, bagaimana pendrive ini boleh terlepas di meja televisyen? Takkan benda berjalan kut?

Selang berapa saat, dia mendekati Hazwini yang sudah terlena dalam keadaan tengah berdiri. Bibirnya tersungging senyuman lucu apabila melihat isterinya tidur dalam keadaan seperti itu. Tanpa berkata apa-apa,  Airil Adryan terus mendukung Hazwini lalu mengorak langkah kembali ke bilik beradu mereka berdua.

Sampai sahaja di katil,  perlahan-lahan Airil Adryan meletakkan tubuh Hazwini di atas katil. Comforter  ditarik kemudian menyelimuti  hingga ke paras dada si isteri. Satu ciuman dilabuh didahi  Hazwini yang sedang lena dibuai mimpi. Dia tersenyum walaupun hatinya tak menentu fasal tadi. Hampir sahaja rahsianya hendak terbongkar kerana kealpaan dirinya sendiri. Dalam tak sedar, dia sudah berbaring disebelah Hazwini. Dengkuran halus daripada Hazwini jelas kedengaran membuat dia tersenyum nipis.

"One day, you'll know the truth..." Bisiknya perlahan ditepi telinga Hazwini.

Akhirnya dia pun turut terlena.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"DUDUK sana jauh-jauh lah! Heeee, dasar monster hodoh!"

Hazwini menggeleng kepalanya. Mula dah.

"Kakak! Ambil lah anak hang ni! Gelilah tau tak?! Kenapalah bawa balik monster  hodoh dan gemuk ni ke rumah ibu? Huwaaa," rengek Haziq Raiyyan di tengah-tengah ruang tamu. Kelihatan Haziq Raiyyan sedang berusaha untuk menjauhi dirinya dari Bushi. Ya, Bushi pun balik sebab esok nak raya. Yehaa! Tapi tu lah, ada hamba Allah ni takut kucing pula. Haih...

"Tak nak." Jawab Hazwini selamba. Tangannya cekap  mengisi kuih-muih di dalam balang. Dalam diam, dia tersengih jahat. Sekali sekala dia nak mendera otak adik lelakinya itu.

"Huwaaaa ibu! Tengok kakak ni..."

Pn. Hawa yang turut bersama Hazwini mengisi kuih di balang hanya membuat tidak endah sahaja.

"Meow..." dengan lenggang-lenggok, baka kucing british shorthair itu berjalan ke arah meja makan yang tidak jauh dari ruang tamu. Dimana Bushi menggesel-gesel kaki Hazwini  dibawah meja makan, yang leka membuat kerja. Gaya gedik nak minta sesuatu.

"Bushi nak apa, sayang? Mama tengah buat kerja ni," seakan-akan faham reaksi Bushi, Hazwini berbicara.

Dalam masa yang sama, Haziq Raiyyan menarik nafas lega. Mujur binatang itu sudah pergi mengacau kakaknya itu. Asyik mahu mendekati diri dia sahaja. Geli! Hodoh pula tu.

"Meow, meow, meow..."

Hazwini tergelak kecil begitu Pn. Hawa tatkala Bushi sudah membuat kuak lentang di atas lantai. Jelas kelihatan perut Bushi yang bulat itu.

"Bushi nak apa ni? Pergilah main dengan Abang Haziq tu. Dia suka SANGAT dengan kucing. Terutamanya dengan kucing comel dan gemuk macam Bushi ni. Tak percaya cakap mama? Pergi try main dengan dia. Confirm SERONOK!" Tutur Hazwini dengan riak masih selamba. Perkataan SANGAT dan SERONOK sengaja di tekankan untuk menyakat Haziq Raiyyan. Senyuman sinis sempat diukir olehnya.

"Huh, sah akak aku ni tak betul. Macam lah binatang hodoh tu boleh faham."

"Ehem! Bushi, pergi apa yang mama suruh tu," kata Hazwini dengan tegas kepada Bushi. Seperti faham, Bushi terus berlari kembali ke ruang tamu. Maka, segenap pelusuk rumah ini hanya bunyi kedengaran jeritan 'pondan' Haziq Raiyyan.

"Huwaaa, ibu! Kakak jahat! Tolonglah, ambil binatang ni!!" Jerit Haziq Raiyyan sambil berlari  pantas dari dikejar dari Bushi. Tujuan Bushi, mahu dibelai dan dimanjai sahaja. Bukan nak makan orang pun.

Hazwini sudah tergelak jahat. Pn. Hawa senyap-senyap sudah memakan sebiji baulu tanpa mengedah jeritan anaknya serupa nampak penanggal.

"Sampai hati buat adik begini... Huwaaaa...!!!" Dia berlari sehingga kedepan pintu utama rumah. Itu sahaja peluang dirinya lari jauh dari dikejar binatang hodoh dan gemuk itu.

Pintu dibuka pantas. Tetapi...

"Aduh!"

Mata Haziq Raiyyan terbuntang besar. Bagaimana dia boleh TER... Errr... Eh?

"Haziq Raiyyan! Eeee, kau ni kan!" Marah Fatini geram. Belakang badan lelaki itu ditampar berkali-kali dengan kuat. Suka hati otak dia je nak peluk aku! Dia lebih rela jatuh tergolek di anak tangga dari dipeluk bukan muhrimnya.

"Sorry, sorry!  Ada monster kejar aku tadi. Huwaaa..."

"Meow..."  tanpa sedar Bushi sudah terjengul di tepi pintu rumah seraya menjilat bulu-bulunya itu.

"Heee..." pantas, Haziq Raiyyan menyorok dibelakang Fatini. Seram sejuk dia melihat binatang yang dikatakan sememangnya hodoh dan gemuk olehnya. Bagaimana Abang Airil dan kakaknya boleh membela monster itu? Tak geli ke?

"Ya Allah! Bilalah kau punya trauma ni nak hilang? Daripada  kesian jadi menyampah aku tengok kau ni. Tahu tak?!"

Haziq Raiyyan di belakang Fatini mampu mencebik bibirnya. Matanya menjuling ke atas seraya mulutnya  terkumat-kamit mengajuk leteran perempuan itu.

"Hei,  si comel." Perlahan-lahan Fatini membongkok tubuhnya untuk mencapai Bushi. Baginya baka britsh shorthair  adalah kali pertama dia dapat melihat depan matanya. Selama ni dalam internet atau di televisyen sahaja. Untuk memiliki baka kucing british shorthair sememangnya mahal. Orang yang berkemampuan dapat memiliki kucing ini. Tapi dia tetap bersyukur, kucing kampung yang dibelanya telah banyak menabur bakti kepadanya.

Kucing yang sentiasa menanti dirinya saat pulang dari sekolah. Tika dia berasa sedih dan kemurungan. Kucing itulah yang menjadi peneman dirinya. Dia tersenyum kecil sambil bulu kucing baka british shorthair itu dibelai lembut.

Haziq Raiyyan sudah berlari keluar ke halaman rumah. Lagi lama dia berada disitu, tak fasal-fasal si Fatini itu menyakatnya menggunakan kucing itu. Bukan boleh jangka!

"Eh, Fatini?"

"Eh, Kak Wini?! Rindunya..."

Mereka berdua berpelukan.

"Kenapa Fatini datang malam-malam raya ni? Berani gila keluar tengah malam... Dahlah,  segala bapak jin dan syaitan dah bebas... Buatnya kalau..."

"Tini datang dengan mama!" Pintas Fatini dengan laju. Dari riak mukanya, dia mulai takut mendengar kata Hazwini.

Hazwini tergelak kecil. Niat nak mengusik je.

"Kata datang dengan mama... Tapi akak tak nampak mama Tini."

Tak semena-mena Fatini mencebik. "Tadi dah sampai... Lepas tu mama tertinggal barang kat rumah. Jadi mama suruh Fatini duduk sini dulu," terangnya. Hazwini mengangguk tanda membalas kata-kata gadis itu.

"Wah, banyaknya Abang Airil beli mercun!" Riang Haziq Raiyyan berkata.

Hazwini hanya menggeleng kepalanya mendengar jeritan adiknya itu. Sebenarnya dia memang nak menjerit atau melompat. Siapa tak suka kalau dapat mercun banyak-banyak? Mainlah sampai subuh esok pun. 

"Woi, kak! Tak nak main mercun ke?" Jerit manusia di halaman rumah ini. Heh.

"Kejaplah." Sahutnya. Kemudian pandangannya beralih ke arah Fatini yang khusyuk tenung Bushi serupa nak makan.

"Tini? Tak nak main ke? Jomlah... Akak dah siap buat kerja ni."

"Boleh jugak," jawab Fatini.

"Ibu kakak nak main mercun sekejap... Boleh tak?"

"Hisyh, kamu ni kakak! Dah jadi bini orang pun, sempat lagi kamu ya?"

Fatini hanya tergelak apabila Pn. Hawa sudah membebel kepada Hazwini. Terus sahaja muka wanita itu cemberut.

"Alah, ibu... Bolehlah... Bolehlah... Bolehlah... Bolehlah..."

"Ya, pergilah. Haih kamu ni, kakak."Pn. Hawa malas lagi melayan karenah anak perempuan itu. Terpaksa mengeyakan.

Hazwini tersengih. "Jom Tini!"






•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

PINTU bilik ditutup rapat. Sekilas matanya mengerling susuk tubuh sedang lena diulit mimpi. Jam didinding menujukkan pukul satu pagi. Tak semena-mena dia menguap besar. Melayan ibu mertua, papa, mama dan kembarnya itu bersembang, rasanya sampai tahun depan memang takkan habis! Lagipun Tan Sri Arshad Alteeza, Puan Sri, Izna Arlina serta Aqil Aryan baru tiba ke sini dalam pukul dua belas setengah pagi tadi. Nasiblah. Sudah esok pagi, raya pertama. Dan esok pagi jugalah dia kena bersiap-siap awal untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Baju melayu berwarna merah merun serta kain pelikat ditanggal dengan selamba. Tinggal boxer sahaja yang dipakainya. Dia lebih suka keadaan seperti itu ketika hendak tidur. Selesa.

"Raya... Raya... Wah, banyaknya duit raya Hana dapat!" Sempat lagi telinganya mendengar bicara isterinya. Mengigau. Airil Adryan tergelak kecil. Penat sangatkah main mercun sampai termimpi-mimpi ni?

"Hana..."

"Eh?" Hazwini mencelikkan matanya tatkala terdengar seseorang menyeru namanya.

"Sempat lagi mengigau ya?"

Hazwini terkebil-kebil seketika. Daripada berbaring terus bangun. Matanya tunak memandang ke arah Airil Adryan yang separuh berbogel itu.

"Abang? Eh? Astagfirullahalzim..." spontan dia memejamkan mata. Mukanya tiba-tiba berbahang panas. Tak betul ke suaminya itu? Pakai benda tu je?! Eh... Tapi, sebelum ni macam itu juga. Huh, Wini yang kau acah-acah malu ni dah kenapa?

"Why, sweetheart?"

Lantas Hazwini berdehem untuk menutup malunya.

"Blushing?" Soal Airil Adryan seraya mengukir senyuman nakal dan kacaknya. Dalam tak sedar, lelaki itu sudah menyelinap masuk dalam comfoter.

"Jangan nak mengarut!"

"Tak boleh percaya ni..."

"Mana ada lah!"

"Eleh, tipu. Cakap jelah."

"Betullah. Mana ada Hana blushing! Apa barang nak blushing-blushing  pepagi  buta ni."

"Hana cakap betul. Betul lah tu." Jawab lelaki itu. Tidak mahu mengalah.

"Ya Allah... Haih."

Kelihatan Airil Adryan tersengih. Suka lah tu mengusik orang!

"Assalamualaikum. Nak tidur... Tata! Selamat hari raya..." lantas Hazwini membaring dirinya lalu memejam mata rapat-rapat.

"Eh? Where's goodnight  kisses?"

"Entah. Ke dapur kut?" Loyarnya.

"Main-main eh? Okey lah. Takpelah." Tutur Airil Adryan seakan-akan nak merajuk.

Ingin sahaja dia ingin membaca doa tidur, terasa ada sesuatu yang sejuk melekap pada pipinya.

"Sorry... "

"It's okay. Just sleep tight, sweetheart. Baca doa dulu sebelum nak tidur." Katanya lembut.

"Dah..."

"Good. Dormi bene (sleep well) Assalamualaikum."

Akhirnya mereka berdua masing-masing sudah lena diulit mimpi. Tidak sabar menanti hari esok. Yeay, raya!








"Biarkan bintang menjadi teman, di dalam mimpiku berkhayal... Biarkan bintang  menjadi  teman, jadikan malam ku sempurna..."

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

943K 30K 68
Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah seperti 'perempuan'. Baginya mempunyai...
35.8K 3.6K 40
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
37.6K 1.8K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...
686K 39.5K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...