HERO SEORANG REPORTER

By thectyyy

90.3K 5.9K 233

Wedding swordbearer! Kahwin dengan Leftenan! Itulah impian kecil yang sering diimpikannya. Siapa sangka dahu... More

HSR 1
HSR 2
HSR 3
HSR 4
HSR 5
HSR 6
HSR 8
HSR 7
HSR 9
HSR 10
HSR 11
HSR 12
HSR 13
HSR 14
HSR 15
HSR 16
HSR 17
HSR 18
HSR 19
HSR 20
HSR 21
HSR 22
HSR 23
HSR 24
HSR 25
HSR 26
HSR 27
HSR 28
HSR 29
HSR 30
HSR 31
HSR 32
HSR 33
HSR 34
HSR 35
HSR 36
HSR 37
TIOMAN ISLAND❤
HSR 38
HSR 39
HSR 40
HSR 42
HSR 43
PENGHARGAAN
BERITA CTYYY ❤

HSR 41

1.8K 107 9
By thectyyy


""Kuat itu saat kita redha setiap takdir Tuhan yang tidak seperti kita inginkan🌈" -nureenakamar-

 🌷🌷🌷

Saat sepasang kaki miliknya mendekati kawasan perkuburan itu, dia memandang ke arah suatu tempat dengan tatapan kosong. Hatinya masih tidak dapat menerima dengan apa yang sedang berlaku.

Terasa baru sahaja mereka bertemu kembali. Kini Sang Pencipta menarik semula nyawa salah satu hamba-Nya yang dia cintai.

Masih belum puas rasanya dia menjalani hari-hari dengan lelaki itu. Masih banyak perbualan yang belum mereka bualkan. Masih banyak juga perkara yang dia belum sempat lakukan bersama lelaki yang dia cintai itu.

Nama yang terukir kemas di batu nisan itu ditatap lama olehnya. Tangannya mengusap perlahan batu nisan itu. Air matanya mula mengalir perlahan sebelum bertukar esakan.

"Min apa khabar?" Soal Akamar sendirian. Hatinya bergejolak inginkan jawapan dari mulut lelaki itu. Namun dia sedar, yang pergi pasti tak akan kembali.

"Min ok tak kat sana? Mar kat sini baik-baik aje. Mar rindu sangat dengan Min. Benda ni semua sebab Mar kan? Kalau Mar tak jadi wartawan kan bagus. Kita tak akan dipertemukan semula dengan cara yang macam ni. Dan yang paling penting, kita tak akan terpisah dengan cara yang sadis macam ni."

"Kali ini, kita tidak lagi dipisahkan oleh jarak dan waktu. Melainkan kita dah terpisah jauh sangat Min. Mar minta maaf sangat sebab tak sempat nak bahagiakan Min. Mar rasa terkilan sangat. Kenapa Min pergi terlalu awal? Min suruh Mar tunggu kan? Lama dah Mar tunggu. Tujuh tahun Mar tunggu but now? Apa semua ni Min? Kenapa awal sangat Min tinggalkan Mar?" dirinya sangat lemah tika ini. Kehilangan seseorang yang amat disayangi selepas keluarganya merupakan pukulan terbesar buat dirinya.

"Nureen Akamar. Jangan pernah salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Ingat Mar! Setiap yang berlaku di dunia ini adalah aturan terbaik dari-Nya. Allah Maha Mengetahui segalanya. Jangan pernah ragui kekuasaan Dia. Min tak pernah salahkan Mar atas apa yang berlaku. Justeru Min bersyukur sebab masih diberi peluang untuk membahagiakan Mar walau seketika. Bangun sayangku. Dunia masih memerlukan Mar. Selamat tinggal," suara yang tidak asing menegurnya dari belakang. Muhaimin sedang berdiri jauh darinya. Senyuman manis terukir di bibir lelaki itu.

Akamar perlahan-lahan bangkit. Dia mahu mengejar lelaki itu. Dia tidak akan lepaskan kesempatan ini.

"Min! Min jangan tinggal Mar dah... Mar tak nak hilang Min. Jangan tinggal Mar dah tau!" bersungguh-sungguh Akamar berkata. Kakinya laju melangkah ke arah lelaki itu. Anehnya semakin dia kejar, semakin jasad itu menjauh dari pandangannya.

Muhaimin hanya tersenyum tenang dan melangkah menjauhi gadis itu. Akamar cuba mendekati tetapi dia tidak mampu.

"Min! Min!"

💜💜💜

"Macam mana doktor keadaan kawan saya?" soal lelaki berseragam tentera itu kepada doktor bertugas. Debu-debu yang tersisa di pakaiannya menandakan sudah sejak tadi dia menunggu rakannya.

"Buat masa ni kami sedang mencari penderma darah untuknya. Pesakit mengalami kehilangan banyak darah akibat tikaman yang dalam di pahanya. belum lagi beberapa luka lain yang ada pada tubuhnya."

"Dia akan selamat kan, doktor?" Soal lelaki itu cemas.

Doktor tentera itu menghela nafasnya.

"Insha Allah kami akan cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan pesakit," jawab lelaki itu. Hakikatnya peratus untuk selamat adalah 50-50. Semoga ada keajaiban buat perwira ini.

Lelaki tadi hanya mengangguk perlahan. Dia menghenyakkan punggunggnya di kerusi yang disediakan.

Drut! Drut!

Bunyi telefon bimbit di poket seluarnya berbunyi. Dia melihat sekilas sang pemanggil.

Qaseh😘

"Hello Arif. Kau kat mana ni? Macam mana keadaan Muhaimin sekarang?"

"Hello Qaseh. Saya masih ada di hospital kami. Muhaimin sekarang masih dirawat. Macam mana keadaan Mar? "

"Mar baru sedarkan diri. Tapi lepas sahaja dia sedarkan diri dia terus tanya pasal Muhaimin. Dia menangis tak berhenti ni sebab takut Min kenapa napa. Sebab tu aku call kau ni,"

"Cakap pada Mar yang Is akan selamat. InshaAllah tiada apa yang berlaku pada Is. Doa yang baik-baik," balas Arif. Jujur, dia sendiri tidak boleh meramalkan apa yang akan terjadi. Hatinya tidak putus-putus memanjatkan doa kepada Allah agar memudahkan segala urusan buat Muhaimin.

"Okey la kalau macam tu. Aku end call dulu. Apa-apa info call me ASAP,"

"Ok Qaseh."

Sejurus memberikan salam, dia memutuskan panggilan.

Dia memandang sayu pintu bilik bedah itu.

"Ya Rabb. Selamatkan sahabatku. Mudahkan jalan-jalan untuk dia kembali sihat. Sesungguhnya kebahagian sedang menanti dirinya."

🌼🌼🌼

Saat semua orang sedang kalut dengan kes penangkapan konco-konco Eagle, ada sepasang manusia yang baru mengecapi kebahagian tika itu.

Si suami menyuakan bayi yang baru lahir itu ke pangkuan isterinya.

"Alhamdulillah. Walaupun sekarang ni Min dengan Mar sedang berperang kat wad, tapi sayang berjaya lahirkan seorang khalifah kecil abang. Terima kasih sayang," ucap Aqif sambil mencium ubun-ubun isterinya.

Masih segar kejadian tadi. Dirinya baru sahaja mendapat berita kedua kawan baiknya dikejarkan ke hospital setelah selesai serbuan ke atas satu kumpulan pengganas. Namun mereka berdua tidak ditempatkan di hospital yang sama. Aqif dan Wani bersepakat untuk menuju ke hospital yang menempatkan Akamar.

Baru sahaja tiba di lobi hospital, isterinya Wani menjerit kuat sambil memegang perutnya.

"Aqif! Sakit perut sayang ni! Baby nak keluar dah ni!"

Tangannya mencengkam lengan Aqif kejap. Muka Aqif tak payah cakap. Kalah kena gigit harimau. Sakit ya amat!

"Annisa Syazwani! Kalau iya pun sakit, lepas cengkaman awak tu. Sakit ni!" Aqif cuba melepaskan lengan isterinya namun gagal. Cengkaman itu lebih kuat menandakan isterinya benar-benar kesakitan.

"Aqif Fansuri! Call doctor now!" Dalam kalut-kalut mereka mujur sahaja ada jururawat yang pantas membantu.

Wani segera dibawa ke labour room. Aqif mengikuti langkah dan menyarung pakaian bedah untuk bersiap menyambut anaknya yang bakal lahir.

Setelah bertarung nyawa selama sejam lebih, maka lahirnya khalifah kecil yang dinamakan Khalif Amir Fansuri. Saat ini, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Aqif saat menyambut anaknya keluar. Perasaan syahdu merajai hati saat dia mengazankan anak lelakinya itu.

Syukur sahaja ketika itu mereka sudah berada di hospital. Dari hendak melawat orang bertukar jadi menyambut kelahiran anak mereka sendiri.

                                  💕💕💕

Pandangan yang entah berapa lama kelam, perlahan-lahan terbuka. Perkara pertama yang menyapa penglihatannya adalah siling putih. Bau ubat nenerjah laju ke rongga hidungnya.

Otaknya masih cuba memproses apa yang terjadi. Ingatannya berputar kepada kejadian itu. Sekarang dia boleh mengagak yang dia telah cedera dan sedang dirawat di hospital.

Belum saja dia sedar sepenuhnya, telinganya tiba-tiba menangkap bunyi aneh. Esak tangisan yang halus menerjah pendengarannya.

'Tak kan baru sedar dah ada hantu kot. Ya Allah. Nauzubillah min zalik.'

Dia perlahan menoleh ke kanannya. Seraut wajah wanita yang dibasahi air mata menghiasi ruangan wajah.

"Mar," panggilnya lemah.

Ya. Esakan gadis itulah yang dia dengar tadi. Bukan yang 'itu'. Kau jangan macam-macam, nasib baik bukan suster ngesot duduk teman kau!

"Ke-kenapa Mar menangis ni? Min dah mati ke?" Soal Muhaimin lemah. Apabila ditanya begitu, semakin lebat tangisan gadis itu.

"Ya Allah Mar. Jangan la cry. Kenapa?" Dia tidak mampu bergerak memandangkan nyeri luka masih terasa.

Akamar pantas menekan butang yang berada di bahagian atas katil lelaki itu. Tidak lama kemudian, seorang doktor yang berseragam tentera serta seorang jururawat masuk ke dalam ruangan itu. Akamar diminta untuk menunggu di luar sebentar sementara mereka menjalankan pemeriksaan terhadap Muhaimin.

Setelah selesai, Akamar masuk kembali ke dalam ruangan tadi.

"Min punya fasal lah. Tahu tak Mar mimpi yang Min dah mati? Bila dah discarge, Mar tengok Min tak bangun-bangun lagi. Sampai hati Min buat macam Mar macam ni," ucap Akamar dengan diselangi tangisan. Entah kenapa murah sahaja air mata gadis itu mengalir.

"Dah berapa hari Min tak sedarkan diri? " soal Muhaimin kepada Akamar.

"Dah nak masuk empat hari Min tak sedarkan diri. Min mimpi apa lama sangat? Penat sangat ke lawan dengan jantan psiko tu sampai kena tidur lama-lama?" bebelan Akamar hanya dipandang Muhaimin dengan senyuman. Akamar yang perasan akan senyuman Muhaimin lantas mendiamkan diri. Terus suasana antara mereka berubah menjadi sedikit canggung.

"Mar minta maaf sangat sebab Mar, Min jadi macam ni. Dan Mar nak ucapakan terima kasih sangat sebab Min dah jadi seorang hero buat Mar," ucap Akamar setelah agak lama mendiamkan diri. Air mata yang masih bertakung cuba ditahan sebaik mungkin.

"Dah Mar. Lap air mata tu. I don't like to look your tears fall down. Alhamdulillah Min selamat dan semuanya dah berakhir."

Akamar mengelap perlahan air matanya. Senyuman manis terukir di bibirnya. Muhaimin hanya tersenyum memerhatikan tingkah Akamar sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain.

'Astaghfurullah Muhaimin! Jaga mata! Nanti Allah jolok mata hang dengan tembaga neraka baru tau! '

Akamar tiba-tiba teringat sesuatu yang masih belum diketahui oleh Muhaimin.

"Min nak tahu tak? Anak Aqif dengan Wani dah lahir. Comel sangat!" Akamar sudah menayangkan riak terujanya. Muhaimin agak terkejut sebelum senyuman terukir di bibir.

"Bila lahir?"

"Hari yang sama kita masuk hospital. Dari nak melawat orang sakit terus dia yang sakit."

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi pintu dikuak dari luar. Dua orang lelaki dan dua orang wanita melangkah masuk ke ruangan itu.

Aqif menolak kerusi roda yang diduduki Wani. Seorang bayi ketika itu sedang nyenyak dalam dukungan wanita itu.

"Amboi. Bukan main sesi jejak kasih dua sejoli ni kan. Sudah-sudah la tu. Biar Amir kenal dengan Uncle Muhaimin dia. Say Hi to uncle sayang." Aqif menyuakan Khalif Amir Fansuri kehadapan Muhaimin sekaligus menghentikan perbualan mereka tadi.

Walaupun agak kekok, dia cuba memegang anak sahabatnya itu. Berdebar juga dia dibuatnya. Ni kalau jatuh ni tak ke naya?

"Tengok tu comel je abang askar ni pegang budak. Nampak dah tu ciri-ciri ayah. Bila lagi bro?" soal Arif tiba-tiba.

"Ewah-ewah kau. Cakap orang lebih. Kau tu bila lagi hah? Tak baik buat Yani tunggu lama-lama," Akamar membidas kata-kata Arif.

"Apahal aku disabit dalam cerita ini? Kau nak gado ke? Takde takde." Yani pula pantas menyampuk.

"Soon." jawab Arif sepatah.

Yang lain hanya tergelak apabila melihat wajah cemberut Yani saat itu.

Dalam diam mereka bersyukur apabila kini semuanya telah berakhir dan kebahagiaan yang diidamkan pasangan itu bakal menjelma.

 

Continue Reading

You'll Also Like

48.2K 2.7K 40
04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jeja...
78.1K 1.8K 47
"Lemah!Kalau kau terus kekalkan standard latihan macam ni,aku terpaksa ambil tindakan " - Harris "Awak jangan cabar saya,leftenan Harris" - Mayra ~ ...
233K 9.4K 57
| This was written when I was 15 n 16, and I know that this story is so cliche but I don't have time nor chances to edit it. But anyway thanks for re...
137K 6.2K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...