HERO SEORANG REPORTER

By thectyyy

90.3K 5.9K 233

Wedding swordbearer! Kahwin dengan Leftenan! Itulah impian kecil yang sering diimpikannya. Siapa sangka dahu... More

HSR 1
HSR 2
HSR 3
HSR 4
HSR 5
HSR 6
HSR 8
HSR 7
HSR 9
HSR 10
HSR 11
HSR 12
HSR 13
HSR 14
HSR 15
HSR 16
HSR 17
HSR 18
HSR 19
HSR 20
HSR 21
HSR 22
HSR 23
HSR 24
HSR 25
HSR 26
HSR 27
HSR 28
HSR 29
HSR 30
HSR 31
HSR 32
HSR 33
HSR 34
HSR 35
HSR 36
HSR 37
TIOMAN ISLAND❤
HSR 38
HSR 39
HSR 41
HSR 42
HSR 43
PENGHARGAAN
BERITA CTYYY ❤

HSR 40

1.7K 100 8
By thectyyy

Di sebalik ketenangan hutan yang menghijau itu, derapan langkah seseorang memecahkan suasana hening. Kakinya dihayunkan mengikut peta yang terlakar di minda.

Sesekali dia membelek jam di tangan kanannya dan kompas digital di tangan kirinya.

Dia kini sedang menuju ke arah sebuah gudang lama yang tidak jauh dari situ. Dirinya semakin menghampiri lokasi tersebut.

Badan direndahkan sedikit apabila menghampiri kawasan gudang itu. Matanya menangkap beberapa lelaki sedang berkawal di pintu masuk. Lelaki-lelaki tersebut juga lengkap bersenjata.

Otaknya mencongak pelurunya dan bilangan pengawal. Dia memilih untuk menyelinap berbanding menembak kerana itu bukan dalam rancangannya.

Muhaimin melalui jalan kecil di tepi gudang itu dan menyusup masuk ke dalam bangunan. Untung saja tiada siapa yang menyedari akan kehadirannya saat itu.

Kakinya dipanjangkan ke tingkat atas.
Matanya diliarkan untuk melihat sekeliling. Clear! Masih tiada tanda-tanda anak buah Zen akan muncul di sekitarnya.

Kawasan di tingkat atas itu dipenuhi dengan bilik-bilik kosong. Dia mencuba membuka kesemua pintu yang ada. Namun hampa. Tiada satu pun pintu yang boleh dibuka.

Klak!

Tangannya laju memulas tombol pintu yang terakhir itu. Hanya ini saja yang boleh dibuka. Dia masuk ke dalam bilik itu dengan perlahan-lahan.

Pak pak pak!

"Interesting Leftenan! Interesting! Kau datang sendiri. Wow! Kau memang sangat berani," ujar seseorang bergema dalam kegelapan. Telinga Muhaimin cuba mencari sumber suara.

"Keluar Zen. Jangan jadi pengecut!" Muhaimin sudah berada dalam keadaan bersedia. Kekuda dipasang manakala dua tangannya sudah siap menggenggam penumbuk.

Buk!

Pipi kirinya menerima tumbukan dari arah yang tidak disangka-sangka. 'Tak guna! Tumbuk curi. '

"Kau pengecut Zen! Kalau kau berani keluar dan lawan aku macam anak jantan!" Cabar Muhaimin. Dia mengusap perlahan pipi kirinya. Zen ni memang nak kena sebat lah! Aku pantang betul orang sentuh muka iras Bright aku ni!

Plak!

Lampu pun menyala. Kawasan itu terang benderang. Muhaimin sempat memerhatikan keadaan sekeliling.

Matanya membulat besar apabila gadis yang dicari selama ini sedang terikat lemah di atas kerusi. Tudung masih tersarung elok namun sudah berantakan.

Tiada suara yang keluar kerana mulutnya ditampal salotape. Gadis itu menggeleng-gelengkan kepalanya laju dalam tangisan. Seolah-olah memberi isyarat.

Muhaimin menoleh ke belakang.

Buk!

Satu sepakan padu di wajahnya.

Kemarahannya kini meledak.

"Dah dua kali kau sentuh muka aku! Aku pantang betul kalau ada orang sentuh aset aku ni! Jatuh saham aku selaku lelaki paling kacak merangkap bakal suami Akamar. Kau memang cari salah orang Zen!" Langkahnya dilajukan ke arah Zen.

Dia mencengkam kolar baju Zen dan menghentakkan kepalanya ke kepala Zen.

Zen menepis keras dan menumbuk perut Muhaimin.

Muhaimin sempat mencapai genggaman Zen dan mengilas tangan lelaki itu ke belakang.

Kakinya di angkat 90 darjah dan menendang Zen.

Zen terlepas dan terbatuk-batuk.

"Fuyyoo Leftenan. Banyak marah huh? Tadi aku baru panaskan badan. Ndak sangka kau serius. By the way, kau bukan bakal suami dia. Tapi aku!" Zen mengesat perlahan tepi bibinya yang berdarah. Bibirnya mengukir senyuman sinis memandang ke arah Muhaimin.

Zen meregangkan ototnya dan bersedia untuk berlawan.

Muhaimin juga siap memasang kekudanya. Akamar hanya mampu berdoa dalam hati agar lelaki itu selamat sahaja. Dirinya tidak mampu melakukan apa-apa.

❤❤❤

"Pastikan semua bergerak mengikut apa yang aku arahkan. Lawan kita kali ini adalah pasukan pengganas. Misi kita kali ini adalah selamatkan tahanan dan tumpaskan King Eagle. Ok team?!" Jerit Arif kepada anak buahnya sebelum mereka bertolak ke lokasi yang telah dikesan.

Memikirkan tindakan Muhaimin yang telah pergi dahulu membuatkan hatinya mendongkol geram. Rupa-rupanya Muhaimin telah bersepakat dengan Komander Faliq untuk melakukan serbuan secara solo dan baru disusuli oleh mereka.

Dia hanya mampu mendoakan agar sahabatnya itu baik-baik sahaja sebelum mereka tiba.

Jentera milik Angkatan Tentera Diraja Malaysia bergerak menuju ke arah gudang itu. Beberapa buah trak polis juga mengikuti tidak jauh dari trak tentera yang sedang dinaiki mereka.

Setelah tiba di kawasan, masing-masing memasang silencer pada senjata.

Arif meninjau keadaan semasa. Di pintu masuk terdapat empat pengawal. Di tingkat atas lebih kurang tujuh orang.

"Ok now. Aku nak team pecah jadi 4. Satu ikut Zack. This team will backup my team. Team Wolf dan Jack akan masuk dan settlekan pengawal. Ok got it? Now Go!" Arif memberi arahan dengan pantas. Saat ini mereka harus bergerak pantas dan senyap.

"Kawasan anda telah dikepung! Letakkan senjata anda dan serah diri!" Suara Arif memecahkan sunyi sekaligus membuatkan anak buah Zen bersiap siaga menghadapi lawan.

Belum sempat mereka berlindung, kedengan bunyi peluru menghujani mereka.

"Back! Back!" masing-masing kalut mencari tempat berlindung.

"Ok Wolf and Jack ready! Team aku akan masuk dalam dengan Zack. Dua team ni backup! Now move! Move!" Arif perlahan melangkah masuk ke arah gudang. Bunyi berbalas tembakan masih kedengaran.

***

"Sial kau Muhaimin Iskandar! Kau datang bawa team!" Zen membentak geram. Dia melihat di balik tingkap apabila mendengar bunyi peluru yang bertalu-talu.

"Aku tak bodoh macam kau la Zen. Seluruh tempat kau sekarang sudah dikepung. Better kau serah diri Zen," ujar Muhaimin yang masih cuba berdiplomasi dengan Zen. Zen tidak boleh terlepas kali ini. Dan Zen tidak boleh mati. Dia mesti ditangkap hidup-hidup untuk bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dia lakukan.

Zen kelihatan sangat berang saat itu. Tangannya mengepal penumbuk erat.

Zen meluru laju ke arah Muhaimin dan menumbuk perut lelaki itu.

Muhaimin sempat mengelak tetapi malang tak berbau apabila kakinya dibetes Zen menyebabkan dia tersungkur.

"Kau akan mati Leftenan Iskandar!" Zen mencapai pisau rambo yang diselitkan di pehanya.

Belum sempat Zen menghampiri, lelaki berseragam hitam itu bingkas bangun dan menyepak tangan Zen yang memegang pisau dan menyebabkan objek itu terlepas.

"Kau tak akan bertahan lama Zen. Keadilan akan mengheret kau Zen," Muhaimin berkata sambil mendekati Zen.

Zen hanya berdiri tegak sambil menundukkan kepalanya.

"Sebab kau bisnes aku hancur! Sebab kau tempat aku kat Sabah hancur! Sebab kau plan aku hancur! Dan sebab kau Nureen tolak aku!" Zen bersuara keras.

Kepalanya perlahan diangkat memandang Muhaimin. Senyuman mula terukir di wajahnya yang tercemar dengan darah segar. Senyuman sinis!

"Hiarghhh!" Dia meluru laju dan memeluk erat perut Muhaimin. Muhaimin yang tidak sempat bersedia terus ikut jatuh terlentang.

Dirinya diheret ke arah dinding dihentakkan tubuh Muhaimin ke dinding. Ditumbuk wajah kacak Muhaimin berkali-kali.

"Mati kau askar tak guna! Mati! Mati!" Kali ini Zen seolah-olah hilang kawalan. Dia melepaskan tumbukan bertalu-talu tanpa sempat Muhaimin melawan.

Saat itu, sepasang mata milik Akamar basah dengan air matanya. Hancur hatinya saat melihat Muhaimin yang tidak mampu melawan dan tergeletak lemah. Kalau boleh dia tidak sanggup lelaki itu cedera di sebabkannya. Sudah dua kali kejadian ini berulang.

Dia menggelengkan kepalanya laju sambil sungai air matanya mengalir deras.

Muhaimin terpandang wajah Akamar yang basah saat itu. Dia benci akan air mata itu. Dia harus hentikannya!

Zzupp!

Seakan mendapat kuasa yang entah datang dari mana, tangan Muhaimin cekap menangkap buku lima Zen. Ditahan dengan tenaga yang masih bersisa. Penumbuk dihayun ke perut lelaki bertatoo itu berkali-kali. Membalas apa yang Zen lakukan padanya.

Dihentakkan sikunya ke belakang Zen. Terus jatuh terduduk figura lelaki itu.

***

"Team Alpha here! Team Alpha here! Suspek berjaya ditangkap! Anggota kita dua cedera! Sila hantar bantuan dengan kadar segera!Roger!" Arif terus menghubungi pangkalan untuk meminta bantuan.

Dia memerhatikan kawasan sekeliling. Setelah beberapa ketika mereka bertempur, akhirnya pihak musuh menyerah diri apabila pihak mereka semakin berkurang. Namun dia masih tidak dapat melihat kelibat suspek utama, Zen.

Pranggg!

Bunyi kaca pecah menarik perhatiannya. Bunyi itu berasal dari tingkat atas.

Langkahnya laju dihayunkan menuju ke tingkat atas. Telinganya menangkap bunyi pergelutan.

Kakinya laju menendang pintu.

"Arghhhhh!"

Kedatangannya disambut dengan suara jantan Muhaimin.

Saat itu Zen sedang memacakkan pisaunya ke dalam paha Muhaimin. Semakin kuat Muhaimin berteriak semakin dalam tusukan itu. Sempat juga tangan Zen bergerak memusingkan pisau.

Arif pantas meluru ke arah Zen. Dia menyepak laju kepala Zen menyebabkan Zen terteleng ke tepi dan jatuh.

Zen yang perasan dengan kehadiran lelaki itu pantas meluru laju ke arah Arif. Pergerakan kedua-duanya tidak seimbang kerana kedua-duanya keletihan.

Pada masa yang sama Muhaimin berusaha mendekati wanita kesayangannya. Dia menyeret dirinya ke arah Akamar.

Akamar yang melihat situasi itu hanya mampu mengalirkan air mata.Muhaimin cuba meleraikan ikatan di tangan dan kaki Akamar.

"Mar ok? Min datang ni. Mar jangan takut dah," tangannya masih laju membuka ikatan. Akamar saat itu sudah banjir dengan air mata. Salotape yang membalut mulutnya juga dicabut oleh Muhaimin.

Hingga saat ini, Muhaimin masih mengutamakan dirinya. Langsung tidak menghiraukan kecederaan di paha kirinya.

Setelah selesai, dia membantu Akamar untuk bergerak. Sebelah tangannya lagi sedang menekan luka di pahanya.

Namun, saat mereka bergerak menuju ke arah pintu, matanya menangkap tindakan Zen. Belum sempat Akamar memberi amaran, tubuh seseorang jatuh terkulai.

"NOOOOOO!"

Matanya terbeliak menyaksikan itu sebelum dunianya gelap!

 

Continue Reading

You'll Also Like

513K 22.3K 44
Muhammad Qalish Arshad and Elmira Sofea Spin off Aku Suami Kau Isteri Cliche! Lots of grammatical error! Not for those who hate typos
48.2K 2.7K 40
04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jeja...
77.2K 4.1K 55
2.0 âť’ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...