Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT)...

By Carat_17teen

57.9K 6.4K 2.4K

[ TIDAK AKAN DISAMBUNG ] Kwon Soonyoung. Seorang buda-- ok sorry seorang lelaki dewasa berumur 23 tahun yang... More

+1+
+2+
+3+
+4+
+5+
+6+
+7+
+8+
+9+
+10+
+11+
+12+
+13+
+14+
+15+
+16+
+17+
+18+
+19+
+Teaser+
+20+
+Promot+
+21+
+Promot+
+22+
+23+
+24+
+25+
+Promot+
+26+
+27+
+28+
+29+
+30+
+31+
Publish
+32+
+33+
+34+
VOTE
TIDAK AKAN DISAMBUNG

+35+

915 100 50
By Carat_17teen

"Jadi kenapa kita tak pergi Muzium je?" Soal Soonyoung untuk kali ke-10 di dalam kereta, Sunghyun nak memandu pun tak tenang asyik dengar soalan yang sama je.

"Boleh tak kau diam? Kau yang setuju juga kita pergi amusement park" ujar Sunghyun geram, kalau boleh dia nak je campak mamat ni keluar haih kalau boleh la.

"Kita ingatkan amusement park tu muzium sebab sebutannya lebih kurang sama cuma ada ayat park kat belakang" hampir sahaja gadis itu menghantukkan kepalanya di stereng kereta jika tidak diingatkan kembali yang dia sedang memandu dan bawa anak orang disebelahnya.

"Hergh, kau mesti suka punya tempatnya macam funfair tapi lagi besar" terangnya dengan fed up.

"Wooo ada teddy bear besar ke?!" Soonyoung memandang gadis itu dengan teruja, maklum la dia tak ingat yang dia pernah pergi tempat tu.

"A..da..." jawab gadis itu lama.

"Yeayy jom pergi yeayyy!!!" Jerit Soonyoung girang sambil menepuk tangannya.

Sampai sahaja mereka di amusement park, Soonyoung terus melompat keluar dari kereta selepas Sunghyun memberhentikan enjin kereta.

"YAH KWON SOONYOUNG! JANGAN LARI LA" jerit Sunghyun apabila Soonyoung tiba-tiba sahaja berlari seperti kanak-kanak riang tetapi dalam badan orang dewasa.

"Bwerk!! Tak dapat tangkap-- alah noona guard ni tak bagi masuk!!" Rengek Soonyoung di depan guard yang sedang memandangnya tajam. Cungkil biji mata tu kang baru tau.

"Memang la! Kena beli tiket dulu" terang Sunghyun lalu menarik lengan Soonyoung pergi ke kaunter tiket.

"Ouh macam tu ek" jejaka itu menyengetkan kepalanya memandang Sunghyun polos.

"Macam tu la!!" Balas gadis itu dengan wajah kemerahannya kerana pandangan Soonyoung yang agak comel padanya.

"Jangan la maroh noona" pujuk Soonyoung lalu mencubit pipi merah Sunghyun, makin merah la pipi gadis itu dibuatnya.

Tanpa aba-aba, Sunghyun terus menyepak punggung jejaka itu menjauh darinya untuk membeli tiket. Usai sahaja mereka membeli tiket, mereka mula masuk ke dalam amusement park yang mempunyai pelbagai permainan dan kedai-kedai kecil.

"Nak pergi mana dulu-- eh Soonyoung?" Sunghyun memandang sekeliling, baru je masuk dah hilang dah.

"Bertuah punya jantan kejenya asyik nak menghilang je" bebelnya sambil matanya meliar mencari keberadaan jejaka itu sehingga la matanya tertancap pada Soonyoung yang sedang berborak dengan seorang lelaki dan seorang perempuan di depannya.

"Woi Soonyoung-- Jihoon?" Terus tak jadi Sunghyun nak memarahi Soonyoung apabila lelaki yang berborak dengan Soonyoung adalah Jihoon.

"Kau beruk?" Jihoon memandang Sunghyun terkejut, aduh macam mana la boleh jumpa minah ni kat sini.

"Eh Sunghyun!" gadis itu menoleh apabila ada seseorang memanggilnya, hampir terkeluar biji matanya melihat perempuan di sebelah Jihoon.

"Shinyoung?!" Sunghyun ternganga manakala gadis bernama Shinyoung itu hanya tersengih tidak bersalah.

"Hyung dating dengan Shinyoung noona ek wuuu" celah Soonyoung dengan senyuman nakalnya.

"Mana ada la!!" Bangkang Shinyoung, ceh kata tak tapi muka tu merah-merah tu dah kenapa.

"Awak kenal ke diorang ni?" Soal Jihoon pada Shinyoung lembut, hampir nak termuntah Sunghyun dan Soonyoung kat situ mendengarnya:

"Haih saya sepupu Soonyoung" jawab gadis itu dengan sesal, tak tau kenapa dia macam tu mungkin dia menyesal kot jadi sepupu Soonyoung mungkin la.

"What?! Ouh awak la cousin yang selalu Soonyoung kutuk waktu sekolah dulu? Nenek tu la nenek ni la nenek garang la" cerita Jihoon apabila mengingatkan kembali setiap hari Soonyoung akan datang padanya semata-mata hendak menceritakan tentang sepupunya yang tak habis-habis mencari pasal dengannya setiap hari.

"Dia kutuk apa?! Kau jantan sepet meh sini kau!!" Shinyoung mula mendekati Soonyoung berura-ura ingin menarik rambut sepupunya kerana cerita bukan-bukan tentangnya pada crush barunya.

"Apa pula?! Dasar nenek! Bagitau mak cik!! Nenek date dengan hyung kita!!" Ujar jejaka itu lalu menjelirkan lidah pada Shinyoung.

Dan akhirnya kedua-dua manusia bermarga Kwon mula bertikam lidah dan saling tarik menarik pipi antara satu sama lain.

"Abaikan diorang so Jihoon wadafak bro aku ingatkan kau gay" kata Sunghyun dengan terkejut, tak sangka kawan dia dah maju. Jadi dia seorang la ni yang single huhuw sedihhh.

"Dan aku ingatkan kau memang dah monopos" balas Jihoon yang turut tidak kalah pedasnya.

"Apa kena mengena hanat" gadis itu menjegilkan biji matanya geram, kena mengena pula kata dia monopos pergi amusement park je kot.

"Aku pun tak pernah cakap aku ni gay anjir" maki Jihoon membalas pandangan dari gadis itu.

"Gais Soonyoung still innocent" sampuk Shinyoung dengan tangannya yang sedang menutup kedua-dua belah telinga Soonyoung. Alololo gaduh-gaduh pun still care juga.

"Kesah apa aku" Shinyoung mengusap dadanya perlahan apabila mendengar balasan dari Sunghyun, ingin sahaja dia mencili mulut gadis itu tapi takut Soonyoung pula yang meraung hmm takpe la lain hari jelah.

"Fine, jom Soonyoung date dengan aku" ajak Shinyoung lalu menarik lengan sepupunya yang masih tidak dapat menangkap situasi tadi.

"Kita tak nak date dengan nenek" bantah jejaka itu, takde keje dia nak date dengan Shinyoung yang garang tu melainkan--

"Coklat untuk seminggu" ye itu dia jalan yang terbaik untuk memujuk Soonyoung mahupun salah satu cara untuk buat jejaka itu mendengar kata orang.

"JOMMMM" Jeritnya riang lalu menarik lengan Shinyoung pergi ke permainan yang berdekataan diikuti Sunghyun dan Jihoon dibelakang.

"HOI KAU NAK BAWA LARI MANA SI SOONYOUNG TU?!" teriak Sunghyun apabila melihat Shinyoung menarik jejaka itu pergi ke tempat permainan tangkap ikan.

"BAWA KE ALAM ROH" jawabnya kuat, Sunghyun memandang gadis itu speechless, dia memang nak bawa Soonyoung ke alam roh ke macam lemaskan mamat tu kat kolan ikan?

Fuhh positif Sunghyun, mereka just main je sampai ke situ engko fikir ye.

"So macam mana kau boleh kenal perempuan tak betul tu?" Soal Sunghyun, cuba membuang fikirannya yang sudah memikirkan benda yang bukan-bukan.

"Tak betul lagi kau" balas Jihoon, tidak menjawab soalan gadis itu.

"Tch dia lagi teruk dari aku"

"Ngeh aku terlanggar dia kat depan kedai and tangan dia cedera so aku bawa la dia ke farmasi" jawab Jihoon jelas, tiada penambahan ayat mahupun pembetulan ayat semuanya betul.

"Tak tau pula aku farmasi ada kat amusement park" sindir gadis itu, senyuman merekah apabila melihat pipi Jihoon sudah kemerahan. Fuhh tak pernah Jihoon malu macam ni.

"Diam la babi" hambur jejaka itu cuba menyembunyikan malunya.

"Takpe la aku bangga, sekurangnya takde la kau membujang sampai mati nasib baik kau jumpa orang yang sesuai KOT sekurangnya keturunan kau tak berakhir" ujar Sunghyun lalu menepuk bahu jejaka itu dengan bangga.

"Kau perli aku ke? Tau la aku anak tunggal" Jihoon menepis tangan Sunghyun yang menyiarap di bahunya dengan geram, geli tau tak buat macam tu kalau tepuk takpe la ni rasa macam kena raba.

"Takde takde takde" gadis itu hanya menggelengkan kepalanya tak bersalah, lagi suka adalah menyakat si Jihoon ni.

"Noona!! Hyung!!" Panggil Soonyoung menghampiri mereka bersama Shinyoung yang sedang memeluk teddy bear yang baru sahaia dimenangi oleh mereka di salah satu permainan disitu.

"Apanya?"

"Jom masuk rumah hantu!! Shinyoung noona ajak" ajak Soonyoung semangat, dia dah lama tak masuk rumah hantu rasa teruja pula.

"Wadafak? Kau tak takut ke?" Soal Sunghyun meminta kepastian, yelah dengan lipas pun si Soonyoung dah menjerit meraung-raung minta tolong inikan pula masuk ke dalam rumah hantu.

"Tak!!" Jawab jejaka itu dengan yakin.

"Shinyoung tak takut ke masuk tempat tu?" Soal Jihoon pula, alah cakap jelah kau nak lari dari masuk ke dalam rumah hantu tu.

"Shinyoung noona suka la masuk rumah hantu macam kita!! Jom la noona! Hyung!" Terang Soonyoung lalu menarik tangan Jihoon dan Sunghyun menghampiri Shinyoung yang sudah berada di depan rumah hantu.

"Okay, tak sangka aku keluarga Kwon semua perangai lain macam" bisik Sunghyun pada Jihoonya.

"Tulah tu" balasnya separuh berbisik juga.

"Jom masuk rumah hantu!!!" Jerit Soonyoung lalu mereka berempat mula melangkah masuk ke dalam rumah hantu yang gelap.

"Noona takut ke?" Soal Soonyoung risau apabila terasa Sunghyun memegang tangannya erat.

"T-takde la.." jawabnya sedikit tergagap, dia memandang Jihoon yang sedang memeluk lengan Shinyoung erat sedangkan gadis itu hanya ketawa kecil sambil curi-curi menangkap gambar Jihoon.

"Okie!!" Balas jejaka itu, semakin jauh mereka berjalan semakin banyak hantu yang muncul berserta bunyi yang makin kuat sehingga la.

"BARH!!" Muncul hantu seram di depan mereka berempat dengan kapak diangkat tinggi-tinggi.

"ARGHHHH!!" Jerit Sunghyun dan Jihoon serentak sambil mereka memeluk antara satu sama lain kerana Soonyoung dan Shinyoung yang tiba-tiba sahaja lesap di sebelah mereka.

"HAHAHAHAHHA YOW" Sunghyun dan Jihoon membuka mata mereka perlahan, sesaat selepas itu mereka ternganga sambil menatap Soonyung dan Shinyoung tak percaya sebab...

Mereka berdua pergi selfie dengan hantu tu siap berhigh five lagi sedangkan Sunghyun hampir pengsan dan Jihoon hampir kena heart attack.

Keluar sahaja mereka dari rumah hantu tu, Jihoon dan Sunghyun dengan wajah pucat manakala Soonyoung dan Shinyoung dengan wajah cerianya.

"Korang okay?" Soal Shinyoung prihatin, dia perasan juga sebenarnya wajah tak rela Sunghyun dan Jihoon sebelum masuk ke dalam rumah hantu, nak buat macam mana kan kalau tak ikut nanti ada orang tu merajuk.

"Kita pergi makan la dulu" ajak Jihoon, cuba mengembalikan balik rohnya dengan makan. Mereka bertiga mengangguk setuju lalu pergi ke food court untuk mengisi perut.

"Shinyoung, aku rasa aku patut hantar kau balik" ajak Jihoon setelah lebih dua jam mereka bermain di amusement park.

"Ouh okie, bye beruk, bye Sunghyun" pamit Shinyoung lalu melambai kearah pasangan itu.

"Bye nenek, bye hyung gudluck pikat hati nenek ni sebelum Hoshi hyung" pesan Soonyoung selamba, Shinyoung pula dah tersedak air liur mendengarnya.

Habis kantoi nantiiiii.

"Siapa Hoshi--

"Hahahhaha!! Jom jom jom!!" Gadis itu terus menarik lengan Jihoon yang sedang memasang wajah bingung meninggalkan Sunghyun dan Soonyoung yang sedang membuang sampah, turut untuk pulang ke rumah sebentar lagi.

"Jadi Shinyoung pernah suka Hoshi" soal Sunghyun sambil mengusap tengkuknya kekok.

"Haah, dia pun pernah suka noona" jejaka itu terus menutup mulutnya erat apabila tersasul mengatakan sesuatu yang berbahaya.

"Pufff!! What?!" gadis itu memandang Soonyoung meminta kepastian, series la Hoshi pernah suka dia? Tetiba dia rasa bulu romanya meremang.

"A-abaikan.. jadi jom balik kita penat la" pinta Soonyoung, tidak berminat hendak berkata apa-apa lagi berkaitan Hoshi.

"Hmm yelah" tidak ambil pusing Sunghyun menarik lengan Soonyoung berjalan dengannya ke kereta, sepanjang perjalanan mereka lebih mendiamkan diri dari bergaduh sehingga la mereka tiba di rumah keluarga Sunghyun.








_______________
Aku tak tau la bila story ni nak habis haih

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 89.8K 51
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
4.4K 583 13
"Saya sukakan awak la!" "Senyap la kambing berapa kali kau nak cakap" "Sampai awak kata awak suka saya jugak" "'Aku sukakan kau,kau dah tak suka aku...
4.6K 464 19
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang memasuki bangunan lama sekolah yang sudah lama dibiarkan.
7K 1K 30
Kita ditakdirkan bersama atas dasar eksperimen yang tak direlakan. Bayangkan budak hot tertukar badan dengan budak nerd. "Jangan pakai seksi-seksi...