DENDAM MR DEVIL

By farnazamri

845K 29.3K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104 - Tamat
Thank you.

Bab 62

6.2K 210 30
By farnazamri

"Morning, sweetheart." Iskandar muncul di sebelah Fasha yang baru saja melangkah ke meja makan. Fasha tersentak dengan mata sedikit membesar.

"Morning." Fasha senyum janggal. Lekas-lekas dia menyusun pinggan kaca di atas meja makan. Cuba beriak biasa.

"Malu." Iskandar berbisik berbaur teguran di telinga Fasha. Cukup lembut suaranya menyapa. Teringat kejadian semalam, dia kembali tersenyum riang.

Pergerakkan Fasha terhenti serta-merta. "Hahaha." Fasha buat-buat ketawa halus. Mukanya membahang secara tiba-tiba. Dia malu ditegur sebegitu.

Iskandar terlepas tawa. Seronok usik isterinya pagi-pagi seperti ini. "Gurau." Iskandar tarik kerusi sebelum duduk. Dia menjengul ke arah dapur, mencari kelibat seseorang.

"Kalida mana?"

"Dekat dapur. Hmm... awak nak mee goreng, ke nak roti bakar?" Teragak-agak Fasha bertanya. Dia perasan dengan pandangan Iskandar terhadapnya sekarang. Seram dan takut.

"Roti bakar."

Fasha ambil pinggan kaca. Kemudian roti bakar diletakkan di atas itu sebelum diberi kepada suaminya. Lelaki itu masih setia melihat.

"Duduk. Makan sekali."

Tak membantah, Fasha menurut. Sambil tundukkan kepala, dia duduk berhadapan dengan Iskandar. Terkial-kial dia dengan situasi sekarang. Kekok dan malu.

"Nak apa? Roti bakar juga?"

Fasha mengangguk tak kisah.

"Meh saya suap." Iskandar koyakkan sedikit roti bakarnya sebelum disua kepada Fasha, menunggu perempuan itu membuka mulut.

Seperti dipukau, Fasha membuka mulut. Roti bakar itu masuk ke dalam mulutnya. Dia kunyah sambil menunduk. Tangan tergenggam ketat. Dia merenung genggaman itu.

"Nak air?"

"Air?" Fasha angkat wajah. Tak silap, dia belum bancuh air tadi.

"Ida dah buat." Seperti dapat meneka, Kalida menjawab sambil menghampiri. Dia sudah menuang air teh tarik ke dalam cawan kaca. "Berseri semacam ja muka akak pagi ni." Kalida tegur dengan senyuman bermakna.

Fasha lekas menggeleng. "Ma... mana ada berseri." Suara Fasha bergetar malu. Tangannya menyeluk poket seluar sebelum handphone dikelurkan. Aplikasi kamera dibuka. Fasha melihat mukanya di dalam kamera. Cantik macam biasa. Tak berseri-seri pun.

"Ada apa-apa ke ni?" Kalida tahan gelak. Dia terdengar perbualan abang dengan kakak iparnya tadi.

Fasha pantas menuntup handphonenya di bawah meja. "Taklah." Fasha pura-pura senyum lebar. "Dah, jom makan." Cepat-cepat dia mengubah topik perbualan mereka. Tak sanggup nak teruskan lagi. Malu.

Dalam diam, Iskandar tahan gelak. Dia mengenyit mata saat Kalida menoleh ke arahnya. Kalida turut membalas kenyitannya sebentar tadi. Pandai budak ini menyakat sampai naik malu isterinya.

Good girl.

"Kau tak guna, Danish." Melalui telefon Kalida bersuara kuat. Wajah Danish ditatap penuh benci. Selamat cermin menjadi penghalang mereka sekarang.

Danish Hakimi diam tanpa kata-kata. Dia seperti bermimpi sekarang. Tak percaya dengan apa yang berlaku. Terkebil dia merenung Kalida.

"Kau memang tak guna. Kau perogol Danish!" Kalida tahan air mata yang sudah memenuhi tubir mata. Setibanya tadi, dia diberitahu tentang kenyataan yang sangat memeritkan. Tidak pernah dia terfikir bahawa Danish sanggup lakukan perbuatan keji seperti itu.

Tak masuk akal.

"Aku..." Danish hilang kata. Sebelum ini, dia rasa seolah dia tidak akan ditangkap oleh pihak polis atas kesalahan yang dia lakukan. Tapi dia silap. Pihak polis lebih cekap daripada sangkaannya.

"Kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau sanggup rogol kawan aku? Kau tak ada hati perut ke, Danish? Aku tanya kau ni! Jawablah!" Kalida seperti hilang sabar. Mengingati kejadian yang telah menimpa Fasha, dia kembali rasa sebak dan marah.

"Cik, tolong bertenang." Pegawai yang menjaga mula menegur Kalida. Cuba mengendurkan keadaan tegang seperti sekarang.

Kalida tarik nafas dalam. Dia terlebih emosi tadi. "Kau layak duduk dalam penjara, Danish." Buat kali terakhir Kalida memandang wajah gusar Danish."Tempat kau dekat sini," katanya sebelum beredar dari tempat melawat itu.

"Aku mintak maaf." Danish Hakimi tunduk kepala kesal. Hukuman berat bakal menanti dirinya kelak. Malah seseorang yang dia sangat cintai pasti akan turut ditangkap oleh pihak polis.

"Ida..." Fasha meluru ke arah Kalida. Air mata gadis itu lebat jatuh ke pipi. Sama seperti dirinya tika ini.

"Ida mintak maaf." Kalida terus mendapatkan tubuh Fasha. Dia memeluk dengan rasa bersalah. "Ida mintak maaf."

"Semua ni bukan salah Ida." Fasha suara memujuk. Esakan Kalida semakin kedengaran kuat. "Dah. Dah. Jangan nangis." Fasha memujuk lagi. Belakang Kalida diusap lembut. Cuba menenangkan gadis itu.

"Ida salah. Dia nak rogol Fasha."

"Tak. Ida tak salah. Kita lupakan kejadian tu." Fasha kawal nafas. Kejadian buruk itu kembali belenggu di minda. Tak mudah untuk dia lupakan.

Kalida lepaskan pelukan. Jarinya naik menyapu air mata. Dia bersyukur kerana tidak akan berkahwin dengan seorang perogol.

"Suspek akan ditahan di penjara untuk menunggu perbicaraan di Makamah," kata seorang anggota polis yang turut berada di situ. Iskandar mendengar sambil anggukkan kepala.

"Tapi..." Anggota polis tersebut memandang wajah Kalida sekilas. "...dia bukan suspek utama dalam kes ini."

"Nak pesan apa-apa?" Iskandar toleh ke seat belakang. Fasha dan Kalida dipandang dengan senyuman.

"Tak." Fasha geleng kepala. Kalida sudah tertidur di sebelahnya. Penat menangis agaknya.

"Saya nak pergi cafe kejap. Jangan lupa kunci pintu kereta, sayang." Iskandar keluar dari kereta sejurus mendapat anggukan daripada isterinya. Dalam beberapa puluh minit dia berjalan, dia tiba di cafe yang selalu dikunjunginya sebelum ini.

"Iskandar?"

Iskandar berpaling. Matanya disapa seseorang yang dia sangat kenali. Satu senyuman terlakar tanpa sedar.

"Aunie?"

Iskandar sandar badan di kerusi. Tangan naik menyilang ke dada selepas mengerling melihat jarum jam tangannya. Sudah setengah jam dia meninggalkan Fasha dan Kalida di kereta.

"You marahkan I lagi?" Gina tanya tanpa teragak-agak. Melihat saja wajah kosong Iskandar, dia sudah dapat menjangka.

Iskandar senyap. Dia amati wajah perempuan itu dalam diam. Dia masih marah? Rasanya tak lagi.

"I tahu you dah tak marahkan I." Gina menongkat tangan ke dagu. "I ada something nak bagitahu you ni." Tersenyum-senyum perempuan itu memandang Iskandar. Seolah dia tak pernah lakukan apa-apa sebelum ini.

"Apa?" Iskandar seperti malas mahu mendengar. Tapi entah mengapa hatinya ingin sangat mahu mengetahui apabila melihat wajah beria-ria perempuan itu. Mungkin ada sesuatu yang baik untuk dikongsikan bersama. Agaknya.

"I'm pregnant!"

Continue Reading

You'll Also Like

291K 18.9K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
101K 5.5K 50
"I bring you out from hell. So, don't wither, azalea."-Rayan Dua dunia menyatukan mereka berdua dalam sebuah perkahwinan yang indah tetapi dipenuhi b...
165K 1.4K 10
dipertemukan oleh kejadian yang akhirnya tanpa sedar mengikat mereka berdua, seorang lelaki yang begitu digeruni, dan seorang gadis yang bahkan ident...
940K 31.4K 73
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...