Triplets T&N

By mlylee_

52.4K 5K 407

[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ran... More

The Cast
CHP 1
CHP 2
CHP 3
CHP 4
CHP 5
CHP 7
CHP 8
CHP 9
CHP 10
CHP 11
THE DORM โœจ๐Ÿšซ
.
CHP 12
;)
CHP 13
CHP 14
THE HOUSE ๐Ÿ’ฒ
CHP 15
CHP 16
CHP 17
CHP 18
CHP 19
CHP 20
CHP 21
CHP 22
CHP 23
CHP 24
CHP 25
CHP 26
CHP 27
CHP 28
CHP 29
CHP 30
CHP 31
CHP 32
CHP 33
CHP 34
CHP 35
CHP 36
CHP 37
CHP 38
CHP 39
CHP 40
CHP 41
CHP 42
COMEBACK FOR A WHILE
CHP 43
CHP 44
CHP 45
CHP 46
CHP 47

CHP 6

1.3K 129 4
By mlylee_

Mata tajam memerhati musuh yang datang semakin mendekat. Hampir sahaja dia terkena serangan lawan, dada pihak lawan ditendang kuat sehingga jatuh tersungkur.

Pengadil mengangkat tangan kiri mewakili Hazel yang memenangi pusingan terakhir. Ramai yang bersorak kepadanya.

Hazel pergi kepada Coach Jayden selaku guru latihan untuk class taekwando. Miss Alice yang juga guru latihan taekwando merangkap pembantu Coach Jayden datang ke arah mereka berdua.

" Good movement, Hazel " Pujinya. Hazel tunduk sedikit tanda mengucapkan terima kasih.

Semua pelajar ahli taekwando dikehendaki berkumpul sebelum mereka dibenarkan untuk bersurai pergi.. pergi mana? Makan!

Hazel dah tak sabar tu. Biasala Hazel dengan makanan berpisah tiada.

" Kamu semua dibenarkan keluar rehat awal sebab saya nampak harini semua semangat lain macam " Kata Coach Jayden. Walaupun ada slang omputeh dia tu tapi bm dia lancar beb.

Miss Alice membenarkan mereka semua keluar selepas beberapa pesanan diberi.

Hazel keluar dengan senyuman di wajahnya. Mana tak happy minah ni, waktu makan adalah waktu kegembiraan baginya.

Beg kecil digalas di sebelah bahu kiri. Dia berhenti seketika. Berfikir adakah dia patut terus ke cafe atau menunggu kembar sengal dia lagi dua orang tu.

Haq yang baru keluar dari bangunan perenang sekolah terpandangkan Hazel yang sedang berjalan keluar.

Kelas Taekwando Fighter Academy hanya bersebelahan dengan Swimmer Academy.

Dia terpaku dengan wajah putih bersih Hazel serta senyuman yang manis di bibir merah asli gadis itu.


( ha giteww )

Haq mengerutkan dahinya. Seperti dia pernah nampak wajah gadis itu. Tapi di mana ya?

Panggilan dari rakan kelas menyentakkannya. Hazel dipandang sekilas sebelum mengikut rakan sekelas.

Hazel mengambil keputusan untuk terus ke kelas adik-adik yang dia sayangi lah sangat. Saja nak tunggu, acah kakak mithali.

Archer Sport Academy dan Sprint Runner Academy hanya bersebelahan. Kedua kelas itu jauh sikit sahaja dari kelas taekwando. Mengambil masa tiga minit untuk berjalan.

Nampak sahaja bayang si kakak, Mikayla berlari ke arah Hazel. Pipi Hazel ditampar perlahan sebelum tayang sengih kambing.

Hazel pandang tak puas hati. Tapi dah biasa. Bab tampar lempang tendang secara tiba-tiba memang dah sebati dalam jiwa tiga kembar ni.

" Biadap kau ye?" Ujar Hazel sebelum memaut leher adiknya yang tinggi sedikit darinya.

" Sakit la setan!"

Hazel ketawa sebelum melepaskan Mikayla. Tak lama lepas tu Mikayla turut gelak.

" Apa gelak gelak ni? " Soal Amanda yang baru tiba.

" Lambatnya kau keluar, cacing dalam perut aku ni siap menari tiang kelaparan ni" Kata Hazel tanpa menjawab soalan Amanda.

Amanda buat muka geli.

" Kau ni bongok betul la, haritu muntah keluar tupai harini cacing...."

Hazel sengih. Dia memang selalu cakap benda macam tu. Hobi kut. Suka tengok muka nak muntah adik kembarnya.

Mereka meneruskan langkah untuk ke kantin atau Academy's Cafe.

Jauh juga nak berjalan. Takde karpet terbang free untuk student ke? Biar cepat sikit sampai nak pergi mana-mana.

Inilah manusia, tahap malas nauzubillah. Semua benda nak senang, cuba jangan didik diri tu dengan asyik nak senang je. Kalau tak lalui fasa kesusahan macam mana nak kenal erti kehidupan?

Lahh orang nak pergi cafe kita buka kuliah motivasi tetiba.

Pelajar yang berkumpul di tengah jalan itu menarik perhatian EvG. Terangkat kening mereka bertiga. Apahal pula tu?

" Pahal tu? Ada orang akad nikah ke?" Ujar Hazel dengan mulut yang.. korang faham kan jenis mulut Hazel ni macam mana?

Kepala Hazel disekeh Mikayla disebelah.

" Hotak kau orang nikah tengah jalan. Cairkan sikit pekat bodoh kau tu"

Amanda tergelak dengan kata Mikayla. EvG memang dikenali dengan sifat yang tidak busybody dengan hal orang terus sahaja memasuki cafe.

Masuk je cafe, sikit je pelajar yang ada.

" Aik kenapa sikit je orang. Ke kita salah timing ni?" Soal Amanda pelik.

Tapi mereka tetap berjalan untuk pergi mengambil makanan di kaunter.

" Aku rasa dorang pergi tengok apa jadi kat luar tu kut. Kan ramai orang berkumpul tu" Kata Mikayla sambil bibir dimuncungkan ke arah luar cafe.

Mereka mengambil tempat di sebelah cermin kaca. Nak ambil aircond. Bukan senang nak dapat tempat ni tau, limited edition punya tempat. Ramai berebut. Huh dasar tamak. Nak rasa aircond diaorg sorang je.

Menu kita pada hari ini......... jeng jeng jeng!
Mee kari!!

Mereka mula membaca doa dan terus makan.

" Weh betul ke kat luar yang gaduh tu de'men dengan The Bro's? "

" Yela kut. Bertumbuk wey diaorg, sebabnya Nash cari pasal dengan Najmi. Boleh pula si Nash tu pergi sabotaj Najmi time diaorg berlatih tadi"

" Serious la? Apa kes?"

" Kau tau jela, Nash kan memang dengan semua orang dia nak dengki. Lagi-lagi dengan musuh dari sekolah rendah dia tu, Najmi "

EvG hanya mendengar perbualan dua gadis di meja sebelah.

Mikayla buat isyarat mata..

' Nash '

Hazel dan Amanda mengangguk. Macam ni rupanya pernagai sepupu mereka. Muka je baik tapi perangai haih.

" Kau cari pasal dengan aku dulu la sial!" Jerit Najmi sebelum penumbuknya hinggap di bibir Nash.

EvG melihat kejadian itu melalui cermin kaca disebelah mereka.

Darah di bibir Nash akibat ditumbuk Najmi terkeluar.

Tersembur sedikit kuah kari dari mulut Mikayla. Dia terus mengalihkan pandangan. Mikayla memang takut darah.

Haq dan Noah cuba menenangkan kembar mereka. Tetapi mereka juga turut ditumbuk oleh Eriq dan Uwais. Maka pergaduhan antara tiga kembar dan musuh mereka makin sengit.

Pelajar disekeliling tiada niat untuk menghentikan pergaduhan sengit itu. Makin bersorak adala huh.

Tak boleh jadi ni. EvG bangun dan terus keluar dari cafe. Enam lelaki yang sedang saling berbalas tumbukan itu didekati.

Hazel memegang bahu Haq dan Eriq lalu menarik kedua lelaki itu menjauh. Amanda pula menarik Najmi dan Nash manakala Mikayla sedaya upaya menolak badan Uwais menjauh dari Noah.

Memang teruk muka sorang-sorang. Jelingan oleh Mikayla berjaya menakutkan pelajar ASH begitu juga de'men dan TB.

Semua mula diam.

" Korang ni dah kenapa nak bertumbuk bagai? Settle la elok-elok tak perlu la nak tunjuk hebat kat tengah-tengah jalan ni. Bisu ke apa sorang-sorang?" Amanda sudah membuka mulutnya.

de'men dan TB menunduk. Tetapi muka mereka menahan amarah.

Hazel yang masih memegang bahu Haq itu memandang Haq tajam. Harap muka je matang tapi perangai dua kali lima budak sekolah yang suka buat hal.

Rachel yang melihat kekasih hatinya dipegang oleh perempuan lain datang menyerang.

Hazel ditarik menjauh kemudian pipi ditampar kuat. Terkejut semua disitu apatah lagi Hazel. Pipinya dipegang.

" Eh betina, yang kau gatal sangat nak pegang boyfriend aku kenapa?!!" Suara Rachel yang kuat itu membuatkan Hazel bertambah marah.

Dahla kena tampar tiba-tiba. Kena tuduh gatal sentuh boyfriend orang and now kena marah depan orang ramai dengan minah iblis ni?

Siapa je tak hangin?

Orang nak settle hal lain minah ni tambah hal baru.

Mikayla menolak Rachel sehingga gadis itu jatuh terduduk.

" Woi betina! Kau pahal sampai nak tampar kakak aku sial? Kau memang cari pasal la bodoh!" Carutan yang keluar dari mulut Mikayla itu mengejutkan semua.

Kolar baju Rachel ditarik sehingga gadis itu bangun dari jatuhnya. Hampir sahaja Rachel ditampar oleh Mikayla, guru-guru datang menghampiri mereka.

Pelajar yang berkerumun tadi mula berlari pergi dari situ. Taknak ditangkap. Oo kau tengok pandai, nak settle tak pandai. Bodo punya budak.

Mikayla melepaskan kolar Rachel. Memang dia bagi jeling yang paling tajam kepada Rachel. Rachel pula buat muka tidak terkesan langsung dengan jelingan itu.

Padahal dalam hati tu dah menangis weyy.

" Nasib kau baik kali ni kalau tak memang dah makan penampar aku" Tukas Mikayla perlahan.

" All of you. Follow me. Now! " Arah Puan Mawar.

de'men, EvG, TB dan Rachel mengikut Puan Mawar untuk ke bilik tahanan.

Continue Reading

You'll Also Like

3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
48.8K 3.3K 76
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
2.8M 140K 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli...