[hiatus] Our Secret Relations...

By Eunkookshii

543 55 3

Mempunyai kekasih yang popular sangat sukar untuk dilalui walaupun rasa beruntung sebab mempunyai kekasih yan... More

OSR - 1
OSR - 2
OSR - 3
OSR - 4
OSR - 5
OSR - 7

OSR - 6

40 5 0
By Eunkookshii

"Yeodera." laung Eunha sambil berlari kecil mendekati Gfriend yang lain yang berjalan menuju masuk ke dalam pagar sekolah.

Jungkook yang sepatutnya bersama-sama Eunha kini sedang berhenti melangkah dan membiarkan Eunha terus mendekati membernya. Jungkook hanya mampu tersenyum melihat telatah Eunha itu. Sempat lagi dia menggelengkan kepalanya.

"Eo, kau bersama-sama Jungkook?" soal Yerin apabila melihat Jungkook berada agak jauh sambil menyilangkan tangannya di dada sedang berjalan dengan keadaan kepalanya yang ditundukkan.

"Eh, tidaklah. Kami hanya berselisih. Lepas aku nampak korang, aku terus berlari datang mendekati kamu semua. Kamu datang bersama-sama kah?" kata Eunha cuba menukar topik daripada mempersoalkan dirinya.

"Iya. Kami selalu datang bersama-sama. Tapi Umji akan jalan bersama kami kalau appa dia tidak dapat menghantar Umji ke sekolah." kata Yuju.

"Oh." mereka berenam menyambung jalan mereka masuk ke dalam sekolah.

"Aku ada berita gembira untuk korang." kata Eunha ceria dan teruja.

"Apa dia, unnie?" soal SinB ingin tahu mewakili yang lain.

"Korang boleh stay rumah aku selama kita latihan untuk contess nyanyian itu." Eunha berkata dengan bersemangat.

"Wah, betulkah? Tidak sabar untuk datang rumah unnie nanti." kata Umji pula.

"Jadi esok korang boleh datang rumah aku dengan pakaian korang sekali." ujar Eunha dan Gfriend hanya mengangguk setuju.

.

.

.

.

.

◌⑅●♡⋆♡ OUR ♡⋆♡●⑅◌
◌⑅●♡⋆♡ SECRET ♡⋆♡●⑅◌
◌⑅●♡⋆♡ RELATIONSHIP ♡⋆♡●⑅◌

.

.

.

.

.

"Jadi bila kawan-kawan Eun datang?"

"Esok, omma." Eunha menjawab pertanyaan Puan Jeon tanpa melihat Puan Jeon sebab sibuk menyusun hidangan di atas meja makan.

Malam itu, Eunha datang ke rumah Jungkook seperti yang dia katakan. Dia akan menemui omma appa Jungkook sebab dia juga merindui dua orang tua Jungkook yang dia anggap seperti omma appanya sudah.

"Kalau macam tu, hati-hati nanti tau. Jangan lupa kunci semua pintu sebelum tidur. Jungkook tiada untuk periksa rumah Eun seperti selalu tau." Eunha terkekek mendengar kata-kata Puan Jeon itu.

"Omma, nanti Jungkook akan telefon Eun, untuk ingatkan Eun. Jadi omma jangan risau. Jungkook dah janji pada Eun." kata Eunha setelah mengambil dan menggenggam kedua belah tangan Puan Jeon yang sudah lama berdiri di sebelahnya itu.

Walaupun Eunha tidak mempunyai omma appa sejak kecil tapi dia tidak pernah tidak merasa kasi sayang selayak dari seorang omma atau appa dari macik dan paciknya serta di tambah lagi omma appa Jungkook. Dia sangat bersyukur dengan perkara itu.

"Kalau macam tu bagus lah. Omma pun akan telefon Eun untuk ingatkan Eun lagi sekali." Eunha terkekek lagi. Sangat gembira menerima orang yang menyayanginya di sekelilingnya.

"Boleh omma. Omma telefon je Eun." Puan Jeon mengangguk lalu memeluk ringkas Eunha.

"Pergi panggil pahlawan-pahlawan kita tu." kata Puan Jeon menyebabkan Euhna tertawa kecil kemudian mengangguk. Dia pun berlalu ke ruang tamu untuk memanggil Jungkook dan Tuan Jeon.

.

.

.

.

.

◌⑅●♡⋆♡ OUR ♡⋆♡●⑅◌
◌⑅●♡⋆♡ SECRET ♡⋆♡●⑅◌
◌⑅●♡⋆♡ RELATIONSHIP ♡⋆♡●⑅◌

.

.

.

.

.

Seperti yang dijanjikan, semua member Gfriend sedang berada di ruang tamu rumah Eunha sambil melihat kagum akan ruang dalam rumah Eunha itu.

"Unnie, ini betul-betul rumah unnie?" soal SinB tidak percaya.

"Jadi rumah siapa SinB?" soal Umji memutarkan biji matanya.

"Haha. Korang nii. Ya, ini rumah aku dan aku dapat rumah nii setelah pindah sini."

"Tapi kenapa Eun tidak bawa macik pacik Eun sekali? Kesian Eun tinggal sendiri, mesti sunyi." Eunha tersenyum mendengar soalan Yerin itu.

'Tak sunyi pun sebab Jungkook selalu datang dan kadang aku yang pergi rumah diorang.' ujar Eunha dan hanya keluar dalam hatinya.

"Tidak jugalah sunyi sangat. Ok juga. Jomlah naik ke tingkat atas. Aku ada tiga bilik je, jadi kita kongsi dua orang dalam satu bilik." kata Eunha sambil berjalan menaiki tangga diikuti member lain sambil membawa barang masing-masing.

"Ok lah. Janji ada bilik dan tempat tidur." kata Sowon.

"Jadi siapa yang mahu tidur sama-sama dengan aku?" soal Eunha.

"Unnie, aku mau." kata SinB sambil bergerak mendekati Eunha yang berdiri di hadapan pintu biliknya itu.

"Ay, SinB. Teruja kau aku tengok." kata Yerin.

"Ya, kalau dah bahagian ruang tamu dan dapur cantik, apa lagi dalam biliknya. Mesti lagi cantik." ucap SinB. Mereka semua hanya tersenyum.

Eunha membuka pintu biliknya dan yang lain semua sibuk masuk ke dalam untuk melihat bilik Eunha.

"Kan, SinB dah kata." kata SinB bangga sambil matanya meliar memandang sekeliling bilik.

"Ish, semua bilik sama je lah. Cuma bilik Eun lagi expensive sikit." kata Eunha lalu terkekek. Mereka yang lain juga tertawa.

Setelah beberapa jam berehat di bilik masing-masing, Eunha turun ke dapur untuk memasak setelah SinB memberitahunya bahawa dirinya sedang lapar.

Eunha tidak mahu menyediakan makanan dan menyuruh SinB memasak sendiri saja. Tapi ayat SinB berjaya memaksa Eunha untuk turun ke dapur juga. 'Unnie, aku ini tetamu unnie. Sanggup unnie menyuruh tetamu sendiri memasak makanan sendiri? Mana tanggupjawab unnie sebagai tuan rumah?' dengan langkah longlai dan merutuki SinB, Eunha bangun dari tilam empuknya dan turun untuk ke dapur.

"Eo, unnie? Sejak bila lagi unnie di sini?" soal Eunha apabila melihat Sowon sedang duduk di meja makan.

"Oh, Eunha. Baru saja unnie di sini. Ingat nak masak makanan untuk kita, tapi unnie tak tahu nak masak apa. Jadi unnie cari dalam telefon dulu. Tengok-tengok, makanan apa yang sesuai untuk kita malam ini." panjang lebar Sowon berkata dengan matanya masih menatap skrin telefon dan tanpa sedar Eunha sudah duduk di sebelahnya.

"Hai, unnie, Eunha." sapa Yuju apabila datang bersama member lain ke dapur kemudian mengambil tempat masing-masing duduk disitu.

"SinB memberitahu kami yang Eunha unnie sedang masak, jadi diorang ajak untuk tolong Eunha unnie. Tapi tak sangkah, Sowon unnie juga ada di sini." kata Umji.

"Ya, aku dari tadi ada di dapur mahu masak. Tapi tidak tahu mau masak apa. Jadi korang ada cadangan mau makan apa ini malam?" kata Sowon kali ini mengangkat wajahnya memandang wajah satu persatu membernya.

"Unnie kan boleh masak apa-apa saja, jadi unnie masak apa saja lah. Lagipun antara kita berlima, unnie sudah tahu kami boleh makan itu atau tidak, kan. Tinggal tanya Eunha saja. Dia ada alergi atau tidak pada sesuatu makanan." kata Yerin. Sowon mengangguk setuju kemudian memandang Eunha yang lebih tepatnya semua sedang memandangnya menunggu respon.

"Em, kalau Eun, Eun pun tiada alergi pada apa-apa makanan. Tapi, Eun suka makanan tteokbokki."

"Hmm, boleh. Kalau begitu, aku akan masak ikut aku. Jangan risau, aku masak makanan yang kita semua boleh makan. Nasib baik, dapur Eunha penuh dengan bahan." kata Sowon seraya berdiri dari duduknya.

"Eunha tinggal sendiri, tapi bahan dapur penuh? Eunha masak sendiri?" soal Yerin.

"Ya, unnie. Lagipun ada orang yang selalu isikan bahan dapur. Supaya tidak ada kekurangan. Yalah, Eun kan tinggal sendiri jadi terpaksalah pastikan sentiasa penuh supaya tidak kelam kabut kalau mau masak." terang Eunha. Yang lain mengangguk-angguk faham.

"Siapa yang akan tolong unnie?" soal Sowon. Tiada yang menyahut malah berpandangan sesama sendiri.

"Kalau begitu, biar Eun je yang tolong. Memandang ini rumah Eun, takkan nak suruh tetamu masak. Kan, SinB?" SinB tersengih melihat Eunha memperlinya.

"Jadi kalau macam tu yang lain pergi dari sini dan tunggu di ruang tamu supaya tidak mengganggu." arah Sowon setelah mengambil sehelai apron lalu dipakainya.

"Unnie, kitaorang tidak mengganggu juga. Kami mau tengok Eunha unnie masak." kata SinB. Sowon memutarkan matanya, Eunha tersenyum manakala member lain mengangguk setuju dengan kata SinB.

"Suka hati." balas Sowon dan mendapat sorakan dari empat orang yang sedang berbahagia hanya duduk.

Akhirnya, Sowon dan Eunha memulakan aktiviti memasak mereka dibantu dengan bunyi latar ketawa empat member lain. Kenapa tidak ketawa, sibuk bermain.

TingTong!

Sowon, Eunha berpandangan ke arah member Gfriend yang kini sudah terdiam itu.

"Unnie ada bawa tetamu lain?" soal Umji. Eunha menggeleng menjawab soalan Umji.

"Tidak apa, biar Umji buka kan pintu." akhirnya Umji berdiri dari duduknya kemudian ke ruang tamu.

Sowon dan Eunha meneruskan kerja memasak mereka. Tiga orang selebihnya menunggu kedatangan Umji semula.

Sementara di hadapan pintu,,,

"Ah? Ajumma dan ajusshi, cari siapa?" soal Umji sesopan yang mungkin.

"Oh, kau pasti kawan-kawan Eunha, kan?" Umji menggangguk bagi menjawab soalan perempuan tersebut. "Eunha ada?"

"Ada. Jemputlah masuk, ajumma, ajusshi." kata Umji tersenyum sambil membuka lebih luas pintu tersebut.

"Saya Umji, Eunha unnie berada di dapur bersama kawan-kawan saya yang lain." ucap Umji memperkenalkan dirinya setelah menutup pintu dan membawa ajumma dan ajusshi tersebut ke dapur.

"Eunha unnie." semua memandang Umji bersama seorang perempuan dan lelaki berumur.

"Eo, omma appa." kata Eunha seraya berjalan mendekati ajumma dan ajusshi atau sebenarnya Puan Jeon dan Tuan Jeon, omma appa Jungkook. Eunha terus memeluk Puan Jeon sekilas. Member Gfriend menjadi penonton.

"Kenapa omma appa datang sini? Kenapa tidak suruh Eun je datang tempat omma appa?" kata Eunha ceria. Puan Jeon dan Tuan Jeon tersenyum melihat Eunha.

"Omma datang sini nak hantarkan makanan. Sekaligus mahu jumpa anak omma nii, rindu pula walaupun baru berjumpa kemarin. Lagipun kami datang nii nak beritahu, yang Jungkook tidak sempat datang sini untuk ucapkan selamat tinggal sebelum pergi rumah kawannya. Jadi omma dengan appa datang sebagai wakil Jungkook." ada raut pelik yang terpancar di setiap wajah member Gfriend. Mahu mencela tapi takut kurang ajar pula, jadi habiskan dulu perbualan tersebut.

"Jungkook baru saja pergi rumah kawannya?" soal Eunha pelik. Rasanya dia terlupa satu benda, bahawa membernya ada di situ.

"Iya, dia kata nak tunggu pergi sini dulu jumpa kamu sebelum pergi sana. Tapi dia kata tidak jadi dan hanya minta omma sampaikan. Untung juga Jungkook suruh, jadi omma dan appa dapat jumpa anak omma ini." Eunha terkekek apabila sebelah tangan Puan Jeon memegang pipi Eunha.

"Jadi sekarang kamu dan kawan-kawan kamu---." Eunha seakan baru tersedar dan kembali ke alam realiti. Wajahnya bertukar pelik. "Eh? Eun, kamu kenapa? Tetiba wajah bertukar nii kenapa?" tidak menghiraukan Puan Jeon, Eunha berpusing memandang membernya yang kini memandangnya menginginkan penjelasan.

"Jungkook? Kenapa dengan Jungkook?" soal Yuju yang akhirnya bersuara. Puan Jeon dan Tuan Jeon yang tidak tahu apa-apa hanya tersenyum gembira.

"Kamu pasti kawan sekolah Eunha dan Jungkook, kan? Selamat bertemu kamu semua. Ajumma harap, hubungan Jungkook dan Eunha di sekolah baik-baik saja." ucapan Puan Jeon itu berjaya membuatkan mulut member Gfriend ternganga luas. Eunha tertunduk.

"Tidak usah masak. Sebab ajumma dah bawakan makanan. Dan Eunha,---" Eunha mengangkat wajahnya memandang Puan Jeon yang tersenyum padanya. "---omma ada buatkan tteokbokki makanan kesukaan Eun." Eunha hanya tersenyum kelat sambil menggangguk.

"Ok lah, Eun, omma dengan appa nak pergi dah nii." ujar Puan Jeon setelah meletakkan bekas-bekas banyak yang berisi makanan di atas meja. "Kitaorang nak pergi rumah kawan omma juga. Dia ajak untuk sambut hari jadi anaknya. Sayang sekali, Eun dengan Jungkook tidak dapat ikut, kalau tidak omma tidak segan bagitahu seluruh dunia bahawa Jungkook seorang yang bertuah mempunyai seorang bidadari setulus Eun."

"Omma terlalu memuji, Eun." kata Eunha malu.

"Itu fakta. Baiklah omma pergi dulu dan sebelum itu, Jungkook janji akan telefon Eun malam ini, kan?" Eunha mengangguk. "Tapi kalau Jungkook tidak telefon kamu, bagitahu omma. Biar omma hukum dia." Eunha tertawa. Member Gfriend tersenyum mendengar itu.

"Baik omma." kata Eunha seraya membuat salut hormat didepan Puan Jeon dan Puan Jeon terus memeluk Eunha. Kemudian diikuti Tuan Jeon. Member Gfriend melihat itu terharu.

"Ajumma dan ajusshi pergi dulu tau, jagakan Eunha untuk ajumma dan ajusshi, ok." kata Puan Jeon ceria.

"Baik, ajumma." jawab member Gfriend serentak dan tersenyum.

Mereka memberi lambaian sesama mereka. Setelah menghantar Puan Jeon dan Tuan Jeon, Eunha menarik nafas dalam sebelum kembali ke dapur.

"Mind to explain." kata Sowon yang sudah duduk bersama member Gfriend yang lain. Sekali lagi Eunha menghembus nafas sebelum menyambung jalan dan duduk di satu-satu kerusi yang masih kosong itu.

"Eun rasa, korang boleh agak mereka berdua tadi itu siapa, kan?" Eunha memulakan perbualan atau mungkin penceritaan. Mengangguk. Itu yang dilakukan sebagai jawapan.

"Omma appa Jungkook?" kata Yerin dan mendapat anggukan Eunha.

"Kau ada hubungan dengan Jungkook? Jungkook BTS sekolah kita? Jungkook kingka sekolah kita, kan?" soalan Yuju begitu banyak tapi hanya ada satu jawapannya.

"Ya, Eun ada hubungan sebagai kekasih Jungkook. Jungkook BTS sekolah kita dan merupakan kingka sekolah kita." jelas Eunha.

"Macam mana? Bukankah unnie kata, unnie tidak kenal dia?" soal Umji pula.

"Ok, begini. Biar Eun cerita dari awal sampai akhir, ok?" member Gfriend mengangguk.

"Baiklah. Eun kenal dengan Jungkook sudah lama. Malah, sebelum Jungkook pindah sekolah ini, kami memang sudah menjadi sepasang kekasih. Dan yang Jungkook maksudkan yeojachingu yang dia tunggu itu memang Eun, tapi Eun taknak mengaku. Sebab dari cerita korang berkaitan Lisa lagi buat Eun rasa seram sejuk pula. Sebab tu, Eun ambil langkah rahsiakan sampai sekarang dan kalau boleh sampai rahsia tu terbongkar sendiri." akhirnya Eunha menamatkan cerita ringkasnya itu.

"Tapi macam mana dengan omma appa Jungkook? Korang nampak rapat." kata Sowon.

"Sejak Eun kecil, ajumma dan ajusshi yang jaga Eun berkenalan rapat dengan omma appa Jungkook dan sejak itu juga Eun rapat dengan Jungkook sehingga omma appa Jungkook nak Eun dengan Jungkook menjadi pasangan suami isteri kelak. Sebab itu omma appa Jungkook suruh Eun biasakan diri dengan memanggil panggilan omma appa dan sekarang Eun dah terbiasa."

"Wow, tak sangkah kau ada green light dari omma appa Jungkook." Eunha tersenyum malu. Tapi dalam hati bangga.

"Lagi tak sangkah kita semua nii pasangan member BTS, kan." kata SinB membuatkan Eunha kepelikkan.

"Kita semua? Pasangan member BTS?" soal Eunha pelik.

"Ha'ah. Sowon unnie bersama-sama Jin oppa. Yerin unnie dengan Taehyung oppa. Yuju unnie dengan Jimin oppa. Sekarang Eunha unnie dengan Jungkook oppa. Tinggal SinB dan Umji yang tunggu hari lahir kitaorang baru terima J-hope untuk SinB dan Umji, Suga oppa." jelas Umji panjang lebar.

"Patutlah, masa Eun masuk pertama kali, mereka kata member BTS sudah berpunya. Tapi Eun tak pernah nampak member BTS bersama-sama pasangan mereka. Rupanya korang yang selama nii bersama-sama Eun." mereka terkekek mendengar kata-kata Eunha itu.

"Jadi sekarang sudah jelas yang Eunha lah yeoja yang ditunggu Jungkook selama ini. Apa yang akan jadi kalau diorang tahu, Eunha perempuan bertuah itu?" kata Yerin sambil membayangkan hal itu.

"Eun, harap korang tak bagitahu siapa-siapa mengenai hal ini." pinta Eunha.

"Kenapa? Bukankah unnie akan jadi meletup dengan berita ini?" soal SinB pelik.

"Em, cuma belum sedia. Lagipun, Eun suka dengan keadaan macam begini." kata Eunha sambil memberikan senyuman berharap.

"Baiklah. Dari unnie saja." kata SinB mengalah.

"Jadi bolehlah kita jumpa BTS bersama-sama nanti, kan? Berjumpa di tempat tertutup. Kita dah macam para idol yang bercinta pun berjumpa secara tertutup." kata Yuju.

Mereka berlima mengangguk serentak kemudian tertawa.

"Dah, jom makan. Kesian mak mertua Eunha masak nii." kata Sowon menyakat Eunha menyebabkan Eunha memerah menahan malu.

"Aku harap sangat, omma appa Jimin oppa tu macam omma appa Jungkook. Ramah dan support aku dengan hubungan bersama Jimin oppa." kata Yuju kedengaran seperti meluah.

"Kita semua berharapa macam tu Yuju." kata Yerin pula. Mereka tersenyum lagi.

Akhirnya mereka bersama-sama makan malam dengan berbagai cerita dan bergelak ketawa.

.

.

.

.

.

◌⑅●♡⋆♡ OUR ♡⋆♡●⑅◌
◌⑅●♡⋆♡ SECRET ♡⋆♡●⑅◌
◌⑅●♡⋆♡ RELATIONSHIP ♡⋆♡●⑅◌

.

.

.

.

.

Hi, happy with this part? Then give me a vote to make me more hardworking and always do my best...

Thnks for your support, vote me don't forget.

...

Continue Reading

You'll Also Like

146K 4.5K 48
matilda styles, will you be my valentine? (please reject me so i can move on) โ‹† หš๏ฝกโ‹†เญจ๐Ÿ’Œเญงโ‹† หš๏ฝกโ‹† IN WHICH christopher sturniolo falls for nepo baby or...
310K 10.8K 50
๐ˆ๐ ๐–๐‡๐ˆ๐‚๐‡ Ellie Sloan reunites with her older brother when her hospital merges with his jackson avery x ellie sloan (oc) season six โ” season se...
80.1K 5.6K 25
Story starts from current track....where everyone blames Abhira for not telling Chaaru's affairs to them .... Then everyone scolded her including arm...
1M 18.5K 43
What if Aaron Warner's sunshine daughter fell for Kenji Kishimoto's grumpy son? - This fanfic takes place almost 20 years after Believe me. Aaron and...