DENDAM MR DEVIL

By farnazamri

864K 29.6K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104 - Tamat
Thank you.

Bab 61

6.3K 243 4
By farnazamri

Senyuman di bibir Fasha tidak lekang dari terus mengukir. Melihat saja wajah si suami, senyuman manisnya semakin lebar sampai ke telinga.

"Betul ke saya dah boleh balik rumah?" Mata Fasha bersinar teruja. Sudah tiga hari dia di hospital. Kini dia sudah dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah, demamnya juga sudah kebah.

"Ya, sayang." Iskandar mengangguk sambil tangan memasukkan baju-baju Fasha ke dalam beg yang dibawa bersamanya tadi. Selepas selesai, dia berjalan merapati katil yang diduduki Fasha. Sempat dia letakkan beg ke atas kerusi

Sambil mengunyah isi ayam goreng, Fasha angguk-anggukan kepala. Hari ini baru dia boleh merasa makanan yang sedap-sedap. Kalau sebelum ini, semua tawar saja. Maklumlah hari-hari bubur.

"Sedap tak?"

"Sedap!" Fasha senyum suka.

Iskandar duduk di hujung katil, betul-betul menghadap Fasha yang sibuk menikmati ayam goreng yang dibelinya tadi. Makan sampai tak ingat dunia budak ni.

Geram kita tengok dia.

"Dah tak panas." Selepas meletakkan tangan di dahi Fasha, Iskandar ukir senyuman puas hati. Lepas ni, bolehlah dia masuk office dengan tenang. Kalida juga banyak membantunya selesaikan kerja-kerja yang bertimbun di office.

"Awak..." Fasha panggil Iskandar tiba-tiba.

"Hmm?"

"Tadi polis ada call saya."

"Bila?" Iskandar masih menantikan jawapan penuh. Dia tak faham.

"Tadi. Masa awak turun bawah bayar bil hospital." Fasha sambung mengunyah. Kemudian dia mencapai botol air mineral di atas meja sebelum diteguk lama.

Iskandar diam. Selang beberapa detik, dia buka mulut semula. "Kenapa polis call awak?"

"Penjahat yang hampir nak rogol saya tu dah kena tangkap dengan polis." Fasha mengelus satu senyuman lega. Akhirnya, dia tak perlu lagi rasa susah hati apabila duduk bersendirian.

Dia bersyukur.

"Seriously?" Iskandar bertanya tak percaya.

"Ya, awak. Nanti kita pergi balai polis."

Kalida menjengul kepala di pintu utama yang sudah sedia terbuka. Iskandar dan Fasha membalas pandangan gembiranya. Dengan pantas, dia memimpin Fasha masuk ke rumah.

"Fasha dah sihat ke ni?" Kalida tanya tak puas hati. Dia risau melihat keadaan Fasha yang kelihatan agak lemah.

"Dah." Hampir serentak Fasha dan Kalida duduk di atas sofa. Melihat Fasha senyum nipis, dia sentuh dahi Fasha. Cuba rasa kalau-kalau kakak iparnya masih demam.

"Isteri abang okey ja." Iskandar muncul tiba-tiba di ruang tamu. Dia mendekati sebelum turut duduk di sofa berhampiran. "Abang yang jaga Fasha mestilah cepat baik, kan sayang?"

Fasha angguk kepala lambat. Dia sendiri tak yakin dengan kata-kata suaminya. Kalida gelak halus saat sedar dengan anggukan teragak-agak Fasha.

"Bila nak balik rumah mama?" tanya Kalida. Wajah Iskandar dan Fasha dipandang berulang kali.

"Esok atau lusa." Iskandar angkat bahu. Dia tak pasti. Yang dia pasti, kerja-kerjanya masih bertimbun di office. Bukan semua kerja adiknya dapat selesaikan dalam masa tiga hari ini.

"Akak." Suara Kalida separa berbisik. Dia jeling abangnya yang sedang tersandar di sofa. Mata lelaki itu terkatup rapat. Penat agaknya.

"Iya?" Fasha turut perlahankan suara.

"Jom." Mata Kalida berubah membulat bersinar. Terkelip-kelip mata gadis itu seketika.

"Jom?" Fasha kerut dahi halus. Tak faham.

"Cari makan." Kalida angkat kening berkali-kali.

"Jom! Jom!" Fasha naik teruja. Dia teringin nak makan nasi ayam, nasi kerabu, nasi daging, aaaa! Semua nasi dia teringin nak makan sekarang!

"Shhhh." Tangan Kalida naik menekup mulut Fasha. "Jangan bising nanti abang tak bagi kakak ikut Ida." Kalida bernafas lega melihat abangnya masih memejamkan mata.

"Ida ambil kunci kereta jap. Akak pergi tunggu dekat kereta. Okey?" Kalida bangun perlahan-lahan, cuba tak mencetuskan sebarang bunyi.

"Iskandar macam mana?"

"Biar je. Nanti Ida bagitahu." Kalida meninggalkan Fasha yang terkebil-kebil. Fasha telan liur sambil mata terarah kepada Iskandar. Suaminya sudah tertidur agaknya.

"Sorry awak."

"Pergi mana?" Iskandar tercegat di tepi tangga. Tepat anak matanya terpaku pada wajah Fasha yang sudah bertukar riak. Kalida yang baru menaiki anak tangga dipandang sekilas.

"Pergi maa... makan." Tersekat-sekat Fasha menjawab. Suara datar suaminya buat jantungnya berdebar tak henti-henti.

"Kenapa malam baru balik? Kenapa tak bagitahu dulu?"

"Sorry. Tadi Ida ajak saya tengok wayang sekali. Lupa nak bagitahu awak." Fasha tunduk kepala, merenung kedua kakinya. Tatapan Iskandar betul-betul tepat pada wajahnya kini. Seram.

"Dosa kalau keluar rumah tanpa keizinan suami."

"Sorry." Fasha cebik bibir. Dia tahu dia salah.

"Naik atas. Mandi. Solat."

Fasha angguk. Lekas dia naik atas tanpa berpaling ke belakang. Sengaja dia menghentak kaki di anak tangga. Protes. "Iskandar garang," omel Fasha dengan wajah masam mencuka.

Jari Iskandar mencucuk pinggang Fasha. "Awak..." Iskandar terkebil melihat Fasha yang sedang berbaring di sebelahnya. Perempuan itu memejamkan mata.

Fasha sengaja pejamkan mata. Buat-buat merajuk.

"Tidur dah ke? Belum kan?" Iskandar masih bersuara sendiri. Perempuan itu tetap tidak menoleh dan bergerak. Kaku seperti tadi. Kali ini, jarinya bermain dengan rambut Fasha.

Fasha terus celik mata. "Nak apa awak?"

"Cepatlah." Selepas rambut, tangan Fasha menjadi sasaran Iskandar. Dia mengusik main-main.

"Cepat apa?"

Tanpa kata mahupun amaran, Iskandar naik menindih tubuh Fasha. Wajah cantik Fasha ditenung penuh rasa minat dan suka.

"Aaa... apa awak ni?" Fasha menahan tangan di dada Iskandar. Terkejut dengan tindakan yang tiba-tiba. Cuba ditolak dada lelaki itu supaya menjauh. "Turun."

"Awak..." Mata Iskandar tajam menikam anak matanya sebelum tangan lelaki itu naik mengulas lembut di pipi. Fasha terpana.

"Ready, sayang?"

Fasha telan air liur lagi. Lambat-lambat dia angguk kepala. Sudah tiba masa suaminya mendapat 'hak' yang satu itu. Sekaligus permintaan Datin Zarina dapat ditunaikan.

Tanpa sedar, Fasha masih dalam keadaan takut-takut. Dia teringat tentang apa yang berlaku dulu. Di mana dia dirogol dalam keadaan menjijikan. Dia cuba untuk melupakan itu.

Tapi ianya seakan mustahil.

"Awak, be gentle..."

"No."

"Awak!"

Continue Reading

You'll Also Like

42.9K 4.2K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
690K 39.7K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
304K 10.5K 49
Hidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai...
1.6M 21.5K 100
Bella Delisha- Kenapa kau payah sangat nak cuba cintakan aku ? Apa salah aku untuk kau terus memarahi dan tidak mempedulikan aku ? Ye aku sedar aku p...