KISAH CINTAKU PADAMU..๐ŸŒน [COM...

Af Aynabae19

31.6K 950 11

"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น "COME... Mere

EPILOG๐ŸŒน
1 ๐ŸŒน ;
2 ๐ŸŒน ;
3 ๐ŸŒน ;
4 ๐ŸŒน ;
5 ๐ŸŒน ;
6 ๐ŸŒน ;
7 ๐ŸŒน ;
8 ๐ŸŒน ;
9 ๐ŸŒน ;
10 ๐ŸŒน ;
11 ๐ŸŒน ;
12 ๐ŸŒน ;
13 ๐ŸŒน ;
14 ๐ŸŒน ;
15 ๐ŸŒน ;
16 ๐ŸŒน ;
17 ๐ŸŒน ;
18 ๐ŸŒน ;
19 ๐ŸŒน ;
20 ๐ŸŒน ;
21 ๐ŸŒน ;
22 ๐ŸŒน ;
23 ๐ŸŒน ;
24 ๐ŸŒน ;
25 ๐ŸŒน ;
26 ๐ŸŒน ;
27 ๐ŸŒน ;
28 ๐ŸŒน ;
29 ๐ŸŒน ;
30 ๐ŸŒน ;
31 ๐ŸŒน ;
32 ๐ŸŒน :
33 ๐ŸŒน ;
34 ๐ŸŒน ;
35 ๐ŸŒน ;
36 ๐ŸŒน ;
37 ๐ŸŒน ;
39 ๐ŸŒน ;
40 ๐ŸŒน ;
41 ๐ŸŒน ;
42 ๐ŸŒน ;
43 ๐ŸŒน ;
44 ๐ŸŒน ;
45 ๐ŸŒน ;
46 ๐ŸŒน ;
47 ๐ŸŒน ;
48 ๐ŸŒน ;
49 ๐ŸŒน ;
50 ๐ŸŒน ;
51 ๐ŸŒน ; (FINAL)
AUTHOR
SPECIAL PART: (1) ๐ŸŒน
SPECIAL PART: (2) ๐ŸŒน
SPECIAL PART: (3) ๐ŸŒน
SPECIAL PART: (4) ๐ŸŒน
SPECIAL PART: (5) ๐ŸŒน
New Story๐Ÿ”น๏ธ

38 ๐ŸŒน ;

422 13 0
Af Aynabae19

Sudah menjadi rutin harian Saera untuk membuat semua kerja rumah selepas bergelar isteri.

Setiap pagi, dia akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan, pakaian kerja dan pelbagai lagi untuk suaminya.

Selepas suaminya pergi ke kerja, mulalah aktivitinya mengemas rumah yang besar seorang diri.

Walaupun rumah itu sudah kelihatan kemas dan bersih, dia masih mengemas lagi. Baginya itulah aktiviti yang boleh dilakukannya selain menonton drama.

"Haih.. bosannya. Kalau macam nilah hari-hari, mau mati aku. Aku nak kerja." kata Saera pada dirinya selepas selesai berkemas.

Talefonya dicapai. Nombor talefon bapanya didail laju.

"Assalamualaikum. Papa, papa ada dekat pejabat eh? Kalau papa ada dekat pejabat, angah datang sana"

Tanpa sempat Dato' Hisyam menyoalkan pelbagai soalan lagi, Saera sudah pun menamatkan panggilan.

Kali ini, di menelefon suaminya pula untuk meminta izin keluar.

*****

"Ada apa kamu datang? Suami kamu tahu tak?" soal Dato Hisyam.

Saera mengambil tempat dahulu sebelum dia menjawab soalan bapanya itu.

"Dia tahu angah keluar. Angah datang ni pun sebab Angah bosan dekat rumah. Papa tak ada kerja untuk angah ke?"

Dato' Hisyam terdiam. Dia memikirkan sesuatu seketika.

"Ada tu memang ada. Tapi, suami kamu tahu tak kamu nak bekerja ni?"

Saera menggeleng perlahan. Dia masih belum berbincang dengan suaminya pasal ini.

"Kamu kena bincang dengan laki kamu dulu. Papa boleh je bagi kamu kerja, tapi kamu kena ingat, kamu tu dah berkahwin. Apa-apa dahulukan suami. Macam mama kamu" ujar Dato' Hisyam.

Saera mencebik. Dia hanya mengangguk faham. Sebelum dia beredar dia sempat menyuruh bapanya untuk menajaga jawatan itu untuknya sementara dia mendapatkan keizinan suaminya.

🌹🌹🌹

Tiara menelefon seseorang dan mengatakan mahu berjumpa, selepas membaca satu mesej yang diterimanya. Selepas bersiap-siap, dia pantas keluar dari rumahnya sementara anaknya masih tidur.

Tidak lama dia memandu, dia tiba disatu simpang berdekatan dengan rumahnya.

Dia keluar dari kereta lalu berjalaj menuju kearah sebuah kereta yang juga berhenti disitu.

"Hah. Kau, tak ada tempat lain ke nak jumpa?" soalnya agak kasar.

"Rilekslah. Aku cuma nak senangkan kau je. Iman mana?" soal lelaki itu.

"Iman dekat rumah. Kau nak apa sebenarnya ha? Akubdh taknada apa-apa dengan kau lagi" naik seoktaf suara Tiara. Matanya memandang lelaki itu tajam.

"Aku nak jumpa Iman. Anak aku. Tak boleh ke?"

"Tak. Mahkahmah pun dah sahkan aku penjaga sah dia. Dah kau pun tahu aku tak benarkan kau jumpa dengan anak aku"

Lelaki yang merangkap bekas suami Tiara itu hanya mendiamkan diri.

"sebab kau aku jadi macam ni. Kalau kau cakap yang kau tak cintakan aku dulu, aku boleh bersabar dan lepaskan kau cara baik. Kau ingat aku tak tahu sepanjang kita berkahwin, Idham yang ada dalam kepala otak kau. Kau dengar sini. Aku tak akan berdiam diri selepas apa yang kau dah buat pada aku. Seperti mana kau buat hidup aku hancur, macam tu aku buat pada kau" kata lelaki itu panjang lebar sambil menarik tudung Tiara.

Tiara kelihatan sangat takut. Air matanya mengalir secara tidak sengaja. Namun pandangannya kelihatan seperti marah dan sangat menakutkan.

Tiba-tiba seseorang menerpa kearah mereka lalu, pipi bekas suami Tiara ditumbuk.

"Lepaskan dialah bodoh!" jerit lelaki itu.

Tiara tersentak. "Qayyum?"

Qayyum berdiri membelakangi Tiara sambil merenung tajam kearah bekas suami Tiara.

"kau nak apa lagi dengan dia? Kau dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan kau faham? Sebelum aku call polis baik kau berambus dari sini"

Dengan perasaan marah, lelaki itu beredar.

Qayyum berpaling dan menyoalkan tentang keadaan Tiara.

"Kau ok tak?"

"aku ok. Terima kasih Qayyum"

"No hallah. Aku pun kebetulan lalu sini sebab aku datang rumh kau, tapi kau tak ada"

Tiara mengerutkan dahinya. "ada apa kau nak jumpa aku?"

"kita pergi tempat lain dululah" tak sesuai dekat sini"

Mereka menuju ke taman berhampiran dan mereka berbual tentang perasaan masing-masing.

Qayyum masih mencintai Saera dan Tiara juga masih mencintai Idham.

Bagi Qayyum, dia tidak pernah berjumpa dengan seseorang yang penyabar seperti Saera selepas apa yang dia dah lakukan. Lagipun, Saera semakin cantik.

Tiara pula. Sejak dari dulu lagi dia tidak pernah melupakan Idham. Dia berkahwin atas dasar keluarga. Tiada perasaan cinta pun.

Mereka mula merancangkan sesuatu untuk mendapatkam kembali hak mereka yang mereka tidak dapat sebelum ini.

🌹🌹🌹

Malam kian menjelang. Selepas makan malam dan solat bersama, Saera dan Idham meluangkan masa bersama.

Saera berbaring dengan meletakkan kepalanya diatas perut Idham. Manakala Idham didalam posisi bersandar.

Mereka seronok melayan filem yang ditayangkan.

Saera kelihatan resah. Dia memikirkan sama ada dia mahu memberitahu atau tidak tentang hasratnya.

"Err..abang"

Idham memandang wajah isterinya. Perlahan dia membelai umbun-umbun Saera.

"Hmm"

"sebenarnya... Hmmm"

"Sebenarnya apa?"

"Saya cakap ni. Awak jangan marah ok? Janji?"

Idham terdiam. Apa yang mahu dikatakan oleh isterinya? Siap mahu berjanji bagai.

Idham menurutkan janjinya.

"Sebenarnya, saya bosanlah duduk rumah. Boleh tak saya nak bekerja? Papa ada satu jawatan untuk saya. Sebagai design planner untuk syarikatnya. Boleh?"

Idham terdiam. Betul ke apa yang dia dengar? Saera mahu bekerja.

"Kenapa nak kerja? Abangkan masih boleh tanggung sayang"

"Alaaa bolehlah. Ada masanya, saya nak juga tanggung abang. Kalau kita berdua bekerja, ekonomi kita stabil. Anak-anak kita pun nanti senang" terang Saera dengan nada comelnya.

Idham terdiam buat kali kedua. Tiba-tiba dia tersengih seperti kerang busuk.

"Anak-anak?"

"Ya, anak-anak" balas Saera dengan penuh berkeyakinan.

Tiba-tiba dia baru tersedar sesuatu. Adakah dia terlepas kata? Mungkin Idham sudah memikirkan perkara lain.

Dalam erti kata lain. Habislah dia.

"Kenapa tak cakap dari awal yang awak nak anak? Saya boleh bagi" kata Idham lalu mengeletek badan isterinya.

Penat Saera menahan geli kerana digeletek. Dengan menggunakan saki baki tenaganya dia menolak badan Idham.

"apa ni? Sayang cakap saya nak bekerja. Bukan nak anak." ujar Saera.

Idham hanya ketawa. "Kalau saya benarkan awak nak buat apa?"

"Apa ni? Main canggaran-canggaran pula ni?"

"Eah? Mestilah. Kita berdua juga yang dapat faedah nanti. Sayang dapat kerja. Saya dapat apa yang saya nak"

Saera menunduk memikirkan apa yang boleh diberinya kepada Idham.

"Apa-apa je yang memuaskan hati abang."

Idham tersenyum gatal. Dia berbisik ketelingga Saera.

"Kalau macam tu abang nak....."

Habis merah muka Saera. Biar betul?

"Se..se..sekarang?" ujar Saera dengan nada terkejut.

"hmm. Kenapa tak nak? Kalau tak nak tak apa. Simpanlah angan-angan nak bekerja tu"

"honeymoon. Macam mana? Masa tu, abang nak buat apa buatlah. Ok? Boleh?" balas Saera memberi alasan dengan melemparkan wajah comelnya itu.

Idham tersenyum. Halah halah. Comelnya. Mana tak cair hatinya. Geram melihat isterinya itu.

"Baik. Honeymoon. Masa tu sayang dah tak boleh nak menolak apa-apa. Just feel it" kata Idham semakin lama semakin perlahan kerana membisik sesuatu ditelingga Saera. Wajah isterinya dikucup beberapa kali.

Saera teraenyum malu. Dada bidang Idham dipukulnya perlahan. "Gatal"

"gatal dengan isteri sendiri. Tak salah pun"

Saera tersenyum kelat. Habislah dia. Apa yang di pinta hanyalah untuk bekerja. Tak sangka perkara lain pula yang jadinya.

Mereka sambung menonton filem. Idham menonton dengan senang hati, manakala Saera menonton dengan resah dalam pada masa yang sama gembira kerana mendapat keizinan untuk bekerja.

🌹🌹🌹



Renung Seketika

Kadang kala kita tidak boleh menunjukkan perasaan sebenar kita sangat, takut bertukar obses.

Fortsรฆt med at lรฆse

You'll Also Like

109K 6.9K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
386K 14.9K 74
~ SAYA AKAN JAGA AWAK ROSEREENโ—~ [Syed Irfan & Nisrena Rosereen Love Story] -ORIGINALLY STORY FROM WATTPAD.COM- CEKCK OUT SAYANG CIKGU PRAKTIKAL 2 NO...
486K 11.8K 50
Terpaksa berkahwin atas kehendak keluarga Bella. Afiq membuat syarat dimana dia akan ceraikan Bella apabila masalah di antara mereka selesai Namun...
1.5M 47.4K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...