My Adore, Dr. Annoying

By liayurina

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 PROLOG II
🤍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 31🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 38🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 57🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 61🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 65🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 11
🦋Bab 13
🦋Bab 19

Bab 44🤍

1.4K 91 92
By liayurina

"Saya..."

"Saya apa?"

Hazwini menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Tiba-tiba...

"Arghhhh!!! Dr ada katak kat tepi kasut Dr!!"

"Ha? mana-mana?" Airil Adryan turut terkejut sehingga lolipop di tangannya terlepas tetapi Hazwini dengan cekap menyambutnya. Kemudian terkocoh-kocoh Hazwini berlari sambil berdekah-dekah melepas ketawa. Tapi tak lama apabila dia tersilap langkah lalu jatuh tersungkur di atas pasir pantai.

"Hahahahaha! Buat jahat lagi..." kali ni ketawa Airil Adryan kuat kedengaran. Perlahan-lahan dia menghampiri ke arah Hazwini yang masih tertirap di atas pasir.

"Eh, awak okey tak ni?" Jari telunjuknya perlahan-lahan mencucuk-cucuk bahu gadis itu. Untuk melihat sama ada dia pengsan atau mati.

Tiada sebarang reaksi daripada Hazwini. Dia masih tertirap di atas pasir membuat Airil Adryan di palu kebimbangan.

"Hazwini, awak..."

"Nah, ambil ni!" Segenggam pasir di tangan Hazwini di baling tepat pada muka Airil Adryan yang kacak itu. Beberapa saat kemudian, Hazwini berlari di tepi gigi air sambil melepas tertawa.

"Awak main tipu mana aci!"

"Aci kat Bangladesh lah! Nak lamar anak orang tak romantik langsung." Kata Hazwini selamba. Tidak sedar, orang yang di kutuknya itu sudah berada di belakangnya.

"Do you want to see me more romantically?" Balas Airil Adryan dengan nada romantis. Suara garaunya itu membuat Hazwini menggigil badan.

"Err... Bye nak duduk kat pondok balik. Ha, baik Dr tengok balik gitar tu. Takut hilang nanti."

"Awak ni kan suka lari dari masalah."

Langkah Hazwini mati. Pantas dia menoleh belakang. Dia dapat melihat iris biru itu merenung tajam kepadanya.

"Saya bukan nak lari masalah... Dah jom lah duduk balik."

Sampai sahaja di pondok mereka berdua duduk tadi, Airil Adryan terus mengambil beg gitar itu.

"Sekejap. Saya nak letak balik gitar ni dalam kereta. Jangan lari mana-mana tau," pesan Airil kepada Hazwini yang enak memakan lolipop besar itu.

"Ya..."

Tak beberapa lama minit kemudian Airil Adryan datang kembali. Hazwini masih sama, masih menikmati lolipop itu. Keduduka tidak berubah langsung. Ni kalau orang culik sekalipun, mesti tidak sedar.

"Ehem!" Airil Adryan berdehem seketika. Mahu menyedarkan gadis itu yang dia sudah kembali. Kemudian dia mengambil tempat untuk duduk di bangku bertentangan dengan Hazwini.

"Eh? Cepatnya... Hehe sorry. Sedap sangat lolipop ni. Dr beli kat mana? Kalau boleh beli banyak-banyak untuk saya. Huhuhu," ujar Hazwini tanpa ada perasaan malu. Dia memang suka akan manisan. Masa zaman kanak-kanaknya dulu, giginya pernah rosak akibat terlalu makan gula-gula. Sampai sekarang ni, langsung dia tidak pernah insaf. Agaknya mahu giginya macam Aisyatul yang pakai braces itu, baru nak insaf kut.

"Tak takut dapat diabetes ke nanti?"

"Mati itu anytime."

Airil Adryan hanya terdiam. Ada sahaja jawapan dari gadis itu. Selepas itu, secara senyap-senyap, dia mengambil iphonenya di dalam poket seluar jeannya lalu kamera di buka dan beberapa keping gambar Hazwini yang menarik perhatiannya di tangkap. Comel. Gambaran Hazwini yang enak menikmati lolipop besar di jadikan wallpaper untuk locksreen pada iphonenya.

"Dr, nak...?" Tanya Hazwini apabila lelaki itu ralit dengan menghadap telefonnya itu. Tangannya menghulur lolipop besar itu kepada Airil Adryan.

"I don't like sweets. But, I just like you, sweetheart."

Hazwini tergamam. Kemudian dia sambung memakan lolipop itu. Tidak tahu dia hendak menjawab pick up line pelik yang diberi oleh lelaki itu. Memang pelik! Dan juga memeningkan otak.

"Hurm, kalau awak makan lolipop yang saya bagi tu, awak dah officially dah jadi tunang tak rasmi saya."

Tiba-tiba Hazwini tersedak. Terkejut dia dengan kata-kata Airil Adryan. Bungkusan plastik yang berada di dalam tangannya di sarung kembali pada lolipop yang makin lama ukuran menjadi kecil, lalu dia menghulur kepada Airil Adryan. Tetapi lelaki itu hanya tidak buat tahu sahaja.

"Dr ambil balik lah. Saya tak nak. Saya boleh beli yang lain." Kata Hazwini dengan kelam kabut.

"Tak nak. Alang-alang tu baik awak habiskan je. Yeayyy, tak sabarnya nak bagi tahu mama saya untuk masuk minang awak!"

"T... tapi s..saya tak setuju lagi. Mana boleh Dr gunakan lolipop ni sebagai tanda setuju saya jadi tunang tak rasmi Dr. Tak baik tau. Dia ni hanyalah makanan. Kalau dia hidup mesti dia sedih. Kesian.." jawab Hazwini sambil buat-buka sedih sambil merenung lolipop yang di katakan menjadi mangsa keadaan Airil Adryan.

"Awak nampak muka saya ni kesah dengan semua tu?"

Hazwini mencebik geram. Dia memandang wajah annoying itu dengan menyampah.

Wahai readers-readers semua, mari kita semua campak Dr annoying ni ke dalam laut. Hahaha. Biar ikan jerung jadi hero Hazwini pula. Bye!

"Hisyh, saya tak tahu lah nak cakap apa lagi. Pening tahu tak? Sekarang saya masih tak faham Dr nak kahwin dengan saya atas dasar cinta atau nafsu semata-mata? Saya ni tak secantik mana tetapi saya ada perasaan. Jangan ingat Dr ni kaya boleh buat apa je."

Kedengaran Airil Adryan menghela nafasnya. Iris birunya lembut membalas pandangan mata coklat milik Hazwini yang merenung sayu ke arahnya.

"I already fall in love with you, Hana," jawabnya.

Hazwini terdiam. Agak terkejut juga lelaki itu menyebut namanya Hana. Tiba-tiba teringat kepada lelaki yang membuat dia jatuh cinta ketika pada zaman remaja dahulu iaitu Abang Mika. Hanya lelaki itu sahaja yang memanggil namanya Hana. Selain keluarganya.

Abang Mika. Lelaki pertama membuat dia jatuh hati. Sampai sekarang dia masih lagi menyimpan perasaan itu. Walaupun dah  lama.

Tapi... Yang membuat dia musykil. Airil Adryan dan Abang Mika mempunyai ciri-ciri yang sama.

Iris birunya! Airil Adryan juga turut memliki juga. Muka juga seiras. Perbezaan sahaja yang menentukan mereka berdua ini bukan orang yang sama. Abang Mika seorang yang friendly. Airil Adryan pula, seorang yang annoying, serius dan selamba. Haih. Lagi satu, misteri!

"Hazwini?"

Terus lamunan Hazwini hilang dek teguran lelaki itu.

"Saya nak minta maaf... Bagi saya masa untuk fikir temtang hal tu." Hazwini berkata sambil memandang ke arah pantai sambil membetulkan tudung bawalnya yang terangkat sikit dek di sapa angin pantai.

"It's okay, sweetheart... Take your time,"

"Saya betul-betul minta..."

"Sekali lagi awak cakap nak minta maaf, memang saya bawa awak sekarang pergi pejabat agama!" Pintas Airil Adryan sambil itu dia ura-ura untuk bangun untuk melunaskan kata-katanya tadi.

Erkk!

"Okey, okey! Saya tak kata dah..."

Beberapa saat, kedengaran ketawa Airil Adryan meletus. Hazwini hanya menunjukkam riak hairannya. Tapi tak lama, Hazwini senyap-senyap ke belakang dan membongkok  sikit tubuhnya . Tangannya mengenggam sengenggam pasir pantai berdekatan pondok mereka duduki, lalu di taburi di atas kepala lelaki itu.

Nampaknya lelaki itu tidak perasaan akan perbuatannya. Hazwini tersenyum jahat campur nakal. Habis rambut dark brown asli milik lelaki itu sudah di penuhi pasir pantai. Hahahaha.

Airil Adryan yang dapat merasakan di atas kepalanya ada benda, tangannya menyentuh.

Pasir.

Lantas dia menoleh ke belakang. Kelihatan Hazwini seronok menabur pasir di kepalanya. Tanpa di duga, pasir di atas kepalanya di ambil lalu di baling tepat pada muka Hazwini yang leka menabur pasir di kepalanya.

"Ops! Ehehe... Yo, lari..!!" Mereka berdua akhirnya berkejar-kejaran di tepi pantai.

"Awak buang balik pasir kat atas kepala saya ni!" Jerit Airil Adryan sambil mengejar Hazwini yang berlari dari di kejar olehnya.

"Tak nak!!" Sahut Hazwini.

Kejadian ulang kembali, Hazwini jatuh tertirap di atas pasir pantai. Mukanya betul-betul tercium di atas pasir.

"Hidup ini penuh dengan dramatik." Kedengaran Airil Adryan menyindir dirinya. Hazwini yang dengar sindiran itu pantas bangun dari tertirap.

"Bluekkk, anda rasa saya ada masa untuk fikir ayat Dr cakap tu?"

Airil Adryan tersenyum sinis. Mukanya sudah menayang seriusnya.

"Awak nak saya dukung awak lepas tu campak dalam laut?"

Hazwini menggeleng laju. Lelaki itu semakin dekat menghampirinya.

"Eh, janganlah! Nanti telefon saya kena air laut nanti!"

"Ada saya kesah?" Balas Airil Adryan dengan muka annoyingnya. Lantas beg silang Hazwini yang menyilang di badan gadis itu, lalu di campak ke pasir pantai. Kemudian dengan selamba tubuh kecil itu di tolak ke air laut.

"Airil Adryan! Saya tak bawa baju spare lah! Ahh, mari sini kau aku tolak kau dalam laut," jerit Hazwini sebelum baju lelaki itu di tarik dan kemudian mereka berdua masing-masing sudah ke dalam laut.

"Tak apa nanti kita beli baju baru hahaha.. Lepas mandi ni kita pergi solat Asar. Okey?"

Hazwini hanya mencebik. Kemudian tangannya menampar-nampar air laut tanda geram. Tak pernah di buat orang pakai blaus mandi laut!





___________________________________________
Bilik 224, Desasiswa Fajar Harapan, USM.

PATUNG Doraemon yang di beri oleh si pengirim misteri di peluk erat oleh Hazwini. Dalam otaknya terfikir lamaran lelaki itu? Patutkah dia terima?

Lelaki itu berkata apabila dia makan lolipop itu secara rasmi, dia setuju dengan lamarannya. Haih...

"Hoi saudari! Dah pukul sebelas malam. Tidur lah! Esok ada kelas," kata Liana dengan suara di kuatkan sedikit.

Lantas Hazwini mengiring badannya menghadap Liana yang sedang berbaring mengiring arahnya. Muka menyampah di tayangkan kepada sahabatnya itu. Katil mereka berdua sebenarnya bertentangan dan terdapat ruang di antara katil mereka.

"Aku tak boleh tidur..." luah Hazwini sambil memeluk patung Doraemon itu. Beberapa hari yang lepas dalam 20 kali dia baca ayat kursi dan di hembus pada patung itu. Takut-takut ada sihir. Sudahlah pengirimnya itu tidak ketahui. Manalah nak tahu, ada minyak dagu yang tercalit pada patung itu yang membuat-buat dia tergila-gilakan seseorang. Sebab itu dia mengambil langkah berjaga-jaga membaca ayat kursi dan berapa surah lazim yang di hafalnya lalu di tiup kepada patung itu.

"Haih.. Dah kenapa kau tak boleh tidur ni? Meh, cerita kat aku."

"Dr. Airil lamar aku."

"Serius lah?" Terbangun Liana dari pembaringannya kerana terlalu terkejut apa yang di katakan oleh Hazwini.

"Shhh! Kau ni. Kawal sikit suara kau. Kau nak warden datang terjah bilik kita ke?"

Liana hanya tersengih.

"Ya, dia lamar aku... Tapi aku tak tahu nak terima atau tidak. Manalah tahu, tak sampai setahun kut-kut dia ceraikan aku.." ujar Hazwini dengan polos.

"Kau ni suka berfikiran negetif. Dr. Airil tu baik orangnya. Wei, dia lamar kau macamana? Dia melutut depan kau ke?"

"Tak..." kening Liana bertaut. Pelik.

Hazwini menarik nafasnya sebelum menjawab.

"Dia nyanyi sambil main gitar. Lepastu dia tayangkan lolipop besar, dan sebut nama panjang aku. 'Be my wife forever until jannah? Ha, macam tu lah.."

"Ya Allah! Sweet gila Dr. Airil. Huwaa aku jealous dengan kau... Kalau aku jadi kau dah lama aku terima kut!" Kata Liana. Membuatkan Hazwini menyampah tahap tsunami nak melanda dalam bilik ini.

"Eleh kau ni. Cakaplah kau suka kat dia... Macam tu kau ambil lah dia. Hah! Baru senang hati aku."

"Aku cuma minat je... Tapi aku suka kembar dia tu. Supporting, caring... Bakal imamku. Cewah!"

"Gedik pula aku tengok kau ni, Lia!" Leter Hazwini seraya membaling bantal di bawah kepalanya ke arah Liana yang gedik semacam itu.

"Alamak... Betul lah! Aku suka kembar Dr. Airil tu. I fall in love with him."

"Dah confess ke belum?"

"Aku tak berani... Ehehe.." jawab Liana yang malu-malu unta itu.

"Ceh! Sudah aku nak tidur..."

"Eh nanti kejap! Banyak aku nak tanya kau ni," kata Liana. Dia sudah bangun dari katil lalu duduk di bawah lantai tepi katil sahabatnya itu.

"Esoklah! Aku mengantuk ni..."

"Kalau kau tak nak jawab soalan aku, biar aku ceramah kat kau sikit."

Hazwini mencebik bibirnya dengan terpaksa dia mengiyakan sahaja. Terpaksa juga matanya perlu bertahan dari tertutup.

"Kalau kau nak tahu sama ada Dr. Airil tu jodoh kau, kau kena buat solat istikharah banyak-banyak sampai betul-betul kau dapat petunjuk dari Allah. Yang penting kau kena istiqamah apa yang kau buat ni. Aku tahu kau pening nak terima lamaran dia kan? Buat yang aku cakap tadi. Solat istikharah. Insya Allah kau jumpa jawapannya..."

"Aku pun terfikirkan macam tu tadi. Aku sebenarnya... Aku masih tak boleh lupakan Abang Mika. Dialah satu-satunya lelaki yang buat hati aku jatuh cinta kat dia," luah Hazwini dengan sayu.

"Past in past. Kau lupakan dia.. Entah-entah dia dah kahwin? Mungkin dah ada anak? Wallahuallam.. Lagipun Dr. Airil tu handsome kut. Terima je lah. Mungkin Abang Mika dah lupakan kau?"

"Hurm... Takkan aku nak lupa insan yang bernama Adryan Mikael? Aku percaya suatu hari nanti dia datang akan cari aku," ujar Hazwini dengan penuh harapan. Matanya hanya merenung ke siling. Langsung tidak memadang wajah Liana.

Kedengaran Liana mengeluh panjang.

"Berhenti mengharap, Wini... Satu je kau kena ingat. Jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Allah. Dia maha berkuasa dan maha mengetahui. Kau doa lah banyak-banyak. Insya Allah, Dia akan memakbulkan doa kau. Dah jom tidur. Good night! Sweet dreams Wini. Huhu, Assalamualaikum," maka berakhirlah bicara Liana dan dia kembali ke katilnya.

"Waalaikumussalam. Sweet dreams too." Balas Hazwini. Tak lama kemudian dia terlena di buai mimpi. Insya Allah dia pasti akan buat solat istikharah agar dapat  dari petunjuk dari Allah s.w.t yang jodonya Airil Adryan. Insya Allah.






















Maaf hambar. Ehem, siapa setuju saya buat group whatsapp? Kalau setuju, sila dm saya number korang. Nanti saya boleh bagi spoiler sikit-sikit. Ehekk😄



Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 61.6K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
653K 25K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
857K 85.4K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
93.3K 4.7K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...