DENDAM MR DEVIL

By farnazamri

846K 29.3K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104 - Tamat
Thank you.

Bab 60

6.7K 246 24
By farnazamri

"Kenapa datang sini?" Iskandar bertanya acuh tak acuh. Mata masih melekap pada skrin laptop yang terang. Kalau Ikutkan hati, dia mahu mengunci bicara saja. Biar perempuan itu terkulat-kulat sendiri.

Fasha tunduk kepala beberapa saat. "Saa... saya nak cakap dengan awak." Tersekat-sekat suara Fasha mengawal emosi. Sungguh jelas lelaki itu tidak suka akan kehadirannya.

"Cakaplah."

"Fasha nak mintak maaf." Fasha menapak ke kerusi berhadapan meja kerja Iskandar. Tanpa keizinan lelaki itu, dia jatuhkan tubuh.

Iskandar angkat wajah, mata terpaku tajam pada wajah cantik Fasha. "Boleh mintak maaf dekat rumah kan? Kenapa sibuk sangat nak datang sini?" Selepas habis kata, Iskandar sambung menghadap skrin laptop. Lelaki itu beriak kosong.

Mendengar kata-kata itu, Fasha tunduk kepala lagi. Bicara Iskandar betul-betul menikam terus ke hati. Pedih! "Saya tahu saya tak sepatutnya suruh awak kahwin dengan perempuan tu."

"Jadi, kenapa suruh juga?" Iskandar lagak seperti tak bersalah. Bukannya dia tak perasan wajah Fasha sudah bertukar merah akibat menahan air mata yang seakan mahu mengalir.

"Saya nak tolong mak cik tu ja." Dengan bibir tercebik, Fasha bersuara. Jarinya bermain dengan hujung tudung, menghilangkah rasa takut yang tiba-tiba timbul. Tambah-tambah bila hanya mereka berdua sahaja dalam bilik ini.

Iskandar tidak melorek sebarang senyuman. Bicara Fasha benar-benar buat perasaan marahnya semakin meluap-luap. "Tak habis-habis dengan mak cik kau tu."

Laju Fasha angkat kepala, terkejut. Sejak mereka berkahwin, tidak pernah lagi dia mendengar Iskandar berkau-kau dengan dia. Ini kali pertama.

Akhirnya Iskandar mengeluh. Dia tiada niat di hati mahu melontarkan kata-kata kasar seperti itu." Leave me alone." Iskandar bersuara berharap. Hatinya tiba-tiba dipalu rasa bersalah.

Fasha masih terpempan. Selepas faham keinginan lelaki itu, dia berdiri tegak. Tanpa pinta air matanya menguntai lambat. Perempuan itu tunduk kepala, pantas berlalu pergi.

Semua ini salah kau, Fasha. Salah kau.

Selepas lunch, Iskandar terus masuk ke bilik mesyuarat. Ada sesuatu yang ingin dia lakukan. "Nina?" Iskandar bertaut kening saat mata menangkap susuk tubuh seseorang. Gadis itu terpinga-pinga selepas berpaling.

"Boss... ada apa-apa nak saya bantu?" Nina telan liur dalam kepayahan. Dari jarak beberapa meter dengan Iskandar, dia melontar satu senyuman kekok.

"Kenapa awak ada sini?"

"Saya tengah sediakan bilik mesyuarat."

Iskandar diam buat seketika. "You ada postpone mesyuarat sebelum ni?" Kata-kata gadis itu masih samar-samar.

"Yes. So, saya gantikan pada hari ini. Bukan saya ada update dekat boss sebelum ni?" Kening Nina terangkat.

Iskandar geleng. Dia sendiri tidak tahu.

"Boss, saya ada update dekat boss." Nina berujar tak puas hati. Sudah terang lagi bersuluh, lelaki ini tak ambil peduli apa yang dia terangkan pada hari sebelumnya. Mujur, kesabaran masih bersisa.

"I'm sorry." Iskandar beriak kosong.

Nina cuma mengangguk kecil. Dia sedar tentang kedudukannya dalam syarikat ini. Siapalah dia nak marah-marah lelaki ini.

Terasa getaran di paha, Iskandar keluarkan iPhonenya dari kocek seluar. Dalam beberapa detik, dia angkat panggilan dari nombor yang tidak dikenali pemiliknya.

Selepas panggilan itu diangkat, dahi Iskandar berkerut-kerut tak percaya. "Fasha peng... pengsan?" Seperti tersedar dari mimpi, Iskandar jauhkan iPhone dari cuping telinganya. Lambat-lambat dia menapak ke arah muka pintu bilik mesyuarat.

"Boss... nak pergi mana?" Buat kali kedua, Nina terpinga-pinga melihat Iskandar yang kelihatan penuh resah dan gusar.

Belum sempat keluar, Iskandar berhenti melangkah. "Hospital," jawabnya senada.

"Meeting macam mana?"

"Cancel."

"Tapi..."

"Aku cakap cancel!" Iskandar terus keluar dari bilik mesyuarat. Teraup-raup muka berulang kali. Mengingati perkara tadi, buat hatinya kembali sedu. Pagi tadi, dia bersikap kasar terhadap Fasha. Sekarang, perempuan itu sudah jatuh pengsan di ruang tamu. Mungkin ini semua salahnya. Ya, salah dia.

Maafkan abang, sayang.

Iskandar menerpa masuk ke dalam bilik rawatan Fasha. Sebaik melihat sekujur tubuh terbaring lemah di atas katil, Iskandar menarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan-lahan. Dia merapati.

Rambut Fasha yang tidak tertutup dengan tudung diusapnya lembut. Tertahan-tahan air mata lelakinya daripada menintis jatuh. Wajah perempuan itu pucat lesi. Seolah sudah berjam-jam tak sedarkan diri.

"I'm sorry, dear." Iskandar duduk di atas kerusi yang tersedia di tepi katil. Tangan perempuan itu dicapai lembut dan dicium berkali-kali. Ini semua salah dia. Jika dia tidak bersikap kasar terhadap Fasha, pasti perempuan ini tak jatuh pengsan.

Dia salah.

"Iskandar..."

Iskandar angkat wajah. Mendengar suara lembut seseorang, dia terus beku dan kaku. "Fasha?" Mata terkelip-kelip tanpa sedar. Perempuan itu sudah sedar.

Fasha senyum nipis apabila melihat wajah suaminya yang bertukar merah. Jelas kelihatan lelaki ini sedang menangis. Bahkan ini kali pertama Fasha melihat lelaki ini menumpahkan air mata di hadapanya.

Dalam kepayahan, Fasha bangun dari pembaringan. Namun laju dihalang oleh Iskandar. Fasha dipaksa baring semula.

"Are you okay?" Iskandar tanya dengan senyuman. Perasaan marah sudah lenyap serta-merta dari hati. Kini tinggal perasaan bersalah yang semakin membelit diri.

Fasha angguk perlahan. Sebenarnya dia sudah lama sedarkan diri, tadi dia hanya lelapkan mata seketika untuk merehatkan badan. Tak sangka, ianya disalah tafsir oleh Iskandar. Mati-mati lelaki itu ingat dia baru sedarkan diri.

Biarkan.

"Macam mana boleh pengsan?"

"Doktor caa... cakap saya demam panas." Fasha masih was-was untuk berhadapan dengan Iskandar. Selimut putih yang menutupi tubuh ditarik sampai ke dada. Sudah kali keempat dia menelan air liur. Semua rasa yang sama. Tawar!

Kali ini Iskandar anggukan kepala. Dia diam sejenak sebelum membuka mulut semula. "Actually, I nak mintak maaf." Hanya senafas dia berkata.

Fasha masih kaku terbaring. Dia sudah mula berasa sangsi dengan ketulusan hati Iskandar. Selalu bahasakan diri 'saya' dan sekarang 'I' pulak. Terkerut-kerut wajah Fasha mendengar.

"I'm sorry if I hurt your feelings." Sedar Fasha membisu, Iskandar teruskan kata. Tangan perempuan itu dicium penuh rasa kesal.

Lambat bertindak, Fasha senyum ikhlas. Dia turut sedar dengan perbuatannya. Memaksa lelaki itu berkahwin dengan perempuan lain, bukan satu tindakan yang bijak bagi seorang isteri. "Saya mintak maaf jugak sebab paksa awak. Saya tahu saya yang salah."

Iskandar geleng kepala. "No, awak tak salah. Saya salah."

"Tak, saya salah." Fasha turut geleng membantah.

"Memang awak salah," kata Iskandar selamba. Lama dia genggam tangan Fasha, dia labuhkan kepalanya di sisi katil. Tangannya melingkari pinggang Fasha dari arah tepi.

Fasha tersentak dengan tindakan mengejut itu. Tapi dibiarkan tanpa rasa ingin menghalang.

"Fasha." Iskandar memanggil tiba-tiba.

"Iya?" Fasha kerut kening.

"Nak anak."

Continue Reading

You'll Also Like

144K 5.6K 58
[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan pel...
50.6K 1.8K 37
[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan h...
1M 27.8K 78
"I want to be with you for the rest of my life and if you needed me to i'd jump out of plane for you" Zafriel Love of action will be sweet if there i...
168K 6.7K 55
[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk me...