My Adore, Dr. Annoying

By liayurina

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🀍 PROLOG I
🀍 PROLOG II
🀍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🀍
Bab 29🀍
Bab 30🀍
Bab 31🀍
Bab 32🀍
Bab 33🀍
Bab 34🀍
Bab 35🀍
Bab 36🀍
BAB 37🀍
Bab 38🀍
Bab 39🀍
Bab 41🀍
Bab 42🀍
Bab 43🀍
Bab 44🀍
Bab 45🀍
Bab 46🀍
Bab 47🀍
Bab 48🀍
Bab 49🀍
Bab 50🀍
Bab 51🀍
Bab 52🀍
Bab 53🀍
Bab 54🀍
Bab 55🀍
Bab 56🀍
Bab 57🀍
Bab 58🀍
Bab 59🀍
Bab 60🀍
Bab 61🀍
Bab 62🀍
Bab 63🀍
Bab 64🀍
Bab 65🀍
Bab 66🀍
Bab 67🀍
Bab 68🀍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
πŸ¦‹Bab 18
πŸ¦‹Bab 11
πŸ¦‹Bab 13
πŸ¦‹Bab 19

Bab 40🀍

1.4K 96 71
By liayurina

"Ada apa Dr. Airil panggil saya masuk pejabat ni?" Soal Hazwini dengan kasar. Kedua-dua tangannya memeluk tubuh. Anak matanya merenung tajam ke arah iris biru Airil Adryan. Dia ingatkan lelaki itu sudah tidak ada di kawasan dewan kuliah, rupanya menyorok di sebalik pintu dewan kuliah! Memang hancur harapan nak lari daripada lelaki itu.

"Saya nak kahwin dengan awak, sweetheart."

Hazwini terbungkam selepas mendengar bait bait ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Jelas. Masalahnya banyak kali lelaki itu pernah bercakap tentang hal itu. Sebaliknya, hanya gurauan semata-mata. Kali ni memang dia tidak akan percaya dengan kata-kata lelaki itu lagi.

"Dr demam ke? Atau nak saya teman Dr pergi hospital untuk check otak Dr kut kut la saraf otak terbelit sampai Dr buang tebiat tiba tiba ajak saya kahwin ni?" Ujar Hazwini selamba. Pelukkan pada dirinya dieratkkan lagi apabila suhu di bilik ini makin sejuk.

" I'm serious Hazwini Raihana."

Hazwini mencebik. Sakit hati pula tengok wajah lelaki di hadapannya. Serius campur selamba semacam.

"Mana lah tahu... Dr nak ajak buat prank extreme macam haritu. Kali ni guna trick kahwin segera. Ceh, macam mi segera pula."

"Saya serius ni. Ada juga manusia depan saya ni kena cium free."

Erkk!

"Ok, ok! Tapikan... kenapa Dr tiba ajak saya kahwin? Saya kan student lagi. Masak pun malas... huhu." Hazwini masih lagi main-main dalam bicaranya. Saat itu, dalam kepalanya lelaki itu ingin membuat lawak padanya.

"I dont care. I just want marry you, sweetheart" Serius muka dan suara Airil Adryan bila menutur ayatnya.

"Kalau saya tak nak?"

"Saya terpaksa guna cara kasar. Saya akan bawa awak ke Thailand untuk nikah."

"What? Eh, tak nak lah Thailand... Kalau Jepun ke? Korea ke? Baru best.."

"So, awak kena kahwin dengan saya. Full stop. Segala bantahan selepas kahwin."

"Fikir ni drama melayu ke? Main kahwin paksa- paksa pulak... Daripada Dr ajak saya kahwin.. Baik Dr ajak katak betina kahwin dengan Dr. Mana lah tau sumpahan puteri katak dah boleh bertukar perempuan cantik.."

Bam!

Airil menghentak meja kerjanya. Membuat bahu Hazwini terangkat. Dah kenapa pula ni...

"Okey.. Abaikan ajakan saya tu. Saya gurau je." Nafas keluhan dihela Airil Adryan setelah dia bersuara. Satu trick untuk membuat gadis itu berhenti dari merapu.

Membulat mata Hazwini. Ngek punya orang! Dah dua kali dia kata bergurau.

"Dr kata gurau? Ya Allah!!"

"Padanlah dekat muka awak siapa suruh percaya?"

Hazwini mengetap giginya. Tanda geram. Dipandang wajah lelaki itu dengan perasaan sakit hati yang membuak-buak. Ikutkan hatinya nak aje dia teranjang sampai Bangladesh. Apakah daya...

"Dr... Kita dah jauh dari perkara yang sebenar ni. Saya ni lapar. Lepas tu, dalam pukul dua setengah petang nanti saya ada kelas. Okey.. Dr nak apa panggil saya sebenar ni? Saya tidur dalam kelas? Honestly, saya memang tidur dalam kelas Dr tadi," Kata Hazwini. Memang dalam setiap katanya penuh dengan serius.

"Saya tahu awak tidur dalam kelas saya. Sebab itu lah saya panggil awak datang sini.."

"Saya tak kesah Dr nak denda saya ke.. Nak tolak markah assignment saya ke."

Kedengaran Airil Adryan mengeluh pendek. Tangan kanannya menompang dagu sambil iris biru memandang segenap wajah polos itu. Beberapa saat kemudian muka comel ditayangkan.

Kening kanan Hazwini terangkat sedikit. Buang tebiat ke apa dia ni buat comel kat aku? Something fishy is going on!

"Pranzare con me?(Makan tengah hari dengan saya?)"

Seperti yang dijangka oleh Airil Adryan, Hazwini terpinga-pinga dengan sebaris ayat yang meluncur dibibirnya.

"Dr..., Saya ni bangsa Melayu bukannya bangsa India. Mana lah saya nak faham apa yang Dr cakap?"

"Kita makan tengah hari. My treat," balas Airil Adryan. Dirinya sudah berdiri dari bangku empuknya. Kadang-kadang dirinya begitu pelik dengan gadis itu. Takkan dia tidak reti beza bahasa Itali dan dan bahasa India. Walaupun sebutan bahasa Itali ni lebih nak menghampiri bahasa India tak mungkinlah tidak reti bezaka sebutan kedua-dua bahasa tersebut.

"K..kita b..berdua ke?" Soal Hazwini, blur.

"Tak. Kita berenam."

"Siapa?"

"Allah s.w.t, malaikat Raqib dan Atib dan syaitan."

Hazwini tergamam.

___________________________________________

Level 5th  Food Court, Queensbay Mall, Penang.

BIHUN sup yang merupakan menu tengah hari untuk Hazwini menjamu selera dipandang sepi. Mulut Hazwini muncung sedepa bila melihat isi ayam di dalam mangkuk bihun sup tersebut.

"Ni dah kenapa buat mulut muncung tu?  Nak saya tolong kiss ke apa?" Tanya Airil Adryan selamba dan tidak memandang Hazwini. Dirinya hanya sibuk menyuap makanan ke mulut.

Hazwini menjuling mata ke atas. Seketika, suasana mereka berdua sepi.

"Awak nak makan chicken chop saya ke? Tak pelah.. kita swap."

Pantas Hazwini menggeleng kepalanya. Mulut comel itu muncung kembali.

"Tell me. Apa menyebabkan awak lost appetite ni? Nak saya feed awak dulu baru boleh makan. Macam tu?"

"Ayam tu..." mulut kecil itu memuncungkan ke arah isi ayam di dalam  mangkuk didepannya.

"Awak tak makan ayam ke?"

Hazwini mengeluh perlahan. Banyak bertanya pula mamat ni!

"Saya dah janji kepada ayam curi selipar saya haritu yang saya tidak akan makan sesekali keterunan ayam lagi. Masakan yang ada ayam pun saya tidak akan makan. Bahkan chicken chop yang Dr makan tu saya tak nak makan. Walaupun sedap saya tak akan makan! Janji harus di tepati." Ujar Hazwini penuh kenaifan. Tetapi nampak kecomelan disitu setiap kali ada perkataan 'ayam' dalam bibir kecil itu muncung sedikit.

"Sebab tu je? Peliklah saya dengan awak ni... Dah tau benci kat ayam kenapa pergi order makanan yang ada ayam?"

Muncung sedepa Hazwini lagi.

"Dah makan... Kalau masuk perut awak angin saya yang susah nanti. Makan. Karang saya cium kat sini naya je." Ugut lelaki itu membuat Hazwini mencebik sambil memeluk tubuh.

"Jap. Nak ambil feeling," Kata Hazwini. Matanya meliar ke sekeliling food court ini. Memang betul ramai manusia disini. Almaklumlah sekarang ni waktu tengah hari. Nasib baik pada dirinya dan juga lelaki itu, tidak ada sesiapa yang dikenali oleh mereka berdua menjamu selera disini.

Tak lama saat kemudian, Hazwini tertancap pada susuk tubuh pasangan yang sedang menikmati makanan dengan  penuh kemesraan. Kedudukan pasangan itu hanya beberapa selang meja dari diduki oleh Hazwini dan Airil Adryan.

Mia? Bisik Hazwini dalam hati. Dia hanya merenung kelakuan perempuan itu.

Apa yang menghairankan di otaknya, Mia kelihatan amat mesra dengan seorang lelaki yang kelihatan umur baya-baya ibunya. Hazwini merenung wajah lelaki itu dengan mendalam. Seperti familiar sahaja wajah itu. Bila otaknya cuba memproseskan kembali memori lamanya, membuat kepalanya terasa tercucuk-cucuk kuat sekali. Sakit.

"Are you okay?" Tegur Airil Adryan bila melihat Hazwini memegang kepala yang berlapikkan tudung sambil memejam mata. Macam menahan kesakitan.

"Saya okey... Saya nak tanya sikit. Dalam kelas tadi saya langsung tak nampak Mia Qistina. Dr tau kenapa dia tak hadir dalam kelas Dr?"

"Dia berhenti belajar." Sebaris perkataan yang keluar dari mulut Airil Adryan.

"Ha? Seriuslah?" Airil Adryan cuma mengangguk lalu meneruskan suapannya.

"Tapi kenapa dia berhenti belajar? Saya tengok dia okey je... Tu siap gelak-gelak lagi."

"What?" Kali ini Airil Adryan pula terkejut dengan bait-bait ayat yang dikatakan oleh gadis itu.

Automatik Hazwini menepuk dahinya. Lalu matanya memberi isyarat kepada Airil Adryan supaya memandang kebelakang.

Dengan perasaan ingin tahu, Airil Adryan menoleh belakang. Sungguh dia terkejut dengan gerangan yang bersama Mia Qistina. Mujurlah mereka tidak sedar kehadiran Airil Adryan dan Hazwini.

"Ehem," dia berdehem. Untuk mengawal kehandsomenya itu.

"Hazwini, tunduk muka awak."

Terpinga-pinga Hazwini. Baru ingin menyuap makanan dalam mulut, lelaki itu sudah mengarahnya menundukkan kepala.

"Kenapa?"

"Tunduk jelah."

"Kalau saya tunduk, habis lah muka saya kena bihun ni. Biar betul Dr ni? Karang tak pasal-pasal keluar dari mall ni guard kata saya ni orang gila yang terlepas dari wad. Yelah.. orang gila ni kan selalu makan comot-comot."

Kini Airil Adryan menepuk dahinya. Rasa nak tergelak pun ada. Banyak cakap pula dia ni. Tanpa berfikir panjang, Airil Adryan terus bangun lalu cepat-cepat ke arah Hazwini masih duduk. Dengan lembut dia menarik lengan gadis itu lalu berpindah ke meja belakang yang kosong.

"Duduk sini. Saya nak ambil makanan kita," bisik Airil Adryan dengan lembut.

Hazwini mampu tergamam sekali lagi. Pantas betul lelaki itu bertindak.

"Makan. Nanti saya hantar awak balik kampus. Dont worry," ujar lelaki itu, usai melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Hazwini.

Dalam mereka tidak sedar ada sesuatu yang memerhatikan mereka dari jauh. Mungkin dekat juga?



Done!
Vote and comments.
Bye!



Eh, nanti kejap! Ada satu mahkluk ni nak buat drama.

Bushi with kucing betina yang tidak dikenali. Hahahah😂

Jap!

Huhuhu, pakwe saya ni. 😚

Esok 1 Jun, 6PM...

STREAM MORE AND MORE BY TWICE!!!!!! YEAHHHHHH KITA TENOK MVNYA...

Continue Reading

You'll Also Like

51.2K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
499K 5K 57
DEWASA Viewer Discretion πŸ”ž Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360Β° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
1.6M 52.1K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
1.4M 65.8K 62
β„•π•’π•šπ•π•’π•™ π•π•’π•Ÿπ•Ÿπ•’π•™ 𝕃𝕖𝕗π•₯π•–π•Ÿπ•’π•Ÿ π•‚π• π•žπ•’π•Ÿπ••π•–π•£ π•Œπ•₯π•™π•žπ•’π•Ÿ π”½π•šπ•£π••π•’π•¦π•€ π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š π’‰π’‚π’π’šπ’‚π’π’‚π’‰ π’“π’†π’Œπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...