【C】 Star :: Voices |I아이유[feat...

By ysnnaa

1.6K 496 23

❝ I will always be by your side no matter what happens ❞ More

☆ INTRO ; CAST(PROLOGE)
[ 001 ]
[ 002 ]
[ 003 ]
[ 004 ]
[ 005 ]
[ 006 ]
[ 007 ]
[ 008 ]
[ 009 ]
[ 010 ]
[ 011 ]
[ 012 ]
[ 013 ]
[ 014 ] - special yeosang
[ 015 ]
[ 016 ]
[ 017 ]
[ 019 ]
[ 020 ]
[ 021 ]
[ 022 ]
[ 023 ]
[ 024 ]-special boah
[ 025 ]
ending scene

[ 018 ]

45 17 0
By ysnnaa

            

        |♬ IKON-BESTFRIEND |

           •••••••••••••••••••••••

          || imbas kembali ||

Semasa jieun berumur 18 tahun ...

Gadis muda yang bernama lee jieun tengah duduk di atas bangku sementara menunggu ketibaan lelaki yang ingin dia berjumpa yang masih belum tiba-tiba lagi  .

Dia mengerling jam ditangannya. Sudah 3 minit berlalu masih bayangan lelaki itu masih tidak dijumpa-jumpai  . Jieun melepaskan keluhan berat  , kakinya bermain-main dengan rumput dibawah. 

"Jieun—"tegur seseorang . Suara garau itu telah menerpa gegendang telinganya  , lantas jieun menongkat dagunya memandang lelaki yang berdiri tepat dihadapannya  .

Jieun mengukir senyuman nipis setelah munculnya ketibaan lelaki yang dia tunggu-tunggu dari tadi. 

"Seungyeon  , kenapa awak lambat sangat"jieun turut berdiri tepat dihadapan lelaki tinggi itu sambil bercekak pinggang.

"Mianae sebab saya datang lewat  , tadi saya ada hal.. Maaf sekali lagi kalau buat awak tertunggu-tunggu "kata seungyeon  , langsung tiada senyuman pada bibir merah jambu miliknya. Hanya menayangkan wajah kosong sahaja  .

"Tak apa  , janji awak datang,  jadi awak nak apa berjumpa dengan saya? Ada apa-apa ke yang penting sangat?Ke awak nak minta tolong dengan saya?"Terus jieun menyoal nya bertubi-tubi  .

Semua soalan yang dilemparkan oleh jieun langsung lelaki itu tidak membalas malah dia biarkan tertunggak ditepi .  Seungyeon menanggalkan rantai yang dipakai olehnya  , jieun terdiam.

"Saya... Saya rasa kita tak boleh teruskan hubungan ni lagi , bukan sebab saya bencikan awak tapi saya akan berjauhan dengan awak.. Dan kita takkan dapat berjumpa lagi.. Maafkan saya sebab termungkir janji saya selama ni.. "Rantai yang dipegang oleh seungyeon mula menukar tangan  . Kemudian  , dia menapak pergi dari situ tanpa berkata apa-apa lagi  .

Jieun merenung kosong rantai yang dia telah berikan kepada seungyeon semasa mereka bersama tetapi sekarang.. Seungyeon telah memulangkan semula kepadanya  .

"Dia dah mungkir janji dengan aku.. "Terus rantai yang dipegang oleh jieun  , dia membaling ke arah sungai yang terdapat disitu dengan perasaan kecewa dan bercampur baur.  Ya, dia sangat-sangat benci dengan orang yang suka menipu dirinya.  Lagi-lagi orang yang dia terlampau sayang . 

Jieun terduduk berlutut  , perlahan-lahan cecair jernih yang lama ditahan mula mengalir keluar sehingga membasahi pipi gebu nya  . Beginilah rupanya perasaan bila ditinggalkan oleh seseorang yang amat dia sayangi .

"Aku kecewa.. Dimana janji kau selama ni.. Kita dah berjanji akan sentiasa bersama sampai ke mati.. T—tapi begini kau buat dekat aku... "Kata jieun dalam tangisan derasnya  , hatinya bagaikan ditusuk dengan anak panah . 

Dan semenjak kejadian itulah, jieun tidak pernah bukakan hatinya untuk seseorang lelaki.

               || imbas tamat ||

Pada waktu itu juga  , seonghwa baru tiba dengan keadaannya yang tergesa-gesa menghampiri ke arah jieun yang bersama dengan seorang lelaki  . Mereka merenung mata sesama sendiri dengan wajah kosong. 

"C—cik jieun "teragak-agak sahaja seonghwa mahu menegur jieun yang termenung lama lelaki dihadapannya .

Jieun tersedar dia menoleh wajahnya memandang wajah kacak seonghwa  . "Mari balik"terus jieun melulu masuk ke dalam perut kereta. Seonghwa tercengang  . Sempat lagi dia menunduk hormat dihadapan lelaki tersebut dan masuk ke dalam kereta nya semula  .

"Siapa lelaki tu? "Desis hati seonghwa  .

              •••••••••••••••••

Sunyi menyepi sahaja suasana antara mereka berdua di dalam kereta , jieun dari tadi termenung keluar tingkap kereta. Hatinya terasa sebak bila teringat kenangan lamanya bersama lelaki yang bernama cho seungyoun merupakan cinta pertama dia .

Sudah lama mereka tidak berjumpa dan hari ni pula lelaki itu baru munculkan diri dihadapannya secara tiba-tiba pula tu . Dan yang peliknya lelaki itu masih mengingatnya walaupun sudah bertahun-tahun tidak berjumpa  . Jieun meraup rambutnya kebelakang  , pening memikirkan fasal tu  .

Seonghwa yang perasan itu teragak-agak sahaja dia nak menegur jieun  , takut-takut jikalau mood jieun tak seberapa baik  . Tak fasal jieun mengamuk dalam kereta kang  . Jadi dia buat keputusan diam diri sahaja  . Tetapi bila tengok wajah jieun nampak sedih dan muram lagi lah membuatkan seonghwa ingin bertanya-tanya dengan keadaannya  . Ya,  dia tak suka tengok jieun berbuat demikian , dia mahukan jieun yang gembira dan ceria dihadapannya  . Seonghwa menarik nafasnya sedalam-dalam yang boleh lalu dihembus perlahan .

"Saya akan gembirakan awak  , saya tak suka tengok awak macam ni "desis hati seonghwa  , dia memandu keretanya membawa jieun ke sesuatu tempat niatnya nak gembirakan hati jieun daripada muram dan sedih sahaja  .

Beberapa minit kemudian..

"Awak bawa saya dekat mana ni seonghwa? Ini bukannya rumah? "Soal jieun apabila dia perasan yang seonghwa berhentikan kereta ditempat yang dia langsung tak tahu  .

Seonghwa menanggal seatbeltnya lalu dia melangkah keluar daripada perut kereta  , pintu yang belakang disebelah kiri dia membukakan untuk jieun  , jieun memandang seonghwa hairan . Tempat apalah yang seonghwa bawa dia ni? Tertanya-tanya jieun.

Seonghwa tersenyum setelah jieun melangkah keluar daripada perut kereta . Jieun memandang wajah kacak seonghwa dengan muka tertanya-tanya  .

"Saya bawa agasshi dekat sini sebab saya tak suka tengok agasshi muram dan sedih  . So, saya nak agasshi tenang kan diri dan ceria semula "kata seonghwa dengan bersungguh-sungguh.  Jieun menggulingkan bebola matanya ke atas , apa-apa jelah si seonghwa ni  .

"Jom agasshi "ajak seonghwa gembira  , mereka berjalan beriringan di taman wonderland  . Ya  , seonghwa bawa dia ke tempat taman wonderland dimana ada ramai pengunjung dan juga ada pelbagai permainan-mainan yang menyeronokkan disitu.

Aku main reka je nama taman tu wonderland. Hahaha

Bermacam-macam lagu rancak yang dipasang seluruh taman situ .Juga ada kugiran untuk meriahkan suasana disitu. mereka mengambil tempat dibangku yang berada dibawah pokok siap berhiasan sekali  .

Seonghwa tersenyum melihat semua yang berada disekitarnya  , dah serupa macam kanak-kanak je seonghwa ni  . Manakala jieun menayangkan muka bosan.

"So  , apa kita nak buat dekat sini? Tengok orang sekeliling je ke? Bosan.. "Kata jieun lalu memeluk tubuhnya  .

"Saya nak ajak agasshi berseronok dekat sini..macam orang-orang sekeliling kita  , semua nampak seronok je.. Jadi  , cuba agasshi senyum sikit.. Barulah hati agasshi tenang sikit "seonghwa merenung iris mata jieun . Wajahnya seperti mahu melihat jieun gembira  .

"Apa-apa jelah seonghwa "jieun mengalihkan pandangannya ke arah lain . Seonghwa berfikir sejenak  , bagaimana mahu bagi jieun gembira..

"Agasshi tunggu sini sekejap ya.. Sekejap lagi saya datang "minta seonghwa yang dalam keadaan tergesa-gesa sahaja  . Jieun mengangguk kepala  . Sementara menunggu seonghwa  , jieun membuang pandangannya dengan memerhatikan sahaja ramai kanak-kanak tengah berseronok .

Perlahan-lahan jieun menarik senyum nipis , dia gembira tengok kanak-kanak itu berseronok . Tetapi bukan bagi dia  , dia cemburu dengan orang disekeliling dia  . Semua mengukir senyuman ceria hanya dia sahaja yang berwajah muram dan selalu bersedih .

"Saya akan jaga awak sehingga saya mati"

Lantas dia menggeleng kepala bila suara garau seungyeon mula terngiang-ngiang di dalam kotak fikirannya.  Dia benci bila lelaki itu tiba-tiba munculkan diri  .

"Aku berharap agar aku dapat lupakan kau.."omel jieun perlahan  .

                   →to be continued

Maigosss  !!!!












Continue Reading

You'll Also Like

6.2K 464 71
"Kau ingat aku akan suka perempuan macam kau ke?" "Maaf" Kim Mingyu atlet sekolah elit An ode bad boy sekolah mestilah di minati ramai perempuan term...
1.9K 330 28
It was a clichè story. That others already knew the plot story. But, i dont think so. Seorang gadis. Dibesarkan tanpa kasih sayang dari ibunya. Diri...
26.4K 1.2K 20
GFriend- Pelajar baru di SOPA! Tepuk sikit!😂👏🏻 Diorang ni....hati beku😆 Ganas😏 dan macam2 lagi....diorang just cakap elok2 dengan yg terdekat ja...
28.9K 2.4K 38
Kes Red Velvet yang mati dibunuh pada malam kejadian masih belum diselesaikan, hanya seorang sahaja yang terselamat iaitu Wendy, pihak wartawan dan p...