【C】 Star :: Voices |I아이유[feat...

By ysnnaa

1.6K 496 23

❝ I will always be by your side no matter what happens ❞ More

☆ INTRO ; CAST(PROLOGE)
[ 001 ]
[ 002 ]
[ 003 ]
[ 004 ]
[ 005 ]
[ 006 ]
[ 007 ]
[ 008 ]
[ 010 ]
[ 011 ]
[ 012 ]
[ 013 ]
[ 014 ] - special yeosang
[ 015 ]
[ 016 ]
[ 017 ]
[ 018 ]
[ 019 ]
[ 020 ]
[ 021 ]
[ 022 ]
[ 023 ]
[ 024 ]-special boah
[ 025 ]
ending scene

[ 009 ]

52 20 0
By ysnnaa

   

       |ATEEZ - SUNRISE |

                 ••••••••••••••••••

"JAWABLAH PARK SEONGHWA  ! SAMPAI HATI DIA BLOCK NOMBOR AKU  !"Bentak Bo Ah geram  , habis dia melepaskan geramnya dengannya menyepahkan barang-barang yang berada di dalam pejabat  . Manakala pekerja-pekerja nya yang lain hanya perhatikan sahaja kelakuan bos mereka.

Terabur semua fail-fail kerjanya  , Bo Ah meraup geram rambutnya ke belakang  . Apa yang susah sangat dengan seonghwa ni nak jawab panggilan , dia pun tak fahamlah  . Malahan seonghwa terus block nombor dia  . Selepas puas melepaskan semua perasan geramnya  , Bo Ah terduduk bersandar pada dinding pejabatnya  .

Air mata yang ditahan akhirnya mengalir keluar lalu membasahi pipi gebu miliknya  . "Aku cuma nak kita bersama seperti dulu je.. Kau masih marahkan aku ke? Seonghwa? Aku tahu masa tu aku bodoh sebab tinggalkan kau.. "

"Baru sekarang aku kesal  , aku dah sakitkan hati kau.. "Tersedu-sedu Bo Ah mahu menyampaikan perbicaraan nya  , walaupun tiada sesiapa yang sudi mendengar luahan nya  .

"Kyah bo ah  ! Kau asal ni?! "Sergah rakannya gayoung yang baru sahaja sampai namun dia terkejut disaat melihat keadaan dalam pejabat bo ah yang sepah dah macam dekat tempat liputan sampah  .

Dia cangkung dihadapan tubuh bo ah yang menangis teresak-esak  . "Aku kecewa.... "Kata bo ah lalu menyebamkan wajahnya pada dada milik gayoung  . Gayoung membalas dengan menepuk lembut badan belakang bo ah  .

"Aku terlampau bodoh sebab tinggalkan dia  , dan baru sekarang aku cari dia.. "Luah bo ah dalam tangisan derasnya  .

"Tulah kau  , bila senang lupakan dia dah susah baru nak cari.. Seperti orang kurang siuman "kata gayoung  , dia memang dah tahu sangat-sangat dengan perangai tak matang bo ah  . Pelukkan tadi dileraikan  , bo ah memandang gayoung dengan wajah sayu  .

"Aku nak bersama dengan dia semula... "Kata bo ah lalu menunduk wajahnya ke bawah  .

"Kau rasa dia nak terima kau macam tu ke? Mestilah dia masih rasa sakit lagi.. Bukan senang nak sembuhkan hati seseorang yang betul-betul sayangkan kau.. "

"Entah-entah perasaan dia terhadap kau dah lama pudar.. Memang mustahil lah "gayoung memegang kedua belah bahu milik bo ah  , bo ah pula menggeleng kecil hatinya terasa sebak  .

"Apa patut aku buat? "Tanya bo ah  .

"Apa gunanya kalau kau merayu berkali-kali pun dia tak terima.. So.. Aku tak tahu  , lagipun ini semua salah kau.. "Balas gayoung sambil mengangkat bahunya tidak tahu cara apa yang perlu dilakukan lagi  . Bo ah melepaskan keluhan berat  .

                   •••••••••••

"Park seonghwa boleh tolong ahjusshi angkat pasu bunga ni boleh? Pasu bunga ni berat betul "Pinta Encik Kwon sambil menunjuk pasu bunga bersaiz besar, seonghwa yang sibuk dengan ikannya terus bergegas ke arah Encik Kwon  . Dengan sekuat tenaga mereka sedaya upaya mengangkat pasu bunga tersebut lalu dialihkan ke tempat yang lebih luas  .

"Huhh—"seonghwa melepaskan keluhan perlahan  , sungguh berat pasu bunga tu.  Mesti mahal harga pasu bunga ni  .

"Gomawo seonghwa sshii "ucap Encik Kwon sambil menepuk perlahan bahu sasa milik seonghwa  ..

"Ahh.. Tak mengapa .."seonghwa menarik senyum nipis  .

"Oh—selamat pagi agasshi "Encik Kwon menunduk hormat setelah dia perasan akan kehadiran jieun yang baru tiba disitu dengan berpakaian gaunnya yang berwarna merah boleh tergoda si seonghwa dibuatnya  . Manakala rambut kemas diikat sanggul  .

Seonghwa yang juga perasan akan kehadiran majikannya turut sama menunduk hormat.  "Selamat pagi agasshi "sapa seonghwa mesra. 

"Teman saya pergi shopping, seonghwa sshii"minta jieun dengan iris matanya yang setia memandang seonghwa dihadapannya  .

"Uh? Baiklah agasshi "balas seonghwa  .

"Kaja , nanti ramai orang pula "ajak jieun lalu meninggalkan kawasan situ  .

"Saya minta diri dulu ya ajusshi "seonghwa mempamitkan dirinya lalu menunduk hormat buat kali terakhir  . Jieun yang sudah berjauhan darinya lantas dia mengejar daripada belakang  .

"Cik jieun dengan seonghwa nampak secocok pula bila bersama dah macam suami isteri pula "omel Encik Kwon sendirian sambil tersenyum lebar .

"Mereka memang secocok pun  , ahjussi kwon ...nampak macam mood cik jieun baik.."lantas Encik Kwon menoleh ke arah empunya suara tadi  .

"Uh—soram "

"Ajusshi buat apa? "Soal soram mesra  .

"Eh kamu ni tak nampak kah ajusshi tengah berkerja ni .."

"Eh ajusshi ni  , saya tanya je "soram mencuit lembut lengan Encik Kwon  , dia memang suka bergurau dengan Encik Kwon  .

                   •••••••••••

Kereta hitam yang dipandu oleh seonghwa elok diparkir di tempat khas tersedia untuk kenderaan VVIP sahaja. Dia keluar daripada perut kereta dan menuju ke arah pintu seat belakang pula . Seonghwa tolong membuka kan pintu untuk majikannya  . Jieun keluar daripada perut kereta disaat pintu sudah dibuka buatnya.

Cermin mata hitam dipakai olehnya dengan bergayanya  . Wajah kacak seonghwa dia memandang lama  , apa lagi yang dia masih rasa kurang dengan seonghwa ni. 

"Actually  , awak tak nampak selekeh dengan pakaian ni.. "Puji jieun  , seonghwa menggosok tengkuk belakangnya janggal. Waktu ni lah  , jieun nak puji dia.  Tak fasal kembang semangkuk hidung seonghwa kang  .

Seonghwa memandang pakaian yang dia tengah pakai sekarang  , dengan kot labuh dan berseluar jean. Juga t-shirt berwarna putih didalam  .

Seperti gambar di bawah—

Baru sahaja jieun nak mengambil langkah pertama  , waktu ni pula kakinya terasa kejang . Nasib seonghwa sempat menyambut dia daripada terduduk jelopok.

"Agasshi tak apa-apa kah? "Seonghwa membantu jieun berdiri tegak semula  , lengan jieun dia memegang erat supaya jieun tak jatuh lagi  . Dia menyoal majikannya dengan nada risau  .

"Saya.. Okey cuma terasa kaki ni kejang pula  , tak mengapa nanti hilanglah rasa kejang "kata jieun  , seonghwa sedikit lega . 

"Kalau agasshi tak kisah  , agasshi peganglah tangan saya—.."

"—ahh agasshi jangan fikir lain pula, saya cuma nak bantu agasshi je.. Saya risau kalau agasshi tiba-tiba terjatuh "lantas seonghwa menyelamatkan ayatnya daripada disalah faham oleh jieun . Takut pula tiba-tiba jieun salah faham dengan ayat seonghwa tu.

"Uh—araesso "jieun memaut erat lengan milik seonghwa  . Perlahan-lahan dia mengorak langkah disebabkan rasa kejang masih belum berkurang lagi  .

Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam shopping mall ,  jieun masih lagi setia memaut lengan seonghwa . Seperti dia sudah terbiasa bila memegang tangan seonghwa  .

"Agasshi nak pergi kedai yang mana? "Soal seonghwa disaat mereka telah menjejak ke dalam kawasan shopping mall  .

"Bawa saya dekat butik pakaian  , please "pinta jieun menyuruh seonghwa membawanya ke butik pakaian.

"Baiklah agasshi "balas seonghwa  , dia membawa jieun ke butik pakaian yang tidak jauh dari situ. Butik yang selaras dengan kawasan mereka berada sekarang iaitu aras 4 .

Kedai butik yang berjenama ladies crystal mereka melangkah masuk  , akhirnya jieun mula melepaskan tangannya yang telah memegang lengan seonghwa tadi  . Pekerja perempuan yang bersanggul kemas itu datang menyambut kehadiran mereka berdua  .

"Apa khabar cik jieun,ada apa-apa yang boleh saya bantu"sapa pekerja wanita itu dengan ramahnya  , dia menunduk hormat dihadapan jieun  .

"Tolong bawakan semua gaun berdesign baharu"arah jieun kemudian melabuhkan punggung nya di atas sofa yang tersedia disitu  .

"Baiklah cik jieun"pekerja itu mempamitkan diri nya untuk mengambil design yang diminta oleh jieun  .

Sementara menunggu pekerja itu mengeluarkan design baju  , anak mata jieun sibuk melilau melihat pelbagai gaun-gaun cantik yang tergantung disitu. 

Semuanya boleh dikatakan mahal-mahal tapi bukan bagi jieun  . Benda mahal lah yang dia lebih suka membeli  . Manakala seonghwa berdiri disebelah sofa jieun duduk dengan muka bosan  . Iyelah memang bosan kalau semuanya pakaian perempuan je dan lebih teruk mahal-mahal belaka takut pula nak pegang . Dia pun tertanya-tanya juga , kenapa perempuan suka sangat menghabiskan wang dengan membeli belah bagai  . Kalau dia lah  , beli barang keperluan je  .

Dan lebih teruk  , beli baju banyak-banyak , lepastu bukan pakai pun itupun sekali je memang membazirkan sahaja.Seonghwa menggeleng kecil  .

Tidak lama menunggu  , pekerja wanita tadi tiba bersama dengan pelbagai gaun cantik dengan hiasan manik-manik  , boleh jadi rambang mata kalau nak pilih mana satu ni  .

"Cik jieun  , ini semua design terbaharu di butik kami .. Kalau cik jieun nak sila pilihlah mana yang  lebih sesuai dengan cik jieun"jelas pekerja Wanita itu  , baju gaun yang banyak itu dipamerkan di hadapan jieun  .

"Ahhhhhh... Semuanya lawa-lawa belaka saya tak tahu nak pilih yang mana " keluh jieun, dia terasa keliru dengan keputusan nya  , semua gaun dihadapannya cantik-cantik belaka  jadi susah untuk dia memilih  .

"Ermm—kalau cik jieun pening nak pilih yang mana satu  , cuba kalau cik jieun suruh teman lelaki cik jieun untuk pilihkan mana yang sesuai ke? "Cadang pekerja itu sambil memandang wajah kacak seonghwa  .

"Kami bukan pasangan kekasih—"Terus jieun dan seonghwa serentak
berkata  . Membuatkan pekerja wanita itu tersenyum mengusik melihat telatah mereka berdua  , benar-benar secocok jika dijodohkan  .

"Urmm—"jieun memaling wajahnya memandang ke arah seonghwa yang tinggi darinya itu  .

"Boleh tolong pilihkan gaun yang cantik untuk saya? "Minta jieun  , menayangkan wajah ingin persetujuan daripada seonghwa  .

"Ahh saya? Saya tak seberapa pandai dalam bab pakaian ni  , saya takut kalau saya tersalah pilih baju yang tak sesuai dengan agasshi, mianae agasshi"seonghwa memberi alasan panjang lebar  . Niatnya nak elak dengan permintaan jieun  .

"Saya cuma.....nak kelihatan cantik dihadapan pandangan mata awak..."mengendur sahaja suara jieun , dan pada masa yang sama dia kesal sebab cakap macam tu dekat seonghwa. 

Waduh mulut melepas jelah—

"Ahhh.. Tolong lupakan apa yang saya katakan tadi "jieun membetulkan suasana yang janggal tadi  , wajah seonghwa langsung dia tak toleh. Berpura-pura tengah memilih pakaian  .

"Tak  , saya akan pilihkan untuk agasshi "tangan seonghwa mendarat pada tangan lembut jieun . Membuatkan jieun terhenti dengan pura-puraan dia  . Dia tak salah dengar kan?apa yang seonghwa baru sampaikan tadi..

Jieun memandang tangan seonghwa yang masih tengah memegang tangannya . Tanpa sedar  , dia mengukir sebuah senyuman pada bibir miliknya  .
"Kalau awak buntu dengan keputusan awak  , biar saya yang tolong pilihkan "

Terus senyuman jieun pudar bila suara halus mula terngiang di dalam kotak fikirannya  . Lantas dia menggeleng kepala melupakan ingatan itu  .

                →To be continued

Maaf kalau tak seberapa sweet ann.. Author tak reti sgt buat part-part sweet nih..











                     


Continue Reading

You'll Also Like

412 121 34
Rombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada...
28.9K 2.4K 38
Kes Red Velvet yang mati dibunuh pada malam kejadian masih belum diselesaikan, hanya seorang sahaja yang terselamat iaitu Wendy, pihak wartawan dan p...
1.5M 56.3K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
4.8M 195K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...