(EDITING) HATI BEKU ENCIK POL...

By Reyshaaziz

551K 19.1K 1K

100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilan... More

BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 28
Bab 29
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Sembang Author
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Sembang Author
Bab 59

SPECIAL CHAPTER

8.6K 304 32
By Reyshaaziz

Pening...

Aku pening..

Melayan perangai sesorang memang buatkan aku rasa nak hantuk kepala sekarang juga.

Angah dengan perangai dia. Atalia pun satu hal. Belum lagi tambah si Reza dengan Mikayla. Ray suami aku tu pun dua kali lima juga. Aduhai..

Aku sandar belakang badan pada sofa empuk dalam bilik pejabat Ray. Mata layu je. Tetapi tetap tak boleh nak lelap. Sebab bingit dengan suara pertelingkahan makhluk tuhan dalam bilik ni.

Ray Idhlan?

Awal awal lagi dah keluar sebab ada mesyuarat tergempar dengan baba dan staff staff yang ada. Projek paling besar company kami dapat kali ini. Tender jutaan ringgit dari syarikat perkapalan antarabangsa. Tu belum lagi rezeki kerjasama dengan Navy Malaysia. Baba menangis kegembiraan bila dapat tahu yang mereka dapat tender besar tersebut.

Apa tidaknya, dia pernah bina impian yang sama tetapi terpaksa di kuburkan. Bila lihat baba menangis aku turut sebak sama. Apatah lagi melihatkan airmata suami aku yang laju menitis pada pipinya.

Bayangkan suami si suam suam kuku tu menangis. Tak ke aku rasa teruja?

Alhamdulillah rezeki buat kami sekeluarga melimpah ruah. Semua terasa mudah sahaja. Syukur sangat. Mungkin juga rezeki baby sama.

"Maira.. Kau macam mana?"

Atalia yang sedang berdiri di sisi angah paling wajah ke arah aku. Mikayla dengan Reza masih macam tadi. Dok bertelagah dengan topik yang tak sudah sudah. Aku sendiri pun tak faham kenapa lah dua orang ni boleh ada perasaan cinta. Kalau dah rupa ini gayanya sesiapa pun memang tak menyangka yang mereka berdua jatuh cinta pada satu sama lain.

Nak berkekoh je. Ray lah ni ajar aku loghat kelantan. Sampai lidah aku sekarang pun dah serupa orang sana. Suka makan budu lepas tu suka cakap kelantan. Walau pelat dia mengalahkan orang siam. Tak apa. Aku suka.

Anak aku yang bakal lahir nanti pun mesti bangga. Sebab dia akan hidup dalam keluarga yang pelbagai budaya dan bahasa. Atuknya asal turki, babanya pula di besarkan di kelantan. Macam macam yang dia akan pelajari nanti.

"Aku apanya. Aku ok je. Korang je yang merumitkan."

Betul!

Dari tadi lagi macam tu. Katanya nak berbincang sampai ke sudah tiada satu pun kata sepakat yang aku dapat dari 4 kepala manusia di hadapan aku. Semua nak menangkan diri masing masing.

Tak faham betul. Mereka ni dah dewasa atau masih kanak kanak dalam kindergarten?

Sabarlah baby, korang punya pakcik makcik yang tak berapa nak siuman.

Ayoyo.. Silap besar juga aku minta mereka untuk bagi seketul nama pada baby yang bakal lahir nanti. Masing masing tak nak mengalah. Masing masing nak menangkan nama pilihan sendiri. Kata mereka, nama mereka lah paling wow. Paling moden dan makna yang baik.

"Hei, dah lah.. Korang semua ni buat aku sakit kepala tau. Semua yang korang cadangkan aku tak nak."

"Eh Maira.. Mana boleh.. Nama yang angah bagi tu yang sesuai sangat. Lutfi tu lawa tau. Sebutan dia lembut sangat. Ada makna yang baik. Tapi angah lupa pulak apa maksudnya."

Angah tersengih menampakkan gigi dia. Aku julingkan mata ke atas.

"Kau tak best. Tak sesuai lah. Dengar Maira. Taruk nama yang aku cadangkan. Mirza.. Kan best je bila di dengar. Mengikut kajian lelaki yang ada nama Za kat belakang ni ada identiti dan keperibadian yang baik. Macam aku.."

"Perasan.."

Mikayla jeling tajam. Bagus Mikayla itulah perkata pertama yang terlintas pada fikiran aku bila Reza cakap macam tu tadi. Perasan dia boleh buatkan mata aku terbelalak sampai ke soket mata.

Memandai je buat kajian sendiri. Sedikit pun tak betul.

"Eh.. Eh.. Betullah.. Kau je yang jaki dengan aku.."

Mikayla melopong.

"Aku jaki dengan kau? Please lah.. Tak termasuk senarai langsung aku nak rasa semua tu. Apa benda yang kau ada aku nak jakikan sangat?"

Reza cekak pinggang. Jarak yang pada mulanya jauh berinci inci kini tinggal seinci dua. Aku perasan yang muka Mikayla nampak cuak bila Reza makin merapat kepadanya.

" Hey, jangan nak buat aksi yang tak sihat kat sini."

Aku pun bimbang juga. Reza tu kan lelaki. Kalau Ray dulu pun boleh terbabas konar leper, takkan lah si Reza ini tidak? Mana tahu di cekiknya Mikayla ke, di tampar sampai tercabut rahang anak orang tu ke? Lagipun dengan status diri mereka yang punya cerita silam tak mustahil semua itu takkan jadi.

Tapi aku percaya yang si Reza ini jenis spesies lelaki terancam. Takkan naikkan tangan pada perempuan. Walaupun dia kasar.

"Kau.. Kau.. Nak buat apa.."

Mikayla tergagap gagap. Kaki dia terundur sedikit demi sedikit ke belakang. Aku pula yang tak selesa nak duduk bila tengok si Reza tu macam tu.

"Betul apa yang kau cakapkan tadi?"

Kakinya semakin mendekat. Angah dan Atalia pula hanya tersengih lebar. Boleh pulak dua manusia ni sengih macam tu. Tak nampak ke dia yang si Reza tu lain macam? Jangan dia terkam si Mikayla sudah.

"Reza.. Kau nak buat apa kat dia haa? Aku report polis nanti."

Aku mengugut. Kotnya dia rasa takut sikit ke bila cakap pasal polis.

"Maira.. Maira.. Kelakar lah Maira ni. Nak report kan dia kat siapa? Kat diri dia sendiri? Atau nak angah yang handle kes dia?"

Reza menyengih dari jauh. Tapi badan dia sedikit pun tak berjarak dari Mikayla. Aku jeling sahaja. Naik geram pulak bila angah dan Atalia bantai gelakkan aku kuat kuat.

Bukannya aku minta nak lupa pasal dia yang berkerja sebagai polis tu. Semenjak mengandung dan bila semakin sarat ni aku dah jadi pelupa. Letak barang depan mata pun selang dua tiga minit lepas tu aku dah berpusing macam itik pulang petang mencari cari barang yang di letak tadi. Ada tu sampai nangis nangis sebab stress sangat cari barang tu tak jumpa.

Ray pulak macam biasa lah. Sama ada dia menyengih sampai ke telinga atau dia gelakkan aku kuat kuat itu memang kerjanya.

Macam tu lah perangai dia. Tak berubah ubah walau dah kahwin. Bila masuk mambang romantik dia sampai berdiri tak jatuh jatuh bula roma aku, syeram wei. Semacam.

Aku sendiri pun tak faham. Aku kahwin dengan orang yang jenis macam mana. Satu orang yang ada berbelas belas ragam manusia dalam diri dia.

"Ha.. Kau mara setapak lagi aku tinju muka kau. Cuba lah kalau nak rasa."

Mikayla geram. Kedua tangannya dia gengam kemas dan di angkat tinggi hampir ke muka. Dan Reza macam biasa lah. Menyinis sahaja mukanya. Sengaja nak buatkan Mikayla bertambah geram.

" Nak tinju belah mana? Kiri atau kanan? Atau hidung terus?"

Dia tunjuk kedua dua belah pipinya. Mikayla ketap bibir geram. Aku yang pandang pula yang nak marah.

"Reza... Jangan sampai aku pula yang bangun tinju kau. Apasal perangai kau makin meluat ye?"

Geram. Sungguh aku geram. Aku bangun mengejut. Tiba tiba terasa sengal di bawah ari ari.

"Aduh.."

Terus aku terduduk impak rasa sakit pada perutku.

"Maira"

Serta merta 4 orang kesayangan aku menerpa rapat. Mikayla dan Reza di hadapan. Angah dan Atalia masing masing di kiri serta kanan ku. Semua di antara mereka berwajah panik.

"Sakit ke?"

"Kenapa?"

"Nak beranak dah ke?"

"Dah sampai masanya kan?"

"Jom pergi hospital.."

Semua kelam kabut. Perempuan ke lelaki ke semua nampak macam kucing hilang anak.

"Heiii... Boleh tolong diam tak sikit. Bagi aku bertenang."

Aku tarik nafas dalam dalam. Cuba fokus pada rasa yang mula menyerang. Adakah ini false contraction atau betul betul tandanya hendak beranak. Tetapi kalau ikutkan tarikh due untuk aku bersalin dah tak lama. Tinggal 2 minggu je lagi. Doktor pun awal awal lagi dah beritahu bahawasanya jarang jarang sekali ibu mengandung akan bersalin tepat pada pada due date nya.

Ah sekali lagi rasa itu datang menyerang. Kali ini lagi sakit berbanding yang tadi. Rasanya menyengat hingga ke tulang pinggul. Di tambah lagi baby di dalam perut yang terasa memberi respon yang sangat aktif. Menendang separa kuat.

Aku pula naik cuak. Apakah sudah tiba masanya. Angah aku pandang.

"Angah.. Boleh panggilkan Ray tak."

Angah kerut kening. Tetapi dia hanya mengangguk tanda memahami. Serupa lipas kudung dia terus berlari ke muka pintu. Aku pulak rasa nak ketawa dengan tingkah laku angah. Kelakar...

"Kalau dah sampai masanya jom lah kita ke hospital. Aku boleh hantarkan. Tunggu Ray kan lambat pulak."

Reza bersuara sesudah berapa lama dia mendiamkan diri. Wajahnya juga nampak risau dan sesekali aku perasan mata dia memandang lama pada perut aku.

Anak aku ini belum keluar lagi dah di sayangi ramai. Dari angah sampailah ke Reza semua berebutkan dia. Nak jadi orang yang beri nama lah. Nak jadi orang kedua selepas Ray gendong anak lah. Macam macam lagi.

Bercampur dengan dua orang lelaki itu memang boleh jadi migrain Maira jadinya. Sikit sikit gaduh. Sikit sikit bising.

"Aku tak apa lah."

Aku senyum segaris. Mungkin senyuman aku tak terbentuk seperti biasa, sekurang kurangnya aku senyum juga kan. Cemas yang ada pada diri sendiri di sebabkan oleh rasa sakit yang makin lama makin terasa. Namun tak lah seperti mana aku bimbang kan mereka yang bakal lebih cemas mengalahkan aku.

Angah dengan perangai dia yang over protective. Aku confirm kejap lagi dia akan mengelabah teruk. Maira kena jalan macam ni. Maira kena cepat nanti baby keluar. Eh macam macam lagi.

Itu angah. Tang Atalia pulak. Mesti dia akan ajak aku bersyahdu dengan tangisan dia yang bakal pecah. Percaya lah cakap aku, dia akan gamatkan suasana. Dia kan drama queen.

Reza pulak? Ini pun haru sama. Aku yakin dia akan berebut dengan Ray. Mesti dia yang nak cepat dari Ray. Dulu dulu aku terfikir juga, atas sebab keprihatinan dia yang melampau tu dia mungkin punya perasaan pada aku. Apo, sangkaan ku meleset. Dia memang serupa itu.

Perangai dia yang caring lebih memang membuatkan semua orang salah sangka. Dulu seminggu Ray bermasam muka. Ingatkan Reza syok kat bini dia. Tetapi dia sendiri yang silap, sebab bila Reza dok melayan Atalia dan geng perempuan yang lain sama sahaja macam dia layan aku.

Aku syak Reza ni boleh jadi orang tengah pada hubungan orang lain. Angah pun cemburu juga dengan perangai dia yang caring overloaded tu.

Dan Mikayla? Dia mungkin masih baru kenal. Biarpun dah berbulan bulan tetapi aku kira masih baru. Jadi aku tak tahu sangat perangai dia macam mana. Cuma aku dapat rasakan yang dia punya sifat boleh tenangkan aku. Tengoklah dia. Walau nampak juga dia nak kalut tetapi dia memilih untuk buat aku relaks.

Dan aku bersyukur untuk itu.

Eh cakap pasal orang lain, Ray pula macam mana?

"Sa.. Sayang.. Dah sakit ke? Dah masa dia ke?"

Baru je sebut dalam hati dah muncul. Siapa pula yang pergi panggil dia. Aku paling wajah pada mereka di belakang Ray. Angah tersengih lebar. Lupa pula kan dia yang berlari keluar macam lipas kudung tadi. Cepat betul orang tua tu buat kerja.

Muka Ray yang nampak gelabah aku sentuh dengan telapak tangan. Memintanya supaya releks sedikit seperti aku.

Jap sekarang ni, aku yang beranak ke dia orang?

"Abang.. Maira tak apa apa lah. Cuma rasa sikit je ni. Maira pun tak pasti ni sakit conctraction ke apa. Sebab tak ada pun sakit sangat. Cuma macam berdenyut sikit je."

Aku tenung dalam dalam mata Ray. Dia angkat muka dia sedikit menjauh. Nafas dia di hembus berat. Muka di raup kasar dan mata dia mula memaku aku dengan pandangan yang tegas.

" Sikit ke banyak ke jom pergi hospital."

" Abang.. Tunggu lah dulu. Kotnya ini false alarm je ke kan naya je. Maira tak nak duduk hospital tanpa sebab."

Aku memuncungkan mulut. Ingat best ke duduk hospital. Memang lah untuk kebaikan. Tetapi... Tetapi.. Orang tak nak..

5 pasang mata memaku tajam kepada aku.

" Kau nak dengar cakap dia ke Ray. Kalau aku, aku dah seret."

Reza menghasut. Sempat dia senyum sinis.

"Ha a. Itu kalau false alarm. Kalau betul betul nak bersalin macam mana? Kau dah hampir masanya dah tahu. Lagi kau tunggu buat nya ada masalah apa apa nanti kan susah."

Sorang lagi menyampuk. Aku jeling tajam pada Atalia. Sengaja kan.. Sengaja..

Aku tahu kejap lagi mereka ni semua bakal mempengaruhi Ray Idhlan.

" Tu lah, kalau apa apa berlaku pun tak lah risau sangat. Pendek kata kalau semua tu berlaku kat hospital. Ulang suara.. Hospital!!!"

Angah side kick aku pun belot sama. Semua tak membantu. Harap harap Mikayla tak ikut sampuk. Dia senyum manis memandang ke arah ku. Alhamdulillah dia tak buat macam tu. Tetapi...

" Dah jom pergi. Handbag aku tolong bawakan."

Zap!

Dada aku bagai di tusuk sembilu. Dia juga membelot!

Serta merta airmata mula terasa memberat. Sedih. Tak tahu kenapa.

"Hey.. Kenapa.. Sakit sangat ye? Jom.."

Aku tahan tangan Ray yang sedang ingin menarik aku bangun. Kepala aku geleng laju laju.

"Bukan lah. Maira sedih sebab semua tak sokong Maira."

Ray senyum senget. Dia usap kekura jemari aku dan di bawa rapat ke bibir dia. Mencium.

"Abang tahu Maira takut kan. Jangan risau abang kan ada. Abang ikut Maira sama. Abang akan temankan Maira. Sekarang kita pergi hospital. Abang bimbang jadi apa apa kat baby."

Terus bibir aku tersebik sebik. Kerutan di dahi Ray makin jelas kelihatan.

"Tengok. Abang lebihkan baby dari Maira. Abang cuma bimbangkan baby. Abang dah tak sayangkan Maira."

Dan semua yang memandang menganga mulut seluas luasnya. Hairan dengan seketul perangai Maira di saat yang genting ini. Weh, aku pun tak tahu kenapa mood aku jadi macam ni.

" Maira.. Maira tahu kan abang sayang Maira macam mana. Abang cuma bimbang takut apa apa komplikasi berlaku boleh bahayakan nyawa Maira dan baby. Maira tak nak tengok muka baby cepat cepat ke?"

Pandai dia pancing aku. Tetapi itu masih belum membuatkan aku jadi tenang.

" Ah alasan mu. Kalau ye, Maira nak tanya abang. Antara baby dengan Maira nanti mana satu yang abang akan sayang lebih?"

Ray ketap bibir geram. Kening dia di garu perlahan. Mereka yang lain mendengus geram. Bosan dengan aku yang mengada ngada ler tu. Eleh bukan aku ngada dengan diaorang pun. Aku buat kat suami sendiri. Lagipun ini sebagai salah satu cara aku untuk hilangkan sedikit rasa takut nak masuk dewan bersalin.

Korang apa tahu...

Sambil wink wink kan kening..

"Maira.. Please.. Abang sayang Maira umpama nyawa yang tak mampu abang dapatkan semula kalau abang kehilangannya. Maira jiwa abang, Maira kehidupan abang. Tanpa Maira mana mungkin abang dapat kecapi segala keindahan ini. Menjadi seorang ayah. Dan untuk baby ini pula dia tak ubah macam udara yang abang sedut. Pinjaman tetapi tanpa dia abang akan mati."

Ray tekup kedua dua belah pipi aku. Memandang dengan penuh sayu. Penuh kecintaan. Aku senyum dengan airmata yang laju menuruni pipi montel aku.

Ye semua.. Aku dah berjaya menaikkan berat badan berbelas belas kilo gram.

" Ok. Maira puas hati. Jom.."

Ray senyum. Dan dia mengeluh lega. Aku berpaut pada lengannya untuk bangun dari duduk ku. Namun kini apa yang aku rasakan..

"Arghhhh!"

Aku terjerit. Rasa sakit yang biasa biasa tadi mula menyerang hingga ke pinggang. Bergabung menjadi satu dengan perut dan hujung ari ari. Aa sudah.. Apa pula ni.

Tangan automatik menekup belakang pinggang yang tiba tiba rasa macam nak patah.

" Maira.. Kenapa? Makin sakit ke? Dah.. Jom.."

Ray cuba memimpin aku. Aku dengan menahan sakit mula melangkah perlahan lahan. Mulut cuba berisytifar. Berharap segala kesakitan yang aku rasai berkurangan sedikit sebelum sampai ke hospital. Dengan rasa yang sakit macam ni ianya agak membataskan pergerakan aku.

Rasa menyesal pulak dok banyak cakap macam tadi. Kalau tidak entah entah aku sekarang dah berada di lobi bawah atau pun dah dalam kereta.

"Cepat.."

Angah sudah berlari keluar. Laju langkah dia ke arah Lift. Di tahan pintu lift untuk kami. Atalia di sebelah turut sama membantu aku untuk berjalan dengan lebih laju.

Mikayla pula tukang bukakan pintu bilik pejabat Ray. Dan Reza pula sempat menitipkan pesanan kepada setiausaha Ray pasal hal hal berkaitan dengan kerja Ray. Pandai pulak mamat tu handle hal hal pejabat. Boleh lantik jadi PA Ray.

"Maira langkah lah cepat sikit. Macam siput lah."

Angah melaung di balik pintu lift. Aku ketap bibir geram. Dia siputkan aku sekarang. Dalam aku mengerunyut menahan sakit sempat aku lilaukan pandangan pada keadaan ofice suami aku ini. Semua mata kelihatan memandang ke arah kami. Ada yang mengucapkan kata kata semangat. Ada yang mendoakan yang baik baik. Dan ada juga yang tersenyum manis.

"Terima kasih semua."

Tak dapat aku nak cam kan sesiapa saat ini. Nak menyeru nama masing masing lagi. Itu kerana segala sakit yang aku rasakan mula menguasai diri aku.

Usai masuk ke dalam lift. Ray peluk badan aku dari belakang. Aku dongak ke arahnya.

" Maira kuatkan semangat. Jadikan sakit ini kekuatan bagi Maira. Jangan fikir benda yang negatif. Fikirkan perkara yang indah indah. Contohnya muka baby kita bila keluar nanti. Kopi pasta muka abang."

Dia senyum meleret. Sempat lagi.

"Perasan. Orang yang bawa perut. Bakal beranakkan dan meneran nanti eh dia pula yang dapat nama. Banyak handsome punya muka."

Dia ketawa. Sesekali tangannya mengusap perut aku yang membukit. Merasa gerakan si anak yang mula ganas rentaknya. Tak sabar sabar sekali hendak menjengah dunia ciptaan Allah yang maha indah ini.

Dalam aku merasa sakitnya ini terus aku mengucap syukur pada setiap pemberian yang Allah berikan kepada aku. Merasa juga aku perasaan mengandung dan melahirkan.

"Anak baba kuat. Anak baba hebat."

Dia belai lagi perut yang berombak ganas itu. Sesekali tendangan terasa memberi respon pada sentuhan Ray. Meleret senyuman indah pada bibir Ray.

Haih anak, kecik kecik pun dah bijak. Besar nanti jangan kawtim perangai bapak awak sudah.

" Aduh.."

Kali ini memang bersungguh sungguh aku mengaduh sakit. Contration yang aku rasakan semakin kuat. Hingga membuatkan badan aku mengigil menahan sakit. Aku sampaikan tak betah untuk berdiri. Terasa lembik kaki ini dengan kesakitan yang aku rasakan.

" Maira.."

"Cepatlah... Angah asal lambat sangat ni."

Aku mula membebel. Dengan sakit yang merajai aku mula merasakan bukan aku yang berjalan siput. Tetapi lift ini yang lembap.

"Mana angah tahu. Ni dah kira cepat lah ni. Bukan angah tukang jaga lift."

Angah gelak perlahan. Dia pandang muka aku sebelum ketawa dia mati semula.

"Oo ok.. Ok.. Tak lawak ye."

Terkulat kulat angah paling ke hadapan semula. Yang lain hanya gelengkan kepala. Kelakar dengan perangai angah. Aku nak gelak pun dah tak mampu. Apatah lagi nak senyum di sebabkan kesakitan ini terasa amat mencengkam.

Sudahnya kami sampai ke lobi. Nasib baik kereta Ray parkirkan berhadapan dengan lift tak ada lah susah sangat nak berkejar ke parking. Perut aku ni dah sakit sangat dah.

"Biar aku yang ambik kereta. Aku drive."

Reza berlari ke arah kereta. Manakala angah ke keretanya. Atalia masih di sisi aku. Mikayla pula ke kereta Reza. Dia akan pandu kereta Reza ke hospital.

"Cepat.. Masuk.."

Pintu kereta Reza buka dari dalam. Aku melangkah masuk perlahan lahan sebelum Ray ikut melompat sama di ikuti Atalia pada pintu sebelah sana. Belum sempat pintu Ray tutup sepenuhnya lagi berdesir bunyi brek Reza lepaskan dari kereta.

Lalu laju dia membawa kereta keluar dari tempat parking. Aku sekarang bukan gerunkan pengalaman hendak bersalin kejap lagi. Tetapi yang aku bimbangkan tentang cara Reza yang memandu. Dari nak cepat beranak di hospital terus terberanak dalam kereta.

Eh mintak simpang. Aku tak nak tempat lahir anak aku kena tulis atas kereta.

"Reza..."

Aku dan Ray menjerit serentak bila dia dengan lajunya membelok kereta ke sebelah laluan kanan. Bagaikan naik kereta lumba.

"Apa? Kan nak cepat?"

Selamba sahaja dia jawap. Dan aku gengam tangan Ray kuat kuat. Atalia di sebelah kelihatan mengurut dada dengan pemanduan Reza.

Adoi...

___________________________________

Riuh tawa mula memenuhi bilik. Sesekali ada yang berebutkan siapa yang kena dukung dahulu baby yang baru sahaja di bawa masuk oleh jururawat ke dalam bilik. Siapa lagi kalau bukan Reza dan angah. Masing masing tak nak kalah. Nasib Ray ok je. Dia kan bapak. Dari awal awal lagi dia dah kilik anak kesayangan dia tu.

Walau baru lahir. Aku tahu anak yang baru di lahirkan itu bakal menjadi kesayangan utama bagi diri Ray Idhlan. Kenangan semasa di Turki mula memenuhi ruang ingatan aku.

Anak sulung ku ini hasil pencambahan kami semasa di Turki dulu. Dalam sedih dan gembira ianya semua menjadi satu. Pengalaman itu amat bernilai untuk aku dah Ray ingati.

"Eh.. Aku dukung dulu."

Angah cuba mengambil anak lelaki aku dari pelukan mak lang. Kemain dia tepis tepis tangan Reza yang sibuk juga hendak mendukung si comel itu. Aku yang memandang hanya ketawa kecil. Sudah macam tu perangai mereka nak buat macam mana kan.

Reza memuncungkan mulutnya ke hadapan. Geram mungkin dengan angah yang mendahului dia dari segala sudut. Yang nak kahwin cepat pun angah. Bukan dia.

Yekk. Reza tak laju.. Haha. Ini kalau dia dengar harus aku kena luku dahi nanti.

"Kejap lagi lah. Aku dukung dulu ye."

Angah tersengih teruja. Walaupun nampak kekok tetapi dia bangga sebab dapat memegang bayi itu dengan kedua belah tangannya.

"Alo looo.. Sayang pak ngah. Membesar menjadi anak yang baik ye. Kalau mama atau baba buli baby, ingatlah pak ngah sentiasa ada untuk back up."

Sempat dia jeling pada aku. Haa mengajar benda yang tak betul.

"Angah.. Mana boleh ajar benda macam tu. Eee.."

Aku geram. Ray di sebelah hanya ketawa.

"Biarlah. Baby ni kan anak buah kesayangan pak ngah. Eh macam tak ngam lah panggilan pak ngah. Bunyi tua. Ok tukar.. Ayah ngah. Hai handsome. Ayah ngah sini."

Satu bilik pecah ketawa dengan kata kata angah. Dia memang tak kira tempat dan suasana.

"Alang alang kau dok plan nak bahasakan diri dengan panggilan apa meh sini giliran aku pula."

Reza cuba ambil perlahan lahan dari dukungan angah. Nampak agak kekok juga. Tetapi kira ok lah tu. Pengalaman pertama semua orang akan kekok. Macam aku tadi terkial kial nak pegang macam mana. Nak pusing tak kena. Nak angkat pun tak kena. Nasib baik ada maklang. Dia lah yang banyak ajarkan.

Ray pula? Dia selamba sahaja. Sedikit pun tak kekok dan ada rasa gerun. Lupa pula aku, dia kan ada anak anak saudara. Katanya masa kakak kakak dia pantang dahulu dia lah tukang salin pampers semua. Tukang dodoikan anak sedara. Atalia tu pun masuk list sama.

Apa lagi memerah lah muka Atalia sebab malu. Dan sekarang dia turun ke bawah menjemput ma Ray yang baru sampai. Dia dari awal awal lagi sudah di import ayah Atalia dari kelantan. Bersiap sedia untuk menyambut kelahiran cucu dari anak lelaki bongsunya.

Ye, walaupun Ray dah jumpa keluarga kandungnya Ray tetap anak bongsu ma. Sayang dia pada Ray tak berbelah bagi walau hanya sekadar anak angkat.

Ami dan baba hanya senyum di sisi katil. Memandang anak anak muda yang tengah bergelak ketawa merancang aktiviti bagi anak aku bila sudah besar. Mengalahkan bapak mereka.

Orang kedua selepas Ray mendukung baby ialah Ami dan di ikuti baba. Sesudah sahaja Ray maklumkan yang kami berada di hospital terus sahaja baba pecut kereta ke mari.

Berpuluh puluh kali ucapan terima kasih kerana memberikan dia cucu kedengaran dari mulut kedua orang tua Ray. Sampai naik lenguh aku nak menjawabnya. Airmata mereka menitis laju saat melihatkan cucu sulung mereka.

Aku faham perasaan yang mereka hadapi. Berbahagia sesudah segala macam kesakitan yang mereka terpaksa kecapi selama ini. Indahnya kan.

"Maira dan Ray.. Terima kasih sebab beri peluang untuk aku rasa macam mana rasanya dukung bayi. Nak tunggu giliran aku entah bila aku pun tak tahu."

Reza senyum nipis. Mata dia nampak sayu. Mengingatkan memori lama yang tak dapat dia kecapi bersama dengan arwah isterinya.

" Jangan lah cakap macam tu. Baby ni memang anak aku dan Maira tetapi dia juga ada bapak angkat yang baik macam kau. Sayangi lah anak kami ni macam mana kau sayang anak kau."

Reza mengangguk perlahan. Tubir mata nya yang bergenang dia seka dengan hujung jari.

" Errr.. Boleh aku pegang pula?"

Mikayla menghulurkan tangan dia. Teragak agak. Reza pandang telapak tangan yang terhulur itu sebelum meletakkan anak kami perlahan lahan di atas lengan Mikayla.

Mikayla segera mengampu. Nampak kekok tetapi dia berjaya pegang dengan baik.

" Kau ni nampak kaku sangat lah. Pegang macam ni."

Tahu tahu je dia hendak mengomel. Macam macam.

"Iye.. Tahu.."

"Tahu. Tahu.. Yang senget benget ni tahu lah."

"Eh kata kat orang dia sendiri pun tak betul sangat."

"Sorry ok. Aku lebih excellent dari kau."

Mikayla senyum sinis. Dia hanya diam sebelum mencuit pipi anak kecil kami. Senyuman kecil mula menghiasi bibirnya menggantikan senyuman sinis yang terlakar untuk Reza tadi.

Reza turut menyentuh pipi si kecil itu. Mikayla angkat muka dan mereka berbalas pandangan sekejap sebelum masing masing kalihkan pandangan dan tayang wajah beku.

"Kayla.."

Aku panggil dia. Dia paling wajah ke arah aku. Senyuman manis dia hadiah kan.

"Suka baby?"

Tanya aku. Sekadar ingin mengetahui isi hatinya. Dia angguk mengiakan.

"Suka.. Suka sangat. Dulu dulu selalu minta mama berikan Kayla adik."

Dia tunduk dan mencium dahi si kecil. Aku perasan tunak mata Reza seakan merenung lama muka Mikayla.

"Kalau macam tu apa kata Kayla kahwin je dengan Reza."

Terbuntang mata Mikayla. Melopong mulut Reza.

"Tak nak lah..."

Mikayla tunduk memandang ke arah si comel. Malu bila semua mata mula membuang pandang ke arah dia dan Reza.

Reza diam sebelum berdehem kecil.

"Kau dah fikir nak letak nama apa?"

Aku meleretkan senyuman. Tahu sangat dia sengaja nak alihkan perhatian kami pada nama anak pula.

"Ermm. Dah ada. Kekuatan dan tempat ketenteraman ku."

Berkerut dahi semua orang yang ada di dalam bilik.

Ray ketawa kecil sebelum menyambung.

"Izz kekuatanku dan Ruzain tempat ketenteraman ku. Ini lah dia kekuatan aku dan tempat yang meneteramkan jiwa aku. Dan aku harap dia juga akan membesar menjadi penguat semangat dan tempat untuk semua orang merasa tenteram, tenang dan damai di sisinya. Seperti mana Maira rasa bila dengan aku."

"Ececehhhh.."

Angah dan Reza kulum senyum.

"Terima kasih sayang untuk hadiah ini. Abang tak mampu nak balas jasa Maira. Abang bahagia sangat hari ini. Terima kasih sangat."

Setitik airmata Ray jatuh menitis pada dahi aku. Kucupan hangat dia terasa indah sekali menyentuh dahi.

"Abang ni. Sama je macam ami dan baba. Dari tadi lagi dok cakap terima kasih. Maira yang patut ucap kan semua itu. Sebab semua orang sanggup hadap perangai mengada Maira selama 9 bulan ni. Maira sayang semua. Dan Maira sayang abang sepenuh hati."

Aku gengam tangan Ray sebelum di kucup pada bibir. Mata kami berbalas pandangan. Aku senyum dan dia turut membalasnya.

" Abang sayang sangat kat Maira. Ni rasa macam nak tambah baby lagi tahun depan. Boleh kan? "

" Abang!"

Jerit aku kuat. Malu gila bila dia selamba sahaja cakap macam tu depan semua orang.

"Yeayy tahun depan kita dapat anak buah baru lagi. Yeyayy.."

Angah bersorak riang. Terbuntang mata aku melihatnya. Apatah lagi dia selamba bertepuk tangan dengan Reza. Sekepala betul.

"Tak ada nya...."

Izz Ruzain!

Semoga membesar menjadi anak yang baik dan membahagiakan ibu bapa. Aku senyum sebelum menjatuhkan kepala pada dada Ray yang duduk di sebelah aku di atas katil.

Sungguh aku merasa bahagia yang teramat sangat dengan segala kasih sayang dan tumpuan yang anak aku dapat.

Terima kasih Allah atas anugerah yang terindah ini.

... TAMAT...

___________________________________

Macam mana semua dengan special chapter ni? Ni betul betul dah tamat tau. Terima kasih buat semua yang sudi baca karya Sha dari bab awal sampailah habis.

Doakanlah Sha agar di murahkan lagi dengan idea yang bernas untuk menghiburkan korang dengan nurkilan yang baik baik buat semua.

Sha doakan juga semoga ada iktibar yang dapat kita kupas dari cerita ini. Sha sendiri sebagai author suka dengan persahabatan baik antara mereka semua.

Dengan keluarga maksedara Maira yang baik. Mak angkat Ray yang sanggup menjaga anak kawan dia sebaiknya. Semangat Ray yang tak putus asa untuk mencari ayah kandung dia. Sungguh semangat itu harus di contohi.

Yang tak baik tu sila campak ke tepi tau. Jangan di ikuti.

Akhir sekali. Thank semua.

Keep support Sha. Dan dalam another cerita 'Nama aku Reza' adalah kesinambungan cerita pasal Reza dan Mikayla. Tetapi tetap ada Maira dan Ray yang dah ada anak. Dengan Khairil dan Atalia yang masuk air.

Senang citer cerita 'Nama aku reza' ialah garapan cerita yang ada semua orang dalam tu.

Harap korang enjoy.. 😘

___________________________________
By the way ni new update.

Yang mana dah baca story Hati beku encik polis sebelum ni, mesti dah baca apa yang authot tulis kan kat atas tu. Hehe.

Saja nak bagitahu, yang korang tetap akan jumpa Ray dan Maira dalam story yang lain. Cuma mungkin dalam situasi yang lain. Dan Sha nak ingat kan juga yang story 'Nama Aku Reza' adalah cerita yang lain sedikit dari yang lain.

Mungkin ada kisah yang agak 'mature' sedikit. Kalau korang tak suka story macam tu n tak nak support it's okay. Sha terima.

Korang dah support story ni pun Sha dah bahagia gila. Thanks gaiss..

See you in another stories.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 57.1K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
4.8M 196K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
328K 14.5K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
62.6K 2.1K 48
Tengku Ayaaz Γ— Naura Aqila Mengisahkan seorang gadis yang tinggal bersama ibu saudaranya tetapi sering didera Apa saja yang gadis itu lakukan semuany...