The Truth Untold

Від hazelmilktea

421K 28.4K 5.3K

[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasak... Більше

The Truth Untold
00 + Prologue
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
♡♡♡

16

6.6K 619 93
Від hazelmilktea

"A-Aireen?" Terjungkit sedikit bahu aku mendengar suara seseorang memanggil nama aku. Makin menggigil badan aku. Lututku dipeluk erat dan aku menyembamkan mukaku rapat ke lututku. Cuba untuk mengendahkan suara itu. Hati aku tak henti berselawat sejak tadi.

Aku tak rasa itu manusia. Sebab setahu aku, aku dan Ian adalah pasangan yang terakhir untuk night walk ini. Kan?

"Aireen?" Badan aku semakin meremang dan menggigil. Terasa sejuk satu badan. Sedaya upaya aku cuba menhindarkan suara itu. Nyah kau dari sini, syaiton!

"Aireen Nadhirah..." Suara itu. Aku kenal suara ni! Perlahan-lahan aku mengangkat kepala aku, memandang gerangan yang sedang berdiri 2 kaki jauh daripada aku.

"Daniel?"

♡♡♡

"Baiklah... Harini, aktiviti kita adalah hiking. Untuk aktiviti hiking ni, kamu semua boleh berjalan dengan kumpulan masing-masing. Tak perlu ikut pasangan. Sebelum tu, teacher nak ingatkan semua untuk alwasy stay together and jangan berpisah. Ingat tu! Group members please be aware if ada ahli hilang or tak cukup. Okay?" Semua hanya mengangguk mendengar arahan daripada Teacher Lila. Sesungguhnya, aku malas nak berhiking pagi-pagi ni!

"Okay... Semua boleh bergerak mengikut kumpulan masing-masing... Diikuti dengan kumpulan 1, sila ikut langkah Teacher Lila ye..." Ujar Sir Saiful pula. Kumpulan 1 mula melangkah membontoti langkah Teacher Lila, diikuti kumpulan 2 dan seterusnya.

"Dee..." Langkahku serta-merta terhenti apabila mendengar nama panggilan itu dipanggil. Tak lain dan tak bukan, mesti Ian. Hmm, sudah lama aku tak dengar dia panggil aku dengan panggilan ni.

"Hmm?" Aku hanya menjawab tanpa langsung menoleh. Telinga aku dapat menagkap derapan kakinya darin belakang yang semakin mendekat.

"Dee." Tanganku dicapai dari belakang oleh gerangan itu. Automatik badanku terpusing menghadapnya. Wajah putih bersih milik Ian menyapa pandanganku. Hmm, hensem.

"Kenapa?" Jawab aku dengan acuh tak acuh. Seboleh mungkin aku cuba untuk tidak memandang wajahnya. Takut nak marah nanti tak menjadi pulak hmm.

"Pandang aku." Kata Ian dengan tegas. Langsung aku tak menoleh memandangnya. Sekeliling hutan itu dipandang, cuba untuk mencari kelibat gadis pujaan hati Ian.

Ye, hati aku sakit apabila terfikir tentang Hanis dengan Ian. Cemburu, sakit, marah semua bercampur baur.

"I said, look at me." Aku hanya mengendahkannya. Seketika kemudian, jari runcingnya menarik lembut dagu aku untuk menatap wajahnya. Terkaku. Itu sahaja yang mampu aku katakan tatkaa mata aku bertembung dengan mata milik Ian.

"Aku nak tanya..." Katanya dengan lembut. Aku hanya mengangguk sedikit sebagai tanda untuk menyuruhnya menyambung.

"Kau pergi mana malam semalam?" Terus kening aku berkerut

"Hah?" Automatik perkataan itu terpancul keluar dari mulut aku. Dia melepaskan jarinya daripada memegang daguku.

"Semalam... Masa aku pergi hantar Hanis dekat cikgu, aku tengok kau dah tak ada dengan aku... So, kau pergi mana?" Terangnya lalu dia menyoal aku. Soalannya membuatkan aku tergelak hambar. Aku pergi mana?

Seriously? Dia tanya aku pergi mana? Aku yang pergi somewhere or dia yang tinggal aku sekarang ni?

"Kau tanya aku pergi mana?" Soalannya dibalas dengan soalan... Dia hanya mengangguk kecil.

"Ye lah... Aku tanya kau pergi mana. Kenapa?" Soalnya lagi tanpa riak bersalah. Huh, memang dia tak sedar ke macam mana?

"Huh, ask yourself lah... Aku yang pergi somewhere or kau yang tinggal aku?" Kata aku dengan nada bersahaja lalu aku terus pergi meninggalkannya. Langkahku cuba dilajukan bagi mengejar langkah orang lain.

Ni semua salah Ian. Tak pasal-pasal aku kena lari sebab nak kejar langkah diorang pulak!

♡♡♡

"Okay semua... Mesti semua dah penat kan? Okay jadi sekarang kita rest dulu... Sir bagi kebenaran untuk korang semua bermandi-manda dekat dalam air terjun ni. Tapi ingat! Behave dan jangan buat perangai. Korang pun dah besar, mesti tau macam mana nak jaga diri kan? So, Sir bagi korang 1 jam untuk have fun dekat sini..." Kata Sir Saiful apabila kami tiba di sebuah air terjun yang terdapat di dalam hutan tersebut.

Aku hanya memandang sepi air terjun tersebut. Langsung tidak terpasang niat di dalam hati aku untuk menyertai mereka yang lain bermandi-manda di situ. Seketika kemudian, aku melangkah ke arah Naura dan Daniel yang sedang melepak di sebuah batu besar di tepi air terjun itu.

"Maaf menganggu korang dating. Sesungguhnya, saya sedang keseorangan. Jangan bagi saya sendu begini. Kasihanilah saya..." Kata aku dengan nada hambar. Serentak itu mereka berdua mengalihkan pandangan menghadap aku.

"Ehh Aireen... Meh lah duduk sekali." Ajak Daniel. Aku terus melabuhkan punggungku di sebelah Naura.

"Sorry la ye kacau korang dating. Aku tengah alone sangat ni." Gurau aku. Diorang hanya menggeleng tanda tidak mengapa.

"Dating? Erkk menggelikan. Hmm, kejap eh... Aku nak pergi tolong Teacher Lila kejap." Kata Naura sebelum dia berdiri dan menyusun langkah menuju ke arah Teacher Lila.

Aku menhela nafas kecil sebelum mencapai sebotol air masak milik aku. Penutup botol itu dibuka lalu air itu diteguk rakus.

Sekeliling kawasan itu dipandang. Seketika kemudian, pandanganku terpaku ke arah dua orang hamba Allah yang menarik perhatian aku.

Hanis dengan Ian hmm.

Kalau... Kalau lah Ian dan Hanis tak bersama sekarang. Mesti dia masih rapat dengan aku kan? Kenapa dia kena jauhi diri dia daripada aku bila dia dah ada Hanis?

Adakah aku ni sekadar tempat dia menghilangkan rasa bosan?

"Emm, Aireen..." Namaku diseru oleh Daniel di sebelah. Aku memandangnya yang berada 30 cm jauh dari aku.

"Kenapa?"
"Aku harap, kau tak kesah la kalau aku tanya ni... Hmm, kau... Okay ke?" Soalnya. Aku hanya tersenyum nipis sebelum mengangguk kecil. Aku pun tak pasti jika aku okay atau tak.

"Hmm... Kau dengan Ian memang langsung tak ada erk... Feelings on each others ke?" Soalnya lagi. Kalini soalannya membuatkan aku agak terkedu.

Jika aku, memang ya lah. Tapi kalau Ian pulak... Aku pun tak pasti. Aku tak rasa dia ada apa-apa perasaan dekat aku. Dia hanya menganggap aku tak lebih dari kawan. Lagipun, dia dah ada Hanis.

"Kenapa kau tanya macam tu?" Soal aku lalu aku memandang wajah Daniel. Dia hanya menjungkitkan kedua belah bahunya.

"Tak ada apa-apa lah. Aku saja je tanya sebab korang dari dulu nampak macam rapat je. Takkan tak pernah sangkut kot." Aku hanya tergelak kecil mendengar jawapannya.

Huh, dalam mimpi lah Ian nak suka aku balik. Suasana sepi seketika sebelum Daniel kembali bersuara, memecahkan kesunyian.

"Aku tau perasaan kau terhadap dia, Aireen..." Terkedu aku dibuatnya. Tak mungkin Daniel tahu. Aku tak pernah bagitau siapa-siapa tentang ini kecuali Naura!

"Aku dapat nampak dari mata kau sendiri... Mulut kau boleh tipu tapi cara kau tak akan dapat menipu, Aireen..." Katanya lagi. Aku hanya memandang hadapan. Tak kuat rasanya nak pandang dia.

"Tapi... Kau kuat, kau tau tak? Serious talk, kau memang kuat." Sambung Daniel lagi. Aku tersenyum kecil. Betul ke aku kuat?

"If kau ada nak share apa-apa, aku dengan Naura sentiasa ada untuk kau eh? Jangan risau..." Sambungnya lagi sebelum aku kembali memandangnya.

"Thank you..." Ucapan terima kasih aku dibalas dengan sebuah senyuman mesra. Aku dan Daniel sambung berbual sementara menunggu Naura kembali.

Tanpa kami sedar, seseorang memandang dari jauh dengan satu perasaan yang sukar dikatakan.

Mungkinkah dia cemburu?

_______________________________

:: Siapakah yang cemburu ituu??? Ha jawab cepat! Sudah sudah, Author tengok makin ramai yang jadi haters Ian ni... Jangan marah author ehh, marah Ian 😂✨

Ahad ni Author bagi special update 👀❤️

29.4

Продовжити читання

Вам також сподобається

1M 87.2K 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula...
608K 35.1K 45
[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara me...
589K 28.6K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...
579K 19.9K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...