Phone Number ; Miss Me Boss...

By jimineastry

138K 12.9K 2.2K

"Tolong jangan mengorat saya" - KTH Started : December 2018 #phonenumberversion2 Update setiap kali saya rasa... More

Phone Number ; Miss Me Boss?
OFFICIAL POSTER
A E S T H E T I C S
1 ; Hujan
2 ; Adab Mana?
3 ; Bekas Tapi...
4 ; Ada Orang Yang Lebih Baik
5 ; Up Sikit Gaji
6 ; Ketua Pengawas
7 ; Awak dan Saya...Kawan
8 ; Tak Reply
9 ; Aku Simbah Kopi Panas Dekat Dia,Tapi..Tak Apa Kan?
10 ; Memang Perempuan Macam Tu Eh?
11 ; Bunga Yang Malangnya Tak Berbau
12 ; Banyak Cantik Muka
13 ; Bilik Air Tu Banyak Setanlah
14 ; Hari Ini Hari Jadi
15 ; Tekan Garpu,Bukan Tekan Pisau
16 ; Hormat Pekerja Aku
17 ; Kena Sumpah Jadi Itik Ke?
PNMMB; Raya Special Chapter
18 ; Pergi Cium Aku Buat Apa?!
19 ; Tipu Tetap Tipu
20 ; Pikat Awek Foodpanda Ke?
Raya Special Chapter ; Part 1
Raya Special Chapter ; Part 2
21 ; Hati Berdebar
PNMMB CELEBRATION!
22 ; Penguin Tak Ada Gigi
23 ; Belum Kahwin,Tapi Girlfriend
24 ; Minta 1 Percuma 1
25 ; Yoo Jung Si Anaconda
26 ; Topi,Gelang dan Jungkook
27 ; Misi Mengusik Taehyung
28 ; Mungkin Dah Suka
29 ; Tiga Tiga Tiga
30 ; Second Hand aka Telefon Taehyung
31 ; Benci Sebab Jungkook Betul
32 ; Perbincangan Antara Dua Wanita
33 ; Hari Jadi atau Makan Malam?
34 ; Mohon Hasrat Anda Disimpan
35 ; Si Penipu dan Lelaki Pandai Masak
OPEN QUESTION
36 ; Dating Jom?
37 ; Mazda,Permulaan
38 ; Wajah Awak Secantik Bulan
39 ; Aku Yang Sakit
40 ; Jadi Saya Pun Sama

Raya Special Chapter 2020

1.7K 225 53
By jimineastry

Saya Terlalu Bodoh Ke?
[ 13 Januari,6 Bulan Yang Lalu ]

"Ada nampak bos tak?" Soo Min yang kelihatan cemas itu dipandang sekilas,Seok Jin menggaru tengkuknya.Dia sendiri sudah pusing,mana pula lah majikan mereka ni pergi?

"Tak ada.Aku dah cari,"

Soo Min mengeluh,sekali lagi butang CALL ditekan dengan harapan Taehyung akan mengangkat panggilannya kali ini.

"Nombor yang ada dail—" terus sahaja panggilan itu diputuskan.Kalau tak jumpa Taehyung dalam masa terdekat,boleh naik gila dia.

"Cik Yang,mana Tuan Kim?Jamuan kita dah nak mula ni,"

"Tak jumpa lagi.Nanti saya cari bos sekejap,"

"Habis jamuan macam mana?"

"Awak mulakan sahaja dulu," walkie-talkie yang masih berada di genggamannya dipegang erat.Dia berpaling ke arah Seok Jin sekali lagi,"aku cari dia sekejap.Apa-apa nanti aku inform,"

Seok Jin mengangguk dan mereka kemudian berpisah.Ceritanya,lepas lelaki itu habis memberikan kata-kata ucapan di majlis ulang tahun syarikanya dia terus menghilang.Ke mana dia pergi pun tiada sesiapa yang tahu.

Ini yang buatkan Soo Min geram ni.Orang nak makan,bos dia pula boleh hilang macam tu sahaja.

Habis satu aras itu dicari,tidak juga dia jumpa Taehyung."Dekat office ke?" fikirnya sendiri.Lantaklah,serbu je.

Walaupun nampak macam tak masuk akal bila dia fikir Taehyung ada di pejabat,tapi dia tetap pergi.Butang nombor 3 ditekan,aras di mana bilik pejabat Kim Taehyung berada.

Pintu bilik majikannya diketuk,"bos?"

Soo Min tunggu buat beberapa saat dan berniat ingin mengetuk pintu itu sekali lagi tetapi sebelum dia sempat berbuat sebegitu,suara Taehyung mula kedengaran.

"Masuk"

Soo Min menghela nafas lega,sini rupanya dia.

Tombol pintu dipulas dan pintu ditolak perlahan,dia sekadar berdiri di situ dan meminta Taehyung untuk turun ke bawah dan sertai majlis jamuan staf staf serta tetamu di dewan tertutup mereka.

Taehyung tidak menjawab,malah dia termenung sahaja.Tiada cahaya satupun di bilik itu,yang ada cumalah cahaya dari skrin telefon Taehyung.

"Bos?Diaorang semua tunggu bos,"

"Awak pergilah.Saya tak rasa nak join,"

Soo Min berkerut dahi,sudah lah ini Majlis Ulang Tahun Crystal Blue yang pertama kali mereka sambut sepanjang 4 tahun beroperasi,takkanlah dia tak nak join?

"Tapi bos...ini pertama kali—"

"Jangan kacau saya Soo Min.Saya tak ada mood,"

Terdiam Soo Min,takut pula dia nak pelawa lelaki itu untuk turun sekali lagi.Terpaksalah mereka jalankan majlis ini tanpa kehadiran Taehyung.

Dah bos yang kata begitu,takkan nak paksa lagi kan?

"Maaf bos.Kalau bos nak apa-apa,call je saya" tawar Soo Min,manalah tahu Taehyung lapar ke apa ke?Boleh dia tatang dulang penuh dengan makanan masuk ke sini.

Taehyung membiarkan soalan Soo Min tidak berjawab,bila tak ada mood memang betul-betul tak ada mood dia ni.

Soo Min menutup pintu itu dan memberitahu Seok Jin bahawa Taehyung tidak akan sertai mereka.Mulanya Soo Min ingin mengabaikan Taehyung yang angin semacam itu,tetapi nampak macam kesian lah pula.

Manatahu masalah yang dia sedang hadapi otu berkaitan kerja?Jadi apa yang Soo Min buat?Dia buka pintu Taehyung sekali lagi,"bos okay tak?Kalau ada apa-apa masalah berkaitan kerja,voleh kongsikan dengan saya"

Soo Min menelan air liur,takut lah pula kalau tawaran dia ditolak mentah-mentah.Cuba dulu baru tahu kan?

Taehyung mengalihkan pandangannya dari skrin telefon ke mata Soo Min.Wajahnya yang ditenung lama oleh bos nya itu membuatkan dia terpaksa menunduk seketika.

Aku ada buat salah ke?

Dalam hati,dia berdoa supaya Taehyung berlembut dengannya.Janganlah marah-marah,dia cuma ingin mengambil 1/3 beban daripada Taehyung sahaja.

Sebab itulah tugas setiausaha.Itulah tugas Soo Min semenjak dia menerima kerjanya di Crystal Blue.

"Kalau tak berkaitan kerja,awak sudi ke?"

Tak berkaitan kerja?Masalah keluarga ke?

"Ehh...err kalau hal peribadi bos,saya tak pasti.Kalau bos selesa nak berkongsi dengan saya...boleh je" balas Soo Min dengan suara yang sedikit terketar-ketar.Aduhai,kenapa takut sungguh berbicara dengan Taehyung ni?

"Kalau macam tu masuklah,duduk depan saya" terpana Soo Min dibuatnya.Biar betul Kim Taehyung ni?

Apapun,Soo Min tetap masuk.Suis lampu ditekan dan serta merta bilik itu diterangi dengan cahaya.Macam ni barulah tak ada feeling filem thriller.

Pintu ditutup bagi memberi privasi untuk mereka berdua.

"Bos okay?" soal Soo Min bagi memulakan perbualan mereka.Taehyung menggosok belakang lehernya sebelum mengangguk perlahan.Nampak sangat anggukkannya itu teragak-agak,tetapi Soo Min biarkan sahaja.

"Awak pernah tak sayangkan seseorang sampaikan awak buta?" dapat sahaja soalan daripada Taehyung,Soo Min mula berfikir.Amboi dah macam jawab peperiksaan pula ya?

Dan kemudian nama Park Jimin muncul di mindanya.Sayang tu tak adalah sangat,tapi disebabkan dia sukakan lelaki itu membuatkan dia sendiri menjadi mangsa.

Dia tidak ingin mengingati hal lama,jadi dia menggeleng,"tak pernah bos.Saya sayang sangat dengan ayah dan ibu saya tapi tak adalah sampai buta" lawak Soo Min sedikit sebanyak membuatkan hujung mulut Taehyung terangkat.

"Kalau macam tu saya nak tanya awak,saya ni bodoh ke?"

Automatik matanya beralih ke arah dinding yang dipenuhi dengan sijil-sijil milik Kim Taehyung.Semuanya di dalam bingkai,dan semuanya tersusun elok.Daripada peringkat diploma sehinggalah ijazah sarjana(master).

Kim Taehyung,arkitek muda yang keluar daripada universiti lebih awal dari rakan-rakannya.Jangan salah faham,bukan sebab dia ada buat hal di universiti.Tetapi sebab dia dimasukkan di universiti lebih awal oleh ayahnya.

Syarikatnya juga dibangukan hasil titik peluhnya sendiri.Jadi kenapa dia anggap dirinya sebagai 'bodoh' sedangkan banyak yang dia sudah capai selama ini?

"Kenapa bos cakap macam tu?"

"Manalah tahu kan...saya nampak macam bodoh tanpa saya sedar"

Diam lagi.Soo Min membiarkan Taehyung untuk bertenang dan memulakan perbualan mereka tang seterusnya.

"Kalau saya tahu dia jumpa orang lain tetapi saya tetap percayakan dia sebab saya sayangkan dia,saya ni terlalu bodoh ke?"

Soo Min hanya diam.Dia tahu yang lelaki itu sedang bercakap tentang 'teman wanita rahsianya'.Sejak dua menjak ini,selalu sahaja Taehyung berbual dengan seorang wanita yang digelar teman wanitanya.Dia tak adalah nak menyibuk tapi dia pernah tanya,Taehyung sekadar memberi tahu bahawa hubungan mereka adalah rahsia.

Sejak ada teman wanita itulah Taehyung nampak ceria sedikit.Kalau tidak muka masam mengalahkan aiskrim solero.

Ceria ceria dia pun,bila berbual di telefon dengan wanita itu,bukan main lembut lagi tatabahasanya.

"Girlfriend bos ke?Adalah nampak macam orang tak siuman sikit.Sikit je lah tapi," nak mengutuk Taehyung tapi Soo Min tak berani.Mengata sikit sikit je boleh.

Taehyung ketawa sehingga tertutup matanya...ahh jadi dia nampak tak siuman lah pada Soo Min?

"Apa yang tak siumannya?"

"Yalah..bila call dia je bos kata 'ya awak cantik','memangpun awak pandai','saya sayang awak seorang je','awak comel,cantik,pandai',lepastu yang selebihnya tak perlulah diingat," sekali lagi Taehyung ketawa,kali ini dia berdekah sehingga terkeluar sedikit air matanya.

"Aihhh...malulah pula saya"

"Belum lagi yang saya cerita saya terpaksa dengar bos puji dia sorang-sorang masa kita dekat Thailand.Nasib bos tak mental,kalau tak dah lama saya suruh bos telefon dia untuk hilangkan rindu bos tu,"

"Maaf ya?Sampai macam tu saya buat awak merana?"

"Ya.Saya nak bercuti dengan aman tapi saya rasa makin single adalah," balas Soo Min.Tahulah dia tak berpunya,macam sengaja pula majikannya itu ingin menunjuk-nunjuk bahawa dia sudah berteman.

Kalau ada teman tapi rahsia pun tak guna juga.

Oops-

"Tapi bos sebenarnya kenapa?Bos cemburu ke dengan dia?"

"Cemburu?Tch.Tak adalah.Tapi saya selalu nampak dia dengan lelaki lain.Bukan lelaki yang sama pula tu.Bertukar-tukar,jadi saya anggap dia cuma main-mainkan saya..." nada Taehyung bertukar sayu.Tak guna kalau dia gantung sijil-sijil itu dengan perasaan bangga sedangkan dia sendiri tidak pandai menjaga hubungannya.

"Cuba tanya dia,"

"Perlu ke saya tanya kalau saya nampak dia lihat lelaki-lelaki lain sama seperti dia lihat saya?"

Soo Min terdiam...betul juga ya?Ah!Masalah orang,tak perlu difikirkan sangat.Cukuplah dia sekadar mendengar masalah Taehyung.

Tetapi jauh di sudut hatinya,walaupun dia tidak tahu siapa wanita itu dia tetap marah dengan perlakuannya.Sampai hati dia lukakan hati Kim Taehyung?Hati seorang lelaki yang selalu memuji dia di hadapan Soo Min?

"Tapi bos...kita baru balik dari Thai semalam.Pagi tadi bos call dia nampak macam okay je,"

"Memanglah okay,takkan saya tiba-tiba nak soal-siasat dia.Penatlah saya kalau nak bergaduh sedangkan baru balik dari luar negara,"

"Jadi bila bos tahu?Yang dia..."

"Adalah beberapa kali bila saya keluar,saya ternampak dia.Dia sendiri minta saya rahsiakan hubungan kami.Tapi dia sendiri tak pandai pegang permintaan dia elok-elok,"

Soo Min mengangguk,faham tentang hati majikannya yang terluka.Walaupun dia nampak seperti lelaki yang serius,namun Taehyung mempunyai hati yang lembut.

Dan wanita itu tidak perasan tentang hal ini?

Jujur kata,wanita itu sungguh rugi.

"Dan bos nak teruskan hubungan bos?"

Taehyung berfikir sejenak.Perlu kah dia terus berlakon dan melihat permainan Yoo Jung ataupun berterus terang dengan Yoo Jung?

Selepas berfikir lama,dia akhirnya mengambil pilihan pertama.Dia akan teruskan hubungannya sehingga dia dapat buktikan sama ada benar atau tidak tuduhannya terhadap Yoo Jung.

"Saya akan teruskan"

Soo Min mengangguk dan memberikan satu senyuman tipis,"apapun jangan buat keputusan terburu-buru bos,"

Pesanan Soo Min disimpan di dalam otaknya dengan kemas.Dia masih lagi belum pasti,jadi dia perlu siasat dengan lebih mendalam dahulu.

"Saya dah laparlah bos.Saya nak makan dekat dewan dulu,"

"Saya ikut"

Soo Min senyum mengusik,bukan tadi tak ada mood ke?

"Apa?Saya pun lapar" ucap Taehyung apabila dia menangkap Soo Min membuat muka seakan-akan ingin mengejeknya.

"Oh ya dan lagi satu,saya masih lagi tak ada mood"

"Ya bos saya tahu.Tapi kita makan dulu ya?Cukup cukuplah bos sakit jantung,jangan ditambah gastrik sudahlah bos"

"Ish awak ni.Dengarlah saya cakap,"

"Iya iya apa dia?"

"Saya tak ada mood jadi isnin,lusa nanti datang awal tau?Ambil kunci kereta ni.." sebuah kunci kereta yang mempunyai lambang Mazda di atasnya dihulurkan kepada Soo Min.

"Bos nak buat—"

"Mulai sekarang,ambil dan hantar saya pergi kerja dan juga balik ke rumah.Saya tak ada mood tau tunggu awak datang kerja.Kejap lambat 5 minit,kejap 10 minit" Soo Min memuncung.Bukannya selalu datang lambat,sekali sekala je.

"Habis saya nak kena hantar bos balik rumah lah ni?"

"Ya hantar saya,"

Soo Min ternganga melihat kunci kereta yang mungkin sama bayarannya dengan sebuah rumah 3 tingkat.

Okay itu hiperbola sahaja.



"Rajin kau buat Majlis Ulang Tahun walaupun baru balik dari Thailand?"

"Staf aku yang handle semuanya.Aku cuma beri ucapan je,"

"Ohhhh.Jadi kau dekat Korea lah ni?"

"Ya.Kau dekat mana ni?" soal Taehyung sambil mendaki tangga untuk sampai ke apartment nya.Apa lah nasib lif tak berfungsi.Jambangan ros merah di tangan kanannnya dipegang erat.Dia sedang berbual dengan Min Kyung,rakannya sejak zaman universiti lagi.

"Dekat rumah girlfriend aku.Relaks relaks sekejap,"

"Amboi ada girlfriend,"

"Hahaha.Kau tak ada ke?Muka kacak macam kau mesti beratur yang nak,"

Taehyung teragak-agak ingin menjawab pertanyaan rakannya itu.Dia ada cuma dia perlu rahsiakan hubungan mereka.

"Alah.Itu cerita lainlah.Aku pergi dulu,"

"Okay.Esok lepak jom?Rindu lah kau,"

"Rindu lah sangat.Okay bye,"

"Terus bye eh hahaha.Bye,"

Terus telefonnya disumbat masuk ke dalam poket seluar setelah dia tiba di apartment yang juga dia minta Yoo Jung jagakan sementara dia berada di Thailand.Walaupun dia ada rumah sendiri,dia beli apartment ini dan bercadang untuk hadiahkan pada Yoo Jung tak lama lagi.Sebabkan wanita itu pernah mengadu bahawa dia tidak selesa duduk sebumbung dengan abang tirinya Park Jimin.

Tapi itupun tengoklah kalau hubungan mereka masih bertahan.Kerana dia ingin penjelasan daripada Yoo Jung secepat mungkin.

Loceng ditekan,tidak sabar ingin berjumpa dengan Yoo Jung.Buka sahaja pintu itu,Taehyung tersenyum lebar namun apa yang dia lihat membuatkan dia kaku.

"Min-Min Kyung?"

"Taehyung?"

Dua saat berlalu dan tiada sesiapa yang berani mengeluarkan suara.Taehyung tahu dia tidak salah alamat,ini apartment dia dan dia pasti ini bukan rumah teman wanita Min Kyung.

Kecuali...

"Sayang siapa tu?"

Pintu yang pada mulanya dibuka sedikit akhirnya dikuak Taehyung.Luluh hatinya apabila melihat Yoo Jung di dalam yang hanya memakai baju tidur.Bunga ros tadi terjatuh dari pegangannya,rasa sakit hati sungguh apabila dikhianati sebegini.

"Taehyung?Kau kenapa?" bahunya di sentuh Min Kyung yang masih lagi keliru dengan situasi sebenar.

"JANGAN SENTUH AKU!" marah Taehyung.Wajah rakannya dan Yoo Jung dipandang sekilas sebelum dia berjalan menjauhi tempat itu.

Tak sangka,tak sangka soalannya sudah terjawab dengan terlalu pantas.Iya.Dia memang bodoh.Bodoh kerana memberi peluang kepada Yoo Jung.

"KIM TAEHYUNG!" jeritan Yoo Jung diabaikan.Keretanya yang diparkir di bawah bangunan apartment itu juga diabaikan sekali.Dia meredah hujan lebat tanpa mengambil kira pakaiannya yang sudah basah lencun.Dia tidak tahu ingin ke mana lagi jadi dia berjalan mengikut arah ke mana hatinya ingin pergi.

Jauh daripada Yoo Jung...itu yang pasti.

"KIM TAEHYUNG!DENGAR DULU SAYA NAK CAKAP APA"

"Diamlah!" bingit mendengar Yoo Jung yang masih lagi mengejarnya dari belakang,dia akhirnya menyuruh wanita itu untuk diam buat pertama kalinya.

Jijik dengan wanita sebegitu.Sampaikan rakannya juga turut terjebak.

Setelah dapat menangkap lengan Taehyung,Yoo Jung mengambil peluang untuk berdiri di hadapan lelaki itu.

"Maafkan saya Taehyung.Dengar dulu,"

"Apa lagi yang aku perlu dengar?Bagi tahu aku Yoo Jung!Aku tak pernah cakap kasar dengan kau jadi sebelum kau menangis baik kau pergi dari sini,"

"Tolong jangan tinggalkan saya Taehyung!Saya minta maaf dan janji saya takkan buat lagi!"

"Sudahlah!Aku dah penat dengar,berapa kali kau nak buat aku macam ni?Curang belakang aku?Dengan kawan aku sendiri?!Aku tak pernah rasa sebodoh ini Han Yoo Jung.Walaupun aku dah-"

Kata-kata Taehyung terhenti.Tak.Ini bukan masanya untuk dia bagitahu yang dia sudah lama tahu perangai Yoo Jung.

Relaks Taehyung,buat-buat tak tahu saja.

"Sila berambus dari hidup aku!" sambungnya dengan ganas.

"Tapi siapa yang salah sebenarnya?Awak yang tinggalkan saya.Semua alasan pasal kerja,kerja,kerja!Saya kesunyian dan sudah sebulan kita tak berjumpa.Awak ingat saya apa sampai awak langsung tak call saya?!Entah apa awak pun curang dengan saya"

Taehyung tersenyum sinis,dia pula yang dituduh curang.

"Ya!Aku curang dengan kau!"

Besar mata Yoo Jung mendengar pengakuan Taehyung.

"Dengan siapa?Berani awak!"

"Dengan setiausaha aku!"

"Apa dia?"

"Hoi,gila ke apa?!" dari jauh,seorang perempuan yang berdiri di tempat perhentian bas menjerit ke arah mereka.Taehyung cuba untuk mengenal pasti siapa perempuan itu,sudahlah hujan jadi susah nak kenal pasti identiti wanita tersebut.

"Soo Min?" bisiknya setelah wajah Soo Min kelihatan jelas di retina matanya.Sebagai mana dia terkejut dengan kemunculan Soo Min yang bersama payung doraemon nya,begitu juga Soo Min yang terkejut melihat wajahnya bersama Yoo Jung.

Belum sempat dia memanggil Soo Min,wanita itu sudah pun berlari masuk ke dalam sebuah bas yang baru tiba di situ.


Author Note
Longest chapter tho,hahahah Special Chapter ennnn 😋 kalau ada typo ke apa ke abaikan sebentar yaa hahaha nanti saya betulkan.

Siapa ingat Chapter 1 say ayeee

Continue Reading

You'll Also Like

645K 31.1K 26
π“π‘πž π”π§πžπ±π©πžπœπ­πžπ 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 ~ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝟐 Sara Zafar, once a vibrant, effervescent spirit, embarks on a new chapter of her life in New Y...
1.1M 57.9K 58
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
1.2M 113K 42
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
526K 28.8K 48
𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐨𝐟 𝐈𝐬𝐑πͺ 𝐀𝐒 𝐝𝐚𝐬𝐭𝐚𝐧 advika: "uski nafrat mere pyaar se jeet gayi bhai meri mohabbat uski nafrat ke samne kamzor padh gay...