Phone Number ; Miss Me Boss...

By jimineastry

138K 12.9K 2.2K

"Tolong jangan mengorat saya" - KTH Started : December 2018 #phonenumberversion2 Update setiap kali saya rasa... More

Phone Number ; Miss Me Boss?
OFFICIAL POSTER
A E S T H E T I C S
1 ; Hujan
2 ; Adab Mana?
3 ; Bekas Tapi...
4 ; Ada Orang Yang Lebih Baik
5 ; Up Sikit Gaji
6 ; Ketua Pengawas
7 ; Awak dan Saya...Kawan
8 ; Tak Reply
9 ; Aku Simbah Kopi Panas Dekat Dia,Tapi..Tak Apa Kan?
10 ; Memang Perempuan Macam Tu Eh?
11 ; Bunga Yang Malangnya Tak Berbau
12 ; Banyak Cantik Muka
13 ; Bilik Air Tu Banyak Setanlah
14 ; Hari Ini Hari Jadi
15 ; Tekan Garpu,Bukan Tekan Pisau
16 ; Hormat Pekerja Aku
17 ; Kena Sumpah Jadi Itik Ke?
PNMMB; Raya Special Chapter
18 ; Pergi Cium Aku Buat Apa?!
19 ; Tipu Tetap Tipu
20 ; Pikat Awek Foodpanda Ke?
Raya Special Chapter ; Part 1
Raya Special Chapter ; Part 2
21 ; Hati Berdebar
PNMMB CELEBRATION!
22 ; Penguin Tak Ada Gigi
23 ; Belum Kahwin,Tapi Girlfriend
24 ; Minta 1 Percuma 1
25 ; Yoo Jung Si Anaconda
26 ; Topi,Gelang dan Jungkook
27 ; Misi Mengusik Taehyung
28 ; Mungkin Dah Suka
29 ; Tiga Tiga Tiga
30 ; Second Hand aka Telefon Taehyung
31 ; Benci Sebab Jungkook Betul
32 ; Perbincangan Antara Dua Wanita
33 ; Hari Jadi atau Makan Malam?
34 ; Mohon Hasrat Anda Disimpan
35 ; Si Penipu dan Lelaki Pandai Masak
OPEN QUESTION
36 ; Dating Jom?
Raya Special Chapter 2020
38 ; Wajah Awak Secantik Bulan
39 ; Aku Yang Sakit
40 ; Jadi Saya Pun Sama

37 ; Mazda,Permulaan

1.6K 239 74
By jimineastry

Nafas ditarik sedalam mungkin kemudian dilepaskan perlahan-lahan,nombor telefon Yoo Jung dipilih dan butang call ditekan.

"Kenapa?"

Soo Min memejam matanya rapat sebelum dia meluahkan persoalan yang menganggu hidup dia,"Awak...Taehyung ajak saya keluar"

"Dah tu?Apa kena mengena dengan aku?"

"Eh?"

Yoo Jung di talian terdiam seketika,oh ya...dia lupa tentang rancangan dia buat sementara waktu.

"Errr...baguslah.Kau boleh gunakan peluang ni untuk ambil nombor telefon dia,"

"Tapi tak apa ke?Kalau saya keluar dengan dia?"

"Kau tak pernah keluar dengan dia ke sebelum ni?Nak tanya-tanya pulak,"

"Yelahh saya tanya je" Yoo Jung terus menutup telefon.Soo Min membuat muka,orang tanya pun tak boleh.Masalahnya Taehyung bukan ajak keluar biasa-biasa.Dating faham tak dating?

"Aku dah lah tak pernah dating.Buat malu je dating dengan bos,"

Kim Taehyung,seorang arkitek yang agak terkenal di Seoul ajak setiausaha dia dating?Soo Min nak ketawa tapi tak boleh,sebab dia tahu ini bukan satu lawak jenaka.

Dia baring menghadap siling,cuba meneka sebab-sebab disebalik Kim Taehyung mempunyai perasaan terhadap dia.

Dan kalau dia gunakan peluang ini untuk menolong Yoo Jung,apa agaknya yang berlaku selepas itu?

"Kalau dia fikir aku pura-pura suka dengan dia semata-mata nak tolong Yoo Jung,mesti dia marah kan?" fikirnya.Kim Taehyung mungkin nampak seperti lelaki yang tegas,tetapi hatinya mudah dilukai.

Nenek,ibu malah Yoo Jung sendiri pernah meninggalkan dia,sudah pastilah lelaki itu seperti putus harapan terhadap wanita.Dia sangkakan selepas semua itu,Taehyung akan beri masa pada dirinya sendiri dan hanya fokus untuk kerjayanya.

Tapi tak.

Dia kata dia suka aku.

Soo Min menjilat bibirnya,bila ulang banyak kali tentang Taehyung suka dia,macam malu lah pula.

"Tapi aku suka dia ke?"

Belum sempat untuk memikirkan segala kemungkinan,telefonnya berdering.Nama Bos Kim tertera di skrin telefonnya.

Tak ada alasan untuk mengelak,dia angkat sahajalah panggilan itu."Hello bos?"

"Hello,buat apa?" oh Kim Taehyung,klasik sungguh soalan tu.

"Tengah baring.Kenapa bos?Ada apa-apa ke?"

"Ada,"

"Apa dia?Kerja ke?"

Soo Min terdengar suara Taehyung sedang ketawa kecil,walaupun mungkin lelaki itu cuba untuk menahan tawa,dia tetap tahu apa yang Taehyung sedang lakukan.

"Haih bos ni,kalau tak ada apa-apa saya nak tidur,"

"Kejaplah.Saya baru nak cakap pick up line,tapi tak boleh sebab rasa kelakar nak sebut,"

Pick up line pula dah.Kim Taehyung ni jangan main-main.

"Bos ni,jangan main-main.Saya berhenti kerja dengan bos baru tahu"

"Oh tak apa,kalau berhenti kerja dengan saya lepastu jadi peneman hidup saya boleh tak?"

"Eeeiiiii cakap macam biasa tak boleh ke?"

"Biarlah.Saya nak cuba okay?Dah lama tak sweet talk,"

"Tak nak saya.Pergi sweet talk dengan Yoo Jung tu.Saya pasti dia suka,"

Taehyung tidak menjawab saat nama Yoo Jung disebut Soo Min,apahal pula nak libatkan Yoo Junn dalam hal ini?

Soo Min menggaru batang lehernya,dah tersalah cakap lah pula.

"Maaf bos,"

"Saya cuma nak tanya,"

"Apa dia?"

"Panggil saya Taehyung dulu," itu dia,masih tak habis dengan nama dia tu.Soo Min melupakan hal tadi,dia menggulingkan matanya ke atas.

"Apa dia Taehyung?"

"Hmmmm jadi ke dating?Jomlah,susah tau nak dating dengan Kim Taehyung,"

Apa Kim Taehyung ingat dia ahli BTS?Susah nak dating bagai tu?

"Awak ni betul-betul ke?"

"Betul lah.Dah berapa kali saya cakap saya suka awak,"

"Kenapa saya?" penat untuk memikirkan segala teori seorang diri,dia mula bertanya kepada Taehyung.Dengar jawapan daripada lelaki itu mungkin boleh buatkan dia tidur malam.

Taehyung menarik nafas dalam dan mengambil sedikit masa sebelum menjawab,"saya tak tahu"

Itu sahaja?Dia tak tahu?Dia sendiri pun tak tahu,makin peliklah Soo Min kalau macam ni.

"Bos-"

"Perlukan alasan ke untuk saya sukakan awak?Saya tak tahu.Saya minta maaf kalau awak tak ada perasaan pada saya Soo Min tapi kalau kita cuba?"

"Bukan saya tak suka awak.Tapi,saya pun tak tahu,"

Taehyung tersenyum kecil,mereka berdua tidak tahu.Oh,betapa kelakarnya perasaan ini.

"Kita cuba ya?" entah apa yang merasuki badannya,suara lembut Kim Taehyung pada malam itu membuatkan hatinya berdegup laju.

Saya boleh cuba,tapi bagaimana dengan Yoo Jung?

Tak Soo Min!Lupakan wanita itu buat sementara.Dia dan Taehyung sudah tiada apa-apa.Kau cuma ingin tolong dia untuk meminta maaf kepada Taehyung.Itu sahaja!

"Bos dah fikir masak-masak?Kalau kita cuba,hubungan kita dah bertukar.Saya tak boleh lihat bos sebagai majikan dan kawan saya lagi,"

"Kita cuba dulu.Apapun saya hormati keputusan awak.Saya pasti awak akan suka saya,"

"Okaylahhhh..." malas nak teruskan perbualan mereka lagi,Soo Min akhirnya mengalah.

"Jadi eh ni?Betul ni?"

"Iyaa.Jangan tanya lagi,nanti saya ubah fikiran baru tahu"

"Okay okay.Selamat malam,"

Baru nak tekan butang merah untuk tamatkan panggilan,Taehyung memanggil namanya balik.Soo Min mengerling ke arah jam.Dah nak tengah malam ni,apa lagi yang lelaki ni nak?

"Kenapa bos?"

"Esok petang ya?Kita jalan-jalan lepastu makan,"

"Okay,"

"Soo Min Soo Min jangan matikan phone dulu,"

"Bos saya nak tidur lah," rungut Soo Min.Boleh je kalau dia tamatkan panggilan itu sekarang juga,tapi dia tak terfikir.

"Sekejap je,"

"Apa dia?"

"Panggil saya Taehyung dulu,"

Dia ni nasib bos aku.Kalau tak dah lama rumah dia tu aku letak buaya.

"Tae..hyung.Dah," nama Taehyung tidak disebut dengan berapa jelas menyebabkan Taehyung tidak berpuas hati.Apa susah sangat nak sebut nama dia?

"Tak dengar,"

"Taehyung,"

"Lagi lagi,"

"YA TUHAN KIM TAEHYUNG AWAK NAK APA LAGI?!"

Taehyung ketawa besar,marah betul ya Soo Min di hujung talian itu.Taehyung pula,suka betul kacau orang malam-malam buta macam ni.

"Hah macam itulah.Sebut nama saya macam saya ni kawan pada awak.Bukannya bos bos bos memanjang,"

"Iyalah.Taehyung,dah.Tak ada apa-apa tambahan kan?"

"Kalau nak panggil abang Taehyung pun boleh.Yalah,awak kan lagi muda,"

"Tak kuasa saya.Selamat malam bo-Selamat malam Taehyung,"

Panggilan cepat-cepat dimatikan.Telefonnya dicampak jauh dan terus mukanya dihempas ke bantal.Dia memukul-mukul tilamnya kerana malu,tak sangka perbualan tadi betul-betul berlaku.

"BOS KENAPA BUAT SAYA MACAM NIIIII???"

"Buat macam biasa...buat macam biasa," rasanya macam dah lebih 100 kali dia ulang mantera itu semata-mata nak tenangkan dirinya.Menurut mesej yang baru sahaja dia terima,tak lama lagi Taehyung akan sampai.

Gaun hitam yang dihiasi corak bunga-bungaan itu dibetul-betulkan.Rambutnya juga disikat menggunakan jari-jemarinya.Nafas dihela,menggigil dia menunggu kedatangan Taehyung.

Bercakap pasal dia,muncul pula jejaka itu dengan Lamborghini silver miliknya.Jarang sekali dia bawa keluar kereta ini.Soo Min tidak dapat menahan sengihan lebarnya daripada terbentuk.

AH YES!Naik kereta mahal!

Dalam hati dia mula bersorak.Betapa indahnya kalau dia dapat merasa tempat duduk yang bersarungkan kulit berkualiti itu.

Kereta mewah itu berhenti di hadapan pagar rumah Soo Min.Tingkap diturunkan dan muncullah wajah Taehyung yang berseri itu.Dia memberikan senyuman manis kepada Soo Min sebelum menurunkan sedikit kaca mata hitamnya,"hai"

"Ha-hai," teragak-agak dia ingin membalas.

"Oh ya,kalau saya parking kereta saya dalam rumah awak boleh?"

"Huh?"

Eh?Kenapa pula dia nak parking kereta?Bukan-

"Bukan kita nak keluar ke?"

"Ah yelah.Tapi pakai Mazda," muka Soo Min berubah menjadi masam.Baru je nak berangan sekejap,dah terpaksa kembali kepada realiti.

"Kenapa tak naik kereta ni je?"

"Minyak dah nak habis.Cukup untuk saya bawa balik ke rumah je nanti,"

Nak ketawa Soo Min mendengar alasan Taehyung,"kalau kereta mahal-mahal tak ada minyak baik suruh saya ambil awak je tadi"

"Aik?Marah ke?Nak naik baby saya bukan senang tau," usik Taehyung lagi dengan sengihannya yang semakin lebar satu ekar.

Tanpa berkata apa-apa lagi,pintu pagarnya dibuka luas untuk memberi ruang kepada Taehyung membawa masuk keretanya ke dalam.Sementara itu,dia membawa keluar kunci kereta Mazda dari tas tangannya.

"Sorrylah.Lain kali saya bawa awak jalan-jalan naik kereta saya,"

"Tak harap pun," nafi Soo Min. 'Lain kali' Taehyung itu harap-harap lah boleh dipakai.

"Awaklah bawa kereta," kunci kini bertukar tangan.Bila kedua-duanya sudah bersedia dan pagar rumah pun sudah ditutup,perjalanan mereka diteruskan.

"Awak tahu tak kita nak pergi mana?" soal Taehyung.

"Manalah saya tahu.Bos-"

"Awak.Taehyung.Bukan bos,"

"Okay!Awak tak bagitahu,manalah saya tahu,"

"Awak ni macam murung je.Bendera merah datang balik ke?"

Bendera Merah?!Oh dah pandai dah dia cakap slang-slang dalam kamus wanita ni.

"Jangan mention pasal tu lagi ya?Saya ingat lagi tau awak buat apa dulu,"

"Gurau je.By the way,saya tak tahu nak ajak awak pergi mana sebenarnya.Nak ajak pergi taman tema,macam klise date pula.Pergi tengok movie,tipikal sangat.So kita piknik dekat Sungai Han je lah ya?Saya nak berbual dengan awak,"

"Piknik?Awak tak cakap,bolehlah saya bawa apa-apa ke.."

"Eh tak apa.Saya tahu nanti susah awak nak sediakan makanan,"

"Eleh,nak cakap saya tak pandai masak lah tu," Soo Min akhirnya menangkap maksud Taehyung.Tak payah nak berkias sangatlah.

Taehyung senyum sahaja.Banyak betul dia senyum hari ini.Selepas bangun tidur,masa gosok gigi,masa tengah pilih baju,gosok baju,pakai kasut,dalam perjalanan nak ke rumah Soo Min pun senyumannya tak hilang-hilang.

"Saya sengaja nak naik Mazda," tuturnya setelah beberapa minit mereka diselubungi sepi.Soo Min memandang Taehyung,memberikan tumpuan penuh kepada lelaki itu.

"Kenapa?"

"Dah lama tak bawa.Lagipun entahlah,saya rasa macam kereta ni ada sesuatu yang istimewa,"

"Istimewa?Apa dia?"

Taehyung tergelak bersendirian yang mana perilakunya itu membuatkan Soo Min tertanya-tanya,apa yang lelaki ini sedang fikirkan?

"Apa dia?" soal Soo Min sekali lagi.

"Tak ada apa lah.Saya cuma rasa,kereta ni macam sesuatu permulaan,"

"Permulaan?"

Taehyung mengangguk.Dia tidak memandang Soo Min malah cuba memberikan tumpuan pada lampu trafik yang masih lagi merah.

Biarlah dia seorang yang tahu apa yang dia fikirkan.

Permulaan saya mula buka hati pada awak.

Author Note

Permulaan : Mazda
Konflik : ?
Klimaks : ?

Setiap cerita ada plot tersendiri.Dan setiap kehidupan dan sesuatu hubungan juga ada plot tersendiri.

Some hint for all of you.Saya sedih bila fikirkan ending cerita ini sebab dah lama saya berjuang untuk terus hidupkan cerita ini.Semua yang support saya,terima kasih banyak-banyak ☺️

Chapter 40 will be the last chapter for this book 😢😭














































































TAK LAH TIPU JE HAHAHAHAHAHHAHAGAA
NANTIKAN SPECIAL CHAPTER YAAA????

SEMUA KARAKTER PNMMB UCAPKAN : SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jungkook : raya tu apa?
Hae Ryung : google lah.Sengal

Continue Reading

You'll Also Like

796K 23.5K 63
"Real lifeမှာ စကေးကြမ်းလွန်းတဲ့ စနိုက်ကြော်ဆိုတာမရှိဘူး ပျော်ဝင်သွားတဲ့ယောကျာ်းဆိုတာပဲရှိတယ်" "ခေါင်းလေးပဲညိတ်ပေး Bae မင်းငြီးငွေ့ရလောက်အောင်အထိ ငါချ...
351K 11.1K 35
The Sokolov brothers are everything most girls want. Intimidating, tall, broody, they are everything to lust after. Not that they... particularly car...
805K 68.1K 35
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...
645K 31.1K 26
𝐓𝐡𝐞 𝐔𝐧𝐞𝐱𝐩𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ~ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟐 Sara Zafar, once a vibrant, effervescent spirit, embarks on a new chapter of her life in New Y...