Phone Number ; Miss Me Boss...

By jimineastry

138K 12.9K 2.2K

"Tolong jangan mengorat saya" - KTH Started : December 2018 #phonenumberversion2 Update setiap kali saya rasa... More

Phone Number ; Miss Me Boss?
OFFICIAL POSTER
A E S T H E T I C S
1 ; Hujan
2 ; Adab Mana?
3 ; Bekas Tapi...
4 ; Ada Orang Yang Lebih Baik
5 ; Up Sikit Gaji
6 ; Ketua Pengawas
7 ; Awak dan Saya...Kawan
8 ; Tak Reply
9 ; Aku Simbah Kopi Panas Dekat Dia,Tapi..Tak Apa Kan?
10 ; Memang Perempuan Macam Tu Eh?
11 ; Bunga Yang Malangnya Tak Berbau
12 ; Banyak Cantik Muka
13 ; Bilik Air Tu Banyak Setanlah
14 ; Hari Ini Hari Jadi
15 ; Tekan Garpu,Bukan Tekan Pisau
16 ; Hormat Pekerja Aku
17 ; Kena Sumpah Jadi Itik Ke?
PNMMB; Raya Special Chapter
18 ; Pergi Cium Aku Buat Apa?!
19 ; Tipu Tetap Tipu
20 ; Pikat Awek Foodpanda Ke?
Raya Special Chapter ; Part 1
Raya Special Chapter ; Part 2
21 ; Hati Berdebar
PNMMB CELEBRATION!
22 ; Penguin Tak Ada Gigi
23 ; Belum Kahwin,Tapi Girlfriend
24 ; Minta 1 Percuma 1
25 ; Yoo Jung Si Anaconda
26 ; Topi,Gelang dan Jungkook
27 ; Misi Mengusik Taehyung
28 ; Mungkin Dah Suka
29 ; Tiga Tiga Tiga
30 ; Second Hand aka Telefon Taehyung
31 ; Benci Sebab Jungkook Betul
32 ; Perbincangan Antara Dua Wanita
33 ; Hari Jadi atau Makan Malam?
34 ; Mohon Hasrat Anda Disimpan
35 ; Si Penipu dan Lelaki Pandai Masak
OPEN QUESTION
37 ; Mazda,Permulaan
Raya Special Chapter 2020
38 ; Wajah Awak Secantik Bulan
39 ; Aku Yang Sakit
40 ; Jadi Saya Pun Sama

36 ; Dating Jom?

1.8K 231 184
By jimineastry

"Terima kasih bos.Kenyang saya hari ni sampai nak sendawa.Tapi disebabkan saya ada dekat depan bos,tak jadi saya nak sendawa hahahahah" gurau Soo Min sekaligus membuatkan satu senyuman muncul di bibir Taehyung.Walaupun perempuan itu tak puji pasal masakan dia,dapat tahu Soo Min kenyang pun dah okay.

Haih Taehyung...gemuklah bakal bini kau nanti.Asyik dibagi makan je.

"Jadi fikirlah saya sebagai kawan.Sendawa je lah," tutur Taehyung yang turut berjenaka.Serta-merta Soo Min ter-sendawa.Dia terus menekup mulutnya dan memandang Taehyung dengan mata yang membulat.

Ya Tuhan!Tak senonohnya kau Yang Soo Min!

Kalau mak dia nampak ni,memang habis kena sesah dengan penyapu.

Taehyung pula tak tahu nak beri reaksi yang macam mana.Dia nak ketawa tapi pada masa yang sama dia tak mahu Soo Min terasa.Jadi terpaksalah dia menahan mulutnya daripada bergerak.

"Ma-maaf Tuan.Saya tak sengaja," ucap Soo Min yang masih lagi menutup mulutnya.Rasa macam nak tanam diri sendiri je dekat situ.

"Eh..tak apalah..." balas Taehyung dengan kekok,masih lagi menahan dirinya daripada ketawa.

"Uhhh...esok nak saya ambil ke?"

"Iyalah macam biasa.Tanya soalan macam tak pernah kerja dengan saya," usik Taehyung walaupun dia tahu Soo Min cuba untuk mengalih topik.

"Bos ni,saya balik dulu lah.Terima kasih jemput saya,"

"Bos bos bos" ulang Taehyung sebanyak 3 kali.Tahulah Soo Min dia tak suka dirinya dipanggil 'bos'.Tapi dah memang dia bos kan?

"Okay okay.Tuan"

"Salah tu"

"Apa pulak?Nak saya panggil Yang Berhormat Kim Taehyung ke?"

"Uhhhh boleh jugak tu tapi buang Yang Berhormat Kim.Tinggalkan Taehyung je,"

Soo Min menggeleng kepala,dia membuka pintu pagar rumah keluarga Taehyung dan berhasrat untuk balik secepat mungkin.Tak boleh layan lelaki ni lama-lama.

"Tuan ingat ni macam matematik ke boleh potong-potong pastu tinggalkan jadi jawapan?" Taehyung ketawa kecil,matematik pun boleh.

Dia mengiringi Soo Min sehinggalah sampai ke kereta dia.Mazda merah itu diteliti seketika,lama juga dia tak bawa kereta ni.Naik tu memanglah naik,tapi bawa tu dah lama tak bawa.

"Oh ya bos!Seperti biasa,kita akhiri hari kita dengan..."

"nombor telefon saya?"

Soo Min mengangguk laju.Gembira betul bila Taehyung sudah dapat meneka permintaannya.Dia tak kisahlah lelaki itu annoying dengan dia ke apa ke,janji dia dapat nombor telefon.Dan dia akan terus mencuba,sehinggalah nombor telefon itu sendiri terkeluar daripada mulut Taehyung.

"Okay bagi phone awak,"

Hah tengok tu!Mesti dia dah mengalah.

Soo Min ketawa mengekek sambil mengeluarkan telefon pintarnya daripada beg tangan.Objek itu bertukar tangan dan buat seketika,Taehyung menguasai telefon itu.

"Masih lagi tak ada password ke?" tegur Taehyung.Bukan apa,buatnya Soo Min tu cuai dan hilang phone ,kan bahaya nanti.

"Nantilah password tu.Save dulu nombor,"

Soo Min perasan Taehyung tersengih-sengih ketika sedang 'mengisi nombor telefonnya' di dalam telefon Soo Min.

Apa yang dia suka sangat tu?

"Dah.Ada dekat notes.Saya masuk dulu ya?Bye!" sebaik sahaja telefon itu dikembalikan,Taehyung terus lari dari situ.Tak sempat Soo Min panggil dia,lelaki itu sudah pun hilang di sebalik pagar rumah.

"Pelik-pelik je lah.Kenapa tak isi terus?"

Kenapa tak isi terus?Sebab Taehyung masih lagi ingin bermain-main dengan dia.Bukan nombor telefon yang diletak,tetapi...

Notes
> Taehyung
721,Tak nak bagitahu 🤪

"KIM TAEHYUNGGGGGGG!!!!!!"


Botol minyak wangi berjenama Boss itu ditenung lama.Betul cakap Soo Min,dia memang dah ada minyak wangi ini.Sama jenis pula tu.Minyak wangi yang masih lagi berbaki separuh botol di atas mejanya ditolak jatuh ke lantai.Digantinya pula dengan hadiah daripada Soo Min.

Dia tersenyum kecil,rasa gembira bila mendapat hadiah daripada Soo Min.Tetapi senyumannya pudar bila teringatkan Yoo Jung yang mengacau pertemuannya dan Soo Min tadi.

Serta-merta dia keluar daripada bilik itu dan mencari kelibat adik tirinya.

"Han Yoo Jung!"

"Apa benda?!" soal Yoo Jung yang berkerut dahi,terdapat sebatang berus make up di tangannya.

"Kau nak buat apa?"

"Keluarlah.Macamlah kau kisah,"

"Tadi kenapa tak keluar?"

"Kan dah cakap kawan aku cancel perjumpaan kitaorang.Ni aku nak pergi shopping sendiri,"

Jimin ketawa kecil,dia dapati Yoo Jung cuba memberi alasan yang tak munasabah.Mana boleh Yoo Jung tu batalkan perjumpaan dengan kawannya.Dia tu ratu keluar berjalan.

"Kau sebenarnya nak buat apa Yoo Jung?" soal Jimin,dia maksudkan tindakan Yoo Jung petang tadi.

"Mana ada buat apa-apa.."

"Jadi kenapa kacau aku dengan Soo Min?Hari tu,kenapa kau jumpa dia?" Yoo Jung terdiam,macam mana pula Jimin tahu dia berjumpa dengan Soo Min?

"Aku yang sepatutnya tanya kau nak buat apa sebenarnya?Kenapa kau bawa Soo Min ke sini?"

"Kenapa?Jealous?"

"Eh memang tak lah aku nak jealous.Bersepah lagi lelaki kacak dekat luar tu.Sekarang aku tanya kenapa bawa balik Soo Min?Kau nak buat apa dengan dia?"

Jimin tidak menjawab.Sebaliknya dia berjalan menuju ke arah Yoo Jung dengan perlahan,satu persatu langkahnya diambil sambil matanya memandang tajam wajah Yoo Jung.

"Kenapa?Risau aku kenakan dia?Sejak bila kau jadi baik pula?"

"Aku bukan baik Jimin.Aku cuma pelik kenapa kau rapat dengan Soo Min?Engkau?Aku tak percaya kau-"

"Senang cerita kau ada dengar apa-apa yang tak patut ke Yoo Jung?"

"D-dengar apa?"

"Kau jangan fikir aku bodohlah.Mesti ada sebab kenapa kau rapat dengan Soo Min.Kau pun bukannya suka sangat dengan dia,"

Yoo Jung terdiam sekali lagi.Tak tahu pula apa yang dia nak katakan lepas ini.Mengaku dia tahu atau terus berpura-pura?

"kau macam nak halang aku" sambung Jimin.Dia cuma ingin pastikan apa yang ada di dalam otak Yoo Jung.

"Okay.Aku mengaku aku dengar perbualan kau dan Namjoon.Jadi kau ingat aku nak berdiam sahaja?Sejahat-jahat aku yang mainkan lelaki tanpa perasaan,aku tak jahat lagi untuk hancurkan kepunyaan orang lain,"

Jimi tersenyum sinis,itu dia...Sebabkan Crytal Blue.

"Jadi kau nak berlakon macam heroin lah ya?Kau dengar sini Yoo Jung,jangan pernah masuk campur urusan aku.Aku dah cukup baik tumpangkan kau dekat sini,jangan cabar aku,"

"Aku bukan cabar Jimin tapi kau sedar tak perbuatan kau ni?Kalau ayah tahu kau gunakan syarikat ni untuk hancurkan syarikat lain,kau rasa ayah maafkan ke?"

Tangan Yoo Jung diraih,perempuan itu pula mula gelabah.Apa pula lelaki ni nak buat?

"Dan sebab tu kau kena tutup mulut kau.Kau nak tahu kenapa aku buat semua ni?Aku tak pernah cerita dekat sesiapa tapi aku bagitahu kau awal-awal.Aku benci Kim Taehyung.Aku belajar penat-penat dalam bidang kejuruteraan ni dan balik rumah ayah kata aku tak layak untuk pimpin BuildSK.Sebab apa?Sebab Kim Taehyung setapak lebih maju daripada aku.Dia dah buka syarikat dia sendiri tanpa bantuan ayah dia.Ayah aku lebih bangga dengan Kim Taehyung daripada anak dia sendiri.

Dia kata aku cuma harapkan harta keluarga.Dia kata aku malas buat kerja.Dia kata aku hanya tahu kulikan orang.Dia bandingkan aku dengan lelaki yang entah datang dari mana sampai dia tak percayakan aku untuk ketuai syarikat dia.Sebab itu aku buat macam ni.Untuk aku buktikan yang aku mampu jadikan BuildSK sebagai syarikat yang paling gah di Korea.Sebelum dia balik,aku dah nekad untuk tunjukkan dekat dia versi Crystal Blue yang lingkup.Aku akan buat dia menyesal sebab puji Taehyung lebih daripada aku.Aku janji Yoo Jung,aku akan persembahkan Crystal Blue yang hancur dekat dia,"

Jimin tersenyum melihat wajah Yoo Jung yang semakin pucat.Bukan main lagi tadi nak tunjuk berani,sekarang kaku macam masuk peti ais pula.

"Lagi satu,aku ikhlas sukakan Soo Min cuma masalahnya Taehyung pun sama.Aku takkan biarkan Taehyung ambil dia.Nanti bila Crystal Blue hancur,Soo Min akan datang pada aku,"

"Kau gila Jimin.Dia takkan terima kau sebab dia masih ingat apa yang kita buat.Kau ingat dia nak terima kau ke?Kalau aku bagitahu semua pasal perangai kau Jimin aku pasti dia takkan tengok muka kau lagi,"

"Kau nak bagitahu apa?Aku dah berubah Yoo Jung.Aku kan baik,"

Pipi mulus Yoo Jung ditampar perlahan,"jangan kacau aku ya?"

Gila!

Ucap Yoo Jung di dalam hatinya.Sah!Park Jimin semakin menyeramkan.Jadi dia berdendam dengan Taehyung selama ini?Sebab itu dia hancurkan syarikat yang lain.Kalau nak difikirkan balik,bila Taehyung pertama kali jejakkan kaki ke tempat ini,Jimin tidak senyum sekali pun.Malah ditenungnya lelaki itu dengan tajam.

Sebab itu lah ya?Dia berdendam dengan Taehyung rupanya.

Walaupun ayahnya masih tidak percaya dengan Jimin,tapi masih juga tinggalkan mereka berdua di Korea.Mak dia pula!Tak habis-habis suruh berbaik dengan Jimin.

Duduk England memanglah tak faham apa yang. dia rasa.Kalau boleh,dah lama dia keluar dari sini.Park Jimin dan Han Yoo Jung tak serasi macam dulu.

"Berubah?Antara kita berdua,kita je yang tahu siapa yang berubah," Yoo Jung menggeleng kepala.Apa lagi yang Jimin katakan sampai Soo Min boleh berada dekat dengan lelaki itu.


"Nah.Daging ni bukan biasa-biasa tau.Dari Australia," tak tahulah betul ke tidak apa yang dikatakan pak cik saudaranya itu,dia anggukkan sahaja.

"Terima kasih pak cik Chan.Lama tak jumpa pak cik,"

Chanyeol menggaru pipinya,nampak sangat tak berminat dengan Soo Min yang buat-buat baik itu.Dulu bila dia jaga budak ni,macam-macam kerenah.Dia yang berumur 19 tahun pula kena marah dengan Soo Min yang 5 tahun itu.

Ish ish.

"Memang!Kau tu mana suka pak cik,"

"Eleh eleh pak cik nak merajuk pula.Dulu saya masih kanak-kanak ... emosi tak menentu,"

Chanyeol membuat muka,emosi tak menentu konon.

"Cakap dengan mak kamu pak cik sengaja tak nak bagi banyak-banyak sebab mak kamu membebel dekat pak cik depan girlfriend pak cik bulan lepas," katanya dan kemudian menjuihkan bibirnya pada kotak merah yang berada di tangan Soo Min.

Ibunya ingin datang ke sini esok,ada majlis kahwin katanya.Alang-alang minta Soo Min beli daging daripada Chanyeol sekali.

"Kenapa mak bebel?"

"Biasalah dia tak berkenan pak cik asyik keluar dengan perempuan tapi tak ajak-ajak kahwin,"

"Dah tu girlfriend pak cik tu macam mana?"

Chanyeol tersengih-sengih sambil menggaru lehernya,"dia okay je.Dia siap dah jadi kawan mak kamu lagi,"

Soo Min ketawa,macam-macam lah mak dengan pak cik dia ni.Haih,macam ni ke adik-beradik tiri?

"Apa rasa ada adik-beradik tiri ya?" tanya Soo Min yang inginkan pendapat daripada Park Chanyeol sendiri.

Adakah hubungan mereka sama seperti Han Yoo Jung dan Park Jimin?

"Awal-awal tu kekoklah.Sebab mak pak cik kahwin dengan ayah mak kamu bila umur pak cik 10 tahun.Mak kamu pula dalam 17 tahun macam tu.Ada je lah kitaorang gaduh macam-macam.Biasalah orang yang tak pernah kenal tiba-tiba tinggal sama-sama.Tapi sekarang kitaorang dah baik macam adik-beradik betul.Tapi pak cik paling geng degan ayah kamu lah.Dengan mak kamu tu tak berapa,membebel je dia tu,"

Aik?Tadi kata dah baik,sekarang kata tak berapa pula.

"Kenapa tanya?"

"Adalah kawan Soo Min ni.Dia ada abang tiri.Saja nak tanya,"

"Yelah.Tapi sekarang yang penting pak cik nak tahu yang dekat belakang kereta kamu tu siapa?Dari tadi duduk menjengah ke sini je,"

Soo Min turut menoleh,jelas sekali wajah Taehyung di balik tingkap kereta.Muka macam dah bosan je tu.

"Oh tu bos Soo Min,"

"Kau ni setiausaha ke bodyguard?Siap bawakkan kereta dia,"

"Mana adalah pak cik.Dah memang kerja Soo Min.Lagipun dia bagi pakai kereta tu,"

"Uuuish bagi pakai?Boleh bawak ke sana ke mari?"

Soo Min mengangguk.Kerjalah dengan Kim Taehyung,macam macam kelebihan boleh dapat."Best juga eh bos kamu ni.Cuba tanya dia nak ambil pak cik jadi pembekal daging segar peribadi dia tak?"

"Ish pak cik ni.Merepek je.Ni yang Soo Min tak suka ni,"

"Hurmm yelah yelah.Gurau sikit pun tak boleh,"

"Bye pak cik.Terima kasih tau daging ni," dia akhirnya berpisah dengan Chanyeol.Pintu kereta dibuka dan cepat-cepat dia masuk ke dalam.Takut dengan Taehyung yang sudah ditinggalkan lama itu.

"Bestnya berbual,"

"Sorry lah bos.Pak cik saya tu kalau berbual panjang sikit,"

"Hurmm tapi bos awak ni bosan kalau ditinggalkan sorang-sorang,"

"Saya pun bosan kalau bos asyik-asyik mainkan saya,"

"Mainkan?"

"Yalah.888 jalan terus ke hadapan lah,721 tak nak bagitahulah,812 cuba teka lah..."

Taehyung mengangkat bahu,sejujurnya dia suka bermain-main dengan nombor nombor itu.Dah jadi kebiasaan pula.Banyak lagi yang dia belum cuba dan dia harap Soo Min masih lagi terus bertanya.

"Kata nak mengorat.Kenalah berusaha sikit,"

"Saya je ke yang nak kena mengorat?Bos tu?" balas Soo Min sedikit menyindir.Dia tak maksudkan pun tapi sebab Taehyung asyik anggap Soo Min ingin mengorat dia,layankan je lah.

"Sebab nak mengoratlah saya nak ajak dating ni," cadang Taehyung sebelum wajahnya tiba-tiba muncul di sebelah Soo Min.

"Dating jom?"


Author Note

Honestly,cerita ni aku rasa cerita yang paling lambat progress dia hahahahah.Btw hope korang enjoy ❤️

Read this below yaaaa

Assalamualaikum,di sini author nak buat pengunguman bahawasanya bila syawal menjelang,Phone Number : Miss Me Boss? akan ada Raya Special Chapter.Kinda like bonus chapter lah.

So sementara bulan syawal tiba,author nak tanya korang,Special Chapter apa yang korang nak baca nanti?Saya akan listkan beberapa pilihan tajuk untuk Special Chapter.

Vote nak Special Chapter yang mana dan tajuk yang paling banyak vote lah yang nanti author post time raya.Okay?

Senarai Tajuk untuk Raya Special Chapter

1. Temuduga Setiausaha
> Dalam chapter ni,saya akan ceritakan tentang pertemuan pertama antara Taehyung dan Soo Min,di mana Crystal Blue sedang mencari setiausaha yang sesuai dengan kriteria yang Kim Taehyung sarankan.Best tak best?Korang fikirlah sendiri ya...ahagaga

2. First Date for First Girl
> Nak tahu macam mana hubungan Kim Taehyung dan Han Yoo Jung bermula?Vote lah chapter ni.Tapi berhati-hati,Jungkook sedang menyediakan asid untuk disimbah kepada Yoo Jung.Okay gurau gurau!

3. Aku Pilih Kek,Kau Duduk Diam!
> Pilih kek?Lah siapa pula yang nak pilih kek ni?
Sudah semestinya lah pasangan yang sudah berkahwin kita ini.Tetapi untuk special chapter,saya akan ceritakan tentang bagaimana Jeon Jungkook dan Kim Hae Ryung dijodohkan dan seterusnya merancang majlis perkahwinan mereka bersama SECARA TERPAKSA.

4. Saya Terlalu Bodoh ke?
> Di Majlis Ulang Tahun Crystal Blue,Soo Min tersedar yang majikannya sudah hilang dari pandangannya.Selepas sahaja habis berucap,lelaki itu terus menghilang.

Cari punya cari,rupanya lelaki itu duduk di pejabatnya seorang diri.

"Kalau saya tahu dia jumpa orang lain tetapi saya tetap percayakan dia sebab saya sayangkan dia,saya ni terlalu bodoh ke?"

Soo Min hanya diam.Dia tahu yang lelaki itu sedang bercakap tentang 'teman wanita rahsianya'.Walaupun dia tidak tahu siapa wanita itu,dia tetap marah dengan perlakuannya.

Sampai hati dia lukakan hati Kim Taehyung?Hati seorang lelaki yang selalu puji dia depan Soo Min?

^ copy paste tahun lepas punya hahahah malas nak tukar tukar

Continue Reading

You'll Also Like

347K 11K 35
The Sokolov brothers are everything most girls want. Intimidating, tall, broody, they are everything to lust after. Not that they... particularly car...
1M 48.6K 28
1950s. ***Story contains mature scenes and Hindi phrases in initial chapters which are not translated in english*** Abhigyan Singh, a Sarpanch of the...
789K 40K 35
1ST BOOK OF BRIDE SERIES✨✨ Don't do this, leave my parents, don't ruin my life, I will die. She was begging infront of him joining her both hands. Th...
1M 57.4K 58
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...