KISAH CINTAKU PADAMU..๐ŸŒน [COM...

By Aynabae19

31.6K 950 11

"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ๐Ÿ”น "COME... More

EPILOG๐ŸŒน
1 ๐ŸŒน ;
2 ๐ŸŒน ;
3 ๐ŸŒน ;
4 ๐ŸŒน ;
5 ๐ŸŒน ;
6 ๐ŸŒน ;
7 ๐ŸŒน ;
8 ๐ŸŒน ;
9 ๐ŸŒน ;
10 ๐ŸŒน ;
11 ๐ŸŒน ;
12 ๐ŸŒน ;
13 ๐ŸŒน ;
14 ๐ŸŒน ;
15 ๐ŸŒน ;
16 ๐ŸŒน ;
17 ๐ŸŒน ;
18 ๐ŸŒน ;
19 ๐ŸŒน ;
20 ๐ŸŒน ;
21 ๐ŸŒน ;
22 ๐ŸŒน ;
23 ๐ŸŒน ;
24 ๐ŸŒน ;
25 ๐ŸŒน ;
27 ๐ŸŒน ;
28 ๐ŸŒน ;
29 ๐ŸŒน ;
30 ๐ŸŒน ;
31 ๐ŸŒน ;
32 ๐ŸŒน :
33 ๐ŸŒน ;
34 ๐ŸŒน ;
35 ๐ŸŒน ;
36 ๐ŸŒน ;
37 ๐ŸŒน ;
38 ๐ŸŒน ;
39 ๐ŸŒน ;
40 ๐ŸŒน ;
41 ๐ŸŒน ;
42 ๐ŸŒน ;
43 ๐ŸŒน ;
44 ๐ŸŒน ;
45 ๐ŸŒน ;
46 ๐ŸŒน ;
47 ๐ŸŒน ;
48 ๐ŸŒน ;
49 ๐ŸŒน ;
50 ๐ŸŒน ;
51 ๐ŸŒน ; (FINAL)
AUTHOR
SPECIAL PART: (1) ๐ŸŒน
SPECIAL PART: (2) ๐ŸŒน
SPECIAL PART: (3) ๐ŸŒน
SPECIAL PART: (4) ๐ŸŒน
SPECIAL PART: (5) ๐ŸŒน
New Story๐Ÿ”น๏ธ

26 ๐ŸŒน ;

416 18 0
By Aynabae19

Datin Suraya dan Datin Rosel berjumpa di sebuah restoran. Mereka rancak berbual.

"Ha, Ros. Minggu depan hari Ahad, aku ada buat majlis kesyukuran untuk anak-anak kita tu. Kau datanglah"

Datin Rosel tersenyum. "Yakah? Mana boleh aku tak pergi kan? Kau mesti heret aku supaya pergi punya" kata Datin Rosel bergurau. Datin Suraya hanya ketawa.

Sedang mereka seronok bergelak sakan, tiba-tiba seorang gadis menegur Datin Suraya.

"Aunty Suraya? Assalamualaikum. Lamanya tak jumpa kan?" soal gadis itu sambil menyalami kedua-dua wanita yang berada dihadapannya.

"Eah? Tiara. Waalaikumusalam.  Lama betul tak jumpa. Kamu sihat? Itu siapa? Anak kamu?" banyak betul soalan Datin Suraya kepada Tiara. Datin Rosel hanya terkebil-kebil melihat situasi.

"Saya sihat je. Ha ah, ini anak saya. Iman namanya" ujar Tiara.

"Hmm.. Aunty buat apa dekat sini?"

"aunty tak buat apa pon. Cuma duduk-duduk bincang tentang perkahwinan Idham dengan bakal besan aunty"

Tiara tersentak. Terkejut selepas mendengar tentang perkahwinan Idham.

"Idham dah nak berkahwin?"

"Ya, dengan anak saya" balas Datin Rosel tiba-tiba. Tiara hanya melemparkan senyuman kelat sahaja.

"Saya ucapkan tahniahlah. Saya minta diri dululah ya? Ada kerja nak buat" Tiara menghulur tangannya mahu bersalam. Selepas selesai, dia cepat-cepat beredar.

"Huh, Tiara. Aunty lupa nak beritahu. Kalau kamu lapang hari Ahad malam minggu depan, aunty ada buat majlis kesyukuran sikit. Kamu datanglah ya?"

"Insyaallah aunty. Kalau tak ada apa-apa saya datang"

Perbualan itu tamat selepas Tiara meminta izin untuk beredar buat kali kedua.

Datin Suraya kembali ketempat duduknya.

"Eah, itu bukankah perempuan yang tinggalkan Asy dulu. Yang kau cerita pada aku"

"Yalah, dia lah tu."

"Cantik budaknya, dia dah berkahwin? Tak nampak pun suaminya"

Datin Suraya mengeluh panjang. "Ebtahlah. Aku sebenarnya marah dengan apa yang dia dah buat pada anak aku. Tapi bila difikirkan balik, aku cuma marah atas perbuatannya, bukan dianya. Setiap kali aku tengok dia, aku jadi marah pula. Teringat cerita lama."

Datin Rosel mengusap lembut belakang badan kawannya. Dia faham akan perasaan Datin Suraya. Dia juga pernah melalui semua itu juga dulu.

"Tak apalah. Perkara dah lepas. Mungkin dia ada sebab tersendiri yang kita tak tahu."

"Betullah tu. Tapi tak apa, macam kau kata, semuanya dah lepas. Sekarang ni, aku cuma nak fikir pasal Asy dan Saera je" kata Datin Suraya kembali teruja.

Datin Rosel juga turut teruja.

🌹🌹🌹

"Idham dah nak kahwin?"

Tiara kelihatan agak panas dengan berita yang Idham akan berkahwin.

Tak sangka pula, lelaki yang disangka naif, lembab dan hanya setia akannya seorang akan berkahwin.

"Tak. Aku kena tengok dengan mata aku sendiri yang dia akan berkahwin. Tak mungkin dia dah lupakan aku. Dia sayang akulah." ujar Tiara sambil tudungnya dibetulkan selepas berfikiran positif.

Anaknya, Iman didudukkan didalam kerusi bayi didalam kereta. Senyap juga akhirnya Iman, selepas menanggis tak berhenti semasa memberitahunya mahu pulang.

Kasihan budak itu. Terpaksa kehulur kehilir bersama maknya kerana tiada siapa yang mahu menjaganya.

Selepas bercerai dengan bekas suaminya, dia tinggal dengan ibunya dikampung. Tak lama selepas itu, ibunya pula meninggal akibata sakit tua.

Dia dah tiada sesiapa. Sikap curiganya itu masih tidak hilang. Nak ambil pengasuh, tapi curiga dengan pengasuhnya. Baginya lebih baik dia menjaga anaknya sendiri. Walaupun terpaksa dia kena membawa Iman pergi ke tempat kerjanya.

Selepas 3 tahun bercerai, Tiara sering memikirkan cinta lamanya yang dia hanya mendengar tentang cinta lamanya itu didalam majalah mingguan sahaja. Mana taknya, Idham terkenal.

🌹🌹🌹

Selepas selesai berkerja, Saera terus balik kerumah tampat menunggu Idham seperti biasa.

Dia hanya memberitahu Idham dia akan keluar awal untuk pulang, tetapi tidak beritahu kenapa.

"Saera.. Tolong bawakan sa..." tidak sempat menghabiskan ayat, Idham baru teringat akan pesanan Saera.

Dia memandang kemeja kerja Saera. Tiada orangnya. Mungkin dah balik.

"Kenapa dia tergesa-gesa? Dia ada hal penting kot" bisik Idham pada dirinya untuk kekal berfikiran positif.

🌹🌹🌹

Sebaik sahaja keluar dari tempat kerja, Saera terus mendapatkan teksi untuk kesuatu tempat.

Hala tujunya tidak seperti dia mahu pulang kerumahnya.

Selepas beberapa minit menaiki teksi, dia tiba disebuah cafe.

Pintu cafe itu dibuka perlahan. Kepalanya menjengah-jengah melihat orang didalam cafe tersebut.

"Ha, kenapa nak jumpa saya? Apa yang penting sangat tu?" soal Saera tiba-tiba tanpa memberi salam.

Seorang lelaki yang duduk dihadapannya hanya tersenyum sahaja.

"Rizal, plesae. Tell me. Apa yang penting sangat tu? Saya tak boleh lama dekat sini"

Rizal? Macam kenal. Ya, Mikael Rizal menelefon Saera dan mengatakan bahawa dia ada perkara penting untuk beritahu. Lagipun, Saera memang mahu berjumpa dengannya.

Saera mahu memberitahu tentang perkahwinannya supaya Rizal tidak menganggunya lagi.

"Hai, saya ada benda nak tanya awak sebenarnya ni"

Saera sekadar mengangguk membenarkan Rizal bertanya soalan.

"Kenapa awak pergi bercuti tak beritahu saya. Saya siapa pada awak?" soal Rizal dan mengejutkan Saera.

'eh dia ni. Kau siapa pada aku?'
Bisik Saera hairan.

"Err.. Kenapa saya kena beritahu awak kemana saya pergi? Isma ada beritahu saya awak tanya dia saya dekat mana hari itu kan?"

"Tak boleh ke saya tanya, saya ada hak untuk tanya awak."

"Hak? Hak apa? Kita tak ada apa-apa hubungan pun"

Kali ini air muka Rizal berubah seperti marah. Dia yerkesan dengan kata-kata Saera yang mengatakan dia bukanlah siapa-siapa.

"Awak dah lupa pada saya ke? Awak lupa siapa saya? Awak hilang ingatan ke?" soal Rizal bertalu-talu.

Pening nak menjawabnya.

Saera menarik dan menghembus nafas sebelum menjawab.

"Ok. Listen. Saya tak lupa apa-apa pun. Saya Wany Hasaera. Apa yang awak maksudkan saya lupa siapa awak? Saya rasa awak dah salah orang kalau awak ingat saya ni kekasih atau seseorang istimewa pada awak" terang Saera.

"Tak, saya tak silap. Saya kenal siapa awak. Saya rasa awak hilang ingatan ni. Jom, kita pergi hospital buat pemeriksaan." kata Rizal beria menarik lengan Saera untuk membawanya ke hospital.

🌹🌹🌹

Idham menilik jam ditangannya. Sudah hampir satu jam. Kenapa Saera tidak menelefonnya jika dah sampai kerumah?

Dia mula berasa risau. Talefonnya dicapai lalu mendail nombor talefon Saera.

"Kenapa tak angkat ni? Ya, allah. Apa yang dah jadi sebenarnya ni?" kata Idham risau. Dia beralih kepada nombor talefon Isma pula.

Dia terkejut selepas Isma memberitahunya Saera belum pulang lagi.

Kemanalah agaknya Saera pergi.

🌹🌹🌹

Saera mengeluh panjang. Dia melihat wajah Rizal buat masa yang lama.

"Nak ingat apa? Dah memang saya tak ingat langsung"

Ruzal hanya diam tidak berkata, dia yakin Saera adalah Alissa isterinya.

"Dahlah Rizal. Saya tak nak awak kacau saya lagi. Tak lama lagi saya akan berkahwin. Tak manis kalau bakal suami saya nampak"

Rizal tersentak. Dia merenung tajam kearah Saera.

"Kahwin? Tak boleh. Awak isteri saya. Mana boleh. Saya tak lepaskan awak pun. Dan saya tak ada niat nak lepaskan awak"

Saera semakin buntu. Tak faham bahasa betullah lelaki ni.

"Awak tak perlu ceraikan saya pun sebab kita ni, bukannya ada apa-apa hubungan yang mengatakn say isteri awak yang sah. Dah, saya tak nak jumpa awak lagi. Saya pergi dulu"

Saera bingkas bangun dari tempatnya dan meninggalkan Rizal seorang diri.

Pening kepalanya memikirkan perangai pelik Rizal itu. Sakit ke apa tak tahulah.

🌹🌹🌹

Idham menunggu dihadapan kondominium Saera. Dia menunggu Saera pulang. Lama jugalah. Dia risau kalau ada apa-apa berlaku pada Saera.

Tidak lama kemudian dia melihat Saera yang baru turun dari sebuah teksi.

Idham berlari anak untuk mendapatkan Saera.

"Ya,allah. Sayang, sayang pergi mana? Risau saya tau tak?" ujar Idham. Saera tidak membalas. Dsri tadi dia hanya menunduk.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?"

Saera masih tidak membalas. Tidak lama kemudian, badan tegap Idham dipeluknya.

Idham terkejut dengan tindakan Saera yang tiba-tiba.

"Kenapa ni? Apa yang dah jadi?"

"10 saat. Biarkan saya peluk awak selama 10 saat sahaja"

Idham tidak membantah. Belakang badan Saera di usapnya lembut. Tak nak dia menyoalkan perkara yang sama.

Setelah Saera menenangkan dirinya, dia kembali keposisi yang normal.

"Sayang dah makan? Jom, kita pergi makan" pelawa Idham. Saera hanya mengikutinya sahaja.

Di restoran. Saera kelihatan murung seperti memikirkan sesuatu.

Dia rasa serba salah pula kalau tidak beritahu Idham apa yang terjadi.

"Sayang, kenapa ni? Cuba cerita. Masam je muka, ada masalah?"

Saera memandang Idham.

"Awak.."

"Ya?"

"Tak ada apalah"

Idham hairan dengan perangai Saera pada hari itu.

🌹🌹🌹

Renung Seketika

Kadang kala, jadi Snow White yang menunggu puteranya lagi bagus daripada jadi putera katak yang terdesak mencari cinta untuk menyembuhkan diri sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

386K 14.9K 74
~ SAYA AKAN JAGA AWAK ROSEREENโ—~ [Syed Irfan & Nisrena Rosereen Love Story] -ORIGINALLY STORY FROM WATTPAD.COM- CEKCK OUT SAYANG CIKGU PRAKTIKAL 2 NO...
513K 17.6K 70
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
486K 11.8K 50
Terpaksa berkahwin atas kehendak keluarga Bella. Afiq membuat syarat dimana dia akan ceraikan Bella apabila masalah di antara mereka selesai Namun...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...