Mi Esposa (TERBIT)

By Hudanajwa__

6.9M 193K 25.4K

Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka pal... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32

Bab 10

130K 6.4K 1.2K
By Hudanajwa__

Sampai saja di hadapan villa mereka, Tengku Adrean terus saja menarik tangan Rania yang sudah ingin menangis itu ke bilik tidur. Tubuh isterinya ditarik untuk berbaring diatas katil.

"I want to sleep, please pet my head" Tangan Arisa Rania ditarik sebelum diletakkan keatas kepalanya. Wajah disembam pada leher wanita itu.

"Rania minta maaf " pohon gadis itu dengan nada sayu, tangan membelai perlahan rambut coklat muda suaminya. Tahu apabila Tengku Adrean meminta dibelai olehnya itu menandakan lelaki itu sedang marah dan ingin ditenangkan.

Tengku Adrean yang mendengarkan itu hanya mengeluh, dia tidak memarahi isterinya. Pelukan pada pinggang wanita itu semakin dieratkan.

"Shh don't cry esposa, abang tak marah sayang lah". Wangian dari leher Rania di hidu lama.

"Habis tu kenapa abang diam je dalam kereta?" soal Arisa Rania dengan bibir yang tersebik membuatkan Tengku Adrean mengangkat wajahnya dari leher Rania.

Tengku Adrean yang melihat itu hanya tersenyum kecil sebelum mencium sekilas bibir isterinya.

"Abang tak marah sayang la, abang geram dengan cipanzi tu je, suka hati dia je peluk isteri orang" kata Tengku Adrean dengan wajah yang di masam kan sebelum dia kembali menyembamkan wajahnya di leher jinjang itu. Kalau lah dia temankan isterinya tadi, pasti semua itu takkan berlaku.

"Lepasni kalau terserempak dengan dia terus call abang, faham?" gumam Tengku Adrean perlahan.

"Faham abang" kata Arisa Rania sebelum mencium kepala suaminya yang seperti kanak-kanak yang ingin dimanjakan.

Tangan Tengku Adrean yang tadinya berada dipinggang semakin menurun ke bawah..

"Abang jangan mengada eh" Arisa Rania memberikan amaran.

Tengku Adrean Ruiz tidak mengendahkan amaran itu. Bibirnya sengaja mencium beberapa kali di bahagian leher isterinya.

"Aa..abang stop it" tegah Arisa Rania dengan suara yang tersekat. Lelaki ini memang pantang kalau mereka tinggal berdua, mula lah perangai miangnya datang.

"Im obsessed with you"

Dia pun taktahu kenapa, pantang Arisa Rania berada dekat dengannya pasti dia mahukan wanita itu. Walhal sebelum ini dia lansung tidak bernafsu melihat kaum hawa.

"Abang sekejap!" wajah suaminya terus ditahan menggunakan tapak tangan. Kedengaran Tengku Adrean mendengus tidak puas hati.

"Why?"

"Telefon Rania tertinggal dekat bawah, nanti kalau Diana call macam mana?" terus saja dia menolak tubuh tegap itu sebelum berlari turun ketingkat bawah untuk mencari telefonnya.

"Asyik-asyik Diana" bebel Tengku Adrean sendrian sebelum menumbuk kuat bantal tidurnya, langkah dibawa mengikuti isterinya ke bawah.

Dari kejauhan Rania sudah mendengar telefonnya berdering, dengan langkah laju dia mengambil telefon yang ditinggalkan diatas meja kopi. Tergamam dia melihat nama yang terpapar di skrin Iphone yang dihadiahkan oleh suaminya itu.

"Papa" bisik Rania perlahan.

"Assalamualaikum papa" sapanya dengan nada yang bergetar menahan sebak, sungguh dia rindukan papa nya itu.

"Kau balik sekarang, ada benda aku nak bincang" arah Tuan Rizal dengan nada dingin.

"Baik papa, petang nanti Rania datang" jawab Rania perlahan, entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Selepas panggilan di putuskan oleh Tuan Rizal dia termenung sendiri.

Tengku Adrean yang baru saja keluar dari lift terus mendekati isterinya apabila melihat wanita kesayangannya itu termenung sendirian.

"Hey, what happened esposa?" Soal Tengku Adrean, tangan naik mengusap perlahan pipi mulus itu.

"Papa call" jawab Arisa Rania seraya memandang kearah lelaki itu, untuk melihat reaksi suaminya.

"Then?" soal Tengku Adrean lagi dengan muka tenang, tangan masih setia mengusap pipi itu.

"Papa suruh Rania balik, ada benda nak bincang, boleh tak abang?" terang Rania sekali gus meminta kebenaran suaminya.

"Okay, tapi driver hantarkan abang ada kerja petang nanti tak boleh temankan" kata Tengku Adrean sebelum mengusap perlahan kepala isterinya.

Arisa Rania mengangguk faham sebelum terus naik ke tingkat atas untuk bersiap, kepala ligat berfikir apa yang ingin dibincangkan oleh Tuan Rizal.

Tengku Adrean terus mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Haider selepas memastikan Arisa Rania sudah naik keatas untuk bersiap.

"Aku nak kau cari maklumat tentang keluarga isteri aku, dan selidik apa yang diorang rancang". Terus ditamatkan panggilan sebelum mendapat balasan dari Haider.

Haider yang baru saja ingin bersuara hanya mampu mengeluh, Tuan Mudanya selalu saja begitu.

"Soon Tuan Mohd Rizal, soon" katanya perlahan sambil tersenyum sinis.

"Papa nak kamu kahwin dengan Dato Kamal" arah Tuan Rizal dengan tegas.

"What?! no papa" bantah Arisa Rania dengan wajah tidak percaya. Papa nya itu sudah melampau selepas di halau, di pukul dan dihina, kini dia di paksa berkahwin dengan Dato Kamal, orang tua miang itu!

Manakala Puan Suria dan Suraya hanya tersenyum sinis di sofa yang diduduki oleh mereka.

"Ini adalah satu arahan Arisa Rania".

"Atas sebab apa Rania perlu kahwin dengan orang tua miang itu? "

"Syarikat kita dah semakin merosot Rania, kalau kamu berkahwin dengan Dato Kamal dia janji akan tolong kita" jelas Tuan Rizal dengan wajah serius.

"Papa nak jual Rania?" jelas riak kecewa di wajah wanita itu.

"Ini semua demi kebaikan kita, kau pun akan hidup senang kalau kau kahwin dengan Dato Kamal" Tegas Tuan Rizal lagi.

Arisa Rania sedar, tiada guna bercakap baik dengan papa nya itu, sudah tiba masanya dia mempertahankan dirinya setelah sekian lama mengalah. Suami nya hanya seorang iaitu Tengku Adrean Ruiz.

"I won't, suruh anak kesayangan papa untuk berkahwin dengan orang tua tu" Terus Arisa Rania berdiri untuk meninggalkan rumah itu.

Suraya hanya mengetap bibir, syarikat milik keluarga itu semakin merosot, salah satu cara untuk mendapatkan bantuan dari Dato Kamal adalah dengan menikahkan anak Tuan Rizal kepada lelaki tua itu.

Suraya memberi alasan bahawa dia sudah mempunyai Hariz Iskandar sebagai kekasih dan bakal tunangnya.

"Suraya dah nak bertunang Rania! Kau nak rosakkan kebahagiaan Suraya lagi ke?!" suara Tuan Rizal mula meninggi.

"Then suruh bakal tunang dia tu yang selamatkan syarikat papa" bidas Arisa Rnaia lagi, beg tangannya dicapai kasar.

Puan Suria dan Suraya memandang kearah beg tangan itu lama. Beg tangan berjenama Balenciaga jenis Hourglass XS Crystal itu boleh mencapai harga 25, 798 Ringgit Malaysia bagi setiap unit.

"Aku ni bapa kandung kau, kau jangan nak biadap Rania!" marah Tuan Rizal.

"Bapa kandung? Jangan pernah sebut perkataan tu, it's so disgusting, my father has been dead for a long time since my mother passed away" bidas Arisa Rania sambil menahan sebak di dada.

"Kau.." kata Tuan Rizal sambil meluru ke arah Arisa Rania. Puan Suria dan Suraya hanya tersenyum menanti apa yang akan dilakukan oleh Tuan Rizal.

Tuan Rizal mengangkat tinggi tangannya untuk menampar wajah Arisa Rania namun wanita itu hanya memejam kan mata menunggu tamparan darinya, langsung tiada niat untuk mengelak.

"What do you think you are doing Tuan Mohd Rizal"

Terhenti perbuatan Tuan Rizal apabila mendengar suara itu, kelihatan Tengku Adrean Ruiz yang melangkah masuk di iringi dua orang bawahannya. Puan Suria dan Suraya telah melopong melihat lelaki itu. Manakala Arisa Rania terkedu melihat suaminya.

"Tu..Tuan Muda" kata Tuan Rizal sambil menundukkan sedikit kepala nya. Puan Suria dan Suraya turut melakukan hal yang sama.

Tengku Adrean hanya menjeling kearah mereka sebelum berjalan menuju ke arah Arisa Rania. Pinggang ramping wanita itu dipeluk sebelum ciuman nipis diberikan di sisi kepala isterinya.

Semua yang melihat itu sekali lagi melopong manakala Haider dan Kevin hanya tersenyum kecil, hanya dengan Arisa Rania, Tuan Muda mereka itu akan berubah menjadi anak koala. Asyik nak peluk aje!

"Why does my wife have to marry another man?" soal Tengku Adrean dengan nada beku, matanya memandang tepat ke wajah Arisa Rania sedangkan soalan itu di tuju kepada tuan rumah.

"Yo..your wife? " soal Tuan Rizal tergagap membuatkan Tengku Adrean tersenyum sinis.

'His wife?! ' Bentak Suraya di dalam hati.

"Haider, dígales". (Haider, tell them)

"Si joven maestro". (Baik Tuan Muda)

"Puan Arisa Rania telah menjadi sebahagian dari The Ruiz selepas menjadi isteri kepada Tengku Adrean Ruiz" jelas Haider dengan wajah yang serius.

Tuan Rizal sudah terdiam mengarkan hal itu, jadi Adrean yang dimaksudkan oleh anaknya itu ialah Tengku Adrean Ruiz.

"Dia anak kandung suami saya, kami cuma minta pertolongan dari dia, Tuan Muda tak boleh buat macam ni, dan macam mana perkahwinan itu sah tanpa persetujuan dari bapa kandung dia?" bantah Puan Suria yang jelas tidak berpuas hati.

"Suria!" marah Tuan Rizal, isterinya ini gila agaknya, jejaka yang berada di hadapan mereka itu bukan sembarangan orang, lelaki itu sangat kejam pendek kata heartless and ruthless.

"Makcik tak belajar agama ke? Wali hakim boleh digunakan kalau wali sah tak dapat berikan alasan yang kukuh untuk membantah perkahwinan itu dan pasangan yang nak dikahwinkan itu sekufu, bukan sekutu macam makcik ni" Bidas Kevin dengan wajah selamba.

Perlahan-lahan Puan Suria memang kearah suaminya, jadi Arisa Rania sudah pernah meminta lelaki itu untuk menjadi walinya.

Tengku Adrean hanya tersenyum sinis sebelum melemparkan sekeping cek ke atas meja.

"20 million, untuk selamatkan syarikat kau yang dah nak bankrupt"

Arisa Rania yang terkejut itu menutup mulut menggunakan tapak tangannya. Wajah dingin Tengku Adrean dipandang tidak percaya.

'20 juta dia kasi orang macam tu je, biar betul suami aku ni'

"And you Suraya, if you try to harm my wife again, aku akan pastikan kau menyesal di lahirkan dekat dunia ni" amaran diberikan sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu dengan isteri dan orang bawahannya.

"Volvamos cariño" (Let's go home dear) ajak Tengku Adrean sambil memeluk pinggang isterinya itu. Manakala ketiga-tiga manusia itu hanya menghantar pemergian lelaki itu dengan pandangan takut. Masih terkejut dengan amaran dari lelaki dingin itu.

Continue Reading

You'll Also Like

4.7K 263 17
^-^ KARYA PERTAMA YANG PENUH DENGAN CACAT CELA start : 17 Jan 2024 end : ~ TYPO BERSEPAH IRFAN ISKANDAR || ARIYANA NATASYA Irfan iskandar.seoran...
1.4K 304 34
S1 pertama kumpulan Highlight dan s2 random l.i . Slot (14/60) Cover by @-hyukiz Ranking #1-Nuest #1-Minhyuk #2-Highlight #2-B2st #3-Sungjae #5-Beast...
1.3M 62.5K 28
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murung...
686K 27.1K 24
Kisah Raja Haidar x Suria Andreana -- Seperti biasa, cerita tak akan habis di wattpad. Bacaan di sini adalah untuk tujuan promosi sebelum novel ini d...