Dr. Bert and Eliza (s.e) on g...

By vongraceijien

12.1K 750 421

I'jien Gracevon@copyright protected ยฉ2020/2021 Genre : Romance, Drama Lang : Malay, English Edisi khas Doktor... More

Dr. Bert and Eliza
ep.1
ep.2
ep.3
ep.4
ep.5
ep.7
ep.8
ep.9
ep.10
ep.11
ep.12
ep.13
ep.14
ep.15
ep.16
ep.17
ep.18
ep.19
ep.20
ep.21

ep.6

431 35 20
By vongraceijien


          Budak lelaki itu terkaku setelah melihat wanita muda yang mungkin lebih tua sedikit dari ibu tirinya sedang duduk bersahaja di dalam kereta milik bapanya. Dalam fikiran Timmy, siapa perempuan ini? Mengapa dia bersama bapanya?

        "Hai, Timmy.." wanita itu menyapa.

        "Timmy.. dia kawan papa di hospital. Namanya Sofea Anna.." Doktor Bert memperkenalkan wanita itu kepada anaknya.

Tetapi Timmy tidak mengendahkan sesi berkenalan itu. Dia yang sudah semakin besar dan punya pemikiran, sungguh sakit hati dengan bapanya sendiri. Timmy bukan lagi kanak-kanak tadika!

        "Timmy tak mahu ikut papa. Timmy nak naik bas sekolah." Anak berusia 8 tahun itu menjawab lalu beredar dari kawasan tempat letak kereta Doktor Bert! Bas sekolah yang sudah dipenuhi murid mulai bergerak ketika ini.

        "Timmy!" Panggil bapanya.

Zap!

Tangannya terus ditangkap! Kelakuannya tadi menggelisahkan hati si bapa yang risau! Hampir anak itu menangis setelah ditarik kasar tadi.

       "Timmy, janganlah macam ni.. ok? Awak nak pergi mana? Papa bawa. Kita pergi makan dulu, ya?" Pujuk si doktor.

Bahu Timmy dicengkam kuat, anak itu hanya merenung mata bapanya. Tetapi dia tidak menyahut. Wanita bernama Sofea selaku rakan sekerja yang dikenalkan Doktor Bert tadi meluru keluar dari kereta itu. Timmy didekatinya begitu saja.

        "Hai sekali lagi, Timmy.. saya aunty Sofea. Janganlah takut.. aunty cuma nak berkawan dengan awak.." lembut suaranya memujuk Timmy.

Wajahnya dipandang sinis lalu Timmy bergerak semula ke kereta Doktor Bert. Lelaki dan wanita itu berpandangan seketika melihat kelakuan Timmy yang tampak sekali tidak sukakan Sofea.

          "Timmy nak duduk di depan!" Laung budak lelaki itu.

Sofea mengetap bibir manisnya. Doktor Bert tersentap! Dia pun datang kepada anaknya.

         "Aunty.." belum sempat dia berbicara, Timmy terus membuka pintu dan duduk di hadapan!

Bam!

Pintu ditutup kuat tanpa menghiraukan perasaan Doktor Bert ataupun Sofea.

          "Err.. maaflah. Mungkin dia penat.." bisik Doktor Bert kepada Sofea.

          "Eh, tak apa.. haha. Budak-budak memang banyak ragam.." balas Sofea. Hatinya sakit kerana  budak lelaki itu berkelakuan kurang sopan padanya.

~~~~~~

           Sempat Doktor Bert menghantar pesanan ringkas kepada Eliza sebelum dia memandu keretanya. Waktu ini Timmy bermuka masam sambil berpeluk tubuh. Sofea pula terpaksa duduk pada bangku belakang. Sesekali anak matanya memandang Timmy dari sisi. Dia menjeling!

📱 "Hai sayang, hari ni saya jemput Timmy pulang. Tapi mungkin kami sampai lewat sikit sebab saya nak bawa dia beli barang keperluan sekolah. Dan tak payah masak makanan tengah hari untuk dia, ok? Kami makan di luar.. Love you, bye."

Tit!

Doktor Bert mengirim terus pesanan itu kepada isterinya. Tentang Sofea tidak dia maklumkan langsung! Kereta segera dipandu meninggalkan kawasan sekolah selepas itu.

Eliza yang berada di rumah telah menerima pesanan tersebut. Dengan perasaan hairan, dia pun membalas semula.

📱 "Oh.. ok. Awak pulang awal hari ni? Atau lepas awak hantar Timmy, awak pergi kerja semula?"

Dia bertanya tetapi pertanyaannya tidak dibalas. Mesej itu juga tidak menandakan ianya telah dibaca.

          "Mungkin dia sibuk layan karenah Timmy.. hm.. tak apalah." Kata Eliza sendiri.

Selalunya dia akan menjamah hidangan tengah hari bersama anak tirinya selepas dia pulang dari sekolah, tetapi hari ini Eliza bersendirian di dalam dapur. Sebenarnya dia sudah pun menyiapkan makanan untuk Timmy, tapi oleh sebab budak itu diajak makan di luar, maka Eliza terpaksa menghabiskan juadah itu.

*******

          Terbungkam luas mata Timmy setelah tiba di sebuah tempat yang pernah dia, bapanya dan Eliza kunjungi sebelum ini. Tempat itu ialah restoran mewah tempoh hari!

Pak..

Satu tepukan mesra dilakukan Sofea pada bahu Timmy lalu budak lelaki itu mendongak kepala melihatnya. Bahunya pula segera mengelak dari disentuh.

        "Erm.. Timmy.. aunty belanja makan hari ni. Awak suka makan apa?" Tanya wanita itu kepadanya. Sikapnya ketara sekali ingin mengambil hati anak Doktor Bert.

Si bapa pula hanya tersenyum. Dia tidak mencelah sedikit pun. Tidakkah dia terfikirkan tentang Eliza yang sedang bersendirian di rumah sekarang?

          "Saya tak mahu makan." Timmy bersuara sedikit kasar.

          "Hm.. awak kan baru balik dari sekolah? Takkanlah tak rasa lapar langsung? Hari tu awak gembira sangat datang ke sini, kenapa hari ni masam je?" Bapanya menyoal padahal dia tahu Timmy tidak sukakan kawan perempuannya itu.

Timmy memandang bapanya dengan wajah masam mencuka lalu dia menyahut.

          "Sebab hari tu kita datang bersama mama Eliza. Timmy nak makan sekeluarga, bukannya dengan orang lain!"

Sekali lagi Doktor Bert tersentap! Dada Sofea panas membahang setelah mendengar ulasan Timmy yang sungguh menyakitkan hati itu!

        "Hei.. janganlah macam ni. Tak baik tau buat aunty begini. Dia bukan orang lain.. dia kawan papa.." Doktor Bert seraya berbisik pada telinga anaknya.

        "Tapi Timmy tak kenal dia.. boleh tak kita balik sekarang? Kasihan mama Eliza di rumah.. dia tak ada teman.." kata Timmy.

         "Boleh. Papa akan hantar awak balik kalau awak ikut cakap. Kita makan dulu, lepas tu papa bawa awak pulang. Ok?" Pujuk si bapa sambil mengusap rambut anaknya.

Sofea berpeluk tubuh. Bibirnya mencebik sinis semasa memandang budak kecil itu. Timmy tidak tahu apa lagi ingin dijawab. Bapanya langsung tidak mahu berbicara mengenai Eliza di hadapan Sofea.

Doktor Bert pun mengajak Sofea dan anaknya duduk pada sebuah meja selepas berjaya memujuk Timmy. Sepanjang waktu itu, Timmy hanya menundukkan kepala. Perbualan mesra antara bapa dan kawan perempuannya bagaikan angin yang lalu saja. Makanan hangat yang dihidangkan tidak dijamah. Sesekali Doktor Bert memaksanya untuk makan, tapi Timmy cuma bermain dengan sudu dan garfu.

~~~~~~

          "Apa kata kita pergi taman tema? Timmy tentu suka," Sofea mengajak setelah keluar dari restoran mewah itu.

          "Ya, tentu seronok. Jom pergi." Doktor Bert menyokong ajakan si perempuan.

Tapi Timmy bermuka masam lagi. Dia teringin pulang ke rumah sekarang!

          "Tak mahu.. Timmy nak balik.." permintaannya ini acap kali dilontarkan.

          "Hari kan masih awal lagi? Tentu bosan berada di rumah. Lagipun, aunty dan papa awak tak sibuk hari ni.." Sofea menyampuk.

         "Timmy kata tak nak! Tak nak! Tak nak! Timmy nak balik..!!" Budak lelaki itu terus memberontak di kawasan tempat letak kereta!

Doktor Bert benar-benar terkesima dengan kelakuan anaknya sekarang!

         "Jangan kurang ajar boleh tak!? Aunty Sofea cuma nak berkawan dengan awak, itu pun tak boleh ke!? Apa yang awak marah sangat ni!?" Doktor Bert sudah tidak dapat mengawal amarah dalam diri.

Dari sekolah lagi Timmy menunjukkan respon negatif terhadap Sofea dan sekarang dia menjerit pula di hadapan wanita itu. Timmy memalukannya! Tangan anaknya dicengkam kuat, lalu ia digoyang kasar!

Timmy menahan dan cuba menarik tangannya, tetapi genggaman bapanya kuat sekali! Tidak pernah dia berasa gerun sebegini dalam hidupnya dan ini adalah kali pertama Doktor Bert melantangkan suara kepadanya!

         "Pa.. papa.." dia mulai menangis.

Mata putihnya menjadi kemerah-merahan, pipinya juga begitu. Sofea pula mencebik bibir seperti puas hati Timmy dimarahi. Tapi tiba-tiba dia berlakon kononnya cuba menenangkan Doktor Bert.

          "Eh.. tak apalah kalau dia tak nak pergi ke taman tema. Janganlah marahkan dia.. kasihan. Hantarlah dia pulang.." manis saja suaranya berbicara.

          "Huh.."

Doktor Bert mengeluh. Tangan besarnya terus dilepaskan dari tangan anaknya. Raut wajah Timmy yang menunjukkan muka sedih hanya dipandang sekilas saja.

         "Ok, Timmy. Papa hantar awak balik. Masuk ke dalam kereta sekarang." Nadanya tegas.

Anak itu lantas membuka pintu kereta dan duduk di bahagian belakang penumpang. Tidak ingin dia duduk bersebelahan bapanya lagi akibat dikasari. Sofea senang hati sekali!

Suara tangis esaknya didengari sepanjang perjalanan pulang. Sesekali Doktor Bert mencuri pandang sosok tubuh anaknya dari dalam cermin, hatinya tercucuk! Rasa bersalah mula berlegar-legar dalam diri setelah amarahnya mulai reda. Ingin dia memujuk, tetapi niat itu dibatalkan. Nanti saja, fikirnya.

~~~~~~

          Kereta itu tidak dipandu masuk ke dalam perkarangan rumah, malah ia diparkir di tepi jalan saja agar Eliza tidak menyedari kedatangan mereka. Anak mata Sofea meninjau kediaman Doktor Bert dan keluarga kecilnya. Dia berdengus perlahan..

'Hm.. suatu hari nanti, saya akan gantikan tempat isteri awak, Bert. Sekarang memanglah awak anggap saya kawan, tapi saya dapat rasakan yang awak ada perasaan terhadap saya.'

Hatinya bermonolog sinis. Sofea ingin merampas kebahagiaan yang Eliza miliki!

         "Timmy tunggu kejap! Papa minta maaf pasal tadi." Panggil Doktor Bert apabila Timmy meluru keluar dari kereta dan berlari menuju ke rumahnya.

Si bapa mengejar dan masih memanggil, tetapi Timmy langsung tidak mahu memandangnya apatah lagi berhenti. Sofea hanya memerhatikan mereka di dalam kereta dengan pandangan tajam. Sebelum Timmy hampir mengetuk muka pintu, Doktor Bert terus memeluk badannya dari belakang!

Zap!

          "Timmy.. i'm sorry. Papa tak sengaja tadi.." rayunya.

Tangisan Timmy tiada lagi, namun hatinya masih sakit. Tangan si bapa cuba dibuka tapi dia tidak berdaya. Rayuan bapanya tidak diendahkan.

         "Lain kali kita keluar bersama mama Eliza.. ok? Aunty Sofea cuma kawan papa.. tolonglah faham." Ujar Doktor Bert.

Timmy diam membisu umpama boneka di dalam dakapan bapanya.

Krakk..

Pintu rumah dibuka, sosok tubuh Eliza terpampang di hadapan mereka berdua. Doktor Bert tersentak!

          "Saya ingatkan suara siapa tadi, awak rupanya? Hai Timmy.." gadis bergelar isteri itu lantas menyapa.

Timmy hampir menangis hiba di hadapan Eliza dan mahu memeluknya, tetapi dia tidak berbuat demikian. Dia malah segera masuk ke dalam rumah tanpa membalas sapaan mesara ibu tirinya. Eliza terpaku! Matanya terus menatap suaminya.

           "Apahal dengan Timmy? Dia nampak marah." Soalnya pada sang suami.

           "Entahlah.. saya cuma tegur sikit, tapi dia merajuk pula. Hm.." keluh Doktor Bert.

          "Hei.. tak apalah, nanti saya pujuk dia. Tapi kenapa awak tak balas mesej saya tadi? Awak tak nak masuk ke?" Sambung Eliza.

Doktor Bert seraya menjungkit kening. Soalan Eliza menggusarkan hatinya.

          "Eh? Sorry, saya tak check handphone tadi. Erm.. saya masih ada kerja di hospital. Saya ambil masa sikit untuk keluar makan dengan Timmy.. dan lepas ni saya nak bekerja semula. Awak dah makan?" Ulas Doktor Bert beserta soalan yang sengaja diutarakan.

Eliza mengerengkan kepala sambil tersenyum lalu merapati Doktor Bert.

           "Sudah.." jawabnya halus.

           "Baguslah. Sorry sebab tak ajak awak sekali tadi.." balas suaminya. Jam tangan ditenung sesaat lalu dia menyambung ayat.

          "Eh, saya kena pergi sekarang. Jumpa malam nanti ya? Awak masuklah dulu.. tolong pujuk Timmy untuk saya, boleh?" Sengaja Doktor Bert membuat permintaan itu. Padahal dia bimbang Eliza akan meninjau ke luar rumah.

          "Boleh.." sahut isterinya.

Dia mahu bertanya lagi, tapi pinggangnya lantas dirangkul kemas, satu kucupan pada bibir diberikan oleh Doktor Bert. Apa yang ingin disoal terbeku begitu saja.

         "Pasal semalam.. saya minta maaf. Saya harap perkara macam tu tak akan berulang lagi.." manisnya cara percakapan si suami.

Hati Eliza serta merta tertambat oleh alunan suara Doktor Bert yang mesra. Ucapan maaf itu serta merta diterima dan Eliza terus mengucupnya dengan penuh perasaan! Bergolak rasa cemburu di dalam diri Sofea sekarang! Matanya merenung tajam pada sepasang suami isteri itu dari dalam kereta yang bercermin gelap! Eliza langsung tidak menyedari siapa yang sedang berada di dalam kereta suaminya.

          "Sial! Tak apa.. saya akan lakukan ciuman yang lebih hebat dari isteri awak tu, Bert! Awak tentu akan sukakannya! Ini pula rupa paras isteri yang awak puji sangat? Cis! Kampungan!" Berdebar-debar jantung si perampas!

Dia sememangnya berketerampilan menarik di mata para lelaki. Bekas pelajar berkelulusan sarjana keluaran universiti dan bergelar doktor ini tidak dinafikan cantik! Sudah tentu Eliza akan kalah dengannya! Jika suatu masa dahulu Eliza teruskan belajar atas dorongan Doktor Bert sendiri, pasti pada hari ini dia tergolong dalam manusia berpendidikan tinggi dan mungkin menjadi orang yang berjaya seperti Sofea. Tetapi Eliza lebih memilih cinta dan berkeluarga..

Kucupan berahi itu dileraikan, Doktor Bert segera meninggalkan Eliza selepas mengucapkan kata selamat tinggal. Lambaian tangan isterinya dibalas.. kemudian Doktor Bert masuk semula ke dalam kereta duduk di samping Sofea..














*
*
*
Bersambung...


Continue Reading

You'll Also Like

798K 67.4K 35
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...
795K 23.5K 63
"Real lifeแ€™แ€พแ€ฌ แ€…แ€€แ€ฑแ€ธแ€€แ€ผแ€™แ€บแ€ธแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€แ€ฒแ€ท แ€…แ€”แ€ญแ€ฏแ€€แ€บแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€บแ€†แ€ญแ€ฏแ€แ€ฌแ€™แ€›แ€พแ€ญแ€˜แ€ฐแ€ธ แ€•แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€แ€„แ€บแ€žแ€ฝแ€ฌแ€ธแ€แ€ฒแ€ทแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€ปแ€ฌแ€บแ€ธแ€†แ€ญแ€ฏแ€แ€ฌแ€•แ€ฒแ€›แ€พแ€ญแ€แ€šแ€บ" "แ€แ€ฑแ€ซแ€„แ€บแ€ธแ€œแ€ฑแ€ธแ€•แ€ฒแ€Šแ€ญแ€แ€บแ€•แ€ฑแ€ธ Bae แ€™แ€„แ€บแ€ธแ€„แ€ผแ€ฎแ€ธแ€„แ€ฝแ€ฑแ€ทแ€›แ€œแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€กแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€กแ€‘แ€ญ แ€„แ€ซแ€แ€ป...
1.3M 32.8K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
1M 57.6K 58
๐’๐œ๐ž๐ง๐ญ ๐จ๐Ÿ ๐‹๐จ๐ฏ๐žใ€ข๐๐ฒ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ใ€ˆ๐›๐จ๐จ๐ค 1ใ€‰ ๐‘ถ๐’‘๐’‘๐’๐’”๐’Š๐’•๐’†๐’” ๐’‚๐’“๐’† ๐’‡๐’‚๐’•๐’†๐’… ๐’•๐’ ๐’‚๐’•๐’•๐’“๐’‚๐’„๐’• โœฐ|| ๐‘บ๐’•๐’†๐’๐’๐’‚ ๐‘ด๏ฟฝ...