Mi Esposa (TERBIT)

By Hudanajwa__

7.1M 196K 25.9K

Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka pal... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32

Bab 5

140K 7.1K 1.5K
By Hudanajwa__

Mrs Adrean Ruiz

"Aku terima nikahnya Arisa Rania bt. Mohd Rizal dengan mas kahwinnya RM10,000 ringgit tunai"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja Arisa Rania sudah bergelar isteri kepada Tengku Adrean Ruiz. Selesai bacaan doa Tengku Adrean bangun mendekati isterinya untuk upacara pembatalan air sembahyang.

Melihatkan air mata yang mengalir di wajah gadis itu membuat kan dia tersenyum senget. Ada saja idea nakalnya untuk menyakat gadis itu.

"Cengeng" kutuk lelaki itu selamba di hadapan isterinya.

Arisa Rania menjeling tajam kearah lelaki yang baru saja bergelar suaminya itu. Tangan naik mengelap air matanya menggunakan tisu. Tengku Adrean yang menyarung kan cincin ke jari manisnya dipandang lama.

"Kenapa sarung dekat jari tu?" soal Arisa Rania perlahan.

"Habis takkan nak sarung dekat leher kau pula? " bidas Tengku Adrean dengan dahi yang dikerutkan.

"Sarung lah dekat jari kaki" kata Rania selamba sebelum tersenyum sinis apabila melihat wajah Tengku Adrean yang sudah berubah selepas mendengar kata-katanya. Dia ingat dia saja boleh menyakat orang?

"Diam-diam ubi berisi kau ni eh?" mata kelabu itu memandang tajam kearah isteri yang baru di nikahinya.

"Salam suami kamu tu Rania" Suara lembut Datin Roselle membuatkan pasangan itu kembali ke dunia nyata. Mata memerhati keadaan sekeliling, terasa berbahang wajah Rania apabila semua mata tertumpu kearahnya.

Tangan Tengku Adrean dipegang sebelum dia menundukkan kepalanya untuk mencium tangan lelaki itu.

Tengku Adrean meletakkan tangannya keatas kepala Rania sebelum bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman nakal. Sengaja dia menekan sedikit kepala isterinya kebawah sebelum bibirnya didekatkan ke telinga Rania.

"Ha salam-salam, jangan nak derhaka dengan suami, kaki aku ni kau taknak cium sekali ke?"

Arisa Rania mengetap bibirnya kegeraman apabila mendengar sindiran Tengku Adrean. Dengan rasa geram yang membuak-buak, Rania terus menggigit tangan suaminya kuat sehingga menyebabkan Tengku Adrean mengaduh perlahan.

Datin Roselle hanya menggeleng perlahan melihat telatah anak menantunya. Tengah-tengah majlis boleh buat hal.

"Sudah-sudah, nanti sambung dalam bilik" tegur Tengku Ashraf Ruiz menyebabkan semua tetamu melepaskan ketawa masing-masing. Boleh tahan juga perangai tak semengah pengantin hari ini.

Terus Tengku Adrean menarik tangannya yang menekan kepala Arisa Rania tadi, gadis itu juga kembali mengangkat kepalanya dengan wajah tidak bersalah.

"Rean, cium dahi isteri kamu" seronok Datin Roselle mengarah.

"Kenapa? Nak cium kaki saya ke? " sinis Arisa Rania apabila mata kelabu Tengku Adrean tak lepas memandang wajahnya.

Lelaki itu tersenyum sinis sebelum dia melabuhkan ciuman di dahi dan di pipi Rania. Tersentak Rania dengan perbuatan suaminya, wajahnya mula bertukar merah kerana malu, ditambah lagi dengan sorakan dari orang ramai, sudahla ramai orang yang mengambil gambar.

'Orang suruh cium dahi je'

Selesai sahaja majlis akad nikah mereka, Rania terus membawa diri ke bilik tidur suaminya di tingkat tiga,  dia sudah di maklumkan bahawa dia akan berpindah ke bilik Tengku Adrean. Pakaian dan barangan miliknya juga sudah di pindahkan ke bilik tidur lelaki itu oleh maid-maid yang bertugas.

Majlis bersanding mereka akan di adakan malam esok bertempat di Royal Hotel. Terpana juga dia seketika apabila dimaklumkan bahwa hotel itu merupakan hotel milik keluarga The Ruiz. Agak-agak aset apa lagi yang dimiliki oleh keluarga itu.

Apabila sampai saja di depan bilik lelaki dingin itu, perlahan-lahan Arisa Rania mengetuk pintu bilik suaminya.

"Apa la yang bapak rimau ni tengah buat, tak pasal aku jadi mak jaga depan pintu ni" gumam Rania apabila pintu masih belum dibuka.

Hampir tiga minit mengetuk baru lah pintu itu dibuka dari dalam. Tergamam Rania melihat lelaki itu yang hanya memakai tuala dengan rambut yang masih basah, nampak nya lelaki itu baru sahaja selesai mandi.

Dengan wajah yang memerah Rania segera berpaling untuk beredar dari situ.

'Seksi oi suami aku'

Belum sempat membuka langkah, terasa pinggangnya dirangkul dan di tarik masuk ke dalam bilik. Pintu bilik tidur itu ditutup rapat sebelum dikunci dari dalam.

"Nak pergi mana?" soal Tengku Adrean dengan senyuman yang ditahan, bukan dia tidak nampak muka merah isterinya itu, sengaja ingin mengusik.

"Sa..Saya nak turun minum air, haah minum air, dahaga ni" balas Rania dengan senyuman kekok. Tengku Adrean hanya tersenyum sinis mendengarkan itu.

"Hm aku nak minum juga, dahaga"

"Hah? Awak pun nak minum?" cuak Rania apabila lelaki itu merapatkan jarak antara mereka.

'Aduh, masa-masa ini lah dia nak dahaga sekali' rungut Rania didalam hati.

"Aw..Awak nak minum air apa, biar saya turun buatkan" Arisa Rania mula menggunakan system tawar menawar.

'Ish dia ni tak boleh berdiri jauh sikit ke, aku bukannya pekak.'

"Hm, Aku rasa nak minum susu"

"Kejap saya turun bawah ambilkan"

"Aku taknak susu tu aku nak susu lain" kata Tengku Adrean sambil tersenyum nakal. Dia semakin mendekati Arisa Rania. Kini gadis itu tersepit di antara tubuhnya dengan dinding.

"Aw..awak nak susu apa?" soal gadis polos itu lagi. Dia sudah tidak dapat berfikir dengan waras, apa yang dia tahu dia nak lepaskan diri dari lelaki dingin itu.

"Erm kau rasa?" kata Tengku Adrean dengan senyuman nakal. Dalam hati sudah tergelak sakan melihat muka terkejut gadis itu.

'Blur betul bini aku ni'

Arisa Rania segera menyilangkan tangan nya di dada apabila faham apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.

"Pervert! Tepi lah saya nak mandi" marah gadis itu sebelum dia menolak dada Tengku Adrean berkali-kali namun suaminya itu masih tidak berganjak.

"Eh tadi kata nak turun minum air" perli Tengku Adrean. Senyum nakal masih terhias di bibir merah jambunya.

"Dah tak dahaga, ish tepila" masam sahaja wajah Rania selepas dipermainkan oleh suaminya. Tangan masih setia menolak dada bidang lelaki itu. 

Akhirnya Tengku Adrean sendiri yang menjarakkan diri nya dari Rania, bukan kerana sakit akibat tolakan itu tetapi dia takut tidak dapat mengawal perasaannya. Wangian dari tubuh Arisa Rania sedikit sebanyak menggugat imannya yang senipis tisu itu. Okey la kan? Tebal sikit dari kulit bawang.

Tanpa membuang masa, Rania segera berlari masuk kedalam bilik air, sempat dia menarik tuala di tempat penyangkut. Pintu bilik air itu dihempas kuat menunjukkan tanda protes.

Bam!

"Tutuplah kuat lagi! Biar tertanggal pintu tu, senang sikit aku nak intai kau mandi" jerit Tengku Adrean Ruiz dari luar.

Arisa Rania kembali membuka pintu bilik air itu dengan wajah kosong, matanya dikecilkan, dia memanggil Tengku Adrean hanya dengan mengguna kan jari telunjuk.

Lelaki itu mengangkat sebelah keningnya, namun kaki tetap melangkah mendekati isteri nya itu.

Sampai sahaja Tengku Adrean di hadapan pintu bilik air itu, terus Arisa Rania menghempas pintu bilik air itu sekali lagi tepat di hadapan muka lelaki itu.

Bam!

Terangkat kedua bahu lelaki itu akibat terkejut.

"Kau ni, siap kau nanti" gumam Tengku Adrean kegeraman.

Selepas 15 minit, Rania membuka pintu bilik air dengan perlahan-lahan, kepala dikeluarkan sedikit untuk menjenguk disebalik pintu tandas.

Keadaan di kiri dan kanan diperhatikan untuk memastikan sama ada lelaki itu masih berada didalam bilik atau tidak. Dia takut untuk keluar dengan keadaan berkemban seperti itu.

'Macam mana aku boleh terlupa nak ambil baju sekali tadi' bisik nya sambil mengetuk kepala berkali kali.

Apabila sudah memastikan bahawa lelaki itu tiada didalam bilik terus saja Rania berlari menuju ke wardrobe, mungkin suaminya sudah turun untuk melayan tetamu yang masih ada. Pakaiannya dicapai laju, risau jika lelaki itu naik semula ke bilik nanti.

Sedang dia terburu-buru mengambil baju di dalam wardrobe, terasa seperti dirinya di perhatikan. Pusing saja kebelakang kelihatan Tengku Adrean sedang bardiri tidak jauh dari tempat dia berdiri sambil merenungnya tajam. Mata kelabu itu seperti ingin menelannya hidup-hidup.

Halkum lelaki itu bergerak gerak menahan gelora di hati. Niatnya ingin sambung mengusik gadis itu, tak sangka dapat free show.

Tengku Adrean Ruiz mendekati isterinya yang masih tergamam.

"Stop, ja..jangan dekat " amaran dari Rania yang semakin gelisah itu diabaikan sebaliknya dia masihmelangkah mendekati isterinya. Arisa Rania menaikkan tangannya sebelum disilangkan ke dada.

Tengku Adrean semakin mendekat, rambut panjang isterinya dibelai lembut sebelum ciuman di berikan didahi dan di bahu gadis itu.

Terkedu Arisa Rania dengan perlakuan suaminya. Tanpa berkata apa Tengku Adrean terus berpusing untuk keluar dari wardrobe itu.  Perlahan lahan Arisa Rania menyentuh dahinya, masih terasa kehangatan ciuman dari sang suami. Perlahan-lahan wajahnya bertukar merah.

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 50.7K 10
his code name: Alpha (COMPLETE) "Dalam hidup aku hanya ada dua tugas yang patut aku jalankan. Yang pertama, tugas aku kepada Allah dan negara. Yang k...
1.5M 63.7K 23
Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose
373K 23.2K 64
๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
3.2K 444 35
My first storyy hehe Maaf la kalau ade tersalah ke apa yee Kite tak pandai buat sinopsis huhu