Mi Esposa (TERBIT)

By Hudanajwa__

6.9M 193K 25.4K

Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka pal... More

Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32

Bab 1

316K 8.5K 1.2K
By Hudanajwa__

Lamborghini Vaneno milik pemilik syarikat besar Royal Airline itu bergerak laju membelah jalan malam yang sunyi. Haruslah sunyi jam sudah menunjukkan angka 1:00 am dan Tengku Adrean Ruiz baru saja dalam perjalanan pulang kerumah nya akibat daripada kesibukan menyiapkan kerja yang bertimbun diatas meja pejabat.

Mata kelabu itu tajam memerhati jalan raya dihadapannya, sesekali dia melihat kearah cermin sisi memastikan tiada musuh yang mengekorinya dari belakang.

"Damn, now I'm hungry" gumam Tengku Adrean perlahan apabila perutnya berbunyi. Banyak projek yang masuk menyebabkan masa makannya tidak teratur.

Manakala di sudut yang lain, seorang gadis meraung kesakitan dan merayu minta dilepaskan. Arisa Rania, gadis itu dipukul oleh bapanya angkara fitnah yang di lemparkan oleh ibu tirinya Puan Suria dan adik tirinya Suraya.

"Sakit Papa" tangan Arisa Rania naik memegang tangan Tuan Rizal yang mencengkam kuat rambutnya.

Tanpa belas kasihan, rambut gadis itu dicengkam lebih kuat sebelum dia ditampar sekali lagi oleh papanya dengan disaksikan oleh kedua syaitan bertopengkan manusia itu. Puan Suria dan Suraya tersenyum sinis apabila mendengar raungan Arisa Rania.

"S.. Sa.. Sakit papa". Arisa Rania merayu lemah dengan air mata yang mengalir lesu di pipinya.

"Anak tak guna! Dasar pembunuh! Kau bunuh mama kau dan sekarang. Kau sanggup buat maksiat dengan Hariz, teman lelaki adik kau sendiri!" Bergema suara Tuan Rizal didalam rumah agam mereka.

Hariz Iskandar, lelaki itu merupakan teman lelaki Rania sebelum dia ditinggalkan angkara fitnah Suraya yang mengatakan dirinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Kedua anak dan ibu itu sering menjatuhkannya dengan cara memfitnah.

"Ta.. Tak Rania tak buat pa.. Pe.. Percayalah.. Hariz yang peluk Rania secara tiba-tiba". rambutnya terasa bagaikan hendak tercabut akibat dari cengkaman Tuan Rizal.

"Rania tipu, Suraya nampak sendiri dia cuba untuk goda Hariz tadi". Suraya menambahkan lagi minyak di dalam api yang sedang marak. Dia berpura pura menangis didalam pelukan mamanya.

"Kami dah nak bertunang, kenapa Rania sanggup buat Suraya macam ni? " Soal Suraya dengan nada sayu.

Tuan Rizal yang mendengarkan itu menjadi semakin berang, dia mengheret anak kandungnya dengan kasar sehingga ke muka pintu sebelum gadis itu di lempar keluar rumah.

"Aku taknak tengok lagi muka kau dekat rumah ni. Berambus! Sepatutnya dari dulu lagi aku halau kau. Aku tak ada anak memalukan macam kau" Kata Tuan Rizal dengan penuh amarah.

"Sudahlah abang, nanti Rania nak tinggal mana? Semua orang buat silap, kita maafkan Rania kali ini ya?" Pujuk Puan Suria. Namun didalam hatinya terasa puas setelah berjaya menyingkirkan anak tirinya itu.

"Awak jangan jadi baik sangat Suria. Biarkan dia hidup merempat, Abang takda anak memalukan macam dia. Jangan balik selagi kau tak ada kesedaran dalam diri itu untuk berubah!"

Bang!

Pintu utama rumah itu dihempas kuat meninggalkan Rania sendirian di luar.

Arisa Rania hanya memandang sayu kearah pintu rumah yang sudah tertutup rapat itu, itu kah papa yang dulu sangat menyayangi nya? Kematian mamanya semasa dia berumur tujuh tahun telah menyebabkan Tuan Rizal menganggap dia seorang pembunuh kerana mamanya telah terkorban ketika menyelamatkan Rania yang hampir dilanggar lori. Keadaan bertambah parah apabila Tuan Rizal berkahwin dengan Puan Suria janda yang mempunyai seorang anak iaitu Suraya.

Setiap hari hidup nya bagaikan berada didalam neraka, dia di dera, di sepak, dan di tampar sesuka hati.

Dengan langkah yang longlai, Rania berjalan keluar dari kawasan rumah itu. Setelah hampir sejam berjalan tanpa hala tuju, dia berhenti di sebuah tempat perhentian bas yang berdekatan dengan sebuah mini mart untuk berehat seketika. Kaki yang lenguh diurut perlahan.

"Jauh lagi rumah si Diana ni" Arisa Rania mengeluh perlahan. Terima kasih kepada Suraya, sekarang dia hanya mempunyai seorang sahaja sahabat susah senangnya. Erla Diana. Nak call sahabatnya itu, telefon pula tiada, dia dihalau sehelai sepinggang.

"Hai, seorang je ke?" Arisa Rania tersentak apabila di tegur oleh seseorang. Dia berpaling kearah suara itu, kelihatan tiga orang lelaki yang berjalan terhuyung-hayang semakin mendekatinya. Dia yakin mereka bertiga sedang mabuk memandangkan bau arak yang agak kuat menusuk kedalam hidungnya apabila mereka semakin mendekat.

Dengan rasa takut, Rania segera bangun untuk melarikan diri. Namun salah seorang lelaki yang agak tinggi tu lebih pantas menarik tangan gadis itu lalu memeluk Rania.

"Hmm, wanginya" kata lelaki itu apabila haruman dari rambut Rania yang sedang meronta di dalam pelukannya itu di hidu.

"Tolong! Tolong!" Arisa Rania mula menjerit meminta pertolongan. Rasa takutnya semakin mencengkam dada.

'Apa lah nasib aku malam ini, ya Allah tolong lah hadirkan sesiapa untuk tolong aku sekarang'. doa Rania didalam hati.

"Le..lepas lah!" jerit Rania seraya menghentakkan kepalanya kuat ke dagu lelaki itu.

"Argh! Tak guna perempuan ni!" jeritan lelaki itu mengundang ketawa dari rakan-rakannya.

"Sakit kena dengan perempuan? Hahaha!" seronok mereka menyakat lelaki itu.

Apabila terasa pelukannya semakin longgar, Arisa Rania segera menyiku perut lelaki itu sehingga lelaki itu melepaskan pelukannya. Terus langkahnya dibuka untuk melarikan diri.

Prak!

"Kau nak kemana hah?!" sempat rakannya yang seorang lagi menarik rambut Artisa Raia apabila sedar bahawa gadis itu ingin melarikan diri.

"Kau!" lelaki yang disiku olehnya tadi mula meninggikan suara. Tubuh Rania yang berada didekati dengan wajah marah.

Pang!

Tamparan diberikan kepada pipi kiri gadis itu menyebabkan dia terteleng ke kanan, serta-merta tubuh Rania tersungkur ke tanah, kepalanya berasa pening akibat tamparan kuat itu, tenaga nya sudah habis setelah belasah oleh Tuan Rizal tadi.

"Cu..cukup" mata nya dipejam beberapa kali bagi menghilangkan rasa pening.

"Cukup? Ambil ni!"

Pang!

Sekali lagi dia menampar gadis itu.

"Dah lah, nanti mati perempuan ni macam mana? " Salah seorang rakannya mula bersuara apabila melihat Rania semakin lemah.

Leher baju Arisa Rania dicekak kuat sehingga wanita itu terangkat sedikit. Wajahnya di dekatkan dengan wajah cantik itu.

"Aku tak nak berkasar, tapi kau yang minta untuk aku berkasar dengan kau" bisik lelaki itu perlahan sebelum dia berpaling kearah dua lagi rakannya.

"Kenduri?" soal lelaki itu dengan senyuman sinis.

"Kenduri!" serentak mereka menjawab membuatkan Arisa Rania menelan liur. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh mereka dengan perkataan kenduri itu.

Nafas panjangnya ditarik bagi mengumpulkan sisa tenaganya yang terakhir.

"Tolong!.."

Pang!

Tengku Adrean Ruiz melangkah keluar dari sebuah mini mart menuju ke keretanya setelah membeli beberapa bungkus roti.

"Huh, tak menyempat betul perut ni, sabar lah aku nak makan lah sekarang ni" bebel Tengku Adrean sendirian apabila perutnya berbunyi buat ke sekian kalinya. Plastik roti yang dibelinya tadi dibuka perlahan.

"Tolong!"

'Hah siapa pula kena rompak time aku nak makan ni' bebel Tengku Adrean lagi apabila terdengar suara meminta tolong.

Mata kelabu itu tajam memerhati kawasan sekeliling sebelum matanya terhenti pada sebuah tempat perhentian bas.

Kelihatan tiga orang lelaki sedang bergelut dengan seorang gadis sebelum gadis itu ditampar sehingga pengsan. Tanpa membuang masa ketiga-tiga lelaki itu dengan rakus mengoyakkan baju t-shirt yang di pakai oleh si gadis di bahagian bahu.

"Mierda!" bisik Tengku Adrean tegas sebelum dia melempas bungkusan rotinya dan berlari ke arah mereka.

"Die!" Suara dingin Tengku Adrean mengejutkan mereka bertiga.

"Jangan nak masuk campur!" marah lelaki yang menampar Rania tadi apabila melihat lelaki itu melangkah laju kearah mereka dengan wajah dingin.

Salah seorang dari mereka turut berdecit sebelum dia dengan pantas menyerang Tengku Adrean yang dianggap telah menganggu suasana itu.

Dengan mudah Tengku Adrean menepis serangan itu sebelum dia bertindak menumbuk wajah itu bertubi-tubi, apabila rakan lelaki itu datang untuk menolong, Tengku Adrean terus berpusing dan menyepak kepala lelaki itu kuat menyebabkan dia tersungkur ke tanah.

"Your turn" kolar baju lelaki yang menampar Rania tadi dicekak sebelum tubuh itu dihempas kuat keatas kerusi di tempat perhentian bas.

"Berambus atau mati" amaran diberikan membuatkan mereka bertiga segera melarikan diri. Pandangan dari mata kelabu itu membuatkan rasa takut menyelubungi mereka.

Sekujur tubuh yang terbaring di atas tanah itu menarik perhatiannya. Gadis itu diperhati lama sebelum dia mendekati tubuh kaku Rania. Pipi gadis itu di cucuk menggunakan jari telunjuk beberapa kali sebelum jarinya diletakkan pada hidung Arisa Rania.

"Still breathing"

Dengan muka yang lebam, rambut yang serabai dan baju yang terkoyak mengundang rasa simpati nya terhadap gadis itu.

Tanpa berkata apa dia terus mengangkat gadis itu dibawa menuju kearah kereta mewah miliknya.

Lamborghini Vaneno itu dipandu laju menuju kerumah keluarga nya, memang kerja gila kalau dia bawa pulang ke penthouse miliknya, sudahlah dia hanya tinggal seorang diri.

Sesekali wajah gadis itu dikerling.

"Hm, just who are you?" senyuman sinis terlakar di wajah Tengku Adrean Ruiz.

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
10.7M 241K 31
US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot in Comedy] Ariq Frandy Louise memang d...
3.9M 45.3K 8
his code name: Alpha (COMPLETE) "Dalam hidup aku hanya ada dua tugas yang patut aku jalankan. Yang pertama, tugas aku kepada Allah dan negara. Yang k...
5K 380 37
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...