[C]Crush Minta Kaki | KSJ

By Lucidlassie

26.3K 4.4K 3.7K

"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful co... More

👣Intro/Prolog👣
👣Bab 1👣
👣Bab 2👣
👣Bab 3👣
👣Bab 4👣
👣Bab 5👣
👣Bab 6👣
👣Bab 7👣
👣Bab 8👣
👣Bab 9👣
👣Bab 10👣
👣Bab 11👣
👣Bab 12👣
👣Bab 13👣
👣Bab 14👣
👣Bab 15👣
👣Bab 16👣
👣Bab 17👣
👣Bab 18👣
👣Bab 19👣
👣Bab 20👣
👣Bab 21👣
👣Bab 22👣
👣Bab 23👣
👣Bab 24👣
👣Bab 26👣
👣Bab 25👣
👣Bab 27👣
👣Bab 28👣
👣Bab 29👣
👣Bab 30👣
👣Bab 31👣
👣Bab 32👣
👣Bab 33👣
👣Bab 34👣
👣Bab 35👣
👣Bab 36👣
👣Bab 37👣
👣Bab 38👣
👣Bab 39-WYMM?👣
👣Bab 40-Ending👣
👣Special Chapter👣

👣Epilog👣

664 90 27
By Lucidlassie


A/N:Pov daripada awal hingga akhir ialah Jin pov.

Aku tahu tak ada siapa tanya tapi aku nak beritahu aku menangis masa type ni.😭

👣👣👣


Sekuntum mawar putih diletakkan di atas pusara.Air mata yang mengalir turun sejak tadi dibiarkan sahaja.

Biar air mata ini menangisi pemergian si dia.

Biar air mata ini menjadi saksi kepada kebodohan aku.

Bodohnya aku menyangka Yoonji berpura-pura beranak.

Seandainya aku mendengar kata Yoonji dan cepat-cepat membawa Yoonji ke hospital,pasti semua ini tidak akan terjadi.

Pasti dia masih dengan aku.

Pasti aku bisa menatap wajahnya dengan lebih lama lagi.

"Daddy minta maaf.Ini semua salah daddy.Kalaulah daddy bawa mami cepat-cepat ke hospital,mesti Jinhee hidup lagi kan."

Jinhee.Itu nama anak perempuan yang aku dan Yoonji letakkan pada anak perempuan kami yang bakal lahir.

Tetapi,kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang.Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Nama Jinhee yang sepatutnya disebut oleh Yoonji ketika mendodoikan anak perempuan kami untuk tidur kini sudah terukir di pusara.

Jam di pergelangan tangan kanan ditilik sebentar.

"Masa untuk Yoonji makan ubat.Aku kena balik sekarang.Baby girl daddy,daddy balik dulu ye.Nanti daddy datang melawat baby girl lagi dengan mami."pamitku sambil mengelap air mata yang masih bersisa di pipi.


👣

Di rumah


"Sayang?"

Aku memanggil Yoonji sebaik sahaja memasuki kamar kami berdua.

Yoonji sedang leka mendodoikan anak patung bayi yang diletakkannya di dalam katil bayi.

"Shh,awak janganlah buat bising.Jinhee tengah tidur ni."ujar Yoonji lalu dia kembali mendodoikan anak patung bayi.

Dulang berisi bubur,ubat dan segelas air diletakkan di atas meja di tepi katil.

"Yoonji,jom makan.Awak tak makan apa-apa lagi.Lepas awak dah makan,awak boleh makan ubat."

Sesudu bubur cuba disuap kepada Yoonji namun dia menolak kasar tangan aku.

"Kan saya dah cakap jangan buat bising!Tengok Jinhee dah bangun."

Yoonji memarahi aku lalu dia mengambil anak patung bayi yang dianggapnya anak kami.

Sudah setahun berlalu sejak pemergian Jinhee namun Yoonji masih tidak dapat menerima hakikat.

Bagi Yoonji,Jinhee masih hidup.Jinhee tidak mati.Jinhee masih ada bersamanya.

"Jinhee sayang,jangan menangis.Mami ada kat sini.Jinhee nak mami menyanyi untuk Jinhee ke?Okay mami menyanyi untuk Jinhee ye."

Yoonji mendukung erat anak patung bayi persis seperti mendukung bayi sebenar.

"Twinkle twinkle little star.How i wonder what you are."

Yoonji mendodoikan anak patung bayi itu.Dia turut mengucup dahi anak patung bayi itu dengan penuh kasih.

Tidak betah lagi melihat keadaan Yoonji yang sebegitu rupa,aku menarik Yoonji ke dalam pelukan.

Pada mulanya,Yoonji menolak badan aku kerana tidak mahu berpelukan dengan aku.

Lama kelamaan,Yoonji mengalah juga dan membiarkan sahaja aku memeluknya.

"Jin,kenapa awak menangis?Awak sedih ke?Orang tua-tua kata tak baik tau menangis depan bayi.Awak janganlah menangis."

Kata-kata Yoonji itu membuatkan esakan aku bertambah kuat.

Kasihan isteri aku terpaksa melalui semua keperitan ini sehingga dia kehilangan dirinya yang dulu.

Yoonji yang sekarang jauh berbeza dengan Yoonji yang aku kenal dahulu.

Yoonji yang ceria,bebal,suka mengusik,suka membebel dan suka mengenakan aku sudah tiada.

Yoonji yang aku kenal sekarang ialah Yoonji yang pendiam,selalu menangis,suka menyendiri,suka bercakap seorang diri dan tidak lagi seceria dulu.

Jujur aku cakap aku rindu isteri aku yang dahulu.Aku mahu Yoonji yang bebal kembali.

"Yoon,awak sayang saya tak?"bisikku lembut di tepi telinga Yoonji.

"Sayang."balas Yoonji ringkas.

Pelukan dileraikan dengan Yoonji.Mangkuk bubur diambil lalu sesudu bubur disuakan ke mulut Yoonji.

"Kalau awak sayang saya,awak kena makan bubur ni.Lepas tu,awak makan ubat.Okay?"getusku cuba memujuk Yoonji untuk makan.

"Okay."

Sesudu bubur disuap ke mulut Yoonji.Hampir tumpah air mata aku melihat keadaan isteri aku sekarang.

Keadaan Yoonji tidak terurus.Rambutnya yang berserabai,lingkaran gelap di bawah mata kerana tidak cukup tidur dan wajahnya yang pucat menambahkan rasa bersalah di hati aku.

Kemurungan yang dialami oleh Yoonji selepas kematian anak kami mengubah dirinya 360 darjah.

Salah aku juga kerana aku tidak berada di sisinya ketika dia memerlukan aku.

Aku lebih mementingkan kerjaya aku sebagai tentera laut sehingga aku mengabaikan Yoonji.

Kemurungan atau meroyan yang dialami oleh Yoonji dapat dipulihkan jika dirawat dengan lebih awal namun ia melarat sehingga dia mula berhalusinasi dan bercakap seorang diri.

Jadi orang yang patut dipersalahkan atas keadaan Yoonji sekarang ialah aku.Yoonji jadi begini kerana aku.

"Jin,kenapa awak menangis lagi?Saya ada buat salah ke sampai awak menangis?Kalau saya ada buat salah,saya minta maaf.Awak janganlah menangis."tegur Yoonji membuatkan aku tersedar daripada lamunan aku.

Entah bila aku menangis aku pun tak perasan.Selama ini,aku kekal bertahan di hadapan Yoonji supaya aku tidak kelihatan lemah di hadapannya.

"Taklah.Awak tak buat salah apa pun.Saya menangis sebab isteri saya ni cantik sangat."tipuku agar Yoonji tidak mengetahui sebab sebenar aku menangis.

Yoonji tidak perlu tahu akan masalah aku.Cukuplah dengan apa yang dia sedang lalui sekarang.Aku tidak mahu menambah kesedihannya lagi.

"Tipu.Saya tahu awak tipu.Beritahulah saya kenapa awak menangis?Kita kan dah berjanji nak kongsi suka dan duka bersama."

Tangan Yoonji aku genggam erat.Anak matanya ditenung dengan pandangan penuh kasih.

"Saya minta maaf sebab tak ada dengan awak ketika awak memerlukan saya.Saya minta maaf sebab tak dapat jadi suami yang baik untuk awak.Saya minta maaf sebab awak terpaksa lalui kesakitan ni.Ini semua salah saya."

Tangan Yoonji dikucup berulang kali tanda aku memohon maaf daripadanya.Air mata yang mengalir mengenai tangan Yoonji dibiarkan sahaja.

"Awak janganlah cakap macam tu.Saya pun bukan isteri yang baik.Kita sama-sama tak sempurna,Jin.Tetapi cinta yang saling melengkapkan kita."

Kepala aku angkat.Pandangan aku bertemu dengan Yoonji.Kami saling berpandangan.

Sudah lama aku tidak mendengar kata-kata sebegitu keluar daripada mulut Yoonji.Adakah ini memberi satu petanda yang baik?

Mungkin Yoonji dah semakin bertambah baik?

"Kekurangan saya ditutup dengan kesempurnaan awak.Kekurangan awak ditutup dengan kesempurnaan saya.Cinta ialah tentang saling melengkapi.Cinta bukan tentang mencari kesempurnaan."

Yoonji memandang aku agak lama.Bibirnya terangkat sedikit membentuk senyuman manis yang sudah lama tidak aku lihat.

"Yoon,tak kira apa yang berlaku,saya akan tetap ada di sisi awak sampai awak sembuh.Kita akan melalui semua ini bersama-sama.Saya tahu awak kuat,Yoonji.Saya percaya awak boleh hadapi semua ini dengan tabah.Saya akan tunggu Yoonji bebal saya muncul kembali."

Bibir Yoonji dicium lama lalu Yoonji merehatkan kepalanya di dada aku.

"Jin,terima kasih sebab tak pernah tinggalk-"

Percakapan Yoonji terhenti.Dia bergegas menuju ke tandas.

Jelas kedengaran Yoonji sedang muntah di dalam tandas.

Aku tersenyum sendirian memikirkan ini mungkin anugerah daripada Tuhan yang baru untuk kami.

Mungkin Tuhan meniupkan roh ke dalam rahim Yoonji sekali lagi untuk kami memulakan semula perjalanan kami berdua sebagai ibu dan bapa buat kali yang ketiga.


👣👣👣


A/N:

Jika kesempurnaan yang dicari di dalam cinta,maka kita tidak menjumpai kesempurnaan itu kerana cinta sendiri mempunyai banyak kekurangan.

Cinta diibaratkan seperti kapal yang berlayar di tengah lautan yang bergelora.

Karam atau bertahannya sesebuah kapal cinta ditentukan oleh individu itu sendiri.

Karamnya kapal cinta kerana individu itu tidak sanggup mengharungi gelora masalah bersama pasangannya sehingga ke akhirnya.

Bertahannya sebuah kapal cinta di atas lautan yang bergelora kerana sikap saling percaya,saling melengkapi dan sanggup mengharungi apa jua rintangan bersama.

Jangan kita pernah lupa bahawa cinta yang paling sempurna,cinta yang tidak pernah karam dan cinta yang paling hakiki ialah cinta kepada Sang Pencipta.

Carilah cinta yang tidak pernah mempunyai apa-apa kekurangan mahupun cacat cela daripada Dia,Tuhan yang Maha Esa.

Cinta daripada Tuhan tidak pernah mengecewakan hambaNya walaupun hambaNya selalu mengecewakanNya.❤️

Continue Reading

You'll Also Like

142K 7.4K 50
Just a book full of BTS X ARMY Imagines for my lovely ARMY mates^^ Nak baca silakan Nak bagi pendapat silakan Nak vote silakan Nak comment silakan Na...
1.3K 70 15
"Jeon Aerin" - Jeon Jungkook. "Maaf Saem, tapi nama belakang saya Park" - Park Aerin. Nak tahu apa jadi,,ha bacalah..hehehe
35.6K 2.1K 10
'Huh bagus Y/N! Tahniah! Kau mengandung selama 1 bulan! Anak siapa pulak ni haa?! Ni mesti anak kepada jantan yang kau bermesra tadi kan?!'-jimin "Ni...
49K 7.2K 21
'S I N O P S I S' ; Disebabkan BTS bakal keluarkan album baru di Malaysia kamu Mon Leader kena berganding bahu dengan seseorang dari Malaysia Bergand...