HEY MR PHOTOGRAPHER Ā©

By taeferol

98.2K 11K 2K

š¢š§ š­š”šž š¬šžšš šØšŸ š©šžšØš©š„šž, š¦š² šžš²šžš¬ š°š¢š„š„ ššš„š°ššš²š¬ šŸšØšœš®š¬ šØš§ š²šØš® ĖŽĖŠ - ā”ā”ā”ā”ā”āŠ±... More

B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 1 0
B A B 1 1
B A B 1 2
B A B 1 4
B A B 1 5
B A B 1 6
B A B 1 7
B A B 1 8
B A B 1 9
B A B 2 0
B A B 2 1
B A B 2 2
B A B 2 3
B A B 2 4
B A B 2 5
B A B 2 6
B A B 2 7
B A B 2 8
B A B 2 9
B A B 3 0
B A B 3 1

B A B 1 3

2.6K 355 20
By taeferol

Lepas kem tu berakhir itu adalah kali terakhir aku jumpa Haikal. Entah kenapa aku rasa sedih lah jugak. Ye la bila ingat-ingat balik kenangan kami dekat hotel tu.

Aku tebalkan muka aku dan kuatkan iman untuk tanya abang aku pasal dia. Dan macam yang aku agak dia usik aku sampai naik merah muka aku. Aku rasa nak pergi tikam je dia.

Aku terpaksa tanya sebab aku risau something happen to him. Ye la dah tiba-tiba menyepi. Abang aku cakap dia tengah busy sekarang tengah uruskan apa entah. Tak paham.

Pejam celik pejam celik dah nak SPM dah aku. Lagi 2 minggu beb. Sebab tu sekarang ni aku lawa sikit je daripada Kak Limah. Kesibukan belajar buat aku lupa sekejap pasal Haikal.

Oh lupa! Korang ingat tak dulu yang pengetua pernah cakap nak buat kem yang macam haritu dekat hotel yang sama kan? Tapi... dibatalkan. Aku bukan main eksaited nak pergi. Mana tahu dapat jumpa Hakal eh. Tapi hm hampeh.

Jadi macam ni lah kehidupan aku. Hanya pikir pasal SPM je. Aku nak result gempak beb. Sesekali aku keluar belajar diluar untuk hilangkan stress. Macam harini.

Untuk kali yang keberapa entah aku jejakkan kaki ke Dee's Cafe. Sampai semua pekerja dah kenal aku hoho. Okey actually alasan belajar tu cuma alasan sampingan sahaja. Aku datang sini sebab.. yes. Aku nak jumpa dia.

Tapi aku tak pernah nampak dia walaupun dah berpuluh kali aku datang cafe ni. Agak pedih tapi tak mengapa. I is redho. So aku dah tak nak berharap.

Mungkin aku jer yang terlebih pikirkan dia. Dia entah ingat entah tak aku ni. Haha. Sedihnya camni. Betul la orang kata 'don't expect too much, because it's can hurt you so much' huhu.

Sedang aku ralit menjawab soalan Addmath, Kak Tiya datang bawak satu slice cheese cake. Terangkat kening aku. Sejak bila aku order ni. Memang lah favourite aku tapi aku tak pernah bagitahu Kak Tiya pun.

"Ada orang bagi ni... dan ni." Kak Tiya letakkan piring kek tu bersama... satu tangkai bunga ros? Lagi pelik aku dibuatnya. Agak-agak la wey, aku budak sekolah lagi kut ya pun ada orang nak mengurat.

"Sape bagi Kak Tiya?" Aku dongak pandang muka dia minta jawapan. Tapi dia cuma senyum.

"Your future husband maybe."

Kemudian muncul suara lain yang menyampuk dari belakang aku. Membuatkan aku terkedu. Sumpah aku tak sangka. Suara yang aku rindui selama ni. Suara yang aku tunggu selama ni. Oke jap over dah aku ni.

Aku terus pusing belakang. Dia tersenyum manis dekat aku. Ya Allah, I really miss those sweet smile. Cover Rissa cover. Jangan tunjuk sangat keterujaan kau tu.

Kak Tiya berlalu meningggalkan kami berdua. Kemudian dia berjalan dan duduk berhadapan dengan aku. Aku cuma pandang dia tak percaya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Rindu ke?" Dia senyum senget dekat aku.

"Eleh takde maknanya. Saya ingatkan awak dah pupus dari muka bumi ni." Aku buang pandang ke arah lain. Agak terasa hati bila aku je yang ingat dia. Dan konon-konon tak mengaku rindu.

"See. Kau cari aku. That's mean you miss me sweetheart. But don't worry... I miss you too. Damn much." Aku pandang muka dia tak percaya. Macam tu je dia cakap. Selamba gila. Tak malu ke. Aku pulak yang malu sekarang ni.

"Kenapa bagi ni dan ni?" Aku tunjuk cheese cake and bunga rose atas meja. Saja tukar topik. Mata dia turut pandang 2 benda diatas meja tu.

"This sebab kau nampak stress." Dia tolak piring cheese cake tu dekat dengan aku.

"And this... tanda mintak maaf." Dia hulurkan bunga rose tu dekat aku. Teragak-agak aku sambut.

"Minta maaf kenapa?"

"Sebab dah buat kau rindu aku." Dia terus ketawa lepas cakap macam tu. Aku rasa nak baling bunga tu dekat muka dia. Kurang asam.

"Elok-elok la. Mintak maaf kenapa?" Agak bengang aku bertanya. Minta dia serius.

"Okey okey. Sebab aku dah tinggalkan kau tanpa khabar berita. So I'm sorry okey my dear. Sorry kalau aku buat kau tertunggu-tunggu." Dia kembali serius.

Aku tak tahu nak balas apa. Macam mana dia tahu. Takkan abang aku cakap. Tapi aku takde cakap pape pun dekat abang. Hm musykil.

"So maafkan tak?" Dia mintak jawapan aku sambil mata pandang mata aku penuh berharap. Alahai cutenya shial. I cannot la.

Aku angguk kepala perlahan. Malas nak panjangkan isu. Dia terus senyum manis sampai menampakkan lesung pipit dia. Aww bertambah cute doo.

"So kau tengah buat apa ni?" Soal dia sambil mata pandang buku aku yang bersepah atas meja.

"Addmath. Susah la. 2 minggu lagi dah nak SPM. Kalau saya gagal macam mana?" Rasa nak nangis je bila ingat pasal Addmath ni huaaa. Tapi aku tak pernah fail lagi la setakat ni. Dan tak pernah jugak dapat A huhu.

"Alaa. Addmath kacang je. Nak aku ajar?" Eleh berlagak pulak dia ni. Tapi bagus jugak kalau dia ajar takde la aku blur sorang-sorang cari jawapan.

Aku terus suakan buku latihan depan dia. Tangan tunjuk soalan yang susah tu dengan pensil. Dia ambil pensil ditangan aku dan cuba buat soalan susah tu.

Aku pulak takde kerja hanya pandang muka dia yang tengah serius tu. Serius-serius pun kacak hm. Dengan rambut coklat dia yang still messy tapi lebih terurus daripada sebelum ni. Dengan kening yang cantik terbentuk. Mata dia takyah cakap lah. Semua jealous rasanya. Mata color lain dari rakyat Malaysia yang lain. Hidung pulak takde la mancung sangat. Sesuai dengan muka dia. Bibir? Hm merah tanda tak merokok kot. Kalau senyum manis konfem cair hati anak dara yang memandang. Termasuk aku la tu uhuks.

Sekali tengok orang dah boleh tahu dia ni ada mix. Dengan badan yang tinggi stail model. Semua pasal dia aku rasa perfect. Tak perlu tambah apa-apa kot. Memang patut la semua perempuan pandang 2 3 kali dekat dia. Tengok macam sekarang ni. Bukan tak nampak mata-mata yang memandang.

Dia je buat tak kesah. Aku pun malas kesah jugak lah. Aku masih tak alihkan pandangan dari makhluk tuhan yang hensem ni. Dah la cute sebab ada dimples.

Kemudian tiba-tiba dia angkat muka terus pandang mata aku. Aku terkejut tak tahu nak bagi reaction macam mana. Kantoi lagi. Dia senyum nakal.
Ni yang buat aku seram ni.

"Dah puas pandang?" Soalan dia betul-betul buat aku tercekik. Takkan la dia perasan kot. Bukan main serius dia buat Addmath tadi. Merah muka aku tahan malu.

"Dah siap ke?" Aku cepat-cepat tukar topik. Terus tarik buku ditangan dia.

Ternganga. Satu muka surat dia buatkan. Aku suruh buat 1 soalan je. Oh God. Bijaknya. Sekejap je dia buat semua tu. Nak bijak macam dia jugak.

"Macam mana awak buat ni? Tak paham la." Berkerut muka aku berfikir. Eish susah sangat ni. Pening dah rasa kepala ni. Hua nak nangis.

"Chill little girl. Jangan stress-stress. Mari aku ajar kau formula mudah." Dia bangun dari kerusi dia dan duduk disebelah aku. Apa? Perlu ke duduk sini. Boleh je padahal duduk depan tu sambil mengajar.

Dia tarik kerusi mendekati aku. Jangan la dekat sangat. Kalau aku mati mengejut lepas ni sebab kena heart attack macam mana?

"Yang ni kau guna formula ni and bla bla bla..." Aku dah tak dengar lepas tu. Hanya ralit pandang wajah dia dari tepi ni. Ni first time aku pandang dia dari dekat. Tergugat jugak iman den.

"Faham tak?" Dia tanya sebelum angkat kepala. Tenung aku tajam. Mesti dia tahu aku tak fokus ni.

"Hah? Ye Faham cikgu." Entah apa yang aku faham aku pun tak tahu. Dia terus sambung mengajar. Aku ketuk-ketuk kepala aku. Fokus Rissa fokus. SPM dah tak lama.

-----

Selepas 3 jam memerah otak belajar Addmath dalam cafe tu kami keluar. Nasib lah tak kena halau sebab lepak lama-lama dalam cafe tu. Mungkin sebab kami berdua ni pelanggan tetap kot.

Haikal menawarkan untuk menghantar aku pulang. Lagipun aku datang dengan Grab tadi so apa lagi terima la. Jimat duit poket aku hehe.

"So berapa minggu kau exam?" Pertanyaan Haikal menganggu aku yang tengah khusyuk layan lagu Be Alright-Dean Lewis yang terpasang di radio.

"Hm mungkin dalam 4 minggu kot. Entah tak ingat." Aku tak kira la pulak berapa minggu aku exam huhu.

Bila tengok dia cuma angguk kepala aku sambung layan lagu tadi. Siap menyanyi kecil lagi. Sampai tak perasan orang sebelah pandang pelik dekat aku. Kenapa? Suara aku sedap sangat ke haha.

"Stop. Suara kau tak sedap. Rosak lagu orang. Biar aku nyanyi." Kurang ajar betul. Agak-agak lah nak mengata orang pun. Aku jeling menyampah dekat dia.

Kemudian dia ambil syif sambung nyanyi. Aku cuma senyap dengar dia menyanyi. Haih bila la nak ada suara sedap macam dia ni sob sob.

I know you love her, but it's over, mate
It doesn't matter, put the phone away
It's never easy to walk away, let her go
It'll be okay
It's gonna hurt for a bit of time
So bottoms up, let's forget tonight
You'll find another and you'll be just fine,
Let her go...

Sendu sangat ni beb. Nak menangis rasa. Tak sangka muka beku macam ni pun jiwang ek. Cam tak sesuai je.

It'll be alright...

Kemudian dia berhenti disitu je. Tangan dia cepat-cepat tutup radio. Why? Lagu baru sekerat jalan. Tak rock ah.

Aku panjangkan tangan untuk bukak balik radio tapi suara dingin dia mematikan pergerakan aku.

"Don't." Keras campur dingin buat aku kecut perut. Tak jadi aku nak bukak radio. Aku pandang muka dia disebelah. Nampak tegang. Aku ada buat silap ke?

"I just... don't like that song." Dia sambung bicara tapi suara dia dah tak sekeras tadi. Aku beranikan diri pandang muka dia disebelah. Aku boleh nampak perasaan dia yang bercelaru.

Dia nampak sedih, marah, kecewa, rapuh. Semuanya bercampur gaul. Apa masalah dia sebenarnya?

Mungkin perasan aku tengah pandang dia, dia turut pusingkan kepala. Kebetulan lampu tengah merah.

"Awak ada masalah." Bukan satu pertanyaan tapi lebih kepada pernyataan. Dia ternyata terkejut dengar aku cakap macam tu.

Aku tahu dia takkan bagitahu masalah dia. Aku pun tak berharap. Mungkin dia ada sebab tak nak kongsi dengan orang lain.

Kami hanya berbalas pandangan. Senyap tanpa sebarang suara. Hanya biarkan mata yang berbicara. Seketika kemudian dia alihkan pandangan dan sambung memandu.

Aku pun hanya mengeluh dalam hati dan turut pandang keluar tingkap.

-----

"I'm sorry." Ucap dia tiba-tiba. Tangan aku yang baru nak buka seatbelt terkaku. Aku angkat muka. Muka dia nampak bersalah.

"Kenapa nak mintak maaf? Awak tak salah apa-apa pun." Pelik aku bertanya. Ya aku takde terasa apa-apa pun dengan dia.

"I... I don't know. I just want to say sorry." Dia raup muka dia. Nampak kusut. Dan aku tak suka tengok keadaan dia yang macam tu.

"It's okay. Saya paham. When you don't understand what's happening in your life, just close your eyes, take a deep breath and just leave it to Allah. Allah the almighty will show you the right path. Trust Him the most capable and most merciful."

Aku senyum segaris dekat dia. Nampak muka dia yang terkedu. Mungkin tengah memikirkan kata-kata aku. Tapi aku hanya biarkan.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Aku bukak seatbelt dan terus keluar. Sempat aku dengar suara dia yang menjawab salam.

p/s : agak sendu chapter ni haha. so jangan lupa votes tq maaf segala kesilapan.

Continue Reading

You'll Also Like

62.9K 2.6K 41
Imam Misteri Series "Amboi Insyi nak jadi arwah mummy ke?" Adhiya Afira Insyirah satu satunya anak perempuan arwah Alyna dengan Faliq. Dia jatuh cin...
354K 15.2K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
788K 30.9K 44
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta...
55.9K 1.9K 58
Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa menyangkakan kemunculan Amir semula setelah...