MY IDEAL ITALIAN GUY

By raenees

559K 33.8K 2.8K

❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐬𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐚𝐬𝐬𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧𝐭 ❦ [ COMPLETE ] NENY ROBIN, pekerja di sebuah sya... More

Prolog - Knowledge
Bab 1 - Stare
Bab 2 - Benard
Bab 3 - Tumpang
Bab 4 - Joke's
Bab 5 - New Boss
Bab 6 - His Friend
Bab 7 - Jealousy
Bab 8 - Tangga
Bab 9 - Headache
Bab 10 - Terhantuk
Bab 11 - Space
Bab 12 - Offer
Bab 13 - Kopi
Bab 14 - Umi
Bab 15 - Reporter
Bab 16 - The Discussion
Bab 17 - Dinner
Bab 18 - Airport
Bab 19 - Airplane
Bab 20 - London
Bab 21 - Going Out
Bab 22 - Beautiful
Bab 23 - Dazzling
Bab 24 - Partner
Bab 25 - Company
Bab 26 - Flirt
Bab 27 - Messed up
Bab 28 - Remedy
Bab 29 - Lovely Talk
Bab 30 - Stuart's Phone
Bab 31 - My Nurse
Bab 32 - Caught Red-Handed
Bab 33 - Comeback
Bab 34 - Sweet Truck
Bab 35 - Fun Time
Bab 36 - The Broken Promise
Bab 38 - Thoughts
Bab 39 - Lot Surprises
Bab 40 - Little Savage One
Bab 41 - Rent Boyfriend
Bab 42 - Price Tag
Bab 43 - The Deal
Bab 44 - He's back
Bab 45 - Stuart
Bab 46 - River
Bab 47 - Stuart's Birthday
Bab 48 - Avoid Him
Bab 49 - His Intention
Bab 50 - Cold Shoulder
Epilog I - The Right Time
Epilog II - Hide And Seek
New baes 💻
Buy HERE! (Special)

Bab 37 - Last Moment

7K 507 73
By raenees

Bab 37

           KERUSI rodanya Stuart membantu dengan menolak menuju ke laluan koridor panjang. Lelaki itu yang membantunya tanpa disuruh. Sudah dihalang tetapi masih degil untuk menolak kerusi rodanya dengan beratnya yang bukan biasa biasa. Stuart tahu tangan si gadis melecet kerana dia memerhati tingkah laku gadis itu setiap kali memutarkan roda.

Sepanjang perjalanan mereka sepatah perkataan pun tidak keluar dan meninggalkan rasa kekok dan malu yang menggunung dalam diri Robin. Pertama, ingatannya masih mengimbas kembali dimana Stuart memeluknya. Kedua, kerana hingusnya.

Walaupun muka kena ditebalkan tetapi perasaan malu itu tidak dapat dihilangkan. Jadi, diam adalah keputusan yang terbaik baginya. Dalam hati, Robin berdoa agar Stuart tidak bercakap dengannya kerana buat masa sekarang ni, manusia bernama Stuart akan membuat dia gugup tidak tentu pasal.

"Kenapa keluar malam malam ni?" Robin memejam mata sekali. Tidak sangka Stuart akan memulakan perbualan sedangkan dia sedaya upaya cuba mengelak.

"Saya ambil angin dan tenangkan fikiran." Jawab Robin. Jujur.

Terasa kerusi rodanya berhenti secara tiba-tiba. Kening Robin bertaut, pelik. Dia berpaling kebelakang sedikit, mahu melihat apa yang membuatkan jejaka itu berhenti. Stuart seakan termenung sekejap sebelum Robin menarik hujung lengan sut lelaki itu agar Stuart sedar.

"Why?" Stuart terus bertanya seperti seorang detektif.

Robin menggaru dahinya lalu dia memberi isyarat agar Stuart sambung menolak kerusi rodanya kerana dia berasa sejuk malah benda lain yang terjadi, Stuart membuka kotnya lalu lelaki itu berdiri dihadapannya dan menyarungkan ke badannya.

Stuart membetulkan kain dibahagian bahu agar kot itu tidak terjatuh. Robin mengucap terima kasih lalu dia mengemaskan pegangannya pada kot lembut itu. Terima kasihnya dibalas dengan kenyitan mata yang menawan dari Stuart. Jantungnya tidak boleh lagi duduk diam setiap kali lelaki itu berada dekat disisinya.

"Apa maksud awak? Saya tak faham?" Cepat-cepat sahaja Robin bertanya untuk mengawal gugupnya. Betul dia tidak faham dengan soalan yang Stuart beri. Terasa Stuart kembali menolak kerusi rodanya, Robin menghembuskan nafas lega.

"Something happened." Stuart berkata lebih kepada penyataan.

Robin hanya diam. Apa yang Stuart cakap itu memang betul. Jari jemari dimain antara satu sama lain. Sesekali dia membentuk corak dengan tangannya seperti segi tiga, segi empat, bawang dan sebagainya.

"You okay?" Robin tidak mengangguk dan juga tidak menggeleng. Tidak pasti dengan hatinya sekarang ini kerana dia perlu berbincang dengan Stuart bahawa dia akan pulang ke Malaysia esok. Mengingati perkara itu, Robin wajib bagitahu dengan Stuart tapi bukan sekarang, mungkin nanti.

"Yeah. I'm okay." Robin mengangguk. Suaranya cuba diceriakan agar tidak meninggalkan sebarang perlakuan yang pelik.

"Where's the thing?" Sebaik sahaja dengar soalan Stuart, Robin tergelak kecil. Dia faham dengan apa yang dimaksudkan Stuart.

"Stuart, the thing you call named Beni." Robin menggeleng perlahan kerana Stuart masih tidak berbaik dengan Benard. Dia ingatkan Stuart dan Benard sudah berbaik kerana mereka berborak lama di hadapan van semalam. Rupanya belum. Macam manalah nak jadikan mereka kawan.

"Dia ada dekat dalam bilik tengah tidur. Penat jaga saya mungkin." Terangnya.

"Now I'm confused. Which one is the patient?" Sekali lagi Robin tergelak kerana Stuart seakan menyindir Benard. Apa salahnya Benard tidur sebab dia pasti Benard penat melayan kerenahnya. Apabila dia tersedar bahawa Stuart semakin terbuka dengannya, hatinya terasa berbunga-bunga.

"Mestilah saya." Robin tersenyum senang.

"I know." Stuart tersenyum nipis.

Suasana kembali sunyi tetapi tidak kekok kerana masing masing tenggelam dengan lamunan dan perasaan yang terbuku. Stuart yang menolak kerusi roda turut tenggelam dengan dunianya sebentar. Bulan sabit indah pada malam itu, menyinari malap malap muka bumi di bahagian sini.

"Stuart."

"Hmm..." Stuart memandang si gadis.

"Want to play a game?"

"Right now?" Robin mengangguk. Dia terasa ditenung dari belakang namun dia tidak menoleh pula. Takut menjerat semula hati ini. Pasti Stuart berkata dia tidak betul kerana mahu bermain game waktu larut malam begini.

"What game?" Robin tersengih apabila memikir ideanya.

"Saya dah lama tak main roller-coaster." Robin diam sekejap menunggu riaksi daripada Stuart. Berdebar-debar juga jantungnya, risau gamenya ditolak mentah. Apa salahnya sekali sekala dia buat kerja gila di larut malam ini.

"Hmm..." Nada Stuart juga bertukar hairan. Bertambah gelisah dirinya.

"Apa kata awak tolak kerusi roda laju-laju sampai koridor macam roller-coaster?" Robin mengetuk jarinya pada peha, risau. Jikalau Stuart tolak, dia janji dia tak akan cakap dengan Stuart lagi kerana dia mahu merajuk. Wait a minute. Kenapa pula kena merajuk?

"Are you sure?" Soalnya dengan prihatin.

"Kalau awak tak nak tak apa." Suara Robin semakin kendur. Berjauhan hati dengan Stuart. Selain itu, dia tahu Stuart penat baru balik daripada kerja. Hatinya terasa serba salah.

"No. That's not what I meant." Terus bersinar mata Robin.

Dia memusing kebelakang lalu dia mengucap terima kasih kepada Stuart dengan ceria dan kembali menghadap kehadapan semula. Sudah lama dia mahu buat kerja ini, cuma dia tiada kerusi roda untuk buat.

"Shall we go?" Robin menjerit kecil. Tangannya diangkat keudara lalu digerakkan dengan bebas dan ceria. Stuart tergelak kecil.

"Ready?" Stuart mengambil posisinya manakala Robin memegang kuat pada pemegang kerusi disisinya. Mata memandang ke hadapan dengan tajam. Bersedia untuk berlepas. Kot ditubuhnya dikemaskan sekejap lalu kembali kepada posisinya. Bibirnya menguntum senyuman manis dan teruja.

"Always."

"Hold tight, mia bella." Lelaki itu berbisik perlahan sebelum perlahan-lahan kelajuan kerusi rodanya bertambah semakin laju. Robin tersenyum ceria. Setiap detik ini akan dia semaikan di dalam hati kerana Staurt sanggup mengorbankan tenaganya untuk menolak kerusi dengan bebannya lagi.

Hatinya terselit rasa bahagia kerana dapat meluangkan masa pada waktu yang malam dengan kerja gila bersama dengan orang dia sayang. Orang yang dia sayang? Adakah? Jikalau benar perasaan itu, berikanlah dia masa emas itu untuk dia menikmati kenangan ini sedikit lama.

"Wuhuu!" Angin kuat menerpa mukanya membuatkan hatinya terasa geli lalu dia tergelak bersama tangannya di udara. Suka dengan kelajuan yang kerusi roda itu namun semuanya tidak berlaku dengan sempurna apabila datang seorang pengawal keselamatan.

Robin dan Stuart berpandangan sebelum Stuart memecut kelajuan kerusi roda kerana pengawal keselamatan tua itu mengejar jejak kami. Robin tersenyum lebar. Stuart turut tersenyum.

"Hey! Come back!"

Lega apabila pengawal keselamatan itu sudah berhenti mengejar kami kerana kepenatan. Robin dan Stuart tergelak gembira. Dia memegang kuat pemegang kerusi.

Dia benar -benar tidak tipu. Sekali lagi mata mereka bertaut dengan senyuman lebar sebelum mereka kembali memandangkan ke hadapan. I'm happy with this. Stuart memperlahankan kerusi roda setelah hilang dari pandangan pengawal keselamatan tadi.

Beberapa minit kemudian, mereka telah sampai dihadapan pintu bangunan mereka. Stuart menolak kerusinya memasuki laluan koridor dengan kelajuan biasa. Terasa Stuart melepaskan pegangan pada pemegang penolak kerusi. Dia memutarkan kerusi roda menghadap Stuart yang sedang bersandar pada dinding yang cuba mencari nafas.

"Good Job, Stuart. The not roller-coaster ride is quite fun and unforgettable." Robin tergelak kecil lalu dia tersenyum lebar. Stuart menoleh ke arahnya bersama senyuman menawannya.

"My honored, principessa."

"Grazie per stasera, Stuart." Stuart agak terkesima apabila dia mendengar Robin bertutur dalam bahasanya. Robin tersenyum malu. Harap Stuart faham walaupun masih ada pelatnya kerana berbelit lidahnya mahu menyebut. (Thank you for tonight.)

"You.. When did you learn that?" Robin tersenyum bangga. Stuart speechless.

"When you were not around." Stuart mengangguk sekali.

"Well, your welcome." Robin diam buat seketika kerana dia teringat akan sesuatu. Dia mengerling sekilas Stuart sebelum dia tarik nafas dan dihembus perlahan. Bersedia dengan apa sekali pun yang berlaku kerana dia tahu pasti lelaki itu akan marah.

"Stuart?" Stuart menoleh kearahnya.

"?"

"Saya ada sesuatu nak bagitahu awak tapi sebelum tu. Awak boleh potong gaji saya kalau awak nak. Awak boleh marah saya kalau awak nak sebab saya tahu saya salah." Stuart tidak lagi bersandar pada dinding. Stuart berdiri tegak menghadapnya.

"What's wrong, tesoro?" Wajah Stuart kelihatan risau.

"Esok saya kena balik Malaysia. By hook or crook, I have to go." Tutur Robin perlahan sambil memadang wajah Stuart. Sekelip mata, riak wajah lelaki itu berubah menjadi serius.

Stuart memandangnya tajam.

"Again... What did you say?"

Bersambung.

21 APRIL 2020

Assalamualaikum dan bye.


Continue Reading

You'll Also Like

146K 8.9K 46
--- Breath for me ( Complete) Dia, dia yang terluka dalam memori silam akibat perbuatan khianat manusia. Dia yang sudah hilang harapan meski nafas...
514K 20.5K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...
666K 27.3K 43
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
55.6K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024